Monday, March 7, 2016

Bersediakah?

1 hari nanti kita pasti diuji

Bersediakah?


Friday, March 4, 2016

Masa

Kalaulah manusia itu boleh kawal masa, 
Dah tentu porak peranda jadinya,
Ada yang ke masa silam untuk betulkan keadaan,
Ada yang ke masa depan untuk capai impian,
Akhirnya berubah sejarah kehidupan...

Kerana itu Allah didik untuk insafi masa silam,
Kerana itu juga Allah didik untuk sabar menunggu masa hadapan,
Walaupun kita sendiri tak tau kita masih hidup atau tak esok hari...

Alhamdulillah, Allah mudahkan satu per satu urusan. 
Walaupun sesetengahnya nampak macam mustahil.
Tapi tiada yang mustahil bagiNya!




Lagi cepat lagi bagus! =D

Sunday, February 28, 2016

Perfect Time

Ada masa,
Kena jadi macam tanah,
Tetap teguh, 
Sabar menanti bila tiba masa yang betul-betul sesuai untuk bertintak.

Ada masa,
Kena jadi macam air,
Walau sesukar mana ujian,
Tetap mengalir mencari ruang dan peluang untuk sampai pada matlamat.

Ada masa,
Kena jadi macam angin,
Apa pun yang berlaku,
Bertiup tenang mendamaikan suasana,
Tak selebet :p

Ada masa,
Kena jadi macam api, 
Semangat tu tak padam,
Terus marak membakar jiwa.



Tapi tak kisahlah nak jadi macam mana pun, yang penting jadi diri sendiri. Tu yang sampai bergetar lutut kat airport tu. eh? :p

Wednesday, February 24, 2016

Takut

Rasa takut tu boleh jadi nikmat boleh jadi ujian.

Nikmat kot bila ada rasa al khauf kat Allah. Sekurang-kurangnya rasa diperhati setiap masa.

Tapi boleh jadi takut juga merupakan sebahagian daripada ujian.

Takut kat benda yang tak berfaedah, benda yang sia-sia, benda yang tak perlu pun takut sebenarnya.

Hmm bila benih mula bertunas, takut sebenarnya dia tak jadi bunga yang kembang menguntum mekar, tapi jadi pokok kaktus yang melukakan tangan sendiri dan orang sekeliling.

Akhirnya syaitan mula membisik dengan bisikan yang pelik-pelik untuk hancurkan perjalanan ini. Sebab tu saling percaya itu perlu, di situ ada kekuatan.

Takut la jugak lagi 2 3 hari ni.

Sunday, February 21, 2016

T____T

Eeeeee sukati laaaa nak letak bintang ke rumput ke belalang ke.

Ingat senang ke nak acah acah puitis.

Yela yela bagai sorang jadi bulan sorang jadi pungguk. Barulah..... Haha :p

Ok cover sikit senyum, sampai sini nampak.

See u this weekend!

Nasib baik la takde orang tau kewujudan blog ni. Boleh tulis sesuka hati haha

Saturday, February 20, 2016

On Time

Sebenarnya memang sejak azali lagi selalu awal kalau nak buat apa-apa.

On time means late!

Jadi kat situ je dah belajar susun jadual sebab sekarang ni jadual makin sibuk, kalau tak susun masa betul-betul... Alahai ruginya rasa masa yang terbuang tu...

Memang la gaya ala-ala gentleman siap pakai suit, kemas, rambut sikat tepi bagai, tapi tak bermakna tak boleh pakai round neck t-shirt selipar jepun.

Bajet-bajet macho pun selalu kena sound dengan ibu sebab asyik tersenyum je pagi petang siang malam. ehe..

Maksudnya bulan pun kadang kala memerlukan bintang sebagai teman. Perbezaan bulan dan bintang tu lah yang membuatkan malam terasa sangat indah. :)

Wednesday, February 17, 2016

Friends

Sometimes we have a friend and we sense that our souls are very closely connected.
We know that the connection is above time and space.
We know that wherever we are in our lives we will always remain friends.
Even if we do not see each other for years we are able to pick up right where we left off.
This what people mean when they say friends forever.
Thanks for being besides me going through hardship times. :)