Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt
Sekali lagi ana telah mengikuti program anjuran ISMA
Nama diberi Siri Explorasi Ad-Deen (SEED)
SEED kali ini merupakan kesinambungan SEED episod 1 yang telah berlangsung di Bangi
Syukran pada naqib ana yang inform pasal ni kat ana
Alhamdulillah
Seronok sangat
Terusik Jiwa
Terusik Iman
Terusik Peribadi
Sabda Rasulullah SAW
“Apabila kamu melalui Taman Syurga, maka ikutlah atau masuklah kamu padanya. Bertanya salah seorang sahabat: Apakah Taman Syurga itu, ya Rasulullah? Sabda Rasul: Yaitu Halqah-halqah dzikir (lingkaran orang berzikir)”. (HR. Imam Tarmizi).
Program ini sebenarnya ditujukan khas untuk mereka yang akan bermusafir mencari ilmu dan mengembangkan Islam di rantau orang.
Ana rasa ana seorang yang menyibuk disamping paling muda (lepasan SPM) sebab yang lain kebanyakannya dari kolej2 yang sedang buat persiapan untuk ke luar negara; Insya Allah
Objektif program ini adalah untuk membawa kita mengenali semula diri kita sendiri. Selain itu untuk memberi gambaran kehidupan manusia dari semasa ke semasa. Seterusnya, untuk membuka mata kita mengenal pasti tanggungjawab serta peranan kita untuk membela semula kemuliaan Islam pada masa-masa yang akan datang.
Pembaca yang budiman sekalian, ana sering terfikir-fikir kenapa ana diciptakan, untuk apa ana dijadikan, apakah kegunaan diri ana yang sebenarnya.
Akhirnya Allah menjawab dalam firmanNya
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh. (51: 56-58)
Allah menciptakan manusia tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepadaNya semaksima mungkin. Namun, tepuk dada tanya iman. Masih wujud lagikah golongan manusia seperti 313 orang ahli Badar yang betapa hebatnya pengabdian diri kepada Rabb
Subhanallah!
Antara lain sebab kita diciptakan adalah untuk menjadi 'Abid dan Khalifah di muka bumi Allah ini.
Seperti mana dalam firmanNya
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (2 : 30-33)
Sesungguhnya hanya manusia diberi membuat pilihan. Sedar atau tidak namun itulah realitinya. Kita boleh membuat pilihan samada membuat kebaikan ataupun kejahatan. Bagi yang menyerah diri dengan peraturan Allah SWT, syurgalah sebagai ganjaran. Dan bagi yang sombong serta angkuh dengan peraturan Allah SWT, nerakalah sebagai habuan!
Tuntasnya, sebagai seorang Islam yang bukan hanya pada IC, kita semua perlu berusaha mengabdikan diri kita kepada Yang Esa! Insya Allah. :)
Ana tertarik pada kenyataan Ustaz yang menyampaikan isi program ini,
Kita sedar tak sebenarnya kita ni khalifah?
Sesetengah beranggapan Khalifah ialah orang yang memerintah sesebuah negara.
Tapi bagaimana pula dengan firman Allah SWT yang menujukan kepada semua umat manusia?
Renungi diri kita.
Apa yang kita pakai, apa yang kita minum, apa yang kita gunakan untuk menulis.
YA!
Kita khalifah kepadanya. Kita khalifah kepada baju yang kita pakai, kita khalifah kepada air yang kita minum, kita khalifah kepada pena yang kita gunakan untuk menulis, malah keyboard yang sering kita gunakan untuk menaip juga tunduk patuh kepada kita kerana kitalah khalifah kepadanya.
Hebat bukan? :)
Apakah tugas khalifah yang dimaksudkan dalam firmanNya?
Dia ada menjawab dalam firmanNya
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (33 : 72)
Selaian dari pengenalan terhadap diri sendiri, program ini turut memaparkan betapa gemilangnya Islam pada suatu masa dulu di mana dapat mengalahkan tamadun-tamadun yang pada ana sangat besar di zaman tersebut iaitu tamadun Rom dan Farsi.
Tamadun yang mengambil masa beribu tahun untuk mencapai kegemilangan namun jatuh dalam masa 2 hingga 3 tahun sahaja.
Persoalan yang dilontarkan, kenapa tamadun-tamadun hebat tersebut boleh jatuh dalam masa yang singkat?
Hal ini kerana tercemarnya akhlak dengan kilauan harta, keruntuhan moral dan akhlak serta diserang oleh tamadun yang lebih kuat dan hebat lagi.
Pengajaran yang ana peroleh,
Agama Islam merupakan agama wahyu
Bukanlah idea manusia semata.
Walau macam mana sekalipun, dakwah Allah mesti berjalan!
Banyak stratergi yang dapat dipraktiskan dalam berdakwah sebagai contoh
Pada awal kemunculan Islam, Rasulullah SAW berdakwah di rumah Al-Arqam. Kenapa baginda memilih rumah Al-arqam?
Hal ini kerana rumah Al-Arqam terletak di tengah-tengah kawasan musyrikin Makkah yang merupakan musuh Islam.
Para musyrikin Makkah tidak akan perasan dakwah yang disampaikan kerana mustahil untuk menyebarkan agama baru di tengah-tengah pusat pentadbiran kaum musyrikin. Namun sebaliknya yang terjadi. Islam bertambah kuat hari demi hari. Ini merupakan stratergi dakwah yang berkesan!
Lihat pula pada peperangan Badar;
seramai 313 orang menentang 1000 orang
nampak mustahil bukan?
Tetapi keputusannya amat memeranjatkan
Dalam tempoh 2 jam
Tentera umat Islam yang berjumlah 313 berjaya menewaskan tentera Musyrikin yang berjumlah 1000 orang!
Sesungguhnya
Kuantiti Tidak Menjamin Kualiti!
Satu lagi kisah yang boleh diambil iktibar
Ketika perang Uhud
Allah memberi ujian kepada umat Islam dengan kekalahan
Kenapa umat Islam tewas dalam peperangan ini?
Kerana tiada ketaatan pada Rasulullah!
Iktibar yang boleh kita ambil,
Setiap arahan yang diberi oleh ketua
perlu kita taat dan patuh!
Sesungguhnya kita semua merupakan sebiji benih
Baik benihnya baiklah pokoknya
Buruk benihnya buruklah pokoknya
Begitulah kita yang perlu menyebarkan Islam agar menjadi pokok Islam yang mekar dalam memartabatkan kembali Islam di muka bumi ini!
Cari dan manfaatkanlah ilmu yang kita peroleh kerana di situlah letaknya keberkatan.
Insya Allah!
2 Comment:
Bismillah..salam,
nice post!
perkongsian yg menarik..
benar, ISLAM e2 ibarat bunga...
yg harum mekar mewangikan stiap pnganutnya..
namun bkn smua yang mmpu memegangnya lantaran cintakn dunia dn turuti hawa nfsu yg smemangnya membelakangkn perintahNYA..
ap2 pn d stiap pundak insani trletak sbuah amanah yg besar dn sgt berat kerna slayaknya hnya mnusia hmba Allah yg mmpu mnjadi Khalifah ats kurniaan akal yg tidak dimiliki mkhluknya yg lain..
wallahu'alm.
syukrn jaziilan dek~
yup!
Alhamdulillah :)
Post a Comment