Buat adikku
Perjalananmu masih baru
Derap langkahmu masih awal
Kau harus tahu
Jalan yang kau pilih ini menuntut seribu perjuangan
Menuntut seribu pengorbanan
Belajarlah dari alam duhai adikku
Lihat bagaimana pepohon itu tumbuh, teguh berdiri
Tetap utuh walau dilanggar ribut
Sedang pada asalnya sebiji benih yang tak membawa apa-apa makna
Teguhkan jua pendirianmu
Tabah menghadapi ujian
Thabat mengharungi suasana jahiliah
Jadilah muslimah yang menyejukkan hati ummi dan abi
Kecantikannya bukanlah terletak pada jelitanya wajahmu
Tetapi pada keindahan akhlak
Yang terpatri menghiasi peribadi
Cerminan iman yang mantap dalam diri
Adikku
Ketahuilah ujian mendatang sebagai tanda
Tanda kasihnya Allah terhadapmu
Tanda Dia rindu mendengar rintihan hatimu
Carilah Dia saat kau lemah
Bersamalah dengan Dia saat kau perlukan teman
Kerana Dia sangat dekat denganmu
Ranjau ini panjang
Perjalanan ini jauh
Namun hujungnya terjamin
Walau dihias dengan serpihan kaca
Ketahuilah kau akan jumpa permata di penghujung jalan
Jangan kau lemah
Jangan kau mengalah
Jangan kau mengeluh
Buktikan kau mampu bangun
Untuk terus melangkah
Di jalan Tarbiah dan Dakwah
Aku gembira menyambutmu di jalan ini
Moga terus thabat... =)
Dedicate to my little sister - Aishah
Adikku
Ketahuilah ujian mendatang sebagai tanda
Tanda kasihnya Allah terhadapmu
Tanda Dia rindu mendengar rintihan hatimu
Carilah Dia saat kau lemah
Bersamalah dengan Dia saat kau perlukan teman
Kerana Dia sangat dekat denganmu
Ranjau ini panjang
Perjalanan ini jauh
Namun hujungnya terjamin
Walau dihias dengan serpihan kaca
Ketahuilah kau akan jumpa permata di penghujung jalan
Jangan kau lemah
Jangan kau mengalah
Jangan kau mengeluh
Buktikan kau mampu bangun
Untuk terus melangkah
Di jalan Tarbiah dan Dakwah
Aku gembira menyambutmu di jalan ini
Moga terus thabat... =)
Dedicate to my little sister - Aishah
0 Comment:
Post a Comment