Deep Tarbiyyah, and Expand

Thursday, January 13, 2011

Kenapa Perlu Ada Jemaah?

"Aku dah adjustkan untuk kau dah, nanti ada orang follow up. Kau ikut je, dekat je pun dengan rumah kau"

"Assalammualaikum, Qamarul kan? Ana Danial. :)"

Aku ingat lagi waktu tu. Orang pertama aku kenal, Danial, lepas tu pass kat Abang Ijan. Abang Ijan bawa pergi riadah kat Seksyen 7, main bola je pun, tapi rasa suasana yang pelik. Sebelum ni bila main bola dengan budak-budak kat rumah. "Woi S**l! Kejar la bola tu!" "B***h la kau, bola senang pun tak dapat ambil" Yeah, aku budak basketball, main bola guna tangan tak guna kaki. Tapi sebelum aku menjejakkan kaki ke dunia bola keranjang, aku main gak bola petang-petang kat taman belakang rumah. Dan orang yang main sekali tu pun terdiri dari kawan-kawan aku gak.
Tapi bila pergi kat Seksyen 7 tu, sorang pun tak kenal kecuali Abg Ijan, suasana lain yang dimaksudkan tu, tak ada carut-carutan, selepas penat main kumpul ramai-ramai, ada tazkirah ringkas. Rasa macam WOW! Kat situ gak la aku kenal Hazim, Ali, Hakim, Ustaz Sulaiman, dan lain-lain. Betul memang aku rasa pelik, janggal, takjub, dan sebagainya dengan sikap diorang ni. Salam, peluk, laga pipi, ana anta. Akhlak Islami diguna semaksima mungkin. Ya betul, aku jatuh cinta dengan keadaan tu.
Program umum pertama aku pergi, Konvensyen Hassan Al Banna, 30 Januari. Tergamam dengan suasana umat manusia yang tersangatlah ramai yang pamerkan akhlak Islam yang serba indah! Akhirnya jumpa Danial, kenal Mustafa pun kat sini.
Abang Hakim Bahaman bawa usrah aku, Hazim, Ali.
Lepas tu dikenalkan pula dengan Ijtima' Am kat pejabat.
Abang Ijan cakap Ustazah Zakiah pun ada gak. Ustazah Zakiah ni ajar aku time menengah rendah dulu. Kat pejabat, mata pun meliar la nak cari kelibat Ustazah Zakiah. Tup tup, AUCH! kena cubit. Dalam hati, WOW! Masa tu memang masih 'tidur' tapi dah mula nak buka mata. Sebab terlalu manjakan diri, terus biarkan diri terlena. Sampai lah masuk UiTM Segamat ni. Jumpa Doktor Hairuladha. Terus terjaga, tapi masih lemah. Doktor tak lama kat Segamat. Cuti Sem Abang Awe pula tolong kejutkan, Alhamdulillah sekarang dah celik mata.
Terus terang aku seronok hidup dalam jemaah ni. Macam-macam ilmu aku dapat. Makanan rohani enak-enak belaka.

Pernah kawan ajak pergi program jemaah lain. Ye aku memang ikut sebab nakkan pengisian. Tapi aku tak tahu lak kejadian tarik tali antara jemaah.
Persoalan demi persoalan terjah kat kepala otak ni
Pernah la gak cuba selesaikan
Tapi tak berjaya.
Malas nak fikir
Tapi ada pula orang yang 'kau jemaah tu, tak nak la kawan'
Wei perlu ke macam tu?
Kenapa kena ada banyak-banyak jemaah ni?
Tak kisah la nak banyak ke sikit
Tapi kenapa perlu wujud adegan tarik tali?
Tak ke tu membawa kepada perpecahan?

Kalau ikut nafsu, aku tinggalkan je jemaah yang ada. Buat apa kalau dah sesama Islam sendiri pun rebut-rebut. Kuantiti ke kualiti yg penting?
Tapi kalau aku tinggalkan,
Panggilan-panggilan rindu dari ikhwah-ikhwah
Kesuburan ukhwah yang ada
Macam mana pula en?
Dah la ramai tak nak kawan dengan aku
Sebab aku berani berterus terang silap diri
Sebab aku ni tak berapa bijak

Ah lantak kome la

Pendapat peribadi
Wei tak kesah la kau ni ikut jemaah mana. Kalau dah tu yang jadi medan tarbiah untuk kau. Ikut je. Kat mana lagi kau nak berpaut?
Kena buat banyak ISK kot. Bagi faham sikit.
Tuntasnya aku dah penat jelaskan pasal semua ni kat orang yang selalu persoalkan.

"Ketika berdakwah, saudara perlu menjadi seperti pohon buah-buahan, mereka melempar batu namun saudara melempar buah." - Imam Hassan Al-Banna

9 Comment:

nor syifa' said...

salam..
kenapa perlu hidup dalam jemaah ??
sesungguhnya islam amat menitikberatkan kita hidup dalam berjemaah berbanding fardhiyah (individu).dan jgn sesekali keluar dari jemaah walaupun berlaku sedikit ketidaksepahaman . Kat sini nak mnujukkan jemaah ini oenting dlm berdakwah.-sedikit perkongsian-
maaf.

Qam said...

Waalaikumsalam wbt
yep2 btul tu
mmg jemaah tu pnting dlm bdakwah
tpi tu bkan jd persoalannya
persoalannya knp blaku ketidakfahaman smpai ade adegan tarik tali?

terjumpa statement kawan, macam ni.. "fikrah tak seirama bagaimana mahu menghasil tari senada?" dlam kot maknanye tu

nor syifa' :) said...

urm..
naam, dalm maksud ye .
hazihi mushkilah ..
sbb tuh dlm sebuah jemaah kne ade musyawarah ..

Qam said...

:)
InsyaAllah
dlm sume pkara pun kne ade musyawarah :) syukran btw

danialarief said...

ana terharu kot..terharu ngn lagu dlm blog ni.hiihi

Qam said...

hoho biase biase, tgk la siape tuan die.. :P

:::KHALIFATULLAH::: said...

Persoalan yg sama timbul masa ana mula2 join jemaah thun 2007 dulu.Kenapa ada bnyk?sumenye bagus2 plak tu..macam x de beza

alhmdulillah trjawab pada 2009.jawapannya ada pada yg mencari.Ana x sebut la.Tapi khilaf itu kan satu rahmat(pnh dgr tpi sumber hadith x jumpa).Kenapa ada 4 mazhab??satu kn senang..hmm sebb khilaf itu rahmat.Biar ikhtilaf pendpt..jgn smpai iftiraq(berpecah) kesatuan ummat.
sekadar pndapat..

alhmdlillah jemaah di Malaysia sumenye brpandukan dasar usul isyrin yg digariskn oleh Imam Hassan albanna..duduklah dlm jemaah selagi mana ianya brpandukn al-qur'an dan assunnah.Kalau kluar syariat..jgn ragu2 lagi tingglkn jemaah.Tp in'ALLAH rasanya x ade yg mcm tu.Asifah trpnjng komen..xpe ye?=) truskn thabat dlm jemaah islamiyyah ye..

Qam said...

yup2, btul gak tu.. :) syukran
ade je jemaah kt msia ni yg x ikut
pnah gak ikut program2 jemaah yg
errrr,,, pelik
tpi xpe la, ade ibrah yg bleh diambil
Alhamdulillah dlm jemaah yg ada skrg ni, x bniat pn nk kluar, kt mne lg nk islahkn diri..

nor syifa' :) said...

salam..
ana nk tye sket nie..
akhi fikrah ape?