



ok, bercakap pula mengenai sejarah pengakap di Malaysia, Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910.( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England) Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.
Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang.(Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu,pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927,pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini.
H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.
Di Perak pula,pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah.Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927.Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931.
Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915.
Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu,menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
juga sejarah pengasas pengakap dunia
Lahir pada 22 Februari,1857 di Hyde Park London.(United Kingdom).Nama sebenarnya ialah ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN POWELL (BP). Ayahnya Reverend HG Baden Powell ialah seorang profeson di Universiti Oxford,England.BP mempunyai 7 orang adik-beradik.
Sewaktu umur BP tiga tahun, ayahnya meninggal dunia.BP dididik oleh ibunya.Semasa kecil BP suka kepada penghidupan di luar rumah serta alam semulajadi.
Semasa remaja,BP berkhidmat dalam pasukan tentera British iaitu dalam unit Askar Hussar ke 13,berpangkat Leftenen Muda.Pada tahun 1876,BP berkhidmat di India.
Pada tahun 1899,semasa berkhidmat di Mafeking (Afrika),BP menggunakan khidmat buda-budak sebagai penyampai berita/pesanan semasa Mafeking diserang.Khidmat budak-budak serta kebolehan mereka itu,meninggalkan kesan yang mendalam kepada BP.Sekembalinya ke England pada Tahun 1907,BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea untuk budak-budak lelaki.Hasil dan pengalaman dari perkhemahan itu,pada tahun 1908 BP mengarang buku 'Scouting for boys".
BP dilantik sebagai Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa diadakan Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia.
Buku Scouting for Boys yang dikarang oleh BP menjadi tarikan kepada budak-budak dan Negara-Negara lain.Dengan cepat,pergerakan Pengakap berkembang di seluruh dunia kecuali di Negara-Negara anutan komunisme.Melalui cadangan,pengalaman BP yang dimuatkan di dalam buku itu,dimenfaatkan oleh ramai anak muda yang memberi peluang kepada mereka untuk menyertai pelbagai kegiatan untuk memajukan diri sendiri.
Pada tahun 1937,semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya (Afrika) bersama dengan isterinya Lady Baden Powell (yang juga terlibat dalam membantu mengembangkan kegiatan Pengakap).BP juga telah melawat banyak Negara untuk melihat sendiri perkembangan Pengakap di Negara itu.(Salah sebuah negara itu ialah Malaysia (Malaya pada masa itu).
BP meninggal pada 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya.
0 Comment:
Post a Comment