Deep Tarbiyyah, and Expand

Tuesday, June 9, 2009

Wasiat Imam Syafie

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

Pertama :
Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga :
Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :
Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam :
Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh :
Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Rukun Pemuda



Bismillah.. saya ada terbaca di blog seorang sahabat mengenai rukun pemuda, pada saya ia sangat menarik.. ok, rukun pemuda ada 4, First, iman pastu ikhlas, semangat(hammasah) dan amal... masih tak faham? Ok... sekarang cuba kita hayati kata2 Imam Hassan Al-Banna:

" Sesungguhnya, sebuah pemikiran akan meraih kejayaan manakala keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada kesiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini yakni iman, ikhlas,semangat dan amalmerupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu seemua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda."
- (Hassan Al-Banna ), kalau nak tau teks asli dier rujuk terus Majmuatur rasail- Jilid 1-

Sunday, June 7, 2009

Pengakap

Assalammualaikum, semalam ada seorang teman inginkan info mengenai pengakap, lantas aku terfikir, kan baik kalau aku kongsikan gak ilmu pengakap kat sini. hu~ pengakap dalam Malaysia ni terbahagi kepada 4 level iaitu pengakap kanak2 (sekolah rendah), Pengakap Muda (menengah rendah), Pengakap Remaja (menengah atas), dan Pengakap Kelana (tamat sekolah sampai bila2)..




ok, bercakap pula mengenai sejarah pengakap di Malaysia, Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910.( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England) Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang.(Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu,pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927,pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini.

H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula,pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah.Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927.Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931.

Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915.

Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu,menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

juga sejarah pengasas pengakap dunia

Lahir pada 22 Februari,1857 di Hyde Park London.(United Kingdom).Nama sebenarnya ialah ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN POWELL (BP). Ayahnya Reverend HG Baden Powell ialah seorang profeson di Universiti Oxford,England.BP mempunyai 7 orang adik-beradik.

Sewaktu umur BP tiga tahun, ayahnya meninggal dunia.BP dididik oleh ibunya.Semasa kecil BP suka kepada penghidupan di luar rumah serta alam semulajadi.

Semasa remaja,BP berkhidmat dalam pasukan tentera British iaitu dalam unit Askar Hussar ke 13,berpangkat Leftenen Muda.Pada tahun 1876,BP berkhidmat di India.
Pada tahun 1899,semasa berkhidmat di Mafeking (Afrika),BP menggunakan khidmat buda-budak sebagai penyampai berita/pesanan semasa Mafeking diserang.Khidmat budak-budak serta kebolehan mereka itu,meninggalkan kesan yang mendalam kepada BP.Sekembalinya ke England pada Tahun 1907,BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea untuk budak-budak lelaki.Hasil dan pengalaman dari perkhemahan itu,pada tahun 1908 BP mengarang buku 'Scouting for boys".

BP dilantik sebagai Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa diadakan Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia.

Buku Scouting for Boys yang dikarang oleh BP menjadi tarikan kepada budak-budak dan Negara-Negara lain.Dengan cepat,pergerakan Pengakap berkembang di seluruh dunia kecuali di Negara-Negara anutan komunisme.Melalui cadangan,pengalaman BP yang dimuatkan di dalam buku itu,dimenfaatkan oleh ramai anak muda yang memberi peluang kepada mereka untuk menyertai pelbagai kegiatan untuk memajukan diri sendiri.

Pada tahun 1937,semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya (Afrika) bersama dengan isterinya Lady Baden Powell (yang juga terlibat dalam membantu mengembangkan kegiatan Pengakap).BP juga telah melawat banyak Negara untuk melihat sendiri perkembangan Pengakap di Negara itu.(Salah sebuah negara itu ialah Malaysia (Malaya pada masa itu).

BP meninggal pada 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya.

Friday, June 5, 2009

Merenung Ujian Allah

*Banyak ketikanya yang mungkin kita tidak mengerti dan mulai berasa pelik dengan cara Allah SWT menguji hambanya. Kenapakah bila Allah SWT sayang kepada hambaNya, Dia timpakan musibah? Kenapakah ada ketikanya, Allah SWT murka kepada hambaNya tetapi diberi rezeki, melimpah ruah? Kenapakah Allah SWT datangkan musuh kepada kekasihNya?

*Nabi SAW yang merupakan kekasihNya dan antara yang berpendapatan lumayan (satu perlima daripada rampasan perang milik baginda) tetapi hidup miskin dan terpaksa mengikat perut dengan batu kerana menahan lapar. Sedangkan Umayyah bin Khalaf hidup mewah, senang lenang dengan rezeki melimpah ruah.

*Nabi Musa a.s. juga pernah hidup dalam keadaan miskin sehingga terpaksa memakan daun-daun kayu, sedangkan Qarun yang jahat itu hidup mewah semewah-mewahnya. Kunci gudang hartanya sahaja pun terlalu banyak dan berat.

*Allah SWT menyesatkan Firaun tetapi memberi hidayah kepada isterinya sehinggakan doa Asiah yang memohon dibina rumah untuknya dalam syurga dimaktubkan dalam wahyuNya. Allah SWT menjadikan Nabi Nuh dan Nabi Lut sebagai nabiNya dan hambaNya yang soleh tetapi menyesatkan isteri-isteri mereka. Bila Nabi Nuh cuba berdoa untuk anaknya, Allah mencegah Nabi Nuh dari berbuat demikian.

*Allah SWT menjadikan Nabi Ibrahim a.s sebagai kekasihNya (khalil) tetapi menyesatkan bapa Ibrahim a.s. Apabila Ibrahim a.s cuba memohon ampun kepada Allah bagi pihak bapanya, Allah SWT melarang doa tersebut.

*Allah SWT memilih untuk memberi hidayah dan kemuliaan iman kepada Bilal Bin Rabah, seorang hamba abdi berkulit hitam yang dihina masyarakat berasal dari Ethiopia, tetapi tidak memberi hidayah kepada Abu Talib bapa saudara Nabi SAW, seorang bangsawan yang banyak menolong dan melindungi Nabi SAW. Allah juga tidak memberi hidayah kepada Abu Lahab seorang elit yang sangat dihormati oleh bangsanya.

*Apa kata Allah Jalla wa ‘Ala? Jawapannya, dalam Surah Al-Anbiya ayat 23, maksudnya, “Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang Dia lakukan tetapi merekalah (manusia) yang akan ditanya (tentang apa yang mereka lakukan). SUBHANALLAAH…


dipetik dari here