Deep Tarbiyyah, and Expand

Friday, June 24, 2011

Sanah Helwah Mujahid

'23 Rejab,,, umurmu kini mencecah 20 tahun menurut tahun Islam. Sanah helwah wahai mujahid! Sepanjang 20 tahun hidupmu di atas muka bumi Allah, apakah sumbanganmu kepada Islam? Insafilah diri, tabahkan hatimu dalam perjuangan dakwah. Jangan engkau mengalah! Jangan engkau mengeluh! Begitulah hebatnya rantaian perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Muhasabah kembali dirimu, engkah pendakwah, bukan penghukum. Jangan kau hukum mereka sama sekali tatkala mereka tidak mahu datang ke majlis pembinaan rohani yang engkau berhempas pulas, mahu membentuk mereka menjadi mujahid sejati! Hari ini hari lahirmu, kau sepatutnya berbangga dengan diri kau! Kau keluar dari kepompong jahiliahmu untuk terus bergerak di landasan dakwah dan tarbiah. Tak ramai sepertimu. Kau sangat istimewa, semangatmu tak mudah goyah. Itu yang menjadi kekuatan dalam dirimu. Hapuskan air matamu wahai mujahid! Terus melangkah kehadapan, tolehlah ke belakang sekali sekala untuk mengambil iktibar. Pengalamanmu yang pahit, manis, kelat, dawar dah pun diadun menjadi resepi matangnya engkau hari ini. Moga kau tetap thabat dalam perjuangan dakwahmu...' - Mujahid (nota ini ditulis sewaktu menunggu 'mereka' di Malam Bina Taqwa MABIT)

Inilah pertama kalinya dalam hidup ana sambut hari jadi menurut tahun Islam. Usia telahpun mencecah 20 tahun. Tapi apa sumbangan diri terhadap Islam? Untuk tebus balik 20 tahun lampau tanpa sumbangan kepada Islam, ana anjurkan MABIT khusus untuk mereka yang berhajat pada Islam. Namun,,, tak sangka aturan Allah lebih indah. Idamkan sambutan hari lahir dalam berukhwah, Allah ganti sambut hari lahir dengan rintangan dalam berdakwah. Agaknya perasaan inilah yang dirasai oleh Rasulullah dan para sahabat. Sedih sangat bila seruan tidak bersahut. Mahal harga perasaan itu. Biarlah jadi rahsia diri dan Pencipta. Sangat bermakna apabila Allah seakan berbicara pada ana di kuliah Subuh.

'Rasulullah hanya menyeru kaum Quraiysh untuk beriman tetapi Allah jualah yang membuka pintu hati mereka.'

Rasulullah tak pernah berputus asa hingga tertegaknya Islam di bumi Allah... Semoga entri ni dapat menjadi penguat semangat kala diri perlukan semangat untuk terus thabat dalam perjuangan dakwah dan tarbiah.

0 Comment: