Deep Tarbiyyah, and Expand

Monday, April 12, 2010

Fiuh

Bismillahirahmanirahim
Salam selawat ke atas junjungan besar, Muhammad SAW serta sahabat dan kaum keluarga baginda. Segala puji bagi Allah yg menghidupkan hati-hati yang lalai yang memberi segala nikmat di dunia dan di akhirat.
Salam juga buat sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat dunia akhirat, penaung panji-panji Islam dan seterusnya mujahid mujahidah pembela kemuliaan Islam!
Ini yang kamu hendakkan?
Inilah yang ana berikan
Perjuangan masih belum selesai
Perjalanan masih beribu batu
Pelbagai dugaan menanti di hadapan
Dan sebagai langkah
Ana persiapkan diri dengan cara ana sendiri
Mohon jangan tekan ana
Banyak yang perlu ana pertimbangkan
Dan ana perlukan sokongan
Kamu semua
Kitalah pewaris bangsa yang akan menegakkan syiar Islam dalam medan percaturan politik pada masa akan datang selari dengan wawasan yang ingin kita kecapi dalam menongkah arus peradaban dunia kerana kitalah anak watan dan juga modal utama dalam misi melahirkan pemimpin berkredebiliti tinggi yang akan mengambil alih tunjang kepimpinan negara dalam membentuk negara yang gah di pentas dunia kelak! (ayat karangan, budak2 sekolah sila jgn tiru sbb xde noktah; kalau nk tiru jugak sile tingkatkan penguasaan permainan bahasa, ana cabar bace 1 nafas~)
Oleh itu,
Hidupkan kembali hati-hati yang mati.
Semarakkan kembali api perjuangan.
Kumpulkan semula tenaga raksasa.
Segarkan kembali roh mujahid.
Kerana kitalah,
Barisan pejuang-pejuang Allah!
Wallahua'lam
satisfy?

0 Comment: