Bismillahirahmanirahim
Sewaktu perang Badar tercetus, 313 tentera badar terpaksa berhadapan dengan hampir 1000 orang tentera musyrikin. Kalau ikut logik akal, 313 orang yang terpaksa berhadapan dengan 1000 orang kelihatan sangat sangat mustahil. Dikisahkan bahawa Rasulullah berdoa hingga tercabut serban baginda kerana mendongak ke langit. Baginda SAW berdoa bahawa
اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما وعدتني اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد
Yang bermaksud "Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini"
Baginda berdoa dengan bersungguh-sungguh hinggakan Saidina Abu Bakar menyedarkan baginda dengan memberitahu bantuan Allah sudah pun sampai. Situasi yang kelihatan mustahil bertukar menjadi kenyataan apabila doa baginda dimakbulkan oleh Allah. Tentera musyrikin yang lebih banyak dari tentera Muslim menjadi kucar-kacir. Keadaan bertambah rancak dengan kehadiran tentera-tentera yang terdiri daripada kalangan malaikat.
Rentetan daripada peristiwa agung yang telah menjadi pemisah antara haq dan batil ini telah memberi seribu satu makna kepada kita sebagai umat Islam dalam mencungkil ibrah yang dapat dijadikan semangat, motivasi, dorongan, dan batu loncatan untuk lebih thabat dalam perjuangan.
Berhubung dengan tajuk yang telah ana nyatakan, mari kita sama-sama cungkil apakah rahsia sehinggakan umat Islam yang terlalu sedikit bilangannya ketika itu mampu menewaskan tentera yang lengkap bersenjata. Jika kita saksikan bahawa Rasulullah berdoa dengan bersungguh-sungguh hingga terjatuh kain serban baginda. Baginda berdoa di tengah-tengah medan peperangan. Ketika perang telah pun bermula.
Bagaimana pula kita? Bukankah kita khususnya pelajar-pelajar yang sedang berjihad di medan ilmu berada di tengah-tengah medan pertempuran? Apakah kita sebagai seorang mahasiswa mahupun pelajar sekolah berdoa dengan bersungguh-sungguh? Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Fikirlah, renunglah. Ambil lah ibrah dari kisah peperangan Badar ini supaya kita semua akan lebih kuat berdoa kepada Allah. Bukankah doa mampu mengubah takdir? Masih ingatkah lagi kita bahawa Allah SWT rindu untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya?
Walaubagaimanapun, berhubung waktu peperiksaan. Ana teringat ungkapan butir mutiara dari seorang sahabat ana. "Apa yang terjadi dekat hall exam tadi, memang Allah dah tetapkan walaupun usaha banyak mana sekalipun. Itu yang terbaik yang kita dah lakukan. Sekaran, teruskan doa dan tawakal"
Ya. Betul tu, walaupun kita pelajar cemerlang di Universiti sekalipun, bila dalam dewan peperiksaan, Allah nak limitkan ilham takat tu, itulah yang kita dapat. Motivasi untuk ana juga sebenarnya. I really need strength for my final examination on next Thursday. Betul-betul terkesan masa jawab Test 2 tadi. Betul-betul rasa diuji. Sangat sedih bila kita dah korbankan banyak masa untuk mentelaah pelbagai buku rujukan, namun segalanya hilang bagai debu apabila berhadapan dengan kertas soalan. Ya. Kita baca banyak mana pun, sampai tak tidur malam. Bila Allah nak uji kita. Bila Allah nak hadkan kemampuan kita. Itulah keputusan yang kita dapat. Dia Maha Mengetahui. Kita hanya merancang tapi ingatlah perancangan Allah jauh lebih hebat dan halus seninya.
Satu lagi kisah yang agak menarik untuk dikongsikan. Sewaktu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, ulama' kotemporari masa kini hendak menduduki peperiksaan "SPM". Sebelum menduduki peperiksaan, beliau perlu mengisi borang di mana borang tersebut memerlukan sekeping gambar sebagai lampiran. Ketika beliau hendak mengisi borang tersebut. Beliau bersama Ikhwan sedang berada di dalam penjara. Kisah selingan di dalam penjara. Ikhwan pada ketika itu ditangkap dan dimasukkan di dalam penjara. Ajaibnya, Ikhwah berjaya mengubah penjara menjadi masjid, universiti, sekolah, pusat gerakan. Mereka sembahyang jemaah bersama, membuat majlis ilmu bersama-sama, riadah bersama-sama. Inilah kekuatan dari tarbiah. Prof. Dr. Yusuf Qardhawi tidak dapat melengkapkan borang kerana beliau tiada gambar untuk dilampirkan bersama di dalam borang tersebut. Selepas keluar penjara, beliau tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran disebabkan tidak hadir ke sekolah kerana berada di dalam penjara membuatkan beliau tertinggal begitu banyak pelajaran. Ketika peperiksaan bermula, pengawas peperiksaan terperasan bahawa beliau tidak melekatkan gambar lalu pangawas tersebut bertanyakan mengapa beliau tidak dapat melekatkan gambar di borang. Prof. Dr. Yusuf Qardhawi memberitahu bahawa beliau berada di penjara bersama Ikhwan pada ketika itu. Pengawas peperiksaan berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya bagaimana penjara boleh berubah menjadi madrasah ilmu. Mereka pun bersembang hingga terlupa masa peperiksaan sedang berjalan. Apabila tersedar, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi menjawab soalan yang masih belum sempat dijawab, dan akhirnya, beliau sempat menyiapkan 2 soalan daripada 3 soalan. Lebih menyedihkan, soalan yang beliau tak sempat jawab merupakan soalan kegemarannya. Beliau pulang dengan perasaan sedih yang teramat sangat. Hanya doa menjadi peneman beliau waktu itu. Ketika keputusan dikeluarkan, kekuatan doa. Beliau mendapat tempat kedua terbaik di seluruh daerah! Subhanallah! Hebatnya doa mengubah takdir!
Wallahua'lam
0 Comment:
Post a Comment