Deep Tarbiyyah, and Expand

Sunday, October 10, 2010

SIRAM.DAKWAH.TARBIAH

Sebahagian pengalaman hidup dalam mencari tarbiah.

Duduk termenung aku keseorangan memikirkan nasib diri yang semakin jauh dari tarbiah. Earphone masih setia ditelinga mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai penguat iman yang masih lemah. Tiba-tiba aku terasa bahuku ditepuk seseorang lantas aku menoleh ke sebelah kanan. Kelihatan seorang lelaki yang berbadan agar besar dan sasa sedang senyum kepadaku, aku membalas kembali senyumannya itu. "Bas ni terus ke Shah Alam kan?" dia bertanya, "uh, dia pergi Bukit Jalil dulu lepas tu baru ke Shah Alam" sahutku dengan senyuman yang masih setia dibibir. "Orang sini ke?" soalnya kembali. "oh tak, saya orang Shah Alam, belajar kat UiTM nuh." Aku pula bertanya kepadanya. "Kerja sini ke?" Dia tidak menjawab tetapi tergelak sakan, dia memaklumkan bahawa dia masih lagi pelajar sekolah menengah tingkatan 5. Selepas agak lama bersembang, kedengaran bilal melaungkan azan dicorong radio. Usai azan dilaungkan, aku bersiap-siap untuk solat dalam perut bas, juga sebagai dakwah terhadap penumpang yang lain. Sesungguhnya Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, maka dia mendirikan agama, sesiapa yang tidak mendirikan solat, maka dia meruntuhkan agama. Walau di mana kita berada, janganlah mengabaikan solat.

Baginda SAW pernah menunaikan solat dari atas unta, kuda dan keldai. Dari Jabir r.a. katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengutusku untuk suatu keperluan, lalu aku pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada baginda SAW. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi baginda tidak menjawab. Justeru timbul dugaan di hatiku, Allah sahajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diriku, "Barangkali baginda SAW marah kepadaku kerana aku datang agak lewat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun baginda tidak juga menjawab. Praduga di hatiku semakin bertambah. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu baginda menjawab salamku". Lantas baginda menjawab: "Aku tidak mampu (terhalang) untuk menjawab salammu kerana aku sedang solat". Ketika itu baginda sedang menunaikan solat di atas kenderaan; tidak menghadap kiblat. (riwayat al-Bukhari, hadis 639, jil. II]

Beberapa jam telah berlalu, aku bagaikan terapung-apung di awangan memikirkan sesuatu. 'ah! assignment banyak lagi' 'aku nak lari dari semua masalah yang membelengu' 'nak bincang dengan abang Hakim tentang tarbiah masa cuti sem' terlalu banyak perkara yang aku fikirkan kala itu.

----

Malam itu, aku ke salah sebuah masjid yang tesergam indah. Selepas menunaikan solat jamak takhir, aku mula mencari apa-apa yang boleh dimakan. Perut dah berbunyi minta diisi, setelah puas berjalan, aku terlihat pakcik yang menjual pelbagai jenis kurma. "Alhamdulillah, kurma bagi tenaga, sesuai untuk musafir". Aku terlihat kurma ajwa ataupun kurma nabi. Selama ni aku hanya dengar nama, tak pernah mencubanya. 100g 15 ringgit. "Subhanallah mahalnya!" ikut fahaman aku, ni lah kurma yang terbaik, lalu aku pun membelinya. Setelah itu, aku duduk berehat di kaki lima masjid, melepaskan lelah yang terbuku. Aku jamah kurma yang baru kubeli.
"Subhanallah!" patutla mahal, sangat nikmat rasanya!

----

Pagi itu, aku mengambil wuduk dan menunaikan solat Tahajud. Sungguh, aku rindu dengan Tahajud... Selepas menunaikan solat Subuh berjemaah. Hatiku bertambah tenang, iman yang perlu dirawat selama ini semakin pulih, ditambah lagi dengan bacaan imam yang sangat merdu! "Subhanallah! Alhamdulillah kerana benarkan aku bermusafir mencari tarbiah untuk diri"
Pagi-pagi lagi aku dah bertolak ke stesen KTM untuk ke Bangi, udara subuh menusuk hingga ke ulu hati, dinginnya terasa tajam. Aku keseorangan di tengah-tengah kesunyian bandar merentas kegelapan subuh. "Allah ada jaga kau Qam!" bateri di phone hampir habis, 'nasib baik bawa BB buat backup' Aku meraba-raba di dalam backpack untuk mencari BB, tetapi... "Alhamdulillah, cable charger!" 'boleh pinjam laptop ikhwah untuk charge'. Dalam train, ana muhasabah kembali. 'Ya Allah... Kau terima lagikah taubatku? Aku semakin hari semakin lari dari rahmatMu. Pimpinlah aku kembali taat kepada perintahMu'. Aku capai buku untuk dibaca, "Subhanallah!" Allah memberi jawapan dalam buku tersebut! Terasa diri sedang berkomunikasi dengan Sang Pencipta! Terima Kasih ALLAH!

----

"ni akhi Qam ke?"
"na am, ana Qam, ni akhi Hakimkan?"
"na am!, ni pula *asif sheikh, ana lupa nama anta ^^*
Senyuman ukhwah disimpul bersama, pelukan erat menambah rasa cinta dalam berukhwah. Lalu kami pun berangkat ke auditorium. Terus ke Surau. Lalu ana pun berehat sambil berkenalan dengan ikhwah-ikhwah. Rasa rendah diri datang dalam diri. 'Ah! hebatnya diorang ni! tak padan langsung dengan aku!' monolog aku keseorangan. (sape pernah bace novel versus-hlovate? Minn menangis mase balik dari Cherakahkan? sebab die rase mcm langit ngn bumi bile ikut program dgn para akhwat kan kan kan? mcm tu la yg aku rase!!!) Selepas hilang penat musafir, aku masuk ke dewan untuk berjumpa dengan naqib aku yang sedang sibuk menguruskan media. Bersembang. Tuju ke Alamanda untuk makan. Sebiji kurma yang aku jamah pagi tadi masih membuatkan aku rasa kenyang walaupun dah hampir 8 jam. Hebatnya kurma itu. Subahanallah!

----

Siang melabuhkan tirai, malam mula menjelma, kelihatan ramai orang sedang berpusu-pusu diperkarangan dewan. "Sheikh, anta tolong bagi tiket ni dekat hanis kat meja media"
Ana pun turunla cari meja media. Kelihatan akhwat-akhwat sedang berkumpul di meja media. 'uih, gila ke apa nak cari hanis kat situ'. "errr assalammualaikum, boleh ana cari orang yang bernama hanis?" Mereka berbincang-bincang sambil bertanya 'siapa hanis?' 'gulp! ades~ macam mana ni?' menggigil lutut aku berhadapan dengan mereka-mereka yang sangat 'unik'. "Akhi, ana la hanis" Terdengar suara seorang ikhwah dari meja berdekatan. "anta Qam kan?" "uh, na am na am. ni tiket abang hakim bagi" kedengaran hilai tawa dari meja akhwat. (cis ko gelakkan aku +_+)

----

Pementasan bermula, alhamdulillah terlalu banyak pengajaran yang dapat diambil. Iman telah bangkit segar kembali. Selepas tamat pementasan, mata ana mencari seseorang. Seseorang yang amat penting sebagai orang tengah jika ingin berurusan dengan mana-mana pihak. Akhirnya... "ustazah!!" Tak sempat berborak kerana telah larut malam, aku ke surau dan bersembang dengan ikhwah-ikhwah mengeratkan lagi ukhwah. Kelihatan ikhwah seusrah denganku sedang bersembang, ada juga ikhwah yang sedang solat, mengaji, dan sebagainya. 'Terima kasih Allah letakkan aku dalam jemaah sebagai pemangkin iman yang lemah walaupun seketika cuma'

------------------------------------------------------------------

Kenapa ana bermusafir?
begini, ana nak lari dari dunia luar untuk bina tarbiah diri yang semakin hari semakin pudar.
hari-hari terdedah dengan maksiat mata, sejuk dan lapang dada melihat para akhwat yang terpelihara auratnya.
iman kembali segar disiram cahaya ukhwah dan dakwah.
pagi ini...
ana bangun dengan nafas baru
nafas seorang mujahid
ana tak sanggup
tak sanggup lagi hilang dari tarbiah
hidup bermisi menggapai visi.
Terima Kasih Allah!

Terima Kasih juga pada SIRAM (Sirah Muzikal) yang menjadi medan untuk ana dapatkan kembali butiran dakwah yang hilang. :)

0 Comment: