Deep Tarbiyyah, and Expand

Thursday, October 13, 2011

Dakwah Fardhiah : Pengenalan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah diberi kesempatan juga akhirnya berkongsi secebis pengalaman dalam perjalanan dakwah.

InsyaAllah ni merupakan entri bersiri mengikut keseluruh enam manhaj dalam dakwah fardhiah.

Sebelum melakukan dakwah fardhiah, perkara pertama yang menjadi syarat yang menentukan keberkesanan dakwah fardhiah, tanyalah diri sendiri.

Apa sebenarnya dakwah fardhiah ni?
Untuk apa aku buat dakwah fardhiah?
Nak dakwah pada siapa?
Manhaj apa yang aku nak guna?

Perlulah seseorang yang ingin melakukan dakwah fardhiah itu jelas matlamat dan objektif tentang apa yang akan dilakukan. Sejak kebelakangan ni, ramai sangat kenalan jumpa ana minta dakwah orang itu, orang ini, orang sana, orang sini. Bila ditanya kenapa? Jawabnya:

  • "Kau lelaki, aku perempuan, takkan aku nak dakwah dia (lelaki) pula?"
  • "Aku sayang kawan aku tapi perangai dia teruk, aku harap kau boleh dakwah dia"
  • "Aku dah cuba ajak dia ke arah kebaikan tapi tak berjaya, tu yang pas kat kau tu"
Dan beberapa jawapan yang berkaitan...
Akhirnya mereka-mereka-mereka yang di-pas-kan pada ana sebagai subjek dakwah, ana cuma jalinkan ukhwah. Pada akhirnya, ana 'serah'kan balik mereka-mereka-mereka itu pada mereka-mereka-mereka. Sebabnya kenapa? Ana akan jawab dari masa ke semasa.

Apa Sebenarnya Dakwah Fardhiah Ni?

Dakwah, common sangat frasa ni bagi mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam dunia tarbiyyah.Namun, terdapat juga beberapa golongan yang menganggap frasa dakwah dengan golongan tabligh, (Majoriti mengistilah tabligh sebagai golongan yang hanya duduk di masjid, ketuk pintu rumah orang, tiada kerjaya, tiada pelajaran) No offence, sekurang-kurangnya golongan tabligh menjalankan tanggungjawab mereka mengenalkan Islam pada manusia. Secara tak langsung, hal ini serba sedikit menjadi halangan bagi mereka yang ingin bergiat aktif dalam menjalankan dakwah fardhiah.

"Bonda, anakanda minta izin keluar kejap, ada daurah ghulam dakwah"
"Anakanda jangan mengada-ngada, tak habis-habis dakwah! Lepas ni berhenti belajar, duduk kat masjid lama-lama."

Teringat ana dengan suatu peristiwa yang terjadi di facebook. Suatu hari, seorang hamba Allah ni bising-bising di facebook beliau menyuruh mereka-mereka yang terlibat dengan dakwah menggunakan facebook, twitter, blog, youtube dan lain-lain medium electronic. Katanya dakwah online ni bukan cara Rasulullah. Rasulullah dulu sampaikan dakwah face to face, Mus'ab 'Umair ketuk setiap pintu rumah di Yathrib untuk sampaikan Islam. Allahu akbar~

Jawab ana, ketika Rasulullah ingin menyampaikan Islam pada empayar Rom dan Parsi, baginda tak berjumpa tetapi mengutus surat. Bukankah surat sebagai medium dakwah? Dakwah Ikhwan dulu pun melalui risalah Ikhwan. Rasa-rasa, kalau Rasulullah ada account facebook, Baginda gunakan tak facebook sebagai medium dakwah? Wallahua'lam.

Peristiwa ini telah mencetuskan persoalan kepada mereka yang ingin bergiat aktif dalam dakwah fardhiah, apa sebenarnya dakwah ni?

Menurut pandangan Sheikh Abdul Halim al-Kinani, Dakwah fardhiah merupakan satu uslub dakwah kepada Allah. Ia bererti 'hubungan peribadi pendakwah dengan sasaran dakwah (mad'u) yang berlaku secara langsung' 

Jadi, tak kisah la nak guna medium apa hatta guna isyarat tangan sekalipun, asal terjadinya hubungan yang berlaku secara langsung yang membawa kepada mengenal Allah. Itulah dakwah fardhiah. 

Untuk Apa Aku Buat Dakwah Fardhiah?


"Kau buat kerja-kerja dakwah ni apa kau dapat? Kenapa kau sanggup berhabis duit, tenaga, masa untuk kerja-kerja ni?"


Soalan yang paling biasa diajukan pada mereka yang giat aktif dalam kerja-kerja dakwah. Secara peribadi, ana dah anggap mission dakwah fardhiah sebahagian dari hidup. Dengan cara apa lagi untuk kita balas segala kejahatan yang pernah kita lakukan di masa lampau dengan melakukan kebaikan? Lebih-lebih lagi yang melibatkan manusia. Bila buat dakwah fardhiah, terasa dah fulfil sebahagian tugas dalam hidup. Seronok sebenarnya bila nampak orang lain kenal Islam atas usaha kita sendiri. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


Barangsiapa yang mengajak kepada hidayah, maka baginya pahala sepertimana pahala orang yang mengikutinya dan tidak akan berkurang sedikit pun selama dalam hidayah... (Riwayat Muslim)

Perniagaan MLM mana yang lebih menguntungkan? Bila lagi nak top up amalan sebagai bekalan akhirat? Inilah antara sebab kenapa ana seronok bila buat dakwah fardhiah. 


Sabda Rasulullah SAW kepada Ali b. Abi Talib : "Semoga dengan usaha kamu seseorang memperolehi hidayah lebih baik dari unta merah" (Riwayat Bukhari)


Apa sebenarnya tujuan dakwah fardhiah? Berbalik kepada persoalan yang pertama, uslub dakwah kepada Allah. Ya. Dakwah fardhiah bertujuan untuk mengajak manusia kembali pada jalan Allah. Imam Hassan al-Banna telah pun menggariskan beberapa elemen untuk mempertingkatkan akidah, ibadah, akhlak, kefahaman dan harakah sehinggalah terlaksana sifat-sifat peribadi Muslim yang sebenar pada sasaran dakwah.


Sifat-sifat peribadi Muslim boleh lah dijadikan sebagai goal  kepada misi dakwah fardhiah iaitu

  1. Akidah yang sejahtera
  2. Ibadat yang sahih
  3. Akhlak yang baik
  4. Fikiran berpendidikan
  5. Tubuh badan yang kuat
  6. Mampu berdikari
  7. Memberi manfaat kepada orang lain
  8. Menjaga masa
  9. Berdisiplin dalam urusannya
  10. Bermujahadah dalam mengawal hawa nafsu
Nak Dakwah Kepada Siapa?


Pertama sekalinya, perlulah dulu bezakan hala tuju dakwah. Seorang daie boleh merealisasikan melalui dua keadaan :

Pertama : Dakwah fardhiah yang lahir daripada individu yang komited dengan jemaah yang menegakkan kewajipan dakwah kepada agama Allah.

Maksudnya melahirkan kader dakwah atau pewaris dakwah yang akan sama-sama dalam barisan perjuangan melebar sayap dakwah. Analoginya seperti melahirkan askar-askar yang akan bersiap sedia bertempur di medan perang.

Kedua : Dakwah fardhiah yang lahir daripada individu yang tidak komited dengan mana-mana jemaah Islam.

Maksudnya pula, melahirkan seorang Muslim yang menjadi supporter terhadap kerja-kerja dakwah yang kita lakukan. Analoginya seperti askar-askar bantuan yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan, kelengkapan perang untuk pasukan askar yang akan bertempur.

Nah! Nampakkan perkaitan antara hala tuju yang pertama dan kedua. Ianya saling melengkapi. Apa pula faktor yang akan membezakan mad'u akan tergolong dalam barisan pertama atau kedua? InsyaAllah ana akan kupas dari masa ke semasa.

Selepas faham tujuan dan hala tuju dakwah, barulah jawab soalan ketiga, pada siapa? Sasaran dakwah yang paling berkesan adalah dakwah tullab (remaja/belia). Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu :

  1. Tullab adalah potensi terbesar bagi dakwah dan gerakan Islam
    1. Jatuh naiknya sesebuah tamadun itu bergantung pada remaja
  2. Tullab adalah sasaran dakwah yang berpotensi dan mampu membuat islah dan taghir dalam masyarakat sepanjang masa
    1. Lihat pada revolusi Mesir awal tahun, well organised demonstration in the world. Klinik tepi jalan, dapat makanan, lalu lintas terkawal. Siapa yang menyusun atur semua-semua itu kalau bukan para pemuda?
  3. Tullab memiliki fitrah yang lebih mudah disentuh dengan siraman ruhiah
  4. Tullab memiliki persiapan untuk menerima Islam sebagai Addin, ilmu dan juga amal
  5. Suasana kampus dan sekolah (tempat di mana paling ramai remaja) memberi ruang untuk melakukan kajian-kajian Islam
  6. Kreativiti dan sifat inovasi tullab merupakan potensi penting bagi harakah
  7. Perubahan yang berlaku kepada tullab dapat mempengaruhi pandangan umum masyarakat dan memberi perangsang bagi kelompok-kelompok lain dalam masyarakat
  8. Penerimaan dakwah yang syamillah pun dimulai menerusi saluran tulab
  9. Tullab merupakan asas umum bagi pergerakan pemuda
Oleh itu, jelaslah dakwah terhadap remaja lebih jauh manfaatnya daripada mereka yang telah tua. Namun, bukanlah disebabkan ini, daie tidak meletakkan golongan tua sebagai sasaran dakwah mereka. [Kan mereka-mereka-mereka tu bekerjaya, $$$$$$, manfaat besar gak tuh! hehe...]

Selain itu, terdapat juga dakwah fardhiah yang berlaku secara sepintas lalu dan secara berterusan.
Dakwah fardhiah secara sepintas lalu ni rasanya ramai yang mampu buat, tak perlu sangat pada persediaan.  Paling kurang pun tunjukkan qudwah yang baik. Kutip sampah tepi jalan pun dah cukup menjadi motivasi terhadap orang lain supaya turut mendidik diri mereka dengan akhlak terpuji. Sesungguhnya Allah jugalah yang memegang hati manusia. Bila-bila masa je boleh membolak-balikkan.
Manakala dakwah fardhiah yang berterusan adalah dakwah yang menuntut kesungguhan dan persediaan. Memakan masa, mengorban harta, tenaga. Marhalah-marhalah dakwah fardhiah ini lah yang akan ana cuba kongsi.

Manhaj Apa Nak Guna?

Memetik kata-kata seorang murabbi : Dakwah ni bukan satu jalan, macam-macam jalan dalam dakwah, kena cuba semua sebab manusia ni banyak ragamnya. Selagi tak cuba, selagi tu tak tahu cabang mana yang sesuai. InsyaAllah akan terangkan dengan lebih mendalam pada entri berikutnya.

Pada permulaan, terdapat tiga elemen yang perlu diberi perhatian dalam memastikan percambahan dakwah fardhiah. Jika adanya ketiga-tiga elemen ini, dakwah akan dapat direalisasikan. InsyaAllah
  1. Qoidah Sulbah
    • Menjadi pelopor dakwah harakah zohirah, mampu melakukan dakwah fardhiah dan menjadi tunggak dalam amal islami dan menjadi tunggak islamisasi
  2. Minhaj
    • Sesuai dengan suasana tanpa kehilangan asolahnya dan dapat diterima oleh masyarakat
  3. Wajihah
    • Organisasi penggerak yang menjadi pos dakwah yang memiliki warna khas yang diminati oleh mad'u kerana kebersihan dan kebaikan penampilannya.
Pada elemen pertama, seseorang yang nak mulakan dakwah fardhiah kenalah pastikan diri dia sendiri dah cukup bersedia dengan perjuangan dakwah ini. Jangan buat selagi tak bersedia atau akan menjadi fitnah. Maksud ana, nak cerita tentang Islam tapi kita sendiri tak ada kefahaman tentang Islam dengan mendalam. Harus bagaimana? Elemen kedua pula menceritakan suasana mad'u yang hendak didakwah, Nak dakwah seorang pelakon, kenalah pandai berlakon. Nak dakwah seorang atlet, kenalah jadi atlet. Dan sebagainya... Akhir sekali elemen ketiga menceritakan tentang pusat gerakan atau markas yang akan menjadi tempat perbincangan di antara murabbi dan mutarabbi. Tak perlu pun persatuan besar-besar, satu kumpulan minum teh tarik dengan roti canai kat kedai mamak pun dah memadai.

Di sini ana kongsikan juga bait-bait mutiara yang mampu menjadi sedikit anjakan ataupun motivasi untuk terus memperkukuhkan saf dalam medan dakwah ini. Boleh juga dijadikan perangsang semangat buat adik-adik mad'u untuk turut bersama meneruskan legasi dakwah ini. :)

Ibnu Hisham telah menyebut : 
Apa yang telah sampai kepadaku, Abu Bakar telah berjaya mengIslamkan Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saab bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah dengan dakwahnya. Abu Bakar telah datang bersama mereka kepada Rasulullah SAW ketika mereka bersedia untuk menerima Islam. Seterusnya, mereka menganut Islam dan menunaikan solat.

Mus'ab 'Umair telah melaksanakan dakwah fardhiah ketika Rasulullah SAW mengutuskannya ke Madinah selepas Bai'ah Aqabah Kedua. Hasilnya, ramai penduduk Madinah menganut Islam di atas usahanya. Di antaranya, Saad bin Muaz,  Saad bin Ubadah dan Usaid bin Hudair yang menjadi pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj berada dalam pendirian yang sama.

Imam Ahmad bin Hambal telah melaksanakan dakwah fardhiah kepada Imam Syeikh Musa bin Hazam (guru kepada Imam Bukhari dan at-Tirmizi) yang dikatakan sebagai seorang yang thiqah dan soleh tetapi berfahaman Murjiah pada mulanya.

Seorang murid Imam Hassan al-Banna berkata : 
Banyak masa Ustaz Mursyid (Imam Hassan al-Banna) dihabiskan dalam dakwahnya untuk menarik seorang atau dua orang. Kami juga melakukan demikian. Awak boleh berkata : Inilah peringkat perkembangan dakwah fardhiah.

0 Comment: