Bismillah,
Alhamdulillah bertemu juga jodoh dengan Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr.
Salah satu perkara yang paling seronok untuk dilakukan bila cuti adalah bersama dengan ikhwah! Terasa basah Ukhwah. Terasa lepas segala rindu. Iman bagai dicas. Kekuatan jihad bagai berlipat ganda.
Bergambar bersama Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr
Perjalanan ke UKM dengan Danial Al Asr, teruja dengan perkongsian beliau mengenai perancangan Baitul Muslim yang sangat sistematik! (Suka suka suka!)
Lepas Maghrib berjemaah di Masjid UKM, ikhwah-ikhwah mula berangkat ke Dewan Anwar Mahmud. Dalam dewan mula kelihatan ikhwah-ikhwah yang lain. Ada yang dari Gombak, ada yang dari Hulu Langat, ada yang dari Shah Alam, malah ada juga yang datang dari N9 dan Melaka. Teruja dengan kehadiran rijal-rijal yang begitu ramai. Dah terbukti pun remaja sekarang ni bukanlah seteruk yang disangka. Ada je yang menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Tak lupa juga dengan generasi pertama yang turut hadir, kelihatan pakcik Dollah, pakcik Mahdzir, pakcik Alias, dan lain-lain.
Majlis bermula dengan bacaan al-Quran oleh saudara Hakim dan disusuli dengan ucapan penganjur. Dan akhirnya, ceramah bermula. Prof berceramah dalam Bahasa English dan juga Bahasa Arab. Alhamdulillah dapat faham kedua-dua bahasa tersebut dengan baik sekali. Dalam maksud ceramah yang disampaikan. Alhamdulillah penjelasan demi penjelasan menjawab segala persoalan dalam kepala. Sesi soal jawab pun agak mantap dengan soalan-soalan yang pedas.
Suka dengan statement 'Letih untuk Allah, berjuang untuk Allah, usaha untuk Allah.'
Overall, Prof tekankan tentang pentarbiahan yang mendalam untuk mencapai sesuatu kejayaan. Bak kata Imam Hassan Al-Banna, 'Kita tidak akan berjaya dalam usaha dakwah kita melainkan kita bersungguh dalam tarbiah dan menyerahkan segala apa yang ada di sisi kita untuk Islam.'
Lepas habis sesi ceramah, bermulalah sesi melepas rindu bersama ikhwah! Sebab ramai sangat ikhwah, ada yang sampai nama pun dah terlupa, tapi sakan je borak. Seronok sangat bila jumpa ikhwah Melaka yang dah lama tak jumpa (memandangkan tarbiah ana berada bawah Melaka). Tengah seronok borak-borak, tiba-tiba Danial tarik tangan untuk terus berjumpa dengan Prof. Hesham Sakr. Waaa~ dapat peluk beliau! Rasa hangatnya ukhwah! Terus apply nak ambil gambar dan autograph kat buku. Alhamdulillah. :)
Syukur Allah pilih untuk turut bersama dalam program ni. InsyaAllah cukup bekalan untuk teruskan perjalanan dakwah dan tarbiah.
0 Comment:
Post a Comment