Deep Tarbiyyah, and Expand

Thursday, December 30, 2010

Berhenti

Berhentilah mengalir duhai mata,
Berhentilah mengeluh wahai hati,
Berilah hak untuk tubuhmu aduhai diri.

Kerana kau membawa panji agama,
Kerana kau pemegang amanah,
Kerana kau seorang pemimpin.

Maaf kerana kau terpaksa lalui semua ini,
Maaf kerana kau tersiksa derita,
Maaf kiranya kau tidak mendapat hak.

Bangkitlah kembali mencari redha Tuhan,
Bangunkan kembali tegasnya prinsipmu,
Suburkanlah kembali hatimu yang kian luruh.

Apakah kau lupa azammu menjadi seorang yang berani dan adil seperti Saidina Umar?
Apakah kau alpa inginmu menjadi gagah perkasa laksana Khalid Al-Walid?
Apakah terkubur semangatmu ingin menjadi sang bijaksana bak Salahuddin Al-Ayubi?

Sesungguhnya apabila datang yang hak, lenyaplah yang batil.
Sesungguhnya apabila datang kebenaran, lenyaplah kemungkaran.
Sesungguhnya apabila datang keadilan, lenyaplah kezaliman.

Bangun wahai Mujahid Muda! Perjalanan hidupmu masih berliku batu! Kejarlah citamu, gapailah impianmu, betulkan kembali apa yang telah kau rosakkan. Carilah cinta Allah.

Jangan siksa lagi dirimu wahai Umar Al-Mujahid!
Jangan campakkan dirimu dalam kebinasaan duhai Akhi Qam!
Jangan biarkan dirimu terleka aduhai Qamar!
Allah sentiasa bersamamu
Setiap masa....
Di mana sahaja....

Selamat bermujahadah wahai diri. Jangan ulangi silap kelmarin. Mereka akan ada untuk bersamamu dalam perjuangan. Jangan khianati mereka kerana merekalah saudaramu. Pesanku untukmu. Salam mujahadah buatmu dariku wahai diri.

-Qamarul Nazrin Harun-31/12/2010-Baitul Jannah-

6 Comment:

Alu said...

salam, izin copy

Anonymous said...

sejenak berfikir..

ya,teruskan bangkit..
kami menyokong cita2 & harapan mujahid muda..
andai diri seakan ingin rebah xmampu bertahan,ingtlah,klau bukn kau yg kuat sape lg?
-salam perjuangan salam mujahadah salam ukhwah salam seribu syg-

Qam said...

Alu > Waalaikumsalam, sila2

Anony > :') Jazzakallahu khairan khatira! Mohon doa sekadar peneman

nor syifa' :) said...

uhibu jiddan
teruskan perjuangan

nor syifa' :) said...

uhibu jiddan
teruskan perjuangan

Qam said...

nor syifa' > Insya Allah. :)