Bismillahirahmanirahim.
Jam pada skrin menunjukkan tepat pukul 4.35 AM.
Aku boleh duduk depan PC tulis blog. Bukan saje-saje nak tulis. Tapi terjadi satu perkara yang terlalu banyak iktibar yang boleh dikongsi bersama.
Sebelum tu, aku ceritakan aktiviti harian aku semalam. Awal pagi keluar pergi Baitul Syabab, jumpa murabbi, keluar pergi Sunway untuk cari beberapa buah buku. Sampai tengah hari, aku dengan kawan pergi cari alatan sukan untuk booth Pembina di Hari Belia Negara weekend ni. Sampai petang terus pergi Masjid Negeri untuk jumpa Ustaz Aizad sebab nak serahkan segala barang yang baru dibeli. Terus bergegas pergi riadah main badminton dengan ikhwah sampai pukul 9 malam. Dalam 9.30 malam pergi usrah sampai pukul 11 malam. Makan kejap, dan balik rumah pada tengah malam. Dekat rumah pula terus pack-pack barang untuk balik Segamat hujung minggu ni. Hinggalah jam menunjukkan 1.30 pagi. Waktu ni angka maksimum yang membolehkan aku bangun untuk buat qiamulail. Maka wajib tidur. Tabiah aku selagi tak baca buku sebelum tidur, tak boleh tidur. Cuba untuk tidur, tak boleh hingga aku mengalah untuk tak baca buku. Unwarp buku yang baru beli pagi tadi. Syabab Musafir Kasih - Fatimah Syarha. (Ye buku lama aku tahu itu.) Baca 40 pages. Baru boleh tidur selepas itu. Masa tu jam menunjukkan pukul 3 pagi. Jika dilihat pada rumusnya, selama 20 jam tenaga aku digunakan tanpa henti. Dan aku terjaga pada pukul 4 pagi. Ini bermakna aku hanya tidur selama 1 jam. 1 jam untuk cover 20 jam. Subhanallah!
Persoalannya,,,,,
Apa yang membuatkan aku boleh terjaga pukul 4 dengan keadaan segar sedangkan aku tidur melebihi had bangun qiam. Apa pula relevennya tajuk yang hanya menceritakan tentang aktiviti seharianku?
Kerana tuntutan tarbiahlah yang memberi aku tenaga. Tenaga tarbiahlah yang cover tenaga 20 jam yang lepas. Hebatkan tarbiah? :)
Ok begini, nak dijadikan cerita, terdapatlah sepasang kekasih ni yang buat 'maksiat' secara terang-terangan di hadapan aku. Diorang bukan buat apa pun, takat pegang-pegang tangan letak kat peha si gadis je. Di hari kejadian, aku sangat kecewa dengan diri aku sendiri sebab hanya mampu membenci dengan hati. Tertanya-tanya juga mana perginya sikap menyinga sang Umar? Lokasi kejadian di suatu tempat terpencil di Putra Height. Sang lelaki duduk di Seksyen 18 Shah Alam. Jarak antara Seksyen 18 ke Putra Height mengambil masa sekitar 20 minit. Aku tak kenal pun si lelaki ni. Tapi sangat mual dengan perbuatannya di hadapan aku tu. Si gadis pula merupakan kawan sekolah rendah aku. Menambah kesedihan, dia merupakan gadis yang pernah terdedah terhadap tarbiah. Even pernah berkerja dengan aku sebagai Naib Presiden (ketika itu aku Presiden) sebuah persatuan Islam di peringkat Shah Alam. Selalunya orang yang diberi amanah untuk jaga 1 Shah Alam bukan boleh tarik membabi buta sahaja. Semestinya dia seorang yang hebat. Dipendekkan cerita, malam tadi sepasang kekasih ni dating di Putra Height. Lepas habis dating, si lelaki tak tahu nak balik Seksyen 18. Jadi, dia stuck kat Putra Height. Aku tahu juga perihal ke-stuck-an dia di sana. Tapi tak ada apa-apa information yang lebih khusus disebabkan aku tak kenal dia.
Masa aku tengah tidur, tiba-tiba kawan aku call sebab kononnya nak tolong dia sebab dia stuck di Putra Height sampai pukul 4 pagi! Kawan aku call aku sebab aku ada transport. Mula-mula tu memang nafsu mengusai diri. Biarkan padan muka. Balasan orang buat maksiat. Itu kata hati pada mulanya. Tapi dalam masa yang sama, iman dah bagi hujah bertalu-talu yang mengetuk mata hati aku untuk terus tolong dia. As a Muslim. Itulah sebabnya aku boleh terus segar! Maha Suci Allah. Rasa betul-betul terasa kesan tarbiah yang aku terima selama ni. Kalau tiba-tiba nak keluar rumah pukul 4 pagi memang cari nahas dengan ibu la jawabnya. Muhasabah sebentar, berlawan dengan diri di antara nak tolong atau tidak. Ternyata kekuatan tarbiah berperisai iman mengatasi segala-galanya. Akhirnya Allah ilhamkan jalan hikmah. InsyaAllah. :)
Begini, azan Subuh pukul 5.40 pagi, aku akan keluar dengan kawan aku untuk ambil dia yang dah stuck tu, dan terus ajak pergi solat Subuh. Lepas tu, ingat nak taaruf dengan dia. Dia galian bergerak. Rasulullah boleh mengubah peribadi seseorang dengan akhlak, takkan aku tak boleh? Masa ni lah nak praktikkan ilmu tarbiah yang aku terima selama ni. Doakan segala urusan dipermudah. :D
Akhir kata,, aku seronok dalam dunia dakwah dan tarbiah. Sangat seronok! Alhamdulillah.
Kalau anda orang yang hendak berubah dan masih khuatir dengan kuasa tarbiah. Saya harap sedikit perkongsian ini dapat bantu anda untuk buktikan yang tarbiah mampu mengubah segalanya. Wallahua'lam
2 Comment:
Assalamua'laikum.. So GREAT! Alhamdulillah...
Waalaikumsalam. :)
Post a Comment