Bismillah...
Musafir kali ini,,,
Banyak ertinya, banyak ujiannya, banyak hikmahnya...
Hari tu tengok memo untuk kelas co semester 3 akan berlangsung pada Jumaat petang.
Kebetulan minggu tu ada kelas arab. Pening kepala juga memikirkan cara.
Hari Khamis petang tu kononnya nak pergi pasar. Sampai je kat pasar, kawan sebelah dapat panggilan mengejut, kena bergegas naik Bukit Kayangan sebab co sebenarnya start hari tu juga. Akhirnya, memang ye pun co hari Khamis petang~ Sabar je la. Sebelum tu, tiket bas dah beli dah. Bertolak pukul 8 malam. Andai kami bertolak pukul 8 malam, sampai Bandar Tasek Selatan (BTS) dah lebih kurang 11 malam. Train dah tak ada time tu. Alamat tidur sana la jawabnya...
Untuk mengelakkan tidur dalam surau terminal bas. Kami pun beli jugak tiket petang Jumaat. Alhamdulillah perjalanan dari Segamat ke Baitul Syabab (BS) berjalan dengan lancar. Sepanjang perjalanan, banyak sangat berfikir. Sekurang-kurangnya boleh melarikan diri dari bebanan pelajaran. Dalam bas sembang-sembang dengan Shakir, tak sangka se'gila-gila' dia, rupa-rupanya kami berada di atas jalan dakwah yang sama. Ikhwah Bangi rupanya. Sigh~ Ini bermakna, kekuatan dakwah dalam UiTM akan menjadi mudah dengan kehadiran ikhwah yang mempunyai fikrah yang sama. Alhamdulillah...
Keesokan harinya menghabiskan waktu siang denga baca novel kat bilik abang Hakim, bahana dari mengada-ngada nak layan novel, terus mesej kawan suruh beli siri yang lain. InsyaAllah novel tarbiah yang membentuk jiwa. :)
Masa kelas berlangsung, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Semangat nak belajar bahasa Arab yang semakin pudar kembali cerah. Syukur Allah buka pintu hati untuk terima segala ilmu dari Ustaz. Habis kelas dalam pukul 10 malam. Terus balik.
Pagi keesokan harinya, pergi riadah kejap, nak ambil modul usrah dari abang Awe, sementara tu tengok la ikhwah-ikhwah main frisbee. Dalam pukul 8.30 tu terus bergegas ke stesen bas. Kalau ikut perancangan, beli tiket pukul 9.30 pagi, sampai dalam waktu zohor. Tapi sesuatu di luar jangkaan terjadi. Inilah namanya takdir Allah. Tiket semua habis. Terpaksa menggunakan alternatif lain. Beli tiket bas ke Melaka. Sampai je kat Melaka, terus contact abang Mursyidi. Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) caw Melaka. Tiket ke Segamat pukul 8 malam. Sementara tunggu sampai 8 malam tu. Abang Syidi ajak jadi tetamu kat rumah dia. Subhanallah. Aura orang yang ditarbiah. Memuliakan tetamu. Rasa kecil pula diri ni. Petang tu, masa makan dengan abang Syidi, borak-borak la pasal program KRIM, dia jemput untuk turun Melaka minggu depan sebab nak buat program kat 1 sekolah cemerlang kat Melaka. Sekolah ni special sikit sebab penah beat ana time pantun dulu. =,=''
Akhirnya sampai UiTM pukul 10 malam. Alhamdulillah banyak ruang untuk berfikir.
0 Comment:
Post a Comment