Deep Tarbiyyah, and Expand

Sunday, August 30, 2009

Nukilan Khas Untuk BIBOT.

Kuih bahulu tepian cawan
Buah kuini di balik melati
Dari dulu kita berkawan
Hingga kini tetap di hati

Bilah kersani hujung pedati
Ke pulau jawa di bawa pembantu
Hingga kini tetap di hati
Walau jauh beribu batu

Lempar sauh tanda kurnia
Belayar pendeta dalam sendu
Walau jauh di hujung dunia
Ukhwah kita tetap berpadu

Bajak sawah di balik cemara
Mekar seraya di pinggir meranti
Berpadu ukhwah jalinan mesra
Tersemat ia di lubuk hati

Demi menawan puncak tinggi
Menempa jaya dengan megah
Tersemat ia dilubuk hati
Tetap padu tak mungkin goyah


P/S : sila berasa terharu sekarang, aku wat spesel utk ko nih, org len x dpt tau!