Deep Tarbiyyah, and Expand

Sunday, January 15, 2012

Berpesatuan.......

Di UiTM Segamat, ada 4 kelab Islam. UiTM Segamat kecil je, tak sebesar UiTM Shah Alam. Dengan kehadiran 4 kelab Islam, seharusnya dakwah setel! Tapi, err ramai lagi yang duk dating malam-malam. Aktiviti-aktiviti kerohanian lengang. Pengimarahan masjid kurang. hmm siapa yang buat dakwah tu, buat lah. Siapa yang tak buat, sedarkah kalian hakikat tanggungjawab kalian berpesatuan dengan nama persatuan Islam?

Di sini, ana ikut 1 persatuan ni, nama dia Islamic Society of United Teenagers. Atau INSOFT. Dalam INSOFT, ana pegang jawatan sebagai Biro Dakwah & Tarbiah. Alhamdulillah dah 2 sem. Orang cakap INSOFT ni 'suram' 'seram'. Tak segempak persatuan-persatuan lain. Sebaik sahaja ana pegang Biro Dakwah & Tarbiah, perkara pertama yang ana buat, ubah sistem tarbiah. 

Sepertimana di awal permulaan Islam, Rasulullah mulakan dengan qaedah sulbah. Jadi, dari aspek tarbiah amatlah dititikberatkan. Tak fokus pada program-program 'grand'. Makin 'seram' lah INSOFT di fasa ni. Selepas tarbiah dalam kalangan ahli dah semakin mantap. Alhamdulillah, kami bergerak ke fasa seterusnya. Terjun ke dalam masyarakat.

Oh ya, sebelum itu, serba ringkas fasa-fasa yang ana ijtihadkan dengan waqi' di bumi UiTM lagi. 
  1. Dakwah Fardhiah
  2. Ijtima' Jamaie
  3. Robtul 'Am
Di fasa pertama, dakwah fardhiah memainkan peranan. Tak guna buat program besar-besar, ramai orang datang. Tapi input tiada. Kekuatan tak semakin bertambah. Akhirnya, dapat penat je lah. Jadi, dakwah fardhiah menjadi keperluan asasi pada tahap pertama. Selepas berkembangnya proses dakwah fardhiah, masuk ke fasa seterusnya (sekarang), Ijtima' Jamaie, iaitu terjun ke dalam masyarakat UiTM. Masa inilah baru anjurkan program-program 'grand', buat pembaharuan dari segenap aspek. Dari protokol hinggalah ke logo kelab. Hakikatnya, program-program besar hanyalah berfungsi sebagai tapisan. Kita nak tapis siapa yang nakkan pengisian. Bukan datang sekadar nak buang masa. Dengan adanya tapisan, lebih mudah nak buat dakwah fardhiah.

Sesuatu di luar jangkauan berlaku di fasa ini sebenarnya (atau mungkin ana terlepas pandang). Di mana beberapa orang junior datang kepada ana dan berkata "dulu kitorang takut nak masuk INSOFT sebab macam suram je. Tak macam persatuan Islam lain. Tapi bila dah ikut program-program INSOFT, rasa lain daripada yang lain. Seronok sangat!" Tak cukup dengan itu, "Kenapa INSOFT tak sama macam yang kitorang dengar? Kitorang dengar INSOFT tak jaga pergaulan, couple, sosial, etc" 

Untuk menjawab soalan ini, awal-awal lagi ana dah tubuhkan BELIAWANIS dalam INSOFT yang berfungsi menjaga hal ehwal mahasiswi UiTM. Dan juga menutup mulut mereka-mereka yang suka tabur propaganda memburukkan INSOFT. Dalam masa yang sama, ana ajak je junior-junior untuk datang program, lihat sendiri pergaulan yang terjaga, hasil dari tarbiah kami. Akhirnya, junior-junior lebih matang dalam membuat penilaian, siapa yang sebenarnya 'longgar' dari sudut pergaulan.

Fasa seterusnya, Robtul 'Am, insyaAllah akan dilaksanakan apabila semua orang dah mula kenal INSOFT, kami akan terus menerus menjadi juru cakap ummah di bumi UiTM. Selepas itu barulah buat pengislahan besar-besaran mencakupi mahasiswa UiTM. Dan semestinya ana tidak lagi berada di UiTM pada fasa ini. Yang ada hanyalah warisan yang akan sambung agenda kami.

Beberapa tomahan timbul apabila mereka katakan ana hanyalah cakap tak serupa bikin. Tak tunjukkan INSOFT, update detail kat facebook 'work at INSOFT' dan sebagainya.

Suka sekali ana nak katakan di sini, tak perlu nak bangga dengan persatuan yang kita ikuti. Jadikan persatuan sebagai landasan dakwah. Lapangan untuk buat amal. Bukan sebagai matlamat. Apa guna kalau ahli ramai tapi tarbiah tak jalan?

Persatuan dalam UiTM Segamat je kot~

Habis belajar, habislah. Hakikatnya ana merupakan ahli dalam Persatuan Belia Islam Nasional. Kekuatan PEMBINA sama macam Rakan Muda, GPMS, Silat Gayong, dll. Cawangan serata negara. Tak perlu pun sebenarnya nak bangga-bangga dengan persatuan yang kita ikut. Kerana itu akan mendatangkan rasa asabiah yang sangat dalam. Apabila tak diadun dengan cara Islam. Habislah persatuan lain kena hentam. Semua persatuan salah! Tarbiah tak betul! Dan sebagainya. Tak salah kita nak menangkan persatuan kita, tapi janganlah perlekehkan persatuan lain. Mereka juga punya agenda tersendiri.



Dalam masa yang sama, sebenarnya ana lebih suka buat dakwah fardhiah sendiri-sendiri. Bebas dari mana-mana persatuan. Sebab impaknya lebih hebat! Ramai je sebenarnya mahasiswa yang tertarik dengan Islam, tapi mereka takut nak join. Sebab 'ektrem' yang melampau. "Kau nak join kitorang, wajib pergi usrah kat masjid", "Nak join kitorang, pakai tudung dulu, kalau boleh tudung labuh. Imej kena jaga, nanti fitnah!" bla bla bla

Untuk memenuhi tuntutan itu, ana pun buatlah dakwah sendiri-sendiri, bermula dengan sesi ta'lim 7 minit, membawa ke ajak kawan-kawan, seterusnya perangkaan tanzim, dan akhirnya jadilah persatuan 'bawah tanah' yang ahlinya terdiri daripada mereka-mereka yang didakwah fardhiah, di mana masing-masing ada kisah gelap sendiri. Dengan pengaruh-pengaruh yang ada, Alhamdulillah, dakwah bagai cendawan tumbuh lepas hujan. 



Cabaran dalam berdakwah memang banyak, mostly pengurusan masa. Makin lama makin susah nak adjust masa. Kalau dulu spend time dalam 15 minit untuk tarbiah, 1 jam untuk dakwah. Tapi bila dah makin ramai, tarbiah pun dah makin berkembang. Memang tak cukup sebenarnya 24 jam tu. Tak cukup dengan tu, anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan tarbiah kami. Tak tahu kenapa, mungkin sebab ahli makin ramai. P/S : Nak ramai ahli, sila buat DAKWAH FARDHIAH, dan juga jangan terlalu memilih.

Di sini ana nak bawakan kisah seorang sahabat yang jarang-jarang namanya di dengar. Kisah Julaibib. Seorang pemuda yang tak jelas nasab keturunan, tak tahu ibu bapanya siapa, berbaju lusuh, tiada rumah, tiada tempat perlindungan, dan sebagainya. Orang ramai sering mengata dia. Namu, dia sering menjadi orang terawal apabila seruan jihad memanggil. Keimanannya cukup mantap. Suatu hari, Rasulullah bertanyakan padanya, "Wahai Julaibib, tak nak nikah ke?" Jawapannya, "Siapalah nakkan saya wahai Rasulullah." Selama tiga hari Rasulullah bertanyakan soalan yang sama, dan jawapannya tetap sama. Akhirnya Rasulullah SAW membawa Julaibib ke rumah seorang pemimpin kaum Ansar. Rasulullah berkata yang Baginda ingin meminang puteri tuan rumah. Betapa gembiranya pemimpin kaum Ansar bila beranggapan Rasulullah datang meminang puterinya. Lalu Rasulullah pun menerangkan, meminang bagi pihak Julaibib. Terdengar sahaja nama Julaibib, pemimpin kaum Ansar berbincang dengan isterinya. Mereka langsung tak berkenan pada Julaibib, sudahlah miskin, nasab tak jelas pula tu. Kerana berbincang terlalu lantang, perbincangan itu didengari oleh puteri si tuan rumah. Lalu puterinya itu pun berkata "Kenapa ayah dan ibu sanggup menolak pinangan Rasulullah? Sedangkan Dia lebih tahu hikmah di sebalik kejadian. Kahwinkan saya dengan Julaibib."

Lihatlah, Rasulullah langsung tak memilih. Jadi, mengapa harus memilih yang 'sempurna' untuk menganggotai sesebuah persatuan?

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim, "Kamu akan mendapati manusia itu ibarat material emas dan perak. Mereka yang hebat di zaman jahiliah, akan menjadi hebat di zaman Islam."

Mengapa perlu menolak si penzina yang datang dengan ikhlas untuk bertaubat dengan mengambil ahli ibadah yang penuh takabur dalam diri?

Wallahua'lam

0 Comment: