Deep Tarbiyyah, and Expand

Tuesday, June 28, 2011

Tarbiah VS Dakwah

Perhati situasi-situasi tersebut:

"Ya Allah! susahnya nak buang sifat mazmummah ni!"

"Ya Allah! macam mana nak istiqamah pakai tudung ni?"

"Susahnya nak berhenti rokok"

"Argh peritnya mujahadah ni!"

dan pelbagai lagi...

Bagaimana pula dengan ini?

""Assalammualaikum, esok usrah di rumah ana" "Waalaikumsalam, asif ana ada hal""

""Jom pergi majlis ilmu" "err kau pergi la dulu, aku ada hal""

""Malam ni ada ta'lim, jemput datang." "sorry aku dah busy sangat-sangat ni"

Nampak tak perbezaan di antara dua situasi di atas?
Letakkan diri anda dalam situasi tersebut. Pada situasi pertama, anda terasa betapa peritnya nak berubah. Betapa payahnya nak mujahadah. Betul-betul rasa terseksa dihimpit keinginan diri yang pelbagai.
Pada situasi kedua pula, anda berasa kecewa kerana dakwah anda tak berjalan. Mad'u taknak datang usrah. Rasa hampa dan sebagainya...

Persoalan ana di sini, antara dua keadaan tersebut mana lebih perit?

Jawapan dari pihak ana yang penuh khilaf ni, keperitan seruan dakwah yang tak bersambutlah yang menunjukkan keperitan dalam mujahadah.

TARBIAH takkan berjalan tanpa DAKWAH, DAKWAH juga tidak akan berjalan tanpa TARBIAH

Jika anda mengatakan diri anda masih di takuk tarbiah sebelum terjun ke medan dakwah, maka anda belum bersedia untuk ditarbiah sepenuhnya.

Pengalaman ana, ana dah pun rasa kedua-duanya. Umar Al-Khattab pernah menampak adiknya Fatimah. 1 perbuatan yang melampaui batas. Tapi disebabkan itu jugalah Umar menemui cahaya Islam. So do me. Cahaya Islam yang ana jumpa bukanlah melalui jalan yang manis, tetapi melalui jalan yang perit. Pada mulanya ana tumpu pada tarbiah diri, terasa begitu perit nak mujahadah kikis segala karat mazmummah. Terasa pedih nak istiqamah buat amal soleh. Ingatkan perit pedih akan berakhir di situ, tapi rupa-rupanya bila berdepan dengan cabaran dakwah, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Tapi segala keperitan tu jugalah yang mendidik ana untuk terus matang dalam perjalanan dakwah dan tarbiah.

Kalau anda rasa duit anda banyak terbuang untuk dakwah yang pada zahirnya seruan langsung tak bersambut. Ketahuilah Abdur Rahman bin Auf infakkan segala hartanya.

Jika anda rasa lemah dalam berdakwah. Ketahuilah Bilal bin Rabah diseksa di tengah-tengah panas.

Andai anda rasa seruan dakwah anda langsung tak bersambut. Ketahuilah Rasulullah berdakwah selama 23 tahun, seruan baginda juga tak bersambut. Namun, tekad para sahabat selepas wafatnya baginda yang berjaya mengangkat Islam.

Memang rasa pedih. Memang rasa perit. Memang rasa sakit. Lebih-lebih lagi terpaksa berdepan dengan mereka yang bersemangat nak menjatuhkan kita. Tarbiah yang ajar erti sabar. Tarbiah yang ajar erti tabah. Tarbiah yang ajar erti jangan berputus asa. Tarbiah yang ajar segala-galanya.

Jadi mengapa harus mengeluh? Tidakkah engkau orang yang terpilih?

Rasulullah berdakwah secara sembunyi selama 3 tahun. Lebih memokuskan pembinaan tauhid dan aqidah dalam diri para sahabat.

Melihat diri setahun yang lepas. Tak sampai pun 3 tahun. Dah banyak perubahan diri. Tapi semua tu tak cukup dengan tiadanya ujian di jalan dakwah dan tarbiah. Dan ujiannya tersangatlah mencabar. Itulah yang mematangkan hidup.

Mungkin sesetengah orang belajar melalui buku dan nota. Tetapi jangan dilupa mereka yang belajar dari pengalaman.

Muhasabahlah kembali diri andai seruan dakwahmu tak bersambut.

Kita bukan penghukum. Kita tak boleh paksa orang ikut kehendak kita. Apa-apa pun, Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia.

Untuk kamu, ana dah tunaikan permintaan kamu lebih daripada yang kamu minta. Moga sama-sama berganding bahu berjuanga di medan dakwah dan tarbiah.

Dalam hidup berjemaah/berorganisasi. 1 je pesan ana, janganlah fokus nak tarik ahli. Jelaskan matlamat, kita buat untuk Islam bukan untuk jemaah/organisasi. Wallahua'lam

0 Comment: