Deep Tarbiyyah, and Expand

Friday, December 17, 2010

Entri Khas 18-Dec-2010

Bismillahirahmanirahim,
Assalammualaikum wbt.
Kenapa entri khas?
Sebab hari ni sangat khas
Buat salah seorang insan yang aku sayang dunia akhirat. :)
Tahniah kepada Dr. Hairuladha Bin Abdul Razak dan Izzatur Rahmi Binti Haji Mohd Ujang yang akan diijab kabulkan pada hari ini.
Abg Adha ni naqib ana masa mula-mula pergi Johor dulu.
Dialah yang didik ana, dialah yang kejutkan ana, dialah yang banyak bantu ana dalam mujahadah, Ya Allah sweetnya ukhwah dengan abg Adha masa tu. Hampir setiap minggu kitorang keluar makan sama-sama, pergi Melaka, minum bubble tea sama-sama. Dalam usrah pun mantap! Setiap teguran yang abg Adha bagi sangat-sangat berhikmah! Serius, walaupun dah lama tak usrah dengan abg Adha, setiap nasihat-nasihat yang diberi sampai sekarang ana ingat! Alhamdulillah.
Lepas tu abg Adha kena pindah JB.
Jadi, lamalah ana tak jumpa, tup tup hari tu abg Adha bagi invitation ke walimah dia.
(crocodile tears come out from my eyes)
Majlis akad berlangsung di Bahau N9.
Ana nak pergi yang ni punya! Sebab next week, 26 Dec, walaupun ada lagi walimah di rumah pihak lelaki, tapi............ (Argh!! asal clash lak tarikh!!)
Nak pergi yang kat Bahau lak, madam besar tak izinkan.
Terkilan.
Sangat terkilan.
:'(
Ya Allah rindu sangat pada abg Adha.
Tapi tak ada kesempatan lak. isk~
Tah bila la boleh jumpa, tah-tah bila jumpa nanti abg Adha dah dukung baby comel~
Apa-apa pun.
Barakallahu lakuma, wabaraka alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair
Tak ada kat mata tak semestinya tak ada kat hati. kan?
(ayat nak pujuk diri sendiri)

Serius cute gila kad jemputan ni, nampak dalam gambar panjang, rupanya kad ni lipat-lipat sampai jadi cube, belah belakang lak perempuan punya. Hari tu masa kad sampai rumah punya lah excited! Sekali permission not approved lak. Redha je la.

****************************

Lepas ni rasanya dah sibuk, hari ni sepatutnya dah clearkan masa untuk pergi walimah, so tak ada program untuk hari ni. Ahad, pagi ada riadah perdana dengan ikhwah, tengah hari tu lak rancangnya nak memanah, tapi tak tahu lagi. Isnin dah memang sah-sah busy nak siapkan kerja-kerja untuk program kirm kat masjid. Selasa ada kem motivasi kat masjid, (jadi barisan pengarah lagi memenatkan dari peserta. Siryes tak tipu). Rabu, Khamis, ada jaulah, Jumaat hingga Isnin fly ke mana tah (lupa nama tempat tu) Selasa sampai Sabtu, nak bersiap masuk uni, Ahad dah musafir balik dah.
Owh ya! Sifu bahasa arab ana sekarang dah bertukar dari Ustaz Salleh ke Ustaz Rusdi Alias. Alhamdulillah Allah temukan dengan sifu yang cukup hebat! Nak cari ilmu memang terpaksa tempuh pelbagai kesusahan. Wasiat Imam Hassan Al-Banna "Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam"
Moga segala urusan dipermudah

****************************

Semalam, asoi minta temankan dia pergi Sunway Piramid sebab nak uruskan apa tah dengan kawan dia. Sementara diorang selesaikan urusan (lama gak kot), ana pun tawaf la 1 Sunway tu. Bila tengok gelagat manusia, teringat masa keluar dengan Lord Voldermort dulu. Lepas tu bajet nak pergi kedai buku MPH, cari punya cari tiba-tiba, waaaaaaaaaaaaaa bubble teaaaaaaaaaaaa.
Tak fikir apa dah! Terus pergi, rasa betul-betul sebak, sebab teringatkan peristiwa bubble tea tertumpah kat kaki pakcik yang mop lantai masa dengan abg Adha dulu. Terus order perisa kegemaran abg Adha, Passion Fruit. perghhhhhhhhh. Dulu Lord Voldermort belanja perisa coklat, so ana tak la berapa reti sangat pilih perisa. Since selalu beli dengan abg Adha, macam-macam perisa dah cuba. Terus cancel niat nak lepak kat MPH.
P/S : Lord Voldermort = You-Know-Who.


****************************

Tentang tarbiah, Alhamdulillah sejak hari asyura hari tu, rasa terlalu dekat dengan Allah. Cuma semalam terlajak sikit. Astragfirullah. Sepatutnya semalam ada mabit (Malam Bina Taqwa), tapi tak dapat pergi lak. Isk~ Terkilan lagi.
Anyway, Insya Allah, prestasi yang ada akan cuba dikekalkan agar dapat buat bekalan di kemudian hari.

2 Comment:

zinnirah said...

salam....
hebatnya saudara nie...pandai memanah rupanya

Qam said...

waalaikumsalam, err xde la hebat pn, takat main tembak2 tu boleh laa~