Assalammualaikum wbt,
Lama dah tak update, Al maklum lah assignment dah bertimbun. -_-'
Masa belajar subject Fundamentals of Management, ana rasa cuak sikit sebab senior-senior cakap subjek ni ramai yang ulang.
Dipendekkan cerita, pada suatu hari ana buat la ulangkaji, ligat menggunakan nikmat otak yang Allah pinjamkan untuk fahamkan segala konsep yang ada dalam subjek ni.
Akhirnya, Alhamdulillah!
Subhanallah!
Ya Allah, senang sangat faham bila dikaitkan dengan ISLAM!
Rasanya tak salah kalau ana kongsikan dengan antum kan? Sekurang-kurangnya boleh nampak dengan jelas isu Islam sekarang.
Sebelum tu, ana tinggalkan dengan 1 persoalan. "Islam Hari Ini..."
Mesti antum boleh fikirkan yang betapa kritikal keadaan Islam hari ini kan?
Oleh itu, apa yang perlu kita sebagai umat Islam yang sedar akan masalah ini?
Perkara inilah yang ana kaitkan dengan pembelajaran ana sekarang. :)
Baiklah, apa objektif kita terhadap Islam?
Objektif ana nak satukan kembali umat Islam, Insya Allah.
Management terbahagi kepada 3 elemen iaitu:
Management Function
Managerial Skill
Managerial Roles
Baik, ana terangkan 1 per 1 dan terus kaitkan dengan Islam
Management Function
Ianya terbahagi kepada 4 pecahan iaitu:
Planning -> How to achieve the goal?
Goal yang ana pilih adalah nak satukan kembali perpaduan umat Islam.
So How?
Mari kembali kepada zaman Rasulullah pada zaman awal kenabian baginda.
Baginda menerapkan Keimanan dan Ketaqwaan dalam diri para sahabat.
Ya, untuk kembalikan perpaduan umat Islam sekarang, kita kenalah relakan diri kita untuk menghidupkan Keimanan dan Ketaqwaan dalam diri kita dan orang sekeliling kita.
Organizing -> How to do the task to be done?
Macam mana nak suburkan Keimanan dan Ketaqwaan dalam diri?
Dengan pendidikan tarbiah yang berterusan. Banyak wasilah tarbiah yang ada sekarang seperti usrah, halaqah, jaulah, daurah, rehlah, mukhayam, tamrin, riadah dan lain-lain. Pilihan di tangan kita untuk relakan hati dan jiwa kita untuk ditarbiah.
Leading -> Motivate and Directing the workers
Kita nak berubah tak boleh seorang diri bukan? Mestilah kita nak kawan-kawan kita juga berubah bersama kita, barulah Islam makin kuat! Oleh itu, sistem usrah menjadi pilihan ana. Dalam berubah, mestilah ada seseorang yang pantau keadaan kita. Sama juga sistem yang digunakan oleh Rasulullah SAW ketika mentarbiah para sahabat. Di sini, naqib atau naqibah bertanggungjawab untuk memberi motivasi dan mengarah mad'unya kearah perubahan yang lebih efektif dan effisien.
Controlling -> Monitor The Performance
Selepas semua orang dah mendapat tarbiah yang secukupnya, tak mustahil Islam akan bertambah kuat bukan? Ya, di tahap inilah perpaduan umat Islam mula kuat dan bertambah kuat. Dan, perlulah mengawal situasi semasa. Kita mesti taknak lihat umat Islam belot atau perpaduan umat Islam terhakis kembali seperti yang pernah terjadi beberapa abad dulu. Di sinilah kepentingan untuk mengawal pergerakan dan kekuatan umat Islam. Allahu Akbar!
Pergi pula kepada elemen ke 2
Managerial Skills, ia terbahagi kepada 3 pecahan iaitu:
Technical Skills -> Ability to use tools and producer in specific field
Macam mana nak kaitkan dengan Islam?
Di sini, bahan-bahan tarbiah yang menjadi peranan. Teringat sabda Rasulullah, "tidak aku tinggalkan kalian dengan 2 perkara, jika kalian berpegang dengannya kalian tidak akan sesat, iaitu Al-Quran dan Sunnahku" Dua "tools" ini la yang membuatkan umat Islam terus kuat.
Human Skills -> Ability to ensure effeciently to other people
Bagaimana nak kekalkan perpaduan umat Islam? Melalui program-program umum yang boleh mengeratkan ukhwah sesama saudara Islam. Contohnya, ziarah, rehlah, jaulah dan sebagainya. Ini semua medium untuk kita sebagai umat Islam untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam agar perpaduan tidak retak. Ana sering tertanya-tanya bila baca kisah Rasulullah dan para sahabat, Baginda boleh ingat nama ramai orang, apa rahsia baginda dalam hal ini? Wallahua'lam, mungkin juga program-program seperti ini yang mengeratkan hubungan sesama umat Islam.
Conceptual Skills -> Ability to analys complex situation and respond effectivly thru the challenges.
Jom kita renungkan sekejap challenges umat Islam sekarang? Tidak lain tidak bukan penindasan umat Islam, kita sendiri boleh lihat di kaca-kaca televisyen dan di dada-dada akhbar tentang isu penindasan umat Islam di Palestine!
Setelah dianalisis, apa respon kita yang efektif sekarang? Seperti yang ana jelaskan tadi, dengan Keimanan dan Ketaqwaan sahajalah yang boleh wujudkan kekuatan dalam diri setiap umat Islam. Dari situ lahirlah perpaduan dan semangat jihad yang tinggi. Tak mustahil isu Palestin akan selesai. Allahu Akbar!
Elemen terakhir
Managerial Roles, elemen ini juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
Interpersonal Roles -> Responsibility for managing relationship with organization member and other constitutants.
Kat sini kita dapat lihat umat Islam yang telah bersatu di bawah lembayung 1 persatuan pusat seperti IKRAM (betulkan ana bila tersilap), ini persatuan besar, mari kecilkan skop. Kita sesama sahabat bersatu atas tali persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah. Sungguh, ana dah rasa manisnya ukhwah kerana Allah. Subhanallah!! Hal-hal inilah yang membuatkan ukhwah sesama umat Islam bertambah erat dan secara tidak langsung kekuatan umat Islam juga akan bertambah kuat.
Information Roles -> Gathering and disseminating information to the stakeholder of the organization.
Juga berkait dengan perpaduan. Banyak jemaah di serata dunia mutakhir ini, melalui platform inilah perpaduan umat Islam boleh dibina atau diasaskan untuk terus berkembang. Ana bagi contoh realiti kehidupan ana sekang. Ana di sini umpama biji benih yang perlu disuburkan. Baik tarbiah dalam diri ana, baiklah pohon yang jadi. Buruk tarbiah dalam diri ana, buruklah pohon yang jadi. Dari seorang, tambah seorang menjadi 2. Dari 2 menjadi 4. Dari 4 menjadi 16. Dan seterusnya. Subhanallah hebatnya strategi Islam!
Ocisional Roles -> Processing information and reaching conclusions.
Setelah berjaya, kekuatan sudah padu. Kemampuan sudah ada. Semangat jihad sudah tinggi. Iman sudah mantap. Ketaqwaan membalut diri. Ana percaya, Kota Palestin mampu dibuka kembali!! Allahu Akbar!!!
Alhamdulillah, syukur sangat sebab proses pembelajaran ana bertambah mudah bila dikaitkan dengan Islam disamping bertambah semangat jihad dalam diri. Subhanallah walhamdulillah wallahu akbar!
Buat sahabat ana, bibot, kak madihah, anip, asoi, wan, pa a, aiman, ali, mer, ja, nawal, aini's, sahabat ISMA, sahabat Pepias, dan yang lain-lain (terlalu banyak nama untuk disebutkan)
Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu
Dan bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Dan bersatu memikul beban dakwahMu,
Dan telah mengikat janji setia keranaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran,
Dan sebaik-baik penolong.
Amin ya rabbal A'lamin
Ingatlah, seberat mana dosa ana pada antum semua, kita tetap umat Islam. Ana boleh berubah kenapa tidak antum? Ana dapat rasa kasih sayang yang melimpah ruah dari Allah setelah ana bertaubat. Sungguh! Yakinlah! Kasih Sayang Allah mengatasi KemurkaanNya.
"Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya. Jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain maka perangilah puak yang zalim itu sehingga mereka mematuhi kembali perintah Allah. Bila mereka patuh kembali maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil" Al-Hujurat:9