Bismillah,
Malam Bina Taqwa (MABIT) malam semalam tersangat-sangatlah seronok!
Subhanallah Maha Suci Allah yang dah pilih ana untuk turut serta mengecas iman bersama ikhwah-ikhwah yang ada sekali.
Istimewanya MABIT kali ni, dibuat khusus untuk 'anak-anak' usrah abang awe. Alhamdulillah cuti semester kali ni ditempatkan sekali lagi untuk berukhwah dalam mengislah diri bersama abang awe. Kalau ikutkan, memang ada juga MABIT di surau Ustaz Rizal sebab ada sekali program Nakbah Palestin tapi abang awe pilih tempat yang lebih menarik. Di surau At-Taqwa. Kenapa menarik? Sebab surau At-Taqwa terletak betul-betul di hadapan padang bola, tempat di mana kami selalu beriadah pada setiap hujung minggu.
Program bermula selepas Isyak. Sampai-sampai je kat surau, tak ramai lagi yang datang, jadi kami yang dah sedia sampai mengisi masa dengan membaca Al-Quran. Lepas ikhwah-ikhwah dah berkumpul, abang awe pun mulakan perkongsian rohani.
Tajuk yang dibincangkan adalah 'shift your paradigm' (InsyaAllah ana akan kongsikan bersama dalam cerpen bersiri ana "Umar Al-Mujahid" :) )
Pengisian seterusnya diteruskan dengan akhi arep dari Baitul Syabab. Lepas tu kami semua meeting mengenai Hari Belia yang akan diadakan pada minggu hadapan. Menariknya meeting kali ni, sepatutnya program untuk Hari Belia ada sekali dengan akhwat, tapi untuk meeting ni hanya ikhwah sahaja yang diperlukan, (mungkin ada juga meeting belah akhwat), dan akhirnya kata sepakat dicapai bersama antara ikhwah dan akhwat. Menarik bukan? walaupun tak kumpul sekali ikhwah dan akhwat, namun tetap berhasil. Contoh yang bagus dalam berurusan sambil soal ikhtilat dititikberatkan. InsyaAllah projek revolusi dakwah ana akan dijalankan pada hari tersebut. Nantikan! :)
Usai meeting, kami dibenarkan untuk tidur, namun sebelum tu, abang awe ada bagi tugasan untuk menghabiskan surah Yusuf. Kebanyakan ikhwah tak tidur dulu. Masing-masing sibuk menghabiskan surah Yusuf sebelum tidur. Mukmin yang hebat adalah Mukmin yang tidak bertangguh-tangguh. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan untuk habiskan surah Yusuf sebelum tidur.
Masa nak tidur tu, ana tak dapat tidur, peluang 'ketidakdapat' tidur tu ana gunakan sebaik-baiknya untuk mengulang semua hafalan yang ada. Hajat di hati nak sambung hafal lepas qiam.
Masa qiamulail lah masa yang paling indah. Indah kerana sang hamba bermadu kasih dengan Tuhannya. Tenang. Nyaman.
1 perkara yang sangat-sangat menarik di surau ini. Ketika solat subuh, jumlah jemaahnya terlampau banyak. Subhanallah! Macam solat Jumaat pun ada juga. Serius tak tipu. Meriah sangat!!
Habis je solat Subuh, ada ceramah pagi yang diaturkan oleh pihak surau. Ana tak ikuti sangat ceramah ni. Antara sebabnya, mengantuk.. =,='' Bila dah ramai-ramai tu, takkan nak tidur pula. Lari masuk dalam kereta, sambung tidur. Itu pun dalam 5 minit je sebab iman dah berkobar-kobar nak raih kasih Allah saat tu. Hafal Al-Quran jadi pilihan.
Alhamdulillah rohani kenyang sangat dengan pengisian-pengisian yang lazat-lazat sepanjang malam tu. Pagi tu, pihak surau jemput kami bersarapan bersama jemaah yang lain. Meriah!
Rohani dah terisi, Akli pun dah terisi, tiba masa pula untuk pengisian Jasadi. Kami meneruskan pengisian dengan riadah main bola sepak. Ana teringat masa mula-mula datang main bola dengan ikhwah. Tak ramai yang kenal. Tapi kali ni, bergelak tawa bersama. Terasa suburnya ukhwah yang terjalin. Terasa nyaman sekali berada dalam biah soleh. Mungkin ana batak sampai tulis entri ni, ketahuilah, jarang sekali ana dapat berkumpul dalam biah soleh. So, bila sekali dah duduk bersama, nikmat dia berganda-ganda.
Selepas tamat riadah, akhi Asyraf pula bagi pengisian tentang gambaran hidup para sahabat. Tenang rasa hati. Syukur dapat sahabat-sahabat yang soleh seperti mereka.
Tentang Umar Al-Mujahid, insyaAllah ana habiskan sementara tak mula lagi semester baru. Banyak juga pengisian yang nak dikongsikan bersama. InsyaAllah. :)
Akhir kalam, begitulah hebatnya tarbiah mengubah peribadi seseorang. Subhanallah Subhanallah Subhanallah!
0 Comment:
Post a Comment