Detik itu...
Ketika aku berlaku jujur,
Demi mengharap redha Illahi,
Demi mengharap keampunan Sang Pengampun,
Aku disisih,
Semakin hari,
Semakin kuat gerakan menjatuhkan aku,
Empayar jahiliah yang selama ini gah berdiri,
Kubu munafik yang selama ini kuat berkuasa,
Mula retak dek simbahan bah iman,
Mula cair bak timah yang dibakar.
Detik itu...
Walau lemah bernafas,
Walau payah untuk bangkit,
Namun kugagahi jua,
Menghapus karat jahiliah dalam diri,
Menoreh mazmumah yang memakan diri selama ini,
Menyuburkan mahmudah,
Menyimbah diri dengan iman.
Detik itu...
Aku hampir berputus asa,
Kerana tiada kekuatan dalam jalani hidup ini,
Aku perlukan tangan-tangan yang dapat membimbing diriku,
Tapi...
Ah!
Siapalah aku,
Hanya manusia yang keji,
Manusia yang dijadikan tomahan lantaran kesilapan diri.
Detik ini...
Aku masih lagi bertarung,
Membulat tekad untuk berjaya dalam perjuangan,
Ya!
Mujahadah itu satu kepayahan,
Keperitan,
Kesusahan,
Pengorbanan,
Demi mencapai kemenangan yang hakiki,
Ukhwah fisabilillah menyemarakkan api perjuangan,
Di saat aku tersungkur.
Detik ini...
Teman,
Aku rindukan kalian,
Aku sedar kekurangan diri,
Aku sedia maklum tentangan yang aku terima,
Namun,
Aku ingin katakan pada kalian,
Telah aku tinggalkan segala perbuatan kejiku itu,
Aku dah lahir sebagai manusia yang baru wahai teman!
Sesungguhnya Kasih Sayang Allah mendahului KemurkaanNya...
Teman,
Aku rindu kalian,
Aku rindu kalian,
Aku rindu kalian.
Maafkan aku.
Detik ini...
Andai aku pergi selamanya,
Andai aku meneruskan perjalanan menuju Sang Khaliq,
Sudikah kau wahai teman,
Menyedekahkan sekelumit doa,
Buat diriku yang hina ini,
Sebagai bekalan,
Ataupun...
Mungkinkah kau akan melonjak kegembiraan,
Tatkala melihat diriku terbujur kaku,
Hanya engkau yang mengetahuinya.
Pesanan dariku,
Buatmu teman,
Aku masih sayangkan kalian atas dasar persaudaraan,
Persaudaraan dalam Islam,
Walau tombak yang kau hulurkan kepadaku...
Wallahualam.
0 Comment:
Post a Comment