"Verily, Allah has purchased of the believers their lives and their properties for (the price) that theirs shall be the Paradise. They fight in Allah's cause, so they kill and are killed. It is a promise in truth which is binding on Him in the Tawrah and the Injil and the Qur'an. And who is truer to his covenant than Allah Then rejoice in the bargain which you have concluded. That is the supreme success." [9:111]
Friday, May 8, 2009
Pantun Lagi!!!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Isnin, selepas selesai solat subuh, kami mula bersiap dengan pakaian kami, wah! seperti pengantin saya dihias, memang tidak pernah terlintas dalam benak fikiran akan dihias sebegitu rupa, hehe
Mula berangkat ke SEMENSO, perjalanannya agak berliku-liku namun dengan semangat waja yang ada dalam diri kami, kami tempuhi juga dengan amanah yang diberi pihak sekolah dalam mewakili Daerah Petaling Perdana ke peringkat negeri. Sesudah sampai, hujan mula turun dengan lebatnya, di kantin sekolah saya terdengar satu laungan yang memanggil nama saya dari belakang, setelah menoleh, oh, Cikgu Raouf dari Sekolah Menengah Agama Bestari (SAMBEST) telah sampai setelah diundang menjadi hakim di pesta pantun ini, kami berbual-bual sementara tunggu sekolah lain sampai, wah macam anak muridnya sendiri kami diperlakukan.
Sarapan telah siap, kami pergi untuk menjamu selera, memang sedap makanan tradisi kita nasi lemak apabila dihidangkan, walaupun tiada selera disebabkan debar di sukma yang menebal namun kami pedulikan lalu terus menjamah hidangan melayu itu, selepas bersarapan, kami dikehendaki masuk ke dewan untuk menunggu mesyuarat hakim tamat, di dalam dewan, kami melihat sekolah lain, cantik sungguh pakaian mereka! siap ada tengkolok, bending, kebaya, dan lain-lain, memang rupa juara! Setelah beberapa ketika, pusingan pertama bermula, memandangkan kami bertanding di peringkat suku akhir, kami menonton pasukan yang ada, dan akhirnya Sekolah Seri Puteri menjadi pemenang untuk peringkat pusingan pertama, ini bermakna pasukan mereka yang mewakili Sepang akan bertemu Gombak.
Kini tiba giliran kami untuk masuk ke dalam gelanggang, kami menentang pasukan dari Daerah Petaling Utama. Ini bermakna, pasukan Petaling Perdana akan menentang Petaling Utama dan sekolah yang terlibat, sekolah kami, Teksha dan Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama. Wah! mereka memang hebat! ketakutan kami dibuatnya memandangkan ramai yang buat silap, apabila keputusan diumumkan, Alhamdulillah kami menang, ini bermakna kami akan pergi ke peringkat separuh akhir yang bertemu Sekolah Seri Puteri yang mewakili Daerah Sepang. Setelah beradu kecekapan menjawab dan menyampaikan pantun dalam tempoh masa yang terhad, Alhamdulillah rezeki di pihak kami sekali lagi. Kami berjaya keperingkat akhir yang akan bertemu Sekolah Sri Andalas yang mewakili Daerah Kelang, kami berhenti rehat untuk solat dan makan tengah hari, Cikgu Mohassah, Cikgu Rohizan dan Cikgu Raouf sentiasa ada bersama kami untuk memberi motivasi kepada kami, memang berdebar untuk masok ke gelanggang akhir yang diadakan di dewan, selepas upacara pembukaan, tibalah masa kami untuk naik ke pentas akhir yang berhias merah dan kuning yang melambangkan warna negeri Selangor. 'Qamarul Nazrin Pahlawan Nusa, Sedia Berentap Menggegar Buana, 2 Dara Mengapit Teruna, Molek Pekerti Penuh Bersantun, Di Felda Soehanto Kita Bertamu, Mengangkat Martabat Budaya Tradisi' kalimah keramat pembukaan dari saya dan lain-lain, lalu pertandingan pun dimulakan, agak sengit perlawanan ketika itu kerana masing-masing hebat. Setelah selesai, sementara menunggu keputusan dari pihak hakim, kami semua dihiburkan dengan tarian zapin dari anak-anak kecil dari sana, menarik sungguh melihat telatah mereka mendendangkan tarian melayu itu. Untuk menenangkan debar di hati, kami telah dihiburkan dengan telatah Cikgu Raouf yang tidak habis-habis menyakat kami.hehe
Kini, keputusan telah berada di tangan pengacara majlis, jantung saya semakin kencang dan apabila keputusan diumumkan, KAMI JUARA!!! Alhamdulillah, habis semua cikgu lelaki saya salam, siap ada yang peluk lagi, bagi kawan-kawan saya yang perempuan memang penatlah peluk-peluk sesama mereka. huhu kami melangkah ke pentas dengan hati yang girang untuk mengambil sijil dan trofi. Setelah penat mengambil gambar, kami dihidangkan dengan minum petang sebelum solat dan balik ke sekolah. Sampai di sekolah, kami terus merehatkan diri yang penat dan bermulalah kehidupan kami sebagai juara dan wakil Negeri Selangor untuk pertandingan Pantun. Walaubagaimanapun, sebagai seorang pelajar, kami tetap berusaha untuk buat yang terbaik kerana peperiksaan semakin hampir. Oleh itu, setelah penat menaip laporan ini, tibalah masa untuk pergi. Sekian. :D
Saturday, May 2, 2009
Keheningan Malam
Di waktu malam sepi, senyap sunyi
Suasana hening, dingin menusuk tulang
Hanya suara dengkuran manusia yang memecah sunyi
Sekali-sekali terdengar suara anjing-anjing liar di waktu malam sepi
Di waktu itu pencinta Tuhan bangun dengan penuh tenang
Membersihkan diri, berpakaian bersih
Bertelut dan berlutut, berdiri dan sujud berulang-ulang kali sepuas hati
Berzikir, bertahmid, bertakbir dan bertasbih
Puja dan puji disemarakkan, munajat membisikkan, melahirkan cinta
Merafakkan doa melahirkan hajat dan harapan
Mengagungkan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk, menghina diri
Menghina diri di hadapan CINTA AGUNGnya, meminta perhatian
Air mata mengalir di pipi, jatuh ke bumi
Begitulah setiap malam yang berlalu
Di suasana kesepian malam, di dalam keheningan suasana
Pencinta-pencinta Tuhan memuja CINTA AGUNGnya, agar dia dicintai
Setelah memuja-memuji sepenuh hati
Meminta, mengharap sepuas hati
Dengan air mata dan tangisan minta dikasihi-Nya
Mereka berhenti menunggu malam
Hati sentiasa bimbang takut cinta tidak berbalas
Namun putus asa tiada, harapan sentiasa berbunga
Perhubungan tetap diteruskan