Deep Tarbiyyah, and Expand

Thursday, February 25, 2010

Sesungguhnya Aku Mencintaimu Wahai Rasulullah

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum
sempena hari maulidur Rasul ni, ana nk kongsi dgn antum sume pe yg ana baca dri lman web PEMBINA

Kami bersaksi bahawa; sesungguhnya kamu telah menunaikan amanah, menyampaikan risalah, menasihati ummah dan bersungguh-sungguh di jalan Allah hinggalah datang kepadamu keyakinan.

Kami bersaksi di hadapan Allah bahawa; sesungguhnya kami kasih dan sayang padamu wahai utusan Allah. Kami juga kasih dan sayang kepada orang-orang yang mencintaimu.

Kami berharap agar Allah S.W.T, menghimpunkan kami semua di tepi telagamu supaya kami dapat minum air telaga tersebut dari tanganmu, di mana kami tidak akan dahaga selepas itu buat selama-lamanya.

Sesungguhnya kami cinta kepadamu dengan kecintaan berdasarkan kepada petunjukmu dalam cahaya ketuhanan (Rabbaniyyah)

Firman Allah yang bermaksud: " Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutuskanmu sebagai saksi dan menyampaikan berita gembira dan peringatan, dan serulah kepada Allah dengan keizinanNya ke jalan yang terang". (Ayat 45 - 46 surah al-Ahzab).

Kami cinta kepadamu wahai orang yang telah diutuskan oleh Robb sebagai pembawa rahmat kasih sayang untuk alam semesta.

Kami cinta kepadamu wahai utusan Allah, kerana kecintaan kepadamu adalah daripada syarat-syarat keimanan.

Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang kamu hinggalah dia kasih kepadaku lebih daripada ibu bapanya dan manusia keseluruhannya".

Kecintaan kepadamu adalah sebab kepada kasih sayang Allah kepada kami... Sahabat-sahabat utusan Allah (Rasulullah S.A.W) telah berkata: "Wahai utusan Allah (Rasulullah S.A.W), sesungguhnya kami mencintai Robb kami dengan kasih sayang yang amat bersangatan", maka Allah S.W.T menurunkan ayat ini yang bermaksud: "Katakanlah, sekiranya kamu kasih kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah S.A.W) nescaya kamu akan dikasihi oleh Allah". (ayat 31 surah aali-imraan)

Kami mencintaimu kerana ianya adalah penyebab kepada mendapat kemanisan iman di dalam hati sebagaimana hadithmu yang bermaksud: "Tiga perkara yang jika terdapat padanya akan mendapat kemanisan iman; menjadikan Allah dan utusannya lebih dikasihi selain daripada keduanya, dan mencintai seseorang di mana ia tidak kasih kepadanya kecuali untuk kerana Allah, dan membenci dirinya untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dilemparkan ke dalam neraka".

Kami mencintaimu kerana ianya adalah penyebab kepada mengiringimu di dalam syurga: sahabat-sahabat Utusan Allah (Rasullullah S.A.W) telah bertanya baginda: sesungguhnya seorang lelaki suka kepada satu kaum tetapi tidak dapat bersama mereka, maka Utusan Allah (Rasullullah S.A.W) bersabda; "seseorang itu akan bersama sesiapa yang dikasihinya".

Kerana kamu adalah contoh pedoman kebaikan kepada sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta mengingati Allah sebanyak-banyaknya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Sesungguhnya bagi kamu pada Utusan Allah (Rasulullah S.A.W) itu contoh pedoman kebaikan kepada sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta mengingati Allah sebanyak-banyaknya". (ayat 21 surah al-Ahzab)

Kami mencintai kamu wahai Utusan Allah (Rasulullah S.A.W), selawat dan salam ke atasmu, kerana kamu yang paling layak dari kalangan orang-orang beriman dengan diri-diri mereka.

Abu Hafizoh
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Kelantan Darul Naim

Wednesday, February 10, 2010

Taubat

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum

Firman Allah s.a.w:

"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan , laIu memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang."

(AI-Maidah:39)


ana mulakan posting dgn madah bicara Allah

=)

dah lama ana nk buat posting ni

tpi asyik terlupa je

mustahak bagi ana utk posting kali neh

ana nk kongsi perihal

TAUBAT

rasanya ramai kot yg tau psl ni

xkire nk ulas gak

Para ulama telah mnentukan bberapa syarat taubat yg harus dipatuhi,

tiada sesuatu taubat dianggap sempurna kecuali dengan tiga syarat berikut:

1. Menyesali diri di atas dosa-dosa yang telah lalu

2. Menyucikan diri dan dosa. Yakni, tidak ada ertinya bertaubat padahal ia terus melakukan dosa yang sama dan tidak memberhentikannya.

3. Berazam tidak akan melakukan dosa lagi, selagi hayat dikandung badan. Ketiga-tiga syarat ini mengiringi setiap taubat dan seorang hamba kepada Tuhannya.


Terdapat 1 lagi syarat yang ditekankan iaitu terhadap dosa seorang hamba Allah kepada hamba Allah yang lain, di mana disebut bahawa sekiranya antum menganiyai seorang anak Adam, mencederakannya atau menyentuh kehormatannya maka hendaklah antum menebus, kembali haknya.

Jika yg mengenai jiwa atau din hendaklah dilakukan qisas (hukuman menurut hukuman Islam).

Jika yg mengenai harta atau barang hendaklah antum mengembalikan semula haknya, dan jika yg mengenai kehormatan maka hendaklah anda memohon kemaatan darinya.

Begitu juga halnya terhadap puasa, sembahyang dan zakat, hendaklah diqada'kan segala yang tidak dilakukan semampu yang boleh dan sesegera yang boleh.

Setelah bertaubat, hendaklah dia meletakkan dirinya diantara takut dan harap. Berharap agar Allah menerima taubatnya dan takut kalau Allah tidak menerima taubatnya.


oleh yg demikian,

ana nk mintak maaf kat semue org kalau2 ana ade buat salah buat silap pd antum semue

siryes bnyk kot slah ana pd antum

btw

ana mohon bimbingan gak dri antum semua

Insya Allah

jom kte semue jdi hamba Allah yg terpilih

:D

Wallahualam

Wednesday, February 3, 2010

Hari Memperingati Al-Aqsa







            Assalamualaikum warahmatullah,

            Buat semua Muslimin & Muslimat yang dikasihi.
            Dijemput untuk hadir ke program tersebut :

            Program : Hari Memperingati Al-Aqsa
            Tempat : Surau Al-Munawwarah, Sek.13 Shah Alam
            Tarikh : 5 Feb 2010 (Jumaat)
            Tentatif :

          • 12.oo pm

            Pameran
            Khutbah Palestin (Ust. Mohammad Rizal Sabran)
            Sumbangan dan Jualan untuk Palestin
            Solat Berjemaah dan solat hajat

          • 7.40pm

            Ceramah perdana (isu terkini Palestin) oleh : Dr Zainur Rashid (Perunding Aman Palestin)
            Tayangan
            Jamuan