Deep Tarbiyyah, and Expand

Monday, April 26, 2010

Aku Sebiji Benih

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

Sekali lagi ana telah mengikuti program anjuran ISMA
Nama diberi Siri Explorasi Ad-Deen (SEED)
SEED kali ini merupakan kesinambungan SEED episod 1 yang telah berlangsung di Bangi
Syukran pada naqib ana yang inform pasal ni kat ana
Alhamdulillah
Seronok sangat
Terusik Jiwa
Terusik Iman
Terusik Peribadi

Sabda Rasulullah SAW
“Apabila kamu melalui Taman Syurga, maka ikutlah atau masuklah kamu padanya. Bertanya salah seorang sahabat: Apakah Taman Syurga itu, ya Rasulullah? Sabda Rasul: Yaitu Halqah-halqah dzikir (lingkaran orang berzikir)”. (HR. Imam Tarmizi).

Program ini sebenarnya ditujukan khas untuk mereka yang akan bermusafir mencari ilmu dan mengembangkan Islam di rantau orang.
Ana rasa ana seorang yang menyibuk disamping paling muda (lepasan SPM) sebab yang lain kebanyakannya dari kolej2 yang sedang buat persiapan untuk ke luar negara; Insya Allah

Objektif program ini adalah untuk membawa kita mengenali semula diri kita sendiri. Selain itu untuk memberi gambaran kehidupan manusia dari semasa ke semasa. Seterusnya, untuk membuka mata kita mengenal pasti tanggungjawab serta peranan kita untuk membela semula kemuliaan Islam pada masa-masa yang akan datang.

Pembaca yang budiman sekalian, ana sering terfikir-fikir kenapa ana diciptakan, untuk apa ana dijadikan, apakah kegunaan diri ana yang sebenarnya.
Akhirnya Allah menjawab dalam firmanNya
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh. (51: 56-58)

Allah menciptakan manusia tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepadaNya semaksima mungkin. Namun, tepuk dada tanya iman. Masih wujud lagikah golongan manusia seperti 313 orang ahli Badar yang betapa hebatnya pengabdian diri kepada Rabb
Subhanallah!

Antara lain sebab kita diciptakan adalah untuk menjadi 'Abid dan Khalifah di muka bumi Allah ini.
Seperti mana dalam firmanNya
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (2 : 30-33)

Sesungguhnya hanya manusia diberi membuat pilihan. Sedar atau tidak namun itulah realitinya. Kita boleh membuat pilihan samada membuat kebaikan ataupun kejahatan. Bagi yang menyerah diri dengan peraturan Allah SWT, syurgalah sebagai ganjaran. Dan bagi yang sombong serta angkuh dengan peraturan Allah SWT, nerakalah sebagai habuan!

Tuntasnya, sebagai seorang Islam yang bukan hanya pada IC, kita semua perlu berusaha mengabdikan diri kita kepada Yang Esa! Insya Allah. :)

Ana tertarik pada kenyataan Ustaz yang menyampaikan isi program ini,
Kita sedar tak sebenarnya kita ni khalifah?
Sesetengah beranggapan Khalifah ialah orang yang memerintah sesebuah negara.
Tapi bagaimana pula dengan firman Allah SWT yang menujukan kepada semua umat manusia?
Renungi diri kita.
Apa yang kita pakai, apa yang kita minum, apa yang kita gunakan untuk menulis.
YA!
Kita khalifah kepadanya. Kita khalifah kepada baju yang kita pakai, kita khalifah kepada air yang kita minum, kita khalifah kepada pena yang kita gunakan untuk menulis, malah keyboard yang sering kita gunakan untuk menaip juga tunduk patuh kepada kita kerana kitalah khalifah kepadanya.
Hebat bukan? :)
Apakah tugas khalifah yang dimaksudkan dalam firmanNya?
Dia ada menjawab dalam firmanNya
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (33 : 72)

Selaian dari pengenalan terhadap diri sendiri, program ini turut memaparkan betapa gemilangnya Islam pada suatu masa dulu di mana dapat mengalahkan tamadun-tamadun yang pada ana sangat besar di zaman tersebut iaitu tamadun Rom dan Farsi.
Tamadun yang mengambil masa beribu tahun untuk mencapai kegemilangan namun jatuh dalam masa 2 hingga 3 tahun sahaja.
Persoalan yang dilontarkan, kenapa tamadun-tamadun hebat tersebut boleh jatuh dalam masa yang singkat?
Hal ini kerana tercemarnya akhlak dengan kilauan harta, keruntuhan moral dan akhlak serta diserang oleh tamadun yang lebih kuat dan hebat lagi.

Pengajaran yang ana peroleh,
Agama Islam merupakan agama wahyu
Bukanlah idea manusia semata.
Walau macam mana sekalipun, dakwah Allah mesti berjalan!
Banyak stratergi yang dapat dipraktiskan dalam berdakwah sebagai contoh
Pada awal kemunculan Islam, Rasulullah SAW berdakwah di rumah Al-Arqam. Kenapa baginda memilih rumah Al-arqam?
Hal ini kerana rumah Al-Arqam terletak di tengah-tengah kawasan musyrikin Makkah yang merupakan musuh Islam.
Para musyrikin Makkah tidak akan perasan dakwah yang disampaikan kerana mustahil untuk menyebarkan agama baru di tengah-tengah pusat pentadbiran kaum musyrikin. Namun sebaliknya yang terjadi. Islam bertambah kuat hari demi hari. Ini merupakan stratergi dakwah yang berkesan!
Lihat pula pada peperangan Badar;
seramai 313 orang menentang 1000 orang
nampak mustahil bukan?
Tetapi keputusannya amat memeranjatkan
Dalam tempoh 2 jam
Tentera umat Islam yang berjumlah 313 berjaya menewaskan tentera Musyrikin yang berjumlah 1000 orang!
Sesungguhnya
Kuantiti Tidak Menjamin Kualiti!
Satu lagi kisah yang boleh diambil iktibar
Ketika perang Uhud
Allah memberi ujian kepada umat Islam dengan kekalahan
Kenapa umat Islam tewas dalam peperangan ini?
Kerana tiada ketaatan pada Rasulullah!
Iktibar yang boleh kita ambil,
Setiap arahan yang diberi oleh ketua
perlu kita taat dan patuh!

Sesungguhnya kita semua merupakan sebiji benih
Baik benihnya baiklah pokoknya
Buruk benihnya buruklah pokoknya
Begitulah kita yang perlu menyebarkan Islam agar menjadi pokok Islam yang mekar dalam memartabatkan kembali Islam di muka bumi ini!
Cari dan manfaatkanlah ilmu yang kita peroleh kerana di situlah letaknya keberkatan.
Insya Allah!

cawan itu

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt
Cawan itu
Kalau tak diisi air
Debu2 akan masuk ke dalamnya
Begitu juga manusia
Kalau tak diisi dengan tarbiah
Nafsu akan bermaharaja lela
Maka hilangkanlah debu itu
Didiklah nafsu itu
Tapi.............


ana hanya tau cakap je
x semudah itu bagi ana
ana x punya kekuatan
bangkitlah
bangkitlah
bangkitlah
!

Saturday, April 24, 2010

Nota Cinta

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-NYA
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang DIA tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada DIA
Rinduku hanya Pada-NYA
Kasihku tulus buat-NYA
Setiaku balas kasih-NYA
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang ESA
Pujian hanya buat-NYA
Akurku kebesaran-NYA
Teragung Maha Suci-NYA
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-NYA tak pernah akan musnah
Belas rahmat-NYA terus mencurah-curah
Nur Hidayah-NYA semakin cerah

Wednesday, April 21, 2010

Muhasabah Diri

Bismillah....

"Iman, kamu cuti hari ini..."

Iman: Assalamualaikum.

Diri: Wa'alaikumsalam. Oh, encik Iman! saya rasa, dah dua-tga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman: Apa pula saya cuti, kan saya diberikan cuti...

Diri: Oh, ye. Lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah selepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi kelam kabut pula. Lepas terdengar ceramah ustaz di televisyen haritu, sya teringat kan kamu pula.

Iman: Jadi, saya boleh kembali bekerja lah bos? Boleh lah saya mengambil semula jawatan saya daripada En. Nafsu?

Diri: Eh, ta boleh. Sayang lah saya nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi,tapi, dia berjaya menghiburkan hati saya.

Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur...

Diri: Eh, janganlah! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman: Tapi bos, kami tak mungkin boleh bekerja bersama dalam satu syarikat. Perbezaan kami sangat besar dan saya lihat En. Nafsu tu anti benar dengan saya.

Diri: Serba salah pula saya...

Iman: Bos boleh pilih satu aje... bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu.

Diri: Saya tahu, jauh di dasar hati saya, saya sangat perlukan kamu. Iri hati saya lihat syarikat Ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat jugak En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku pun. En Iman, saya mahu awak tubuhkan semula jabatan solat, puasa, zikir, al Quran dan apa-apa yang patut.

Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos dah membuat satu keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin, bos akan dinaikkan pangkat CEO (oleh Allah) sebagai Al-Muttaqin..


Kita lah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan diri kita dan membuat pelbagai pilihan dalam kehidupan sementara yang Allah kurniakan ini. Dia Maha Adil, memberikan kita hak untuk memilih dan nikmat dalam kehidupan supaya kita bersyukur dan sentasa sedar bahawa kita hanya lah hamba yang sangat kerdil disisiNya. Berkorban keinginan demi kepentingan iman lebih manis daripada mengorban kan keimanan demi nafsu. Berusaha mendekati Allah serta mendalami dan memperjuangkan ajaranNya itu jauh lebih baik daripada mengikut nafsu dan mempercayai hasutan nista syaitan yang direjamm.... ~


Muhasabah diri itu penting dalam mengorak langkah ke alam yang lebih matang...
Berusaha lawan nafsu (jihad besar) bersama2 ok =)
InsyaAllah...

Tuesday, April 20, 2010

Allahuakbar!

All my praises are for Allah, my lord the one who is always there
He knows every sinful thought but his displeasure I can’t bear
I ask each day Ya Allah please don’t let me stray
I glorify him with word and deed and not only when I pray

My sins I carry as my luggage throughout my entire life
And although sinful I am, to please Allah is for which I strive
Each day I say Ya Allah forgive me and save me from hell
It is you I follow and worship Ya Allah you know I’m no liar

I seek protection in you Allah because as you know I am weak
I do not wish to falter for it is pleasure in Jannah I seek
Ya Allah I ask for your help because to stray is what I fear
So I read Qur’an and pray to remember you’re always near

Ya Allah guide all my actions and make my faith strong
Please help me to know what’s right so I won’t do wrong
Ya Allah our creator who made us all from clay
Ya Allah you are the one who can make sure we won’t stray

Like all humans I’m an imperfect creature and at times I will do wrong
While I follow the road to Jannah which is difficult and long
Ya Allah you know what’s in my heart and my words you hear
And no matter what I say or do my lord Allah is always here

So all my praises are for you Allah every day and night
I will do my best to follow your rules I will with all my might
Ya Allah thanks for guiding me and thanks for this test
I will work so hard to follow them so I know in Jannah I will rest

Monday, April 12, 2010

hmm

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt
sekadar perkongsian
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). 6:70

Fiuh

Bismillahirahmanirahim
Salam selawat ke atas junjungan besar, Muhammad SAW serta sahabat dan kaum keluarga baginda. Segala puji bagi Allah yg menghidupkan hati-hati yang lalai yang memberi segala nikmat di dunia dan di akhirat.
Salam juga buat sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat dunia akhirat, penaung panji-panji Islam dan seterusnya mujahid mujahidah pembela kemuliaan Islam!
Ini yang kamu hendakkan?
Inilah yang ana berikan
Perjuangan masih belum selesai
Perjalanan masih beribu batu
Pelbagai dugaan menanti di hadapan
Dan sebagai langkah
Ana persiapkan diri dengan cara ana sendiri
Mohon jangan tekan ana
Banyak yang perlu ana pertimbangkan
Dan ana perlukan sokongan
Kamu semua
Kitalah pewaris bangsa yang akan menegakkan syiar Islam dalam medan percaturan politik pada masa akan datang selari dengan wawasan yang ingin kita kecapi dalam menongkah arus peradaban dunia kerana kitalah anak watan dan juga modal utama dalam misi melahirkan pemimpin berkredebiliti tinggi yang akan mengambil alih tunjang kepimpinan negara dalam membentuk negara yang gah di pentas dunia kelak! (ayat karangan, budak2 sekolah sila jgn tiru sbb xde noktah; kalau nk tiru jugak sile tingkatkan penguasaan permainan bahasa, ana cabar bace 1 nafas~)
Oleh itu,
Hidupkan kembali hati-hati yang mati.
Semarakkan kembali api perjuangan.
Kumpulkan semula tenaga raksasa.
Segarkan kembali roh mujahid.
Kerana kitalah,
Barisan pejuang-pejuang Allah!
Wallahua'lam
satisfy?

Friday, April 9, 2010

Pelajar cedera selamatkan guru daripada diserang

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki cedera selepas dibelasah dengan topi keledar oleh dua lelaki yang menceroboh kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 di sini sebelum sesi sekolah bermula pagi ini.

Kedua-dua lelaki itu berumur 18 dan 23 tahun itu kemudian diberkas di sebuah pangsapuri di Subang Jaya tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin, berkata suspek yang dipercayai bekas pelajar sekolah itu telah memasuki kawasan sekolah kira-kira 7 pagi sebelum terserempak dengan seorang guru wanita.

"Apabila disoal oleh guru itu, suspek dikatakan telah memberitahu bahawa mereka mahu berjumpa dengan sepupu salah seorang daripada suspek.

"Guru berkenaan kemudiannya meminta mereka supaya menunggu di ruang menunggu. Tetapi suspek berang dengan kenyataan guru itu lalu memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap guru berkenaan," katanya.

Noor Azam berkata, melihat kekecohan itu, tiga pelajar mendapatkan guru mereka dan turut meminta suspek yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol supaya tidak membuat kecoh dan memarahi guru mereka.

"Tetapi suspek menolak seorang pelajar dan menghayun topi keledarnya sebelum mereka bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya.
Noor Azam berkata, guru berkenaan kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam. - Bernama


sal tbe2 wat posting ni?
sbb tu skola lme ana~

Thursday, April 8, 2010

Dai’e mesti cekap urus dan rancang kewangan

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum
sebenarnya dah lama nak publish pasal artikel ni
tapi disebabkan masalah teknikal, ana tunda dulu
dan sekarang
ngeh3 tersenyum lebar ana pagi ni... =)
dengan bantuan saudara Azril Hanafi melalui artikel di laman web ISMA cawangan Shah Alam & Klang

Shah Alam, 6 Mac – “Jauhi tabiat pemboros”, begitulah antara tegahan dan nasihat oleh Tuan Haji Mahdzir selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd. Sikap sebegini perlulah dikikis dan dijauhkan secara berkala serta berperingkat supaya kita dapat menjadi seorang Muslim yang amanah dalam memanfaatkan rezeki yang dikurniakan Allah Taala. Kegagalan kita untuk menguruskannya dengan cekap mencerminkan betapa kita masih tumpul dalam merancang kewangan.

Ini selaras dengan firman Allah Taala dalam surah al-Israa’ ayat 26 hingga 27,
“Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janaganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros”
“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangant ingkar pada Tuhannya”

Demikian itu juga sebagai seorang dai’e yang memahami dan sedar akan tanggungjawabnya di muka bumi Allah Taala ini kita perlulah memastikan setiap perbelanjaannya dirancang dan disalurkan pada tempat yang halal dan bersih.

Selain perlu menjauhi sikap boros dan kedekut, adalah menjadi satu kemestian untuk mengurus hasil rezeki itu untuk masa depan seperti tabung persaraan, kesihatan dan wasiat warisan.

Beliau yang dijemput sebagai penceramah jemputan bagi program Projek Generasi Wawasan (PGW) dengan tajuk “Perancangan Kewangan Strategik” anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam & Klang turut dihadiri oleh Ustaz Rusdi Alias, Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia Pusat dan Dr Amirudin Wahab,Yang Dipertua ISMA Shah Alam & Klang.

Program yang mengumpulkan kesemua ahli kawasan ini diadakan setiap bulan secara berkala untuk mengeratkan lagi silaturrahim di samping meningkatkan kefahaman juga ilmu pengetahuan dalam menghadapi dunia yang kian mencabar ini.

Dilaporkan oleh :
Azril Hanafi b Abdullah Sharwani
Wartawan / Jurugambar


hehe tu laporan ana lak
mlm selase hri tu ana dpt invitation ke pejabat isma sbb ade talk psl ni, ble tnye je sape panel, ana dberitahu nme panel ni.. trus excited gle nk gi,, hehe sebab......... hehe hnye Tuhan yg tahu.. XD
smpai2 je kat pjabat, talk baru mule, org ptame yg ana nk comfirmkn panel die.. heh~
lps je dpt duduk, trus la dgr.. waaaa best gleee
ni antara firman Allah yg ana dpt
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (2:208)
yg menyuruh kte jgn bsifat boros sbb boros tu en kwn sifat syaitan..
sape rse pedas sila angkat printer..

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (2:275)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (2:278,279)
haa ni faham2 la, dah terang lg bersuluh kte xleh mkn riba'
silelah cek akaun bank masing2 (^_^V)

(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (12:46,47,48,49)
Ayat ni menyuruh kte supaye berjimat cermat
mne la tau kot2 bnde yg sme jd kat kte sume..
huhu
antara lain yg ana dpt
(Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan)
bukannye
(Pendapatan - Perbelanjaan = Simpanan)
tpi tu la realiti skrg
hoho
alhamdulillah seronok sangat
knp seronok
sbb kat sane ana jumpe
Abg Hakim, Ali, Abg Siddeq, Abg Najid, Abg ijan, ustaz rushdi, dan lain2..
(muslimat sorang pn x knal.. ahaks)

**Panel pd hri tu, Tuan Haji Mahdzir Md Isa, personaliti Bijak Wang TV3, Penulis Jejak RM majalah solusi

Wednesday, April 7, 2010

Untuk Semua

Bismillahirrahmanirrahim…

Sahabat,

Kita ini lemah bukan..sering tewas, kalah, tumpas atau apa saja yang membawa maksud yang sama.Kadang-kadang musuh tak perlu bersusah-payah, kita sudah tertewas. Bertepuk tangan melihat kita akur akan pujuk rayu mereka. dan adakalanya musuh sengaja menunjukkan apa yang dilakukan kita sungguh indah walau pada hakikatnya ibarat nanah..seringkali gugur kita dibuatnya..pelbagai medan meyaksikan gugurnya satu persatu anak adam..dan musuh kita, tersenyum girang..

Sahabat,

Lemah bukan satu-satunya pilihan kita..kita masih ada kuat sebagai pilihan..beserta manual kehidupan untuk dijadikan rujukan dan juga pedoman. bukankah ia diturunkan olehTuhan kita untuk dijadikan ‘huda’ bagi orang-orang yang bertaqwa? sunnah nabi menjadi pelengkap kepada apa yang diterangkan oleh al-quran..kita ada semuanya..manual, penerangan bahkan model untuk menunjukkan. Lengkap dan sempurna semuanya..kenapa lemah juga yang menjadi pilihan?

Sahabat,

Jangan jadikan lemah itu sebagai alasan untuk kita gugur, menyerah kepada keadaan, tunduk kepada rayuan dan bisikan syaitan..benar, fitrah manusia itu dijadikan lemah, tetapi Allah tidak sesekali membiarkan kita bermujahadah sendirian..sentiasa dibantu hamba-hamba yang ingin dekat kepadaNya..jika ia menghampiri Allah sejengkal cuma, maka sehasta Allah menghampirinya dan jika ia mendekati Allah dengan sehasta, maka sedepa Allah mendekatinya..jika ia berjalan untuk menemui Allah, maka berlari Allah mendapatkan ia..

Sahabat,

Sama-sama kuatkan diri, cekalkan hati, teguhkan sanubari dan insafi diri..belum terlambat kerana pintu ampunan Allah itu sentiasa terbuka luas menantikan harapan hambaNya bagi menyucikan jiwa..sedar dan ingat bahawa lemah bukan alasan, sebaliknya ia tak lebih dari sekadar pilihan..samada lemah atau kuat pilihan kita..sama-sama fikir dan renungkan, dan buatlah pilihan..

Friday, April 2, 2010

Lama Dah X Bagi Tazkirah

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt
salam selawat kpd junjungan besar kte Kekasih Allah SWT
pertama sekali ana nk memohon maaf kalau akhir2 ni mood ana agak kacau bilau
ada masa ok
ada masa x ok
ada masa meletup
dan sebagainya
kat kwn2 ana lak
yg tgh gado ke yg trase hati ke yg terambik gmbr ke yg ter2 lgi ah
seribu kemaafan ana layangkn pd antum/antunna sme

Sedikit perkongsian dri ana, wallahua'lam

Hadith Nabi s.a.w : Apabila seseorang anak Adam itu mati, segala amalannya akan terputus melainkan 3 perkara, sedekah jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan orang lain, doa anak yang soleh (Riwayat Muslim)

fokus kepada ilmu yang dimanfaatkan
Ilmu yang dimanfaatkan bermaksud apabila kita mengajar orang lain dan orang lain akan mengajarkan pada org lain dan org lain akan mengajarkan pada org lain dan seterusnya.
Betapa hebatnya pahala yang mengalir pd org yang memanfaatkan ilmu yang dimilikinya
lihat saja la

Al-Khawarizmi dengan teori al-gebranya
Abu Raihan Al-Biruni yang mahir dengan ilmu fizik
Ibnu Khaldun yang menjadi pengasas dalam bidang sosiologi
Ibnu Sina dgn kitabnya al qanun fi al tibb yang menjadi rujukan dalam perubatan
Al Farabi dgn kemahiran muziknya
Jabir Ibn Hayyan yang menjadi pelopor dalam ilmu kimia
dan sebagainya

Sehingga sekarang ilmu yang mereka sumbangkan menjadi rujukan ramai seluruh dunia
Hidup di dunia dengan ilmu umpama 'tanah'
pelbagai bentuk tanah dlm dunia ni
ada tanah apabila disimbah air hujan lalu subur menghidupkan pokok2 bgi menambah seri bumi
inilah perumpamaan bagi org yang memanfaatkan ilmu
ada juga tanah apabila disimbah air hujan berlopak dan menjadi tempat beburung menghilangkan dahaga, berguna untuk orang lain tetapi tidak utk diri sendiri
inil pula perumpamaan bagi mereka yang suka menambah ilmu pengetahuan walaupun bukan dalam bidangnya
lihat pula tanah yang gersang tidak mahu menerima air hujan laksana gurun sahara
malas mencari ilmu akhirnya jiwa gersang tnpa ilmu, mematikan semua perkara

cari ilmu mmg susah sebab pulangannya hebat

teringat kata2 Ustaz Fauzi pd perhimpunan ISMA di muzium kesenian Islam tempoh lalu;
'syurga amat mahal harganya dan kesukaran jalan menujunya adalah setimpal dengan ganjaran.'

Wallahua'lam sedikit perkongsian dari ana buat semua.
Apa yang kurang dikeji jangan
Ana hanyalah insan biasa yang banyak cacat celanya.
Wassalam