Deep Tarbiyyah, and Expand

Wednesday, January 4, 2012

Dakwah, Tanggungjawab Siapa?

Mengimbau saat mula-mula jejakkan kaki ke UiTM Segamat dulu. Serba tak tahu mana nak tuju. Lebih-lebih pembawakan tarbiah. Sebelum masuk dulu, sang murabbi dah awal-awal pesan. "Suatu masa nanti, anta kena gerakkan tarbiah itu sendiri." Masa tu memanglah tak faham, ikut je arus tarbiah. Terima, terima, dan terima tanpa banyak soal. Namun segala-galanya berubah saat melangkah masuk ke dalam UiTM. Keseorangan tanpa naqib yang sentiasa ada memberi ketukan demi ketukan. Alhamdulillah, tarbiah bertukar tangan. Mula berukhwah dengan seorang doktor gigi di hospital Segamat. Maka bermulalah perjalanan tarbiah di bumi asing ini. Bagai tak berapa sempurna (memandangkan mas'ul seorang doktor yang sentiasa sibuk dengan tugas), ana mula mencari tarbiah dalam UiTM. Berkenalan dengan seseorang. 

Masih ingat lagi butir bicara itu...

"Kat dalam UiTM ni, ada tak tempat di mana saya boleh dapatkan tarbiah khusus? Yang dapat gerakkan saya menjadi seorang daie."

"Masuklah *****, segala-galanya ada di situ."

Timbul persoalan di sini. Sebenarnya dakwah tu tanggungjawab siapa? Diri seorang DAIE, atau melalui PERSATUAN/JEMAAH?

Begini, Ahmad dahagakan didikan tarbiah secara langsung, lalu dia pun mencari-cari orang yang mampu berdakwah kepadanya. Setelah jumpa orang yang sesuai. Orang itu menyuruh Ahmad masuk persatuan 'A'. Maknanya didikan tarbiah secara langsung berada dalam tanggungjawab sebuah persatuan? Habis, orang yang menyuruh Ahmad masuk tu apa pula tanggungjawabnya? Mungkin ya, secara umumnya menggerakkan persatuan 'A', tapi secara khusus? Yang betul-betul membina jambatan hati dengan Ahmad, yang menjadi menara hidayah buat Ahmad, yang sentiasa follow up perkembangan diri Ahmad, yang menjadi insan tempat mengadu buat Ahmad. Ke mana pergi peranan itu?

Akibatnya, Ahmad akan terfikir bahawa TANGGUNGJAWAB DAKWAH TERLETAK PADA PERSATUAN, BUKAN PADA SEORANG DAIE. Secara tak langsung, bila Ahmad dah jadi senior (yang sepatutnya menggerakkan tarbiah), bila junior datang kepada Ahmad untuk mendapatkan didikan tarbiah, Ahmad akan berkata, "Masuklah *****, segala-galanya ada di situ." Noktah. Tiada proses dakwah. Tiada proses tarbiah. Dan si junior pun tak akan mengenal erti dakwah dan tarbiah yang sebenar.

Mungkin ramai yang terlepas pandang hakikat ini. Setelah merasai sendiri perit getir dalam perjalanan dakwah ini. Barulah ana nampak serba serbi kesilapan yang perlu diperbetulkan. 

Hakikatnya, persatuan/jemaah hanyalah sebagai platform. Tanggungjawab dakwah itu terletak pada diri kita sendiri. Janganlah terlalu mengharapkan persatuan/jemaah, dalam fiqh dakwah fardhiah pun, keterlibatan dalam persatuan/jemaah bukannya terletak pada marhalah 1, 2, atau 3. 

Selepas itu, berlumba-lumbalah mereka mencipta pelbagai teori untuk memberikan didikan tarbiah, sedang dalam masa yang sama, ahli-ahli persatuan/jemaah tidak sedikit pun dapat mengaplikasikan kesyumulan Islam dalam diri. Yang ada hanya ikut-ikutan. 

Abang ni pergi jemaah kat masjid, jom lah
Akak ni pakai tudung labuh, jom lah
Esok ada usrah, jom lah
Lusa ada tautan ukhwah, jom lah

Jadi, apakah sebenarnya agenda anda mengikuti jalan tarbiah dan dakwah? Secara jujurnya, ana cukup kesian dengan kehadiran beberapa orang junior yang mengadu pada ana, mereka terlalu inginkan tarbiah itu sendiri, tetapi gagal mendapatkannya menerusi persatuan-persatuan dalam UiTM. Usrah kejap ada kejap tak ada. Murabbi/ah pun tak berapa nak thiqah. Pergaulan apatah lagi. Dan pada akhirnya, terpakasalah kembali dari asas. Langkah demi langkah.

Dalam tarbiah dan dakwah, kita bukan sahaja nak lahirkan seseorang yang faham Islam sekadar dalam usrah. Hebat berteori sana sini. Namun gagal bila terjun dalam medan. Hebat menghurai marhalah-marhalah dakwah fardhiah dalam ijtima' am, tapi gagal bila nak dakwah seseorang. Dalam berdakwah, kita juga perlulah letakkan matlamat supaya mutarabbi yang kita didik, mampu menjadi seorang PENDOKONG pada suatu hari nanti. Kita dakwah 5 orang, mereka dakwah lagi 5 orang, anak-anak buah mereka dakwah lagi 5 orang. Barulah berkembang. Bukan sekadar, kau pergi program, lepas tu ajak kawan.

Bila difikir-fikirkan kembali, benarlah kata sang murabbi, "Suatu masa nanti, anta kena gerakkan tarbiah itu sendiri." Apa yang dimaksudkan olehnya, ana yang telahpun didakwah oleh dia, suatu masa nanti, ana perlu berdakwah pada junior, beri didikan tarbiah sehingga mereka mampu menjadi pendakwah pada junior mereka. Barulah ada warisan. Maka, tak perlulah teori-teori dakwah yang memeningkan kepala demi mencari pelapis dakwah. 

Dalam usrah, kerap kali ditekankan, "Kita kena buat kerja." Memang nampak kebenarannya, lebih-lebih lagi di UiTM ni sendiri. Tak boleh harap persatuan semata-mata. Andai seseorang itu sedar tanggungjawab dakwah terletak pada dirinya, tak perlu melalui persatuan, InsyaAllah syiar Islam mampu bersinar. 

Sekadar pandangan peribadi. LANGSUNG tak bertujuan nak tembak mana-mana persatuan Islam dalam UiTM (kat UiTM Segamat ada 4 kelab Islam). Wallahua'lam

0 Comment: