Sunday, November 22, 2015

Tahniah

Tahniah la ye.

Tumpang gembira, :)

Tuesday, November 17, 2015

Keputusan

Aku pun tak tahu kenapa aku takut nak buat apa-apa keputusan.

Mungkin sebab lepas ni,

Sedetik keputusan yang aku buat,

Terkait juga jiwa-jiwa manusia,

Terpahat juga menara agama,

Andai salah keputusan yang aku buat,

Hingga akhirnya pasti terkesan.

Kerana itu aku takut nak buat keputusan.

Moga apa-apa pun keputusan yang dibuat selepas ini,

Akhirnya akan kembali memenangkan agama Allah!

Wednesday, November 11, 2015

Sanah Helwah

Sanah helwah kawan. :)

Thursday, November 5, 2015

Hati

Hati tu sifatnya berbolak balik.

Doalah agar Allah tetapkan hati dalam iman.

Dalam saf perjuangan.

Dalam kemuliaan fikrah.

Dalam dakapan ukhwah.

Kerana mungkin dek satu tindakan, akan hilang segala-galanya...

Tuesday, September 29, 2015

Change


Untuk aku
Untuk kau
Untuk mereka

Sunday, August 31, 2014

30 Jun 2014

Tarikh keramat ini aku tak akan lupa sampai bila-bila

Kenangan terindah sepanjang berjuang di medan amal

Yang mampu mengalirkan air mata bahagia

Yang membuka seribu satu medan kepemudaan

Yang menginsaf bebanan tanggungjawab

Kerana di sini lahirnya sebuah cinta. 

Sunday, February 16, 2014

Aku Sudah Jatuh Cinta

Cinta

Semua orang teringin untuk bercinta.

Cinta dengan Allah.
Cinta dengan Rasul.
Cinta dengan ibu bapa.
Cinta dengan keluarga.
Cinta dengan sahabat.
Cinta dengan pasangan.

Cinta itu fitrah, sentiasa inginkan kebaikan.

Mungkin satu topik yang agak bosan untuk dibicarakan oleh seorang lelaki. Lebih-lebih lagi yang melibatkan fitrah berlawanan jantina. Namun pada hakikat kejadian, seorang lelaki juga tidak terlepas untuk jatuh cinta.

Ya aku sudah jatuh cinta. Setidak-tidaknya dengan Allah S.W.T.

Aku ingin memetik definisi cinta yang dinukilkan Ibnu Qayyim dalam kitabnya 'Taman Orang-orang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu'.


“Kasih sayang adalah penyebab hati dan ruh menjadi hidup terpelihara. Hati tidak akan merasa tenteram, nikmat, beruntung, dan merasa hidup bila tanpa cinta. Seandainya hati tanpa cinta, sakitnya lebih terasa daripada mata terasa sakit ketika tidak bisa lagi melihat cahaya, telinga ketika tidak bisa lagi mendengar, hidung ketika tidak bisa lagi mencium, lisan ketika tidak mampu lagi berbicara. Bahkan, hati pun bisa menjadi rusak apabila hampa dari kasih sayang yang sudah merupakan fitrah dalam jiwa manusia. Ia adalah sebuah karunia yang diberikan Sang Pencipta. Oleh karena itu, rusaknya lebih parah daripada kerusakan tubuh manusia yang diisi dengan ruh, dan ini tidak mungkin bisa dikatagorikan menjadi sesuatu yang pasti kecuali orang yang memiliki jiwa yang selalu hidup.”

Hebat bukan?

Bila jatuh cinta, akan ada beberapa pilihan.

Pertama, cuba untuk merebut cintanya. Caranya dengan menghantar risikan, pertunangan, hinggalah ke perkahwinan.

Ada juga cara yang tidak begitu syarie seperti mengorat, couple dan sebagainya. Terlalu banyak perbahasan mengenai perkara ni. Aku bukanlah pelajar Usul Fiqh yang alim untuk memberi syarahan mengenai perkara ini. Aku berlepas diri dalam perkara ini.

Kedua, biarkan sahaja rasa cinta itu hadir dalam diri tanpa apa-apa tindakan. Fokus pada kehidupan. Dan akhirnya rasa itu akan lenyap bila tiba waktunya.

Seperti seseorang yang mencintai artis kegemarannya. Sekadar dengar lagu dan melodi. Tiada rombongan merisik meminang dan sebagainya.

Dan cinta yang sebenarnya adalah cinta yang terpelihara. Disimpan di dalam hati sehingga tiba saatnya.

Untuk kau, insan yang aku cintai. Tak akan terbayang dalam fikiran yang kau adalah insan yang aku setia menunggu sejak sekian lama.

Akhirnya, pada Allah juga aku sandarkan soal hati. Kerana jasad dan jiwaku, sedang berkhidmat untuk umat. Moga Allah redha. =)