Bismillah,
Seperti yang kita dapat saksikan sekarang, semakin hari semakin ramai anak muda belia yang semakin jauh dari Islam. Alhamdulillah, syukur bagi antum yang dipilih Allah untuk duduk dalam sistem tarbiah. Harus diketahui, bila mana seseorang itu meletakkan dirinya dalam tarbiah, dia merupakan pemegang amanah, pemikul tanggungjawab. Tanggungjawab yang sangat berat, iaitu mendukung Islam. Islam tak akan tertegak dengan bantuan pemegang-pemegang amanah seperti antum. Ini jalan yang ana pilih, jalan dakwah dan tarbiah, jalan yang penuh dengan ranjau duri. Bukan perkara mudah nak berhadapan dengan masyarakat jahiliah seperti sekarang. Jadi, aturlah stratergi supaya kerja dakwah lebih teliti. Sesungguhnya kebatilan yang terancang dapat menumpaskan kebenaran yang tidak dirancang!
Tips pertama yang ingin ana kongsikan bersama ialah,, analisa setiap perkara dari pelbagai sudut.
Contohnya, di suatu tempat yang penuh dengan mereka yang terlalu gilakan bola, main bola sampai lewat malam, tidur lambat, ponteng kelas, sambung main bola dari petang sampai malam, dan sebagainya. Analisis juga teknik-teknik atau manhaj-manhaj yang perlu digunakan untuk mengembalikan roh Islam di dalam jiwa pemuda-pemuda hari ini. Dan analisa yang paling berkesan adalah manhaj yang di bawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.
Seterusnya, gunakan teknik dakwah fardhiah pada siapa yang hendak kita dakwah. Kalau ana nak syarah tentang dakwah fardhiah ni, panjang. Boleh la buat sedikit kajian.
Yang paling elok untuk jadi sasaran adalah mereka yang langsung jauh dari Islam, hal ini kerana apabila kita hendak dakwah mereka yang faham tentang Islam, pelbagai argument akan diberikan untuk mengelak. Contohnya si fulan sudah pun tahu tentang teknik dakwah fardhiah, sudah tentu dia akan mengelak bukan? Walaubagaimanapun jangan la terus tinggalkan mereka yang tahu serba sedikit tentang Islam. Mereka juga permata beharga buat Islam.
Selepas berjaya menawan hati sasaran atau mad'u, ikat mereka dengan ikatan ukhwah. Ajak mereka duduk bersama untuk berdiskusi tentang Islam.

Ini adalah contoh flyers yang ana buat untuk majlis ta'lim mahabbah ana di UiTM. Perlu diingatkan bahawa dakwah fardihah bukanlah mengambil masa 1 2 hari, ana di sini dah semester 2, dan masih dalam proses menawan hati para mad'u. Untuk jadikan majlis ta'lim atau halaqah ilmu, bukanlah suatu kerja yang mudah. Jika antum merupakan seorang yang hebat dalam membina pengaruh, lagi bagus. Objektif majlis ta'lim atau Smart Youth Circle ini hanya untuk memotivasikan para mad'u dan juga bertindak sebagai pengnutral rohani mereka yang mungkin tercemar disebabkan dosa-dosa kering seminggu yang sudah. Pada peringkat awal, letakkan priroriti hanya untuk mad'u yang telah antum ikat hati-hatinya dengan ikatan mahabbah. Selepas beberapa ketika mengikut kesesuaian, barulah dibuka quota untuk orang awam. Tujuannya hanyalah untuk mengikat hati-hati mereka supaya hidup roh Islam dalam diri mereka. Juga untuk tidak merunsingkan mereka bila diserap ke dalam usrah. Antum hanya perlukan dalam 15 minit sahaja untuk berikan kata-kata motivasi kepada mereka. Bayangkan terus serap ke dalam usrah selama 1 jam setengah, mungkinkah mereka akan kekal dalam usrah tersebut?Selepas beberapa lama, batu-bata asas Islam sudah mula dibentuk, tapak asas sudah kukuh, sudah hidup roh Islam dalam diri mereka, bolehlah diaturkan program-program susulan yang terdiri daripada wasilah-wasilah tarbiah seperti usrah, halaqah, daurah, tamrin, mukhayam, rehlah, riadah, dan program-program umum. Akhirnya terbentuklah pendukung-pendukung yang menyala-nyala semangat jihadnya untuk bangunkan Islam.
Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian.
JANGAN SEKALI-KALI HEBAHKAN PADA UMUM PADA PERINGKAT AWAL!
Ingatkan antum tentang kisah Rasulullah pada awal kedatangan Islam? Di rumah Al Arqam Abu Arqam, Islam bergerak dalam keadaan rahsia. Cuba antum dah hebahkan pada peringkat awal tentang apa yang antum rancang, sudah pasti ada pihak-pihak tertentu yang cuba menghasut sasaran antum supaya jangan ikut apa yang sudah antum rancangkan. Terus terang perkara ini telahpun terjadi pada ana sendiri di mana silap ana terberitahu pada orang yang salah tentang gerakan dakwah ini.
Apabila para pemuda sudah ramai yang istiqamah untuk membangunkan Islam dan juga sudah mantap tarbiah dalam dirinya. Sudah tentu tempias dari tarbiah akan merebak di sekeliling mereka. Perkara ini telah pun ana saksikan sendiri. Andaikan 50 orang pemuda yang mantap fikrahnya. Setiap seorang akan mencari mad'u baru sekurang-kurangnya 5 orang. 50X5 = 250 orang mad'u baru akan lahir. 250X5 = 1250 orang mad'u baru akan lahir dan akan berganda-ganda untuk proses seterusnya.
Subhanallah! Seronok sangat dapat lihat situasi yang terlalu ajaib ini. Kalau dulunya bila mereka bermain bola, "B*bi la kau si*l! kenapa terlepas bola tu?!" tapi selepas terkena tempias dari tarbiah "Masya Allah bola terlepas!". Tak tergambar rasa bahagia yang menyelubungi diri.
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Alhamdulillah iman sudah betul-betul sembuh dari sakit kronik.
Pada awalnya ana betul-betul cemburu pada sahabat-sahabat ana yang dah pun duduk dalam sistem tarbiah walhal ana duduk dalam sistem sekular.
Ana nak berubah dan lihat perubahan depan mata. Ya, ana jadi manusia yang paling terburu-buru. Alhamdulillah tarbiah mendidik jiwa. Akhirnya rasa syukur sangat-sangat diberi peluang oleh Allah Aza Wajalla untuk berdakwah kepada mereka yang lebih jauh dari sistem Islam. Syukur Allah beri peluang merasai betapa bahagianya berhadapan dengan mereka yang hendak menentang dakwah. Perasaan yang sama yang diperolehi dalam diri para sahabat! Syukur Allah beri peluang untuk merasai jerih perih perjuangan dalam berdakwah. Allah lihat usaha bukan hasil. Kata-kata mujahid Islam, Syed Qutb benar-benar buatkan ana rasa terpana. Benarnya kata-katanya lebih tajam dari pedang. "Jika aku ingin melihat perubahan sekaran, nescaya aku tak kan lahir di dunia." - Syed Qutb.
Benar, ana tak akan dapat lihat perubahan di depan mata, tetapi ana akan merasai proses perubahan itu. Inilah aturan Allah yang indah!
Usaha 3 orang mujahid, Wan Hafiz, Akhi Qam, Amirul Asyraf untuk menegakkan kembali Islam dalam suasana jahiliah. Pelajar di sini berjumlah beribu-ribu orang. Mustahil kami dapat melihat perubahan yang menyeluruh. Namun kami bangga dapat lihat perubahan demi perubahan untuk Islam di sini. Kami puas menjadi golongan awalun yang berpeluang perjuangkan risalah suci ini.
Sungguh hikmah Allah sangat besar. Ujian demi ujian membuatkan iman seseorang hamba itu bertambah kuat. Demi mencari redha Allah. InsyaAllah, inilah saham kami di akhirat kelak. Sekurang-kurangnya kami dapat menjawab andai ditanya sumbangan yang dilakukan ketika berada di dalam suasana seperti ini.
7 Comment:
ia juga perlukan kekuatan utk melakukannya....walaupun ada yg pernah berkata...takkan nak tunggu ada kekuatan baru buat,sampai bila klu mcm tu....
jalan tarbiah dah dakwah bukan untuk orang2 yg lemah.
sebab tu tak boleh senang2 serap orang masuk usrah sebab melalui usrah tanggungjawab dalam tarbiah dipikul bersama
mcm tu pulak.....abis tu camne pulak ngan org yg dipaksa masuk usrah....pernah tak terfikir klu org yg kurang memahami pasal tarbiah nie nak masuk usrah bila diorg terbaca ....tak boleh senang2 serap org masuk usrah....apa pendapat diorg tu agaknya.......
kalau org yg dipaksa msuk usrah tu da masuk kes lain dik.. slalu jd mcm kt skola2 agama kan? bayangkan lak, diorg terpaksa ikut usrah padahal hati diorg x turut hadir bersama.. akhirnya bile die dah bdepan dgn dunia luar (ble dah ade peluang x knp paksa ikut usrah), xkn ade usrah dlm kamus hidup dia.. ade gak kes dipaksa lama2 jatuh cinta..
=,='
kalau org yg kurang memahami pasal tarbiah tapi NAK MASUK USRAH, tu dah terang lagi bersuluh yg die memang nak pilih jalan tarbiah, go on je la..
zaman kat skolah dgn zaman luar skolah lain dik,
minnedina kne tgk dri plbagai sudut pandangan.. even Rasulullah pun pilih antara para sahabat yg mana akan duduk dalam sesebuah halaqah tu.. x boleh main senang2 pilih..
faham x ni?
mcm nk masuk sbp la analoginye, kenapa kerajaan pilih? ape lak pandangan student yg x pandai sgt tpi teringin sngt nk masuk sbp?
dapat x maksud akhi ni?
xtau nk jelas mcm mne, sry eh, skrg btul2 tgh sakit kepala.. :)
ok..kita dah phm sekarang(lps baca berulang kali jugaklah nak memahamkan.....)
salam..
boleh kongsikan camne nak tarik mad'u yg dah berpaling dr jalan ALLAH x?yg dulunya bersama kita namun kerna sebab yg tak kita ketahui dia menjauhkan diri....lebih kurang macam tu la..
mulakan dari awal
dakwah farhiah
Post a Comment