"Verily, Allah has purchased of the believers their lives and their properties for (the price) that theirs shall be the Paradise. They fight in Allah's cause, so they kill and are killed. It is a promise in truth which is binding on Him in the Tawrah and the Injil and the Qur'an. And who is truer to his covenant than Allah Then rejoice in the bargain which you have concluded. That is the supreme success." [9:111]
Sunday, January 31, 2010
Kau Ada Masa, Tapi...
Kau ada masa untuk melayari internet
Tapi adakah masa untuk melayari tafsir quran?
Kau ada masa untuk baca komen dalam facebook, myspace dan sebagainya
Tapi adakah masa untuk membaca mencari ilmu baru tentang Islam?
Kau ada masa untuk mendengar lagu2 yang tidak berfaedah
Tapi adakah masa untuk menghayati alunan zikrullah?
Kau ada masa untuk menonton cerita kegemaran
Tapi adakah masa untuk melihat dan memperbaiki kelemahan diri sendiri?
Kau ada masa untuk melakukan maksiat
Tapi adakah masa untuk bersolat sunat?
Kau ada masa untuk tidur dengan selesanya
Tapi adakah masa untuk bermunajat di 1/3 malam?
Kau ada masa untuk melantak pelbagai jenis makanan
Tapi adakah masa untuk berpuasa sunat menahan lapar?
Kau ada masa memikirkan masalah2 harian
Tapi adakah masa untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ummah?
Kau ada masa bersms/ gayut/ email dan sebagainya dgn kekasih pujaan
Tapi adakah masa untuk bermadu kasih bersama Illahi?
Kau ada masa untuk melayani gangguan emosi
Tapi adakah masa untuk berubah?
Kau ada masa untuk bermain video game
Tapi adakah masa untuk membaca madah cinta dari Allah swt?
Kau ada masa untuk melengah2kan urusan akhirat dengan meninggikan urusan dunia
Tapi adakah masa untuk mempersiapkan diri dengan bekalan?
Sahabat,
Bila lagi?
Nak tunggu sampai dajal datang?
Atau sampai nyawa di hujung halkum?
Takpun sampai mentari berubah paksi?
"ala nanti2 la, aku percaya aku akan berubah 1 hari nanti, cume x tau ble, jgn push aku, nnti aku rse terpaksa"
oh
senang bgi alasan bermadah
knp sng?
sebab ditnya oleh maknusia
bila hati dan iman yg bertanya bgimana pula?
"ala jap lgi ah, bnyk mase lg ni"
sibuk melayani perasaan
hbis tu ble Allah tnya
antum nk jwb ape?
P/S : peringatan buat diri ana juga
wallahualam
Saturday, January 30, 2010
Bagaimana merealisasikan Rukun Usrah?

Di dalam ‘Risalatur al-Usr’ dinyatakan bahawa “usrah terdiri daripada 5 orang, ini bilangan paling minima untuk satu fikrah yang mahu melaksanakan segala aktiviti usrahnya seperti mengkaji dan menyebar fikrahnya, mengoperasikan sistem tarbiyah fizikal, intelektual dan spiritual, mengikuti perkembangan semasa, mengkaji setiap peristiwa tersebut, mengeluarkan arahan, menerima arahan-arahan dari pimpinan dan melaksanakan tuntutannya dan memiliki pengetahuan mendalam tentang perkara-perkara lain. Boleh dikatakan usrah merupakan unit kecil Ikhwan Muslimun.”
Syeikh Muhammad Abduh di dalam bukunya Maza Ya’ni Intimai Li ad-Dakwah menyatakan seperti berikut:
Pertama: Taaruf
Kewajipan-kewajipan dan tugas-tugas yang menjamin kejayaan pilar ini ialah:
* Merasakan makna ukhuwwah yang sebenar dan sempurna antara kamu.
* Bersungguh-sungguh agar tidak ada sesuatu pun yang mengeruhkan kemurnian ikatan kamu.
* Selalu membaca dan meneladani ayat-ayat dan hadis-hadis. Jadikan ia pusat perhatianmu – ‘berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah’ (Ali-Imran: 103), ’sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara’ (Hujurat: 10).
Kedua: Tafahum
* Istiqamah di atas manhaj kebenaran.
* Laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan apa yang dilarangNya.
* Evaluasilah (muhasabah) diri kamu dengan dengan teliti atas ketaatan dan kemaksiatan kamu.
* Hendaklah salah seorang dari kamu memberi nasihat kepada saudaranya apabila melihat keaiban saudaranya.
* Setiap akh menerima nasihat saudaranya dengan penuh gembira dan sukacita.
* Akh yang memberi nasihat harus menjaga hatinya agar tidak berubah sedikit pun terhadap saudaranya yang dinasihati. Dia tidak boleh merendahkan kelemahan saudaranya atau merasakan dirinya lebih baik dari saudaranya.
* Hendaklah dia menyimpan rahsia kelemahan saudaranya selama sebulan dan tidak menyampaikan kepada sesiapa pun kecuali kepada ketua usrah (murobbi) jika dia tidak mampu untuk memperbaikinya.
* Dia berterusan mencintai, menghormati dan mengasihi saudaranya.
* Saudara yang dinasihati tidak boleh berdegil atau keras kepala dan berubah hati kepada saudaranya yang memberi nasihat sekecil mana sekali pun.
Ketiga: Takaful
* Sentiasa saling tolong-menolong dan meringankan beban saudara kamu.
* Berjanji untuk menunaikan tanggungjawab sesama kamu dengan saling bertanya dan melakukan kebaikan.
* Proaktif untuk membantu saudaranya jika ada kesempatan.
* Renungkan sabda Rasulullah SAW: “Seseorang yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya lebih baik dari dia beriktikaf di masjidku selama sebulan..”
diambil dari www.ismaweb.net
Wednesday, January 27, 2010
Ummah Binasa Kerana Kurang Zikrullah
Suatu hari dia masuk kekedai gunting untuk menggunting rambut dan mencukur misainya dalam keadaaan mulut tetap berzikir kepada ALLaH. Demikian juga ketika rambutnya digunting, bibirnya tetap bergerak-gerak. Sampailah masanya tukang gunting akan mencukur misainya, tapi dia merasa kesulitan kerana bibir Harb terus sahaja bergerak-gerak.
“Tuan sila jangan menggerak-gerakkan bibir sekejap semasa saya menggunting misaimu.” Pinta tukang gunting.
“Kamu tidak perlu mengganggu urusanku, kerjakan sahaja tugasmu.” Jawab Ahmad bin Harb.
“Kalau begini susahlah.” Kata tukang gunting.
Ahmad tidak berkata apa-apa lagi. Dia terus berzikir dengan menggerak-gerakkan bibirnya. Si Tukang gunting pun ambil tak kisah. Dia terus mencukur misaim Harb. Akan tetapi setiap kali misai Harb dicukur, bibirnya terluka. Sehingga apabila selesai, tampaklah parut-parut di bibirnya sebanyak gerakan pisau cukur.
“Apalah yang dah jadi dengan orang ini.” Kelu si Tukang gunting.
Di lain masa Ahmad bin Harb menerima surat dari seorang temannya, dia meminta agar surat itu dibalas. Akan tetapi Harb terus sibuk dengan zikirnya sehingga tidak mempunyai masa untuk membalasnya. Suatu hari ketika sedang terdengar suara azan, tiba-tiba dia teringat akan membalas surat temannya itu. Lalu dia mengambil sekeping kertas dan menulis surat balasan kepada temannya yang berbunyi :
“Jangan mengirim surat kepadaku lagi kerana aku tidak punya masa untuk membalasnya. Sibukkanlah dirimu dengan berzikir kepada ALLaH.”
Jika dibandingkan dengan diri kita pada hari ini, situasi yang berlaku adalah sebaliknya, setiap saat, minit dan Jam, malah hari-hari yang kita lalui lebih banyak kita peruntukkan untuk perkara ‘Laghah’ lagi tidak berFaedah..malaH memasuki ‘daerah-daerah’ Larangan yang telah ditentukan ALLah akan tegahan-Nya denagn keras sekali..
HiBuraN..
ShoPPiNg..
DatiNg..
JaLan2..
MeRayaU..
MeLePaK..
PalinG teruk “TiduR mati tak sedarkan diri, SoLat LinTang Pukang..!”
Ini sikap kita umat akhir zaman.. tidak dapat dinafikan lagi. Sudahnya tiada disiplin dalam solat, maka tidak ‘terdisiplin’ dan ‘terdidik’ lah diri kita untuk mengingati ALLaH..
Impak dari itu kita sendiri dapat melihat ‘Kebinasaan’ dan ‘kerosakan’ akhlak, minda, dan perasaan generasi akhir zaman ini. Semuanya serba ‘pincang’ dan ‘tempang’..
Ada Yang bIjak Pandai Lagi GeniUs,
Tapi AKhlaK roSak, peranGai Dayus..!
Ada YanG Mengaku dirinya IsLam,
Tapi ‘gaya’ tidak banyak bezanya dengan orang Kristian (pendedahan aurat, pergaulan bebas, dLL), ada juga terseliT sedikit siKap ZioNiS (ZaliM lagi bernafsu serakah).
IsLam hanya pada MyKaD..!!
Ada YanG BeLaJar agama bertahun-tahun,
Tapi masih gagal untuk mengamalkan ILmu, malaH ‘menonjolkan’ diri seperti orang JahiL..
Semuanya kerana kita semakin ‘merenggangkan’ dan ‘menjauhkan’ diri daripada ALLaH SWT. Kita semakin sibuk berlari-lari mengejar ‘Dunia’ fana lagi sementara ini, kita sibuk mengumpuL harta untuk menjadi kaya, kita sibuk menambah ilMu agar diGeLar intelektual dan bijak pandai, kita sibuk belajar agama supaya dikatakan warak dan thiqah.. serba serbi mempunyai kepentingan keduniaan..! maka di celahan manakah kita meletakkan ‘PerJuangan Fi SabiLiLLaH..?’ sedangkan hati kita semakin hari, semakin hitam dengan ‘sisa-sisa toksik’ keduniaan..cis!!
Oleh yang demikian, tolong Jangan Lupakan ALLaH.. ToLong SeLalu Mengingati ALLaH SWT.. Tolong SibuKKan diri FisabiLiLLaH..
Bersama-sama kita ZikruLLah
madah bicara ini telah berjaya menitiskan air mata ana~
Monday, January 25, 2010
Tahap Solat
Assalamualaikum w.b.t ,
segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.
terasa dimanakah tahap atau level kita dlm melakukan ibadah solat ini..
cukup menarik..
memberi satu peringatan dan berupaya menyuruh kita muhasabah diri kembali..
apakah sempurnakah solat kita itu selepas sempurna dalam bersuci dan berwudhuk..??
wallahu'alam..hanya pada Allah s.w.t kita mohon diterima segala amalan ibadah yg kita lakukan..
insyaAllah..
----------------------------------------------------------------------------
Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis manusia
Bersama Mohd Zawawi Yusoh
2009/12/25
SUDAH lama kita bersolat,
tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)
Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
* Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
* Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya,
faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi
solatnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh muhasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.
Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnyabelum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
------------------------------------------------------------------------
إِنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku. [Surah Ta-Ha 20:14]
Perbanyaklah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sujud sekali Allah akan mengangkatmu satu derajat dan menghapus satu dosamu. (HR. Muslim).
Diberitahukan kepada Nabi Saw bahwa si Fulan shalat semalam suntuk tetapi pada pagi harinya dia mencuri. Lalu beliau menjawab, "Kelak shalatnya akan mencegahnya dari perbuatan mencuri." (HR. Ath-Thahawi)
Allah Maha Besar...
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
mudah2an..segala2 amalan kita diterima Allah s.w.t.
insyaAllah..mudah2an..
wallahu'alam..sekadar berkongsi..
sekiranya ada kesalahan disini..mohon ditegur ya sahabat2 semua..
maafkan ana..
ceria2 n senyum2 slalu..huhu=)
--------------------------------------------
Taubatnya Malik bin Dinar -Rohimahullah-
Malik bin Dinar Rohimahullah menuturkan: Pada suatu hari, aku merindukan pernikahan dan memiliki anak. Maka kemudian aku menikah dan dikaruniai seorang puteri yang kuberi nama Fathimah.
Aku sangat mencintai Fathimah. Setiap kali dia bertambah besar, bertambah pula keimanan di dalam hatiku dan semakin sedikit maksiat di dalam hatiku.
Pernah suatu ketika Fathimah melihatku memegang segelas khamr, maka diapun mendekat kepadaku dan menyingkirkan gelas tersebut hingga tumpah mengenai bajuku. Saat itu umurnya belum genap dua tahun. Seakan-akan Allah Subhanahu wa Ta'ala -lah yang membuatnya melakukan hal tersebut.
Setiap kali dia bertambah besar, semakin bertambah pula keimanan di dalam hatiku. Setiap kali aku mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala selangkah, maka setiap kali itu pula aku menjauhi maksiat sedikit demi sedikit. Hingga usia Fathimah genap tiga tahun, saat itulah Fathimah meninggal dunia.
Maka akupun berubah menjadi orang yang lebih buruk dari sebelumnya. Aku belum memiliki sikap sabar yang ada pada diri seorang mukmin yang dapat menguatkanku di atas cobaan musibah. Kembalilah aku menjadi lebih buruk dari sebelumnya. Setanpun mempermainkanku, hingga datang suatu hari, setan berkata kepadaku: “Sungguh hari ini engkau akan mabuk-mabukan dengan mabuk yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya.” Maka aku bertekad untuk mabuk dan meminum khamr sepanjang malam. Aku minum, minum dan minum. Maka aku lihat diriku telah terlempar di alam mimpi.
Di alam mimpi tersebut aku melihat hari kiamat.
"Matahari telah gelap, lautan telah berubah menjadi api, dan bumipun telah bergoncang. Manusia berkumpul pada hari kiamat. Manusia dalam keadaan berkelompok-kelompok. Sementara aku berada di antara manusia, mendengar seorang penyeru memanggil: Fulan ibn Fulan, kemari! Mari menghadap al-Jabbar. Aku melihat si Fulan tersebut berubah wajahnya menjadi sangat hitam karena sangat ketakutan."
Sampai aku mendengar seorang penyeru menyeru namaku: “Mari menghadap al-Jabbar!”
Kemudian hilanglah seluruh manusia dari sekitarku seakan-akan tidak ada seorangpun di padang Mahsyar. Kemudian aku melihat seekor ulat besar yang ganas lagi kuat merayap mengejar kearahku dengan membuka mulutnya. Akupun lari karena sangat ketakutan. Lalu aku mendapati seorang laki-laki tua yang lemah. Akupun berkata: “Hai, selamatkanlah aku dari ular ini!” Dia menjawab: “Wahai anakku aku lemah, aku tak mampu, akan tetapi larilah kearah ini mudah-mudahan engkau selamat!”
Akupun berlari kearah yang ditunjukkannya, sementara ular tersebut berada di belakangku. Tiba-tiba aku mendapati api ada dihadapanku. Akupun berkata: “Apakah aku melarikan diri dari seekor ular untuk menjatuhkan diri ke dalam api?” Akupun kembali berlari dengan cepat sementara ular tersebut semakin dekat. Aku kembali kepada lelaki tua yang lemah tersebut dan berkata: “Demi Allah, wajib atasmu menolong dan menyelamatkanku.” Maka dia menangis karena iba dengan keadaanku seraya berkata: “Aku lemah sebagaimana engkau lihat, aku tidak mampu melakukan sesuatupun, akan tetapi larilah kearah gunung tersebut mudah-mudahan engkau selamat!”
Akupun berlari menuju gunung tersebut sementara ular akan mematukku. Kemudian aku melihat di atas gunung tersebut terdapat anak-anak kecil, dan aku mendengar semua anak tersebut berteriak: “Wahai Fathimah tolonglah ayahmu, tolonglah ayahmu!”
Selanjutnya aku mengetahui bahwa dia adalah putriku. Akupun berbahagia bahwa aku mempunyai seorang putri yang meninggal pada usia tiga tahun yang akan menyelamatkanku dari situasi tersebut. Maka diapun memegangku dengan tangan kanannya, dan mengusir ular dengan tangan kirinya sementara aku seperti mayit karena sangat ketakutan. Lalu dia duduk di pangkuanku sebagaimana dulu di dunia.
Dia berkata kepadaku:
“Wahai ayah, “belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid:16)
Dia berkata: “Itu adalah amal keburukanmu, engkau telah membesarkan dan menumbuhkannya hingga hampir memakanmu. Tidakkah engkau tahu wahai ayah, bahwa amal-amal di dunia akan dirupakan menjadi sesosok bentuk pada hari kiamat? Dan lelaki yang lemah tersebut adalah amal shalihmu, engkau telah melemahkannya hingga dia menangis karena kondisimu dan tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu kondisimu. Seandainya saja engkau tidak melahirkanku, dan seandainya saja tidak mati saat masih kecil, tidak akan ada yang bisa memberikan manfaat kepadamu.”
Dia Rohimahullah berkata: Akupun terbangun dari tidurku dan berteriak: “Wahai Rabbku, sudah saatnya wahai Rabbku, ya, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” Lantas aku mandi dan keluar untuk shalat subuh dan ingin segera bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Dia Rohimahullah berkata:
Akupun masuk ke dalam masjid dan ternyata imampun membaca ayat yang sama:
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid: 16)
Itulah kisah taubatnya Malik bin Dinar Rohimahullah yang beliau kemudian menjadi salah seorang imam generasi tabi'in, dan termasuk ulama Basrah. Dia dikenal selalu menangis sepanjang malam dan berkata: “Ya Ilahi, hanya Engkaulah satu-satunya Dzat Yang Mengetahui penghuni sorga dan penghuni neraka, maka yang manakah aku di antara keduanya? Ya Allah, jadikanlah aku termasuk penghuni sorga dan jangan jadikan aku termasuk penghuni neraka.”
Malik bin Dinar Rohimahullah bertaubat dan dia dikenal pada setiap harinya selalu berdiri di pintu masjid berseru: “Wahai para hamba yang bermaksiat, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang-orang yang lalai, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang yang melarikan diri (dari ketaatan), kembalilah kepada Penolong-mu! Penolong-mu senantiasa menyeru memanggilmu di malam dan siang hari. Dia berfirman kepadamu: “Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu hasta. Jika dia mendekatkan dirinya kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu depa. Siapa yang mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari kecil.”
Aku memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar memberikan rizki taubat kepada kita. Tidak ada sesembahan yang hak selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zhalim.
Malik bin Dinar Rohimahullah wafat pada tahun 130 H. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas. (Misanul I'tidal, III/426)
Saturday, January 23, 2010
+BIBOT+
“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)
Wednesday, January 20, 2010
Peringatan Bagi Pejuang Islam
1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.
2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.
3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.
Monday, January 18, 2010
Sekadar Pengisian Jiwa
Wahai Rasul Allah, jika mereka melihat ke kaki-kaki mereka, sesungguhnya mereka pasti melihat kita berdua Rasulullah memandang Abu Bakar penuh makna. Ditepuknya punggung sahabat dekatnya ini pelan sambil berujar "Janganlah engkau kira, kita hanya berdua. Sesungguhnya kita bertiga, dan yang ketiga adalah Dia, yang menggenggam kekuasaan maha, Allah ".
Sejenak ketenangan menyapa Abu Bakar. Sama sekali ia tidak mengkhawatirkan keselamatannya. Kematian baginya bukan apa-apa, ia hanya lelaki biasa. Sedang, untuk lelaki tampan yang kini dekat di sampingnya, keselamatan di atas mati dan hidupnya. Bagaimana semesta jadinya tanpa penerang. Bagaimana Madinah jika harus kehilangan purnama. Bagaimana dunia tanpa benderang penyampai wahyu.
Sungguh, ia tak gentar dengan tajam mata pedang para pemuda Quraisy, yang akan merobek lambung serta menumpahkan darahnya. Sungguh, ia tidak khawatir runcing anak panah yang akan menghunjam setiap jengkal tubuhnya. Ia hanya takut, Muhammad, ya Muhammad.. mereka membunuh Muhammad.
***
Berdua mereka berhadapan, dan mereka sepakat untuk bergantian berjaga. Abu Bakar memandang wajah syahdu di depannya dalam hening. Setiap guratan di wajah indah itu ia perhatikan seksama. Aduhai betapa ia mencintai putra Abdullah. Kelelahan yang mendera setelah berperjalanan jauh, seketika seperti ditelan kegelapan gua. Wajah di depannya yang saat itu berada nyata, meleburkan penat yang ia rasa. Hanya ada satu nama yang berdebur dalam dadanya. Cinta.
Sejenak kemudian, Muhammad melabuhkan kepalanya di pangkuan Abu Bakar. Dan seperti anak kecil, Abu Bakar berenang dalam samudera kegembiraan yang sempurna. Tak ada yang dapat memesonakannya selama hidup kecuali saat kepala Nabi yang ummi berbantalkan kedua pahanya. Mata Rasulullah terpejam. Nafas harum itu terhembus satu-satu, menyapa wajah Abu Bakar yang sangat dekat. Abu Bakar tersenyum, sepenuh kalbu ia menatapnya lagi. Tak jenuh, tak bosan. Dan seketika wajahnya muram. Ia teringat perlakuan orang-orang Quraisy yang memburu Purnama Madinah seperti memburu hewan buruan.
Bagaimana mungkin mereka begitu keji mengganggu cucu Abdul Muthalib, yang begitu santun dan amanah. Mendung di wajah Abu bakar belum juga surut. Sebuah kuntum azzam memekar di kedalaman hatinya, begitu semerbak. Selama hayat berada dalam raga, aku Abu Bakar, akan selalu berada di sampingmu, untuk membelamu dan tak akan membiarkan sesiapapun menganggumu.
Sunyi tetap terasa. Gua itu begitu dingin dan remang-remang. Abu Bakar menyandarkan punggung di dinding gua. Rasulullah, masih saja mengalun dalam istirahatnya. Dan tiba-tiba saja, seekor ular mendesis-desis perlahan mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang. Abu Bakar menatapnya waspada, ingin sekali ia menarik kedua kakinya untuk menjauh dari hewan berbisa ini. Namun, keinginan itu dienyahkannya dari benak, tak ingin ia mengganggu tidur nyaman Rasulullah. Bagaimana mungkin, ia tega membangunkan kekasih itu.
Abu Bakar meringis, ketika ular itu menggigit pergelangan kakinya, tapi kakinya tetap saja tak bergerak sedikitpun. Dan ular itu pergi setelah beberapa lama. Dalam hening, sekujur tubuhnya terasa panas. Bisa ular segera menjalar cepat. Abu Bakar menangis diam-diam. Rasa sakit itu tak dapat ditahan lagi. Tanpa sengaja, air matanya menetes mengenai pipi Rasulullah yang tengah berbaring. Abu Bakar menghentikan tangisannya, kekhawatirannya terbukti, Rasulullah terjaga dan menatapnya penuh rasa ingin tahu.
"Wahai hamba Allah, apakah engkau menangis karena menyesal mengikuti perjalanan ini" suara Rasulullah memenuhi udara Gua.
"Tentu saja tidak, saya ridha dan ikhlas mengikutimu kemanapun", potong Abu Bakar masih dalam kesakitan.
"Lalu mengapakah, engkau meluruhkan air mata?"
"Seekor ular, baru saja menggigit saya, wahai putra Abdullah, dan bisanya menjalar begitu cepat"
Rasulullah menatap Abu Bakar penuh keheranan, tak seberapa lama bibir manisnya bergerak: "Mengapa engkau tidak menghindarinya?"
"Saya khawatir membangunkan engkau dari lelap", jawab Abu Bakar sendu. Sebenarnya ia kini menyesal karena tidak dapat menahan air matanya hingga mengenai pipi Rasulullah dan membuatnya terjaga.
Saat itu air mata bukan milik Abu Bakar saja. Selanjutnya mata Al-Musthafa berkabut dan bening air mata tergenang di pelupuknya. Betapa indah sebuah ukhuwah.
"Sungguh bahagia, aku memiliki seorang seperti mu wahai putra Abu Quhafah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pemberi balasan". Tanpa menunggu waktu, dengan penuh kasih sayang, Al-Musthafa meraih pergelangan kaki yang digigit ular. Dengan mengagungkan nama Allah pencipta semesta, Nabi mengusap bekas gigitan itu dengan ludahnya. Mahasuci Allah, seketika rasa sakit itu tak lagi ada. Abu Bakar segera menarik kakinya karena malu. Nabi masih memandangnya sayang.
Bagaimana mungkin, mereka para kafir tega menyakiti manusia indah seperti mu. Bagaimana mungkin? nyaring hati Abu Bakar kemudian.
Gua Tsur kembali ditelan senyap. Kini giliran Abu Bakar yang beristirahat dan Rasulullah berjaga. Dan, Abu Bakar menggeleng kuat-kuat ketika Rasulullah menawarkan pangkuannya. Tak akan rela, dirinya membebani pangkuan penuh berkah itu.
Sunday, January 17, 2010
Pemuda Pemudi Harapan Agama
Assalamuálaikum...
Artikel nih ana dapat dari buliten...tapi sejauh mana kebenarannya ana tak tahu. tapi, perkara macam nih tak mustahil berlaku. Kalau tgk cite kat bawah nih berkisah pasal agama kristian yg menular di kalangan masyarakat Islam di negara kite yg terchenta. Hmm...tak payah tunggu agama krisitan la...skrang nih, mcm mcm dah jadi kat org melayu. Hiburan sana sini...Anak-anak muda jadi mat rempit, minah rempit...tak kurang juga yg berzina tanpa segan silu apabila menjelang sesuatu pesta besar besaran atau konsert yg diadakan sampai ke tengah malam. [nauzubillahiminzalik..] Masjid masjid dan surau surau, kosong..yg dtg hanya la pak cik pak cik dan makcik makcik yg sudah berumur...ni pengalaman ana sendiri la kat masjid kat umah ana. Budak mudajarang sekali datang ke masjid. Kalau datang pun tau diorang buat ape? curi selipar dan curi basikal org...ya rabbi....beginikah pemuda yg menjadi harapan agama dan negara? Walaupun begitu, tidak boleh dipersalahkan mereka seratus peratus apabila byk dugaan dan cabaran utk mereka pada masa kini di mana pihak pihak tertentu [korang tau la sape] dengan gembira nye menyediakan tempat tempat maksiat, menganjurkan konsert konsert, menyediakan rancangan tv yg tidak langsung menjana iman dan jgn katakan iman, menjana akal pun tak mampu...tgk saje cite melayu...tak abis abis pasal cinta...akademi fantasia, malaysian idol? melahirkan penyanyi penyanyi suara cetak, yg boleh dicetak rompak dengan senangnye. i don't see any point la...heee...ok...dah mula berapi...[penulis menyabarkan diri] lagi elok tgk cite cina yg purba kala tuh. lagi sopan...tentu sket diorang tu kafir nak berlakon cite cite cam tu. Cite pasal forensik, investigation....cite melayu ape ade? cuba renungkan...
Peranan pemuda dan pemudi nih sgt penting...kite cuba tgk sirah Rasulullah s.a.w. di kala peristiwa hijrah. Siapa yg menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w. ketika Baginda s.a.w. berhijrah? Tak lain dan tak bukan Saidiana Ali r.a. Itulah pemuda Islam yg kental imannya. Boleh kah lagi dicari pemuda seperti itu skrang? Kalau dari segi pemudi pulak, Asma'Binti Abu Bakr yg sedang mengandung pun boleh panjat Bukti Thur nak kasik makanan kat RAsulullah s.a.w dan bapanya, [kalau org pernah panjat gua thur tau la betapa penat dan siksanye nak panjat bukit tu yg curam] ketika peristiwa hijrah, bagaimana pulak dengan kite sekarang?
Jadi disini, ana nak seru la rakan rakan agar kite nih bersyukur kerana dipilih oleh ALlah s.w.t kerana diberikan kesempatan dan peluang untuk belajar setinggi ini dan biah [susasana] kite agak terjaga...Alhamdulillah..sebagai tanda kesyukuran, kite kene sama sama la blaja bersungguh sungguh...tak kira ilmu ukhrawi atau duniawi..lengkapkan diri kite bersungguh sungguh..kental kan iman kita agar suatu hari nanti, generasi kita mampu mengembalikan semula kegemilangan Islamsuatu ketika dulu InsyaAllah...di mana cara hidup Islam dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan, tak kira dari segi pemerintahan, pentadbiran, perniagaan, ekonomi, dan lain lain lagi...Akhir kalam; Sahutlah seruan al-Imam Hassan al-Banna :
"Wahai pemuda! Setiap fikrah hanya akan berjaya apabila diperkuatkan dengan Iman, dilengkapkan dengan ikhlas yang mendalam untuk memperjuangkannya, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya ". Pendek kata, iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan rukun-rukun khusus untuk para pemuda, kerana asas iman ialah hati yang tenang, asas ikhlas ialah jiwa yang bersih, asas semangat ialah perasaan yang mantap, dan asas amal itu ialah azam yang kuat. Kesemua faktor ini tidak lain dan tidak bukan khusus untuk para pemuda. Nyatalah di sini, bahawa para pemuda di kalangan setiap umat, sama ada di zaman dahulu mahupun sekarang, merupakan tiang kebangkitan ummah. Dalam tiap-tiap kebangkitan itu ada rahsia kekuatannya, dan di setiap fikrah itu ada tanda-tandanya. Firman Allah yang bermaksud :
"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk".
Erm...ingatkan diri kite sesama..ingatkan diri ana selalu..ana nih selalu lalai dan alpa...Moga kita mendapat hidayah dan taufiq daripada ALLAH s.w.t...
_____________________________________________________________________________________
Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.
Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.
Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau,namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir,jenazah simati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi......
Pengajaran:-
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib
dan simati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya
berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Simati tersebut
adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.
Kisah kedua
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari,dihadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan
dikebumikan berdekatan dengan masjid.
Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur
simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran.....
Inilah keadaan yang berlaku sekarang....oleh itu ambil tahulah akan
aktiviti anak-anak, adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus
dan ada di mana-mana...tanpa disedari.
Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa
melayu telah sampai di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya,ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah diimport secara sah oleh salah
sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar....
Samada benar atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya,
bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...
Wednesday, January 13, 2010
A Very Touching Moment....
Inspector sahab punya crita…
|