3 soalan asas yang perlu kita tanya pada diri kita :
Pertama, 'Siapakah anda?'.
Kedua, 'Apakah agenda anda?'.
Ketiga, 'Apakah cara anda untuk capai agenda anda?'
Merujuk kepada soalan ini, jawapannya akan berubah mengikut peredaran zaman. Jika ditanya pada pelajar tadika, jawapannya lain. Ditanya pada pelajar sekolah rendah, jawapannya lain. Ditanya pada pelajar sekolah menengah, jawapannya lain. Hatta ditanya pada pelajar universiti, juga akan berubah jawapannya.
Contohnya, pelajar tadika mungkin akan menjawab 'Akulah Cicakman!' pada soalan yang pertama, 'Saya nak kalahkan professor klon!' pada soalan yang kedua, 'Cari tempat persembunyian professor klon!' pada soalan yang ketiga. Berbeza pula dengan pelajar sekolah menengah yang akan berubah menjadi 'Saya seorang pelajar' di soalan pertama. 'Agenda saya nak lulus SPM dengan cemerlang' untuk soalan kedua. Dan 'Saya akan belajar rajin-rajin untuk capai matlamat saya.' di soalan ketiga. Dan soalan ini akan berubah-ubah jawapannya dari masa ke semasa.
Begitulah hakikat kehidupan yang akan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Benarlah kata orang, pengalaman mendewasakan kita. Semakin hari semakin matang. Kadang kala, kita terpaksa menempuhi sesuatu yang sukar untuk menjadi dewasa. Sebagaimana Rasulullah kehilangan ibu bapa Baginda sejak kecil, dilatih mengembala kambing dan berdagang. Hingga Baginda menjadi seorang insan agung. Memimpin umat manusia.
Pernah seorang guru memberi pesan. Masalah yang hadir, bukan untuk ditangisi. Jangan lari dari masalah, ia akan mengejar kita. Jangan melawan masalah, ia akan menjadi bertambah buruk. Masalah hadir bersama seribu satu solusi. Pilihan kita untuk menyelesaikannya dengan cara yang paling berhikmah.
Baharu tadi mengimbau kehidupan lama. Kehidupan penuh tawa duka. Penuh riang ria. Bahagia bersama teman-teman. Kehidupan itu juga yang mengajar seribu satu makna. Yang menjadikan diri seperti hari ini. Walaupun pernah cuba lari dari hakikat. Ternyata ia tak menjamin apa-apa. Tempuhilah ujian yang datang dengan sebaiknya.
Jika seseorang itu tak pernah buat salah, maka dia tak pernah mencuba sesuatu yang baru. Hatta sedikitpun.
Berbalik kepada tiga soalan asas itu tadi. Jawapannya tetap akan berubah dari masa ke semasa. Dan jawapan saya pada saat ini.
"Saya Qamarul Nazrin."
"Agenda saya nak utuhkan kembali ukhwah yang kian longgar."
"Ajak kembali sahabat-sahabat mengimbau saat suka duka bersama."
Sungguh. Gelak tawa tangis duka itu mahal sekali harganya. Aku tak nak kehilangannya.
P/S: Pada insan-insan yang saya sengaja tarik mereka kembali ke zaman dulu-dulu, ketahuilah, saya amat-amat merindui saat itu.
0 Comment:
Post a Comment