Deep Tarbiyyah, and Expand

Monday, September 6, 2010

Pak Pandir Menjadi Imam Solat Jumaat. Hadoi~

Tersebutlah kisah imam besar kampung Pening Lalat telah meninggal dunia di pagi Khamis yang lalu, maka para bilal pun bermesyuarat siapa yang perlu dijadikan imam untuk solat Jumaat keesokan harinya, akhirnya mereka sebulat suara untuk menyuruh Pak Pandir yang baru balik berbulan madu di timur tengah mengimamkan solat jumaat keesokan harinya.

Pada hari jumaat, sesudah bilal melangungkan azan, Pak Pandir dengan semangarnya naik ke atas mimbar...

Pak Pandir: Assalammualaikum wbt...

Makmum: Waalaikummusalam wbt...

Pak Pandir dah panik sebab tak tahu nak baca khutbah lalu...

Pak Pandir: Kamu tahukah apa yang hendak saya sampai di mimbar Jumaat pada hari ini?

Makmum: TAK TAHU!!!

Pak Pandir: Itulah dia orang melayu!! Tak tahu tapi tak nak amik tahu!! Saya merajuk dengan kamu!! Tak nak bagi khutbah hari ni!!

Lalu, solat jumaat pada minggu itu pun tiada...

Pada minggu hadapan, sebelum ketibaan Pak Pandir ke masjid, bilal ada menyatakan pada para makmum supaya jawab TAHU bila Pak Pandir bertanyakan soalan yang sama...

Seperti biasa selepas memberi salam, Pak Pandir bertanyakan soalan yang sama...

Pak Pandir: Kamu tahukah apa yang ingin saya sampaikan di mimbar jumaat pada hari ini?

Makmum: TAHU!!!

Maka,,,,

Pak Pandir: Alhamdulillah, disebabkan kamu tahu, maka tak payahlah saya bacakan khutbah pada hari ini.

Tiada juga solat jumaat pada minggu tersebut...
Pada minggu hadapannya bilal naik pening kepala lantas menyuruh sebahagian makmum jawab TAHU dan sebahagian yang lain jawab TAK TAHU

Sesudah Pak Pandir memberi salam di mimbar, soalan yang sama diulang kembali

Pak Pandir: Kamu tahukah apa yang ingin saya sampaikan di mimbar jumaat pada hari ini?

Makmum: TAHU!! TAK TAHU!!

Akhirnya~

Pak Pandir: Inilah orang melayu!! Yang TAK TAHU, tak nak amik tahu!!! Yang dah TAHU, tak nak bagi tahu yang tak tahu. Saya taknak bagi khutbah!!

kwang kwang kwang

ana gelak guling-guling bila pensyarah ana cerita pasal cerita ni

the moral of the story
jangan kedekut ilmu n sentiaselah nak cari ilmu

:D

P/S: ni bukan nak hine org melayu ekk, sebab pak pandirkan watak orang melayu, kalau pak pandir tu kaum lain ana taruk la gak kaum ikut watak..