Tuesday, May 16, 2017

Pengorbanan

Rajuk yang didiamkan,

Amarah yang dibisukan,

Lelah yang disepikan,

Rindu yang dibiarkan,

Cita yang dipalingkan,

Tersimpul dalam esak tangis tidak berirama,

Menyimpul dalam senyuman palsu,

Jauh tenggelam dalam hati,

Kerana hakikat dunia tempat ujian,

Diuji tidak lebih dari sebelah sayap nyamuk yang tiada erti,

Hingga bila tiba masanya,

Ajal bertamu jua,

Orak langkah ke dunia abadi,

Yang entah kiri entah kanan penghujungnya,

Moga sabar yang dididik ini dapat jadi jambatan emas ke syurga nanti,

Tuhan saksikanlah.