Uih bilanya dapat pangkat ustaz lak nih?
Petang-petang aku mengajar fardhu ain kat masjid Baitul Mahabbah
Masa perkenalkan diri mula-mula dulu
"ok korang boleh panggil abg qam, agak2 rase diri tua tu xya la abg, member2 je"
Tapi,,,
"Baik ustaz Qam!!"
ok fineeeeeeee
Best kot kerjaya sebagai guru ni
cewah!
(nak kena layan perangai budak2 yg hiperaktif kuase 10 lgi)
memang best~

Oit oit jangan tidur!

Budak ni nama dia azfar, serius pening kepala nak layan, tengok muka pun muka hiperaktif.
Aku bagi dia task suruh basuh pinggan lepas makan selama 40 hari
Lepas solat dia jumpa, "ustaz lama sangat la, 10 hari leh?"
Haha maknanya dia dah terangsang nak basuh pinggan la en? aku bagi seminggu je pun.. ^^

First time Ustaz suruh aku pakai mice time mengajar. woho~

Budak-budak ni suka dengan cerita-cerita, sila bekalkan banyak cerita moral atau kisah nabi bila hendak mengajar.

Woi apa pandang-pandang?

Time ni aku tengah bebel pasal fardu kifayah rasanya. haha

Kopiah buka, panas bhai~
Time slot ISK

Wah kantoi ajar pasal pokok.
Akar = rukun Iman
Batang = rukun Islam
Dahan = fardu kifayah
Ranting = amalam sunat
Daun = perkara asas (makan, minum, tidur)
Bunga = syiar Islam
Buah = akhlak kehidupan
Kan semua tu fardu ain? hoho budak-budak suka bila buat analogi macam ni.
Semua ni peserta program kat masjid je pun, dalam program tu ada kelas fardu ain, Ustaz Adang suruh kitorang tolong ajarkan je.
Minggu depan ajar sekali tilawah, hafazan
wohoo~
Ni pun bukan students tetap. Student tetap tengah tengok movie kat bilik mesyuarat. Hampeh~
0 Comment:
Post a Comment