Sunday, February 16, 2014

Kembali Menulis

Entah kenapa, dalam hiruk pikuk kehidupan. Dengan kerja-kerja yang bertangguh. Aku boleh terfikir nak aktifkan balik blog ni.

Al kisah, blog www.qamqam.blogspot.com ni dah dilancarkan sejak tahun 2006 lagi. Kira-kira 9 tahun yang lalu. Sebab tu lah nama blog ni 'qamqam'.

Jelas bukan ketidak matangan kat situ. Dengan gaya bahasa yang tunggang langgang. Pendek cerita, permulaan kewujudan blog ni, memang jahiliah secara total lah!

Hampir setiap hari update blog dengan entah cerita-cerita yang merapu. Dah selamat didraftkan dah pun. Nak buang sayang, sebab kenangan jugak tu. Ada la value sikit. Sebab kebanyakannya dah hilang dari memori dah pun. Bila baca-baca balik baru teringat.

Lama kelamaan tu, tulisan semakin matang lah, lebih tertumpu, ada objektif yang nak disampaikan, bla bla bla.

Tapi bila dah lama-lama tu, dengan komitmen yang semakin bertambah, akhirnya aku decide untuk tinggalkan dunia blogging ni. 

Dan akhirnya, sekarang timbul rasa nak menulis. Ok, dah lama tak menulis, jadi secara automatiknya melanggar etika penulisan lah kan? heeeeee

Ni pun tulis ikut sedap fikiran je. Mungkin sebab banyak sangat kerja nak kena selesaikan, jadi bila dah taip-taip kat keyboard ni, boleh distract la sikit. 

Bajet je kembali menulis. Entah-entah post selepas ni akan diupdate 6 bulan dari sekarang. haha

Yelaaa siapa je nak baca blog aku yang dah berhabuk ni? Kawan-kawan blogger pun yang aku kenal tinggal sorang.

Siapa dia?

Of course la kawan baik aku yang sorang tuh, tak habis-habis dengan #4bulanlagi dia tuh. Bakal Dr.Gigi la katakan. Tak update sangat khabar beliau kat bumi Jordan tu. Tapi mestilah teringat kadang-kadang tu. Rasa macam magic pun ada. Entah berapa bulan sekali baru la contact, tu pun sekejap-sekejap. Boleh survive sebagai kawan baik. Mungkin aura zaman pra matang yang dilalui bersama kot. Eceh bajet la bersama. Asal nak bergaduh mesti cari dia. haha T__T

Eh kau baca ke blog aku lagi weh? kalau baca, jangan sengih sorang-sorang! ngeee fokus belajar nuh. Kenang daku dalam doamu! =D

So, itu lah serba sedikit tentang blog ni. Dan alhamdulillah. Penulisnya kini sudah lain dan bertambah lain. At least sekarang dah pakai spek, dah ada jambang, dah ada janggut panjang, dah ada misai panjang. =p

Monday, October 14, 2013

Gelak Tawa Menuju Kehancuran

Gelak tawa itu sebenarnya,,,

Menjadikan hati rasa kosong.
Menjauhkan diri dengan Tuhan.
Membuatkan jiwa tidak tenteram.
Mengaburkan agenda dalam diri.
Melemahkan akal fikiran.
Menguburkan misi dakwah.
Melalaikan disiplin tarbiyah.
Mencairkan biah jahiliah.
Menguji kecekalan hati.
Membantut sifat matang.
Melemahkan peribadi pemuda.
Melenyapkan sifat pemimpin.
Melekakan hiburan dunia.
Memudharatkan diri sendiri.

Menuju kehancuran.

Sebab terlampau berlebih-lebihan..
Ingatlah, dunia bukan tempat untuk bersuka ria semata-mata..
Di mana kau letakkan sifat seorang hamba dan tugas seorang khalifah sekiranya gurau senda gelak tawa suka ria bertahta dalam hati?

Alhamdulillah Allah masih pilih untuk rasa tak selesa dengan semua ni.

Sunday, October 13, 2013

Hidup Bermasyarakat

Ikhwah kalau duduk dengan ikhwah, macam mana dakwah nak berkembang?

Tapi kalau ikhwah duduk dengan bukan ikhwah, macam mana tarbiyah nak mendidik diri?

Habis ikhwah nak duduk dengan siapa? Zawjah?

Hampir tiap-tiap hari aku fikir pasal ni. Ini kisah aku. Lantak ah nak baca ke tak.

Sheikh Hisham Saqr pernah sampaikan kat UKM dulu. Masa mula-mula dapat sentuhan tarbiyah.

"Deep Tarbiyah and Expand"

Aku terkesan dengan pesanan dia. Passion nak berubah tu meluap-luap. Iyelah, pohon yang tumbuh dengan baik, bakal berbuah dengan baik. Masa tu aku kat UiTM Segamat. Ikhwah tak ada. Tak ada biah soleh. Murabbi datang UiTM seminggu sekali. Last-last tarbiyah berjalan dengan agak slow. Sedangkan 'terpaksa' aku membesar dengan dakwah. Bila rasa malas nak buat DF, teringat murabbi travel dari Melaka ke Segamat semata-mata nak buat ta'lim yang 15 minit tu. Lama-lama aku jadi obses dengan dakwah. Semua benda nak dikaitkan dengan dakwah. Suatu perkara yang baik lah sebenarnya. Cuma bila tarbiyah diri pun tunggang langgang, macam mana nak buat dakwah? Struggle punya struggle, Alhamdulillah walaupun dah lama tinggalkan UiTM Segamat, ada lah juga pewaris dakwah kat sana. 

Persoalannya, kalau ramai ikhwah kat UiTM Segamat dulu, dakwah tak berkembang ke? Bukan jadi booster untuk dakwah ke?

Sekarang aku berada di UiTM Puncak Perdana. Dekat sangat dengan Shah Alam. Walaupun tak ramai ikhwah kat sini, tapi boleh je jumpa ikhwah-ikhwah. Lagi-lagi bila dah meeting tiap minggu. Kadang-kadang sampai ke Bangi pergi meeting. Memang kerja mengadap ikhwah je lah setiap minggu. Dapat murabbi imam masjid pulak tuh!

Tapi berjalan tak dakwah? Macam mana pula dengan tarbiyah?

Hakikatnya, sepanjang semester lepas, aku rasa makin dicairkan dengan jahiliah. Dakwah tak buat, tarbiyah tak jalan. Maka, soalan yang sama kerap diulang-ulang.

Ah! Aku dah lupa bagaimana rasanya buat dakwah masa kat UiTM Segamat dulu. Aku dah lupa nikmat tarbiyah sang murabbi yang sanggup gadaikan apa je sebab nak support tarbiyah diri aku. Bibit-bibit kenikmatan dakwah dan tarbiyah dulu semakin pudar.

Aroma jahiliah mula mengaburi seluruh hidup aku. Ikhwah-ikhwah nampak macam bayang-bayang.

Sampai akhirnya, hari ni. Aku rasa kosong. Terhenti dipersimpangan. Samada ke kanan atau ke kiri.

Tanggungjawab dakwah tergalas kat bahu. --> Tarbiyah kena superb untuk laksanakan amanah ni = Disiplin!

Hidup bermasyarakat memang tak boleh nak elak --> Ujian hati, ujian nikmat jahiliah = Mujahadah!

Disiplin dengan mujahadah tu bukan benda yang sama ke???

Nampak tak betapa tunggang langgangnya tulisan ni? Sebab tengah tulis dengan jiwa yang terasa kosong!

Moga-moga, formula Disiplin dan Mujahadah ni dapat membentuk;

Ikhwah duduk dengan ikhwah, dakwah makin kencang!

Ikhwah duduk dengan bukan ikhwah, tarbiyah makin gencar!

Hakikatnya situasi yang diinginkan, ikhwah duduk dengan bukan ikhwah, tarbiyah makin mantap, dakwah makin power!

Sebab akukan Adamantium! Ingat senang-senang ke jahiliah nak cairkan peribadi? 

Monday, September 16, 2013

Harapan Dakwah

Hari tu, 
Entah kenapa, hati rasa resah. Terlalu resah!
Akhirnya seorang mujahid tumpas.
Air mata deras mengalir.

Ketidakberhasilan fasa dakwah menjadikan hari-harinya kelam.
Ibarat sepasang kekasih yang putus cinta.
Kesedihan yang amat menyelubungi dirinya.
Hendak mengadu tak tahu pada siapa.
Dirinya malu pada Allah. Amat malu.
Dakwahnya gagal sama sekali!
Ini bukan kali pertama dia berdepan dengan kegagalan.
Tapi tak pernah dirasainya sedasyat kali ini.

Dicapai talefon yang ada,
Laju tangannya menaip sesuatu,
Dia perlukan murabbi tercinta.
Murabbi yang mengajarkannya hakikat dakwah.
Pilihan tepat, diadukan segala keresahan pada sang murabbi.
Pujukan kasih sayang murabbi singgah di hati.
Terasa bahagia sebentar.

Tanggungjawab dakwah sama sekali tidak akan terlepas dari bahunya.
Hendak tidak hendak, dia perlu bangun,
Lupakan kesedihan dan sengsara,
Pedulikan rasa letih dan putus asa,
Kerana pengorbanan membina Ummah ini,
Yang akan menjadi mahar untuk ke syurga Allah.

Maka untuk itu,
Bangunlah wahai mujahid muda,
Tiada siapa yang ingin menggalas tanggungjawab ini kecuali kamu,
Sekiranya kamu gagal dan berputus asa,
Maka Ummah akan terus hanyut dalam arus jahiliah,
Carilah kekuatan walau di celah-celah batu sekalipun,
Percayalah Allah akan beri juga kemenangan yang diimpikan.

Allah melihat apa yang engkau kerjakan.

Saturday, August 24, 2013

Pilihan

Hidup ini ada pilihan.

Pilihan untuk menjadi baik,
Pilihan untuk menjadi jahat.

Pilihan untuk terus berada dalam kemuliaan,
Pilihan untuk terus berada dalam kekufuran.

Pilihan untuk bangkit dari mimpi,
Pilihan untuk hanyut dalam mimpi.

Pilihan untuk mara dalam hidup,
Pilihan untuk mundur dalam hidup.

Hai manusia yang boleh membuat pilihan,
Mengapa kau cenderung membuat pilihan yang salah?
Apakah akal dan imanmu lemah hingga tertewas dengan nafsu?
Di mana letaknya kalam Allah dan sunnah Rasul yang memandu insan untuk membuat pilihan?

Pilihlah untuk berada dalam kebaikan.
Pilihlah untuk berada dalam keredhaan.
Pilihlah untuk berada dalam kemuliaan.

Kerana engkau wahai manusia, membawa risalah agung!
Risalah insan menuju Tuhan.

Friday, August 2, 2013

Mulianya Cinta Allah

Bila ikhwah dari Jordan membawa khabar berita.

Hati terasa bergetar.
Lidah terasa kelu.

Alangkah aku asyik dengan dakwah. Mutarabbi-mutarabbi seperti isteri-isteri. Demi cintaku pada dakwah.

Misiku cuma satu. Untuk membumikan dakwah di medan ilmu ini. Agar mereka tumbuh menjadi pohon-pohon tarbiyah.

Demi Allah! Mencabar bila sorang-sorang buat dakwah tanpa ditemani akh-akh. Medanku memerlukan dzatiyah yang sangat tinggi. Terlalu tinggi untuk seorang manusia biasa seperti aku.

Apabila pejam mata, aku memikirkan keperluan mutarabbi untuk diberikan hak pada esoknya.
Apabila buka mata, aku memikirkan siapa hendak aku tajmi'.

Hingga hari ini. Aku tak sempat memikirkan tentang urusan diriku. Masjid tempat kami beriktiqaf menjadi saksi.

Bahawa sang ikhwah menarik aku ke alam realiti. Benarlah. Aku hidup dalam tubuh seorang manusia. Diri ini perlukan hak.

Masa semakin suntuk. Persiapan perlu dilakukan segera.

Moga sempat bila tiba waktunya. Agar maslahat dakwah menjadi lebih mudah. Agar ada yang menemani ketika futur menerpa seperti bayangan-bayangan itu.

Allah! Mulianya cinta Engkau!
Moga aku dapat memuliakan cintaku pada dakwah dan diriku seperti mana aku memuliakan cinta Engkau.

Bismillahirahmanirahim. Hembusan istighfar mengiring perjalanan menjemput bidadari.

Saturday, July 13, 2013

Random

Kadang kala manusia hebat di luar,
Tapi kontang di dalam.

Kekontangan di dalam itulah,
Yang perlu diisi agar manusia menjadi hebat luar dan dalam.

Lalu ketokohannya terserlah,
Bisa menggegar dunia.

Bulan Ramadhan ibarat kunci,
Yang mampu membuka pintu-pintu kekuatan.

Syaratnya mujahadah,
Jangan sesekali berasa futur.

Agar bila sampai saatnya nanti,
Lahir seorang pemuda.

Pemuda yang bisa mendiamkan si celaka,
Yang acap kali mencabar agama.

Di manakah pemuda itu,
Betapa seksanya sebuah penantian.

Menanti jentera pemuda,
Laksana singa kelaparan.