Deep Tarbiyyah, and Expand

Thursday, December 30, 2010

Berhenti

Berhentilah mengalir duhai mata,
Berhentilah mengeluh wahai hati,
Berilah hak untuk tubuhmu aduhai diri.

Kerana kau membawa panji agama,
Kerana kau pemegang amanah,
Kerana kau seorang pemimpin.

Maaf kerana kau terpaksa lalui semua ini,
Maaf kerana kau tersiksa derita,
Maaf kiranya kau tidak mendapat hak.

Bangkitlah kembali mencari redha Tuhan,
Bangunkan kembali tegasnya prinsipmu,
Suburkanlah kembali hatimu yang kian luruh.

Apakah kau lupa azammu menjadi seorang yang berani dan adil seperti Saidina Umar?
Apakah kau alpa inginmu menjadi gagah perkasa laksana Khalid Al-Walid?
Apakah terkubur semangatmu ingin menjadi sang bijaksana bak Salahuddin Al-Ayubi?

Sesungguhnya apabila datang yang hak, lenyaplah yang batil.
Sesungguhnya apabila datang kebenaran, lenyaplah kemungkaran.
Sesungguhnya apabila datang keadilan, lenyaplah kezaliman.

Bangun wahai Mujahid Muda! Perjalanan hidupmu masih berliku batu! Kejarlah citamu, gapailah impianmu, betulkan kembali apa yang telah kau rosakkan. Carilah cinta Allah.

Jangan siksa lagi dirimu wahai Umar Al-Mujahid!
Jangan campakkan dirimu dalam kebinasaan duhai Akhi Qam!
Jangan biarkan dirimu terleka aduhai Qamar!
Allah sentiasa bersamamu
Setiap masa....
Di mana sahaja....

Selamat bermujahadah wahai diri. Jangan ulangi silap kelmarin. Mereka akan ada untuk bersamamu dalam perjuangan. Jangan khianati mereka kerana merekalah saudaramu. Pesanku untukmu. Salam mujahadah buatmu dariku wahai diri.

-Qamarul Nazrin Harun-31/12/2010-Baitul Jannah-

Monday, December 27, 2010

"Hati perlu bersih, niat perlu jernih.
Matlamat perlu jelas, niat perlu ikhlas"

Friday, December 17, 2010

Entri Khas 18-Dec-2010

Bismillahirahmanirahim,
Assalammualaikum wbt.
Kenapa entri khas?
Sebab hari ni sangat khas
Buat salah seorang insan yang aku sayang dunia akhirat. :)
Tahniah kepada Dr. Hairuladha Bin Abdul Razak dan Izzatur Rahmi Binti Haji Mohd Ujang yang akan diijab kabulkan pada hari ini.
Abg Adha ni naqib ana masa mula-mula pergi Johor dulu.
Dialah yang didik ana, dialah yang kejutkan ana, dialah yang banyak bantu ana dalam mujahadah, Ya Allah sweetnya ukhwah dengan abg Adha masa tu. Hampir setiap minggu kitorang keluar makan sama-sama, pergi Melaka, minum bubble tea sama-sama. Dalam usrah pun mantap! Setiap teguran yang abg Adha bagi sangat-sangat berhikmah! Serius, walaupun dah lama tak usrah dengan abg Adha, setiap nasihat-nasihat yang diberi sampai sekarang ana ingat! Alhamdulillah.
Lepas tu abg Adha kena pindah JB.
Jadi, lamalah ana tak jumpa, tup tup hari tu abg Adha bagi invitation ke walimah dia.
(crocodile tears come out from my eyes)
Majlis akad berlangsung di Bahau N9.
Ana nak pergi yang ni punya! Sebab next week, 26 Dec, walaupun ada lagi walimah di rumah pihak lelaki, tapi............ (Argh!! asal clash lak tarikh!!)
Nak pergi yang kat Bahau lak, madam besar tak izinkan.
Terkilan.
Sangat terkilan.
:'(
Ya Allah rindu sangat pada abg Adha.
Tapi tak ada kesempatan lak. isk~
Tah bila la boleh jumpa, tah-tah bila jumpa nanti abg Adha dah dukung baby comel~
Apa-apa pun.
Barakallahu lakuma, wabaraka alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair
Tak ada kat mata tak semestinya tak ada kat hati. kan?
(ayat nak pujuk diri sendiri)

Serius cute gila kad jemputan ni, nampak dalam gambar panjang, rupanya kad ni lipat-lipat sampai jadi cube, belah belakang lak perempuan punya. Hari tu masa kad sampai rumah punya lah excited! Sekali permission not approved lak. Redha je la.

****************************

Lepas ni rasanya dah sibuk, hari ni sepatutnya dah clearkan masa untuk pergi walimah, so tak ada program untuk hari ni. Ahad, pagi ada riadah perdana dengan ikhwah, tengah hari tu lak rancangnya nak memanah, tapi tak tahu lagi. Isnin dah memang sah-sah busy nak siapkan kerja-kerja untuk program kirm kat masjid. Selasa ada kem motivasi kat masjid, (jadi barisan pengarah lagi memenatkan dari peserta. Siryes tak tipu). Rabu, Khamis, ada jaulah, Jumaat hingga Isnin fly ke mana tah (lupa nama tempat tu) Selasa sampai Sabtu, nak bersiap masuk uni, Ahad dah musafir balik dah.
Owh ya! Sifu bahasa arab ana sekarang dah bertukar dari Ustaz Salleh ke Ustaz Rusdi Alias. Alhamdulillah Allah temukan dengan sifu yang cukup hebat! Nak cari ilmu memang terpaksa tempuh pelbagai kesusahan. Wasiat Imam Hassan Al-Banna "Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam"
Moga segala urusan dipermudah

****************************

Semalam, asoi minta temankan dia pergi Sunway Piramid sebab nak uruskan apa tah dengan kawan dia. Sementara diorang selesaikan urusan (lama gak kot), ana pun tawaf la 1 Sunway tu. Bila tengok gelagat manusia, teringat masa keluar dengan Lord Voldermort dulu. Lepas tu bajet nak pergi kedai buku MPH, cari punya cari tiba-tiba, waaaaaaaaaaaaaa bubble teaaaaaaaaaaaa.
Tak fikir apa dah! Terus pergi, rasa betul-betul sebak, sebab teringatkan peristiwa bubble tea tertumpah kat kaki pakcik yang mop lantai masa dengan abg Adha dulu. Terus order perisa kegemaran abg Adha, Passion Fruit. perghhhhhhhhh. Dulu Lord Voldermort belanja perisa coklat, so ana tak la berapa reti sangat pilih perisa. Since selalu beli dengan abg Adha, macam-macam perisa dah cuba. Terus cancel niat nak lepak kat MPH.
P/S : Lord Voldermort = You-Know-Who.


****************************

Tentang tarbiah, Alhamdulillah sejak hari asyura hari tu, rasa terlalu dekat dengan Allah. Cuma semalam terlajak sikit. Astragfirullah. Sepatutnya semalam ada mabit (Malam Bina Taqwa), tapi tak dapat pergi lak. Isk~ Terkilan lagi.
Anyway, Insya Allah, prestasi yang ada akan cuba dikekalkan agar dapat buat bekalan di kemudian hari.

Sunday, December 12, 2010

Bagai Melepaskan Anjing Tersepit.

Apa maksud bagi peribahasa 'bagai melepaskan anjing tersepit'?
Betul! Aku tau korang bijak.
Pagi semalam main bola, petang tu main bola gak (bola lagiii +_+)
Konon fit, pagi tadi pun main bola lagi.
Tipu la tak ada orang marah en, kaki dah injurt teruk mau main lagi.
Dimaklumkan bahawa aku turun padang main bola gak atas kerana beberapa perkara.
Of course la nak jalinkan ukhwah en. Plus jadi driver. Sakit-sakit badan sikit tak ada masalah sangat rasanya. ^^
Pagi tadi paling masyuk ah. Main dalam setengah jam, lepas tu terus out sebab tak larat sangat.
Macam nak tercabut dah rasanya kaki ni.

Apa pulak kaitan dengan peribahasa tu?
Sebab tadi memang ada anjing yang tersepit kat jaring gol.
Kesian anjing tu weh
Terjerut leher dia kat jaring tu.
Bila aku dengan kawan datang nak lepaskan, sebab dia terlampau takut (kot)
Macam nak lawan je,tapi tak mampu.
Cuba punya cuba tetap tak berjaya nak lepaskan.
Kalau nak pegang anjing tu tak ada masalah,
kurang-kurang pun samak je la kan
(nak pegang macam mana kalau dah kerja nak menggigit je makhluk tu!)
Lepas dah bertungkus lumus abang Ikhwan dengan Ustaz Rizal cuba selamatkan anjing tu.
Akhirnya berjaya. Alhamdulillah. :)

Sepanjang anjing tu terjerut kat jaring tu, memang banyak tarbiah yang aku dapat.
Agak-agak kalau antum nampak anjing terjerut macam tu nak tolong tak?
Mungkin banyak respon dari ramai orang
"biar je la anjing tu mati"
"biar je, kita bukan tak cuba tolong tapi anjing tu meragam je"
"ala, nanti ada la cina india tolong"
"takut aku dia kejar kalau kita lepaskan anjing tu"
Dan sebagainya.

Anjing je kot!
Kalau kucing ke, tupai ke, boleh la selamatkan, nak pegang pun tak ada masalah.
Sesungguhnya anjing tu pun makhluk ciptaan Allah.
Walaupun keberangkalian tinggi anjing tu akan kejar bila kita lepaskan dia,
tapi tetap jadi kewajipan kita sebagai seorang Muslim untuk tolong anjing tu.
(dikira fardu kifayah tak? kalau tak ada orang Islam buat, semua orang yang akan kena!)
Secara tak langsung, kita dah tunjukkan akhlak murni kepada masyarakat sekeliling bahawa orang Islam sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling.
Anjing kan haiwan kotor, ibaratkan dengan orang kafir.
Bila orang kafir memasuki kawasan orang Islam tanpa berlaku kekasaran, (ziarah, melancong, etc) Kita sebagai seorang Islam wajib jaga kepentingan orang kafir tersebut. Lindungi dia, mudahkan urusan dia. Dan sebagainya.
Ada hadis Rasulullah SAW mengenai ni kan kan kan? (Aku perasan kat dalam cerita ayat-ayat cinta)
Sama je la dengan anjing tu.
Kesian betul aku tengok anjing tu terjerut kat jaring gol tu weh.

Anjing yang ramai anggap haiwan kotor tu pun dapat hak kebebasan,
Apatah lagi manusia yang dah sememangnya tinggi darjat kat dunia ni.
Kenapa masih ada lagi penindasan yang berlaku di kalangan manusia.
(Isk3 buat malu kat anjing jerkk)

Lepas selamatkan anjing malang tu,
aku pun balik rumah, siap-siap, terus pergi meeting dengan akhi fairul dan akhi muadz kat masjid untuk program motivasi minggu depan.
Orang Islam kan hebat! Tak boleh manja-manjakan diri walaupun sakit. kan kan kan ^^

Akhirnya tertidur kepenatan lepas balik dari kenduri rumah asoi dalam pukul 3 setengah.

Thursday, December 2, 2010

Bukan Susah Nak Berubah

Teringat masa darjah 3 dulu, ana kira paling gengster kat kelas, suka cari gaduh, in other word, baran. T_T
Satu hari tu, lepas dah mengamuk kat kelas sebab ketua kelas tulis nama sebab bising dalam kelas (tak makan saman betul.)
Masuk bawah meja dengan geng, istighfar ramai-ramai, konon menyesal atas perbuatan la
Ketuk-ketuk kepala sambil cakap, "aku nak berubah, aku nak berubah" yang kawan gi tanya, "apa? kau cari rubah? rubah tu yang macam binatang tu kan?" +_+
Akhirnya, tahun berganti tahun, sikap baran tu makin berkurangan. Tak dinafikan masih ada lagi, cuma berkat kawan-kawan selalu ingatkan betapa pentingnya sabar dalam diri, dan akhirnya sikap tu boleh dikawal. Mungkin boleh dimanfaatkan untuk agama. ^^

Iktibar dari cerita ni, nak berubah, nak ubah, bukanlah satu perkara yang sukar, cuma perlukan peringatan demi peringatan. Tu hal-hal dunia, kalau ada sifat-sifat mazmummah yang bersangkut paut dengan akhirat lagi la~

Dulu kat tadika, Ustazah Aisyah selalu pesan, masuk tandas kaki kiri keluar tandas kaki kanan.
Time tadika otak clean, nasihat senang masuk, alhamdulillah sampai sekarang nampak je pintu tandas teringat kaki kiri.
Cikgu Malik pula pernah bagitahu, nak masuk tandas tutup kepala, nanti syaitan ambil najis letak atas kepala. Horror la pulak. Sekarang masuk je tandas, automatik tangan naik atas tutup kepala. Cikgu pun pernah anjurkan sebelum makan, makan buah dulu dan guna tiga jari untuk tiga suapan pertama, sunnah katanya. Sekarang kalau nak makan, selalu kat kedai makan air sampai dulu kan? Tembikai laici, teh o laici, sirap laici, jadi pilihan sebab nak makan buah dulu sebelum makan. haha lepas tu nak makan tiga jari dulu asyik lupa, kawan cakap "biar aku jentik tangan kau kalau tak guna tiga jari dulu" Seminggu kena jentik, lepas tu terus beringat sampai sekarang.

Tu sebab ada kawan yang ingatkan, kalau nak suruh diri sendiri yang ingatkan, fiuh~
Baru-baru ni nak try amalkan pakai selipar kaki kanan, tanggal kaki kiri.
Asyik kantoi main sental kaki mana dulu, lepas selalu ingatkan diri, Alhamdulillah

Sebelum cuti sem, lepas subuh je mesti landing balik, padahal dah tahu tak baik tidur lepas subuh. Cuti je sem, kawal diri tak nak tidur lepas subuh. Alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah sekarang bangun tidur terus segar.

Banyak lagi yang ana dah ubah sedikit demi sedikit. Mana yang perlukan peringatan, ana tulis kat whiteboard tepi katil. Sebelum tidur tengok dulu. Mana yang perlukan biasakan, ana try slow slow.

Peringatan dah ada, Allah bagi dalam pelbagai bentuk, Al-Quran, fenomena penciptaan, even kat diri sendiri pun dah cukup banyak peringatan. Tak percaya cuba tengok tangan kita dan bandingkan dengan robot asimo. Robot tu kat tangan je dah beribu-ribu circuit. Kat tangan kita lak? rasa nak genggam, terus boleh genggam. Ajaib bukan? Subhanallah ciptaan Allah! :)

Selalu teringat pesan seorang hamba Allah tu, nak berubah perlu masa 40 hari, peringkat-peringkat janin dalam rahimkan berubah dalam 40 hari. Haa tu pun peringatan dari Allah gak tu! Selalu guna teori ni bila nak buang tabiat mazmummah. Tahan diri 40 hari, lepas tu je, alhamdulillah.

Senangkan nak berubah? =D

Ability x Knowledge = Performance
Pernah nampak tak teori ni? Siapa tah mamat yang cipta teori ni, lupa dah.
Ability = Semangat nak berubah
Knowledge = Peringatan
Performance = Berubah

^^V