Deep Tarbiyyah, and Expand

Sunday, February 27, 2011

Ketika Rasa Rindu Itu Hadir

Ketika rasa rindu itu hadir...

Aku juga seorang remaja

Yang penuh naluri remajanya

Tipulah kalau tak diuji dengan perasaan

Benar terkadang rasa rindu itu hadir

Pada siapa tu tak penting

Ya Allah, aku berlindung dari zina hati

Pergilah wahai rindu yang tak halal bagiku

Rinduku sekarang hanya pada dakwah dan jihad serta tarbiah keranaNya

Andai rasa itu hadir, jadikanlah ia rindu pada perjuangan hingga syahid di jalanMu

Aku tak rela diri dicemari rasa rindu palsu yang pernah menghumban diri ke kawah maksiat

Moga Allah pelihara segalanya

Hey kamu, pergi!

Pergi dari sini!

Aku benci kamu kerana mengundang fitnah di hati

Hingga merampas cintaku pada Sang Rab

Aku benci untuk mengatakan aku rindu kamu!

Moga benci itu berubah menjadi sayang di hari akad yang Allah tetapkan masanya suatu hari nanti.