Deep Tarbiyyah, and Expand

Monday, January 31, 2011

Dakwah dan Ukhwah

Antara tuntutan dakwah dan tuntutan ukhwah,

Walau manisnya ukhwah namun dakwah lebih utama,

Tapi tak bermakna ukhwah bukan yang pertama,

Jaga diri elok-elok kawan! :)

Saturday, January 29, 2011

Hari Jadi Paling Bermakna!

Semalam, 28/1/2011, ana, Amirul, dan Hafiz bertolak dari Segamat ke Muar dalam pukul 1.30 tengah hari, terkilan tak dapat tunaikan solat Jumaat sekali di hari jadi sendiri. Tapi terasa juga nikmat musafir. Di Muar tumpang pula cikgu Zul untuk terus ke Universiti Teknikal Melaka. Kat Melaka ada Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka atau nama pendek dia KEMM anjuran ISMA dengan kerjasama PEMBINA. Sampai Melaka dalam pukul 6.30 petang. Terus pergi ke masjid Utem. Ya Allah besarnya masjid~

Lepas solat Maghrib, ana, Amirul, dengan Hafiz pun meronggeng pergi MITC kat Melaka nuh. Pergi Mydin je pun. Tapi pada ana, Mydin ni dah melakar seribu 1 memori ana dengan si dia. Cewah ayat! Kat Mydin ni la ana dengan si dia minum bubble tea sama-sama, ingat lagi time bubble tea coklat ana tertumpah kat depan pakcik cleaner. meow~ si dia punye favorite bubble tea lak passion fruit. Rindunya suasana tu! si dia tu merupakan orang yang bertanggungjawab didik ana dalam medan tarbiah ni. Siapa lagi kalau bukan Dr. Adha! ^^ Serius tersengih sorang-sorang kat Mydin tu. hoho~

Lepas habis makan malam kat sana, terus nak balik Utem. Tapi disebabkan tak tahu arah, GPS pula tak boleh dipercayai. Maka tersesatlah kami di celah-celah kilang. Akhirnya jumpa juga jalan pulang. Terus pergi ke dewan besar nak serahkan balik kereta cikgu Zul. Usha-usha dewan jap. Ternampak Haikal, tegur-tegur borak-borak lepas tu sama-sama balik ke masjid. Kami semua menginap di kaki lima masjid yang merupakan open space.

Pukul 5 pagi dah bangun. Alhamdulillah Allah izinkan ana qiam. Dah lama tak qiam sebab badan tak sihat. Sejuk weiiiii!!! Angin sejuk dia lain macam woo. Sampai ke tulang sejuk bukan kepalang. Menggigil-gigil time solat. Fuh~

Dalam pukul 8 daftar, tengah nak tunggu ikhwah dari Shah Alam sampai, terjumpa Ustazah Zakiah. Hulu Langat hantar 11 bas kot~ baru 1 daerah tu. ==' tengah tunggu-tunggu tu, mata pun melirik la cari-cari orang yang ana kenal. Tiba-tiba,,, ternampak seseorang pakai baju batik putih dan,,, "Doktor!!!!!!" ngeee excited terlebih wohhh! Berlaku la adegan lepas melepas rindu. Bila dah dapat announce boleh masuk dewan, ingatkan dapat seat belakang, (sebab seat belakang sedap macam kat wayang) rupa-rupanya, memang belakang, tapi belakang VIP! wahaha depan tuuuuu

8.30 pagi, acara pun bermula, pembentangan kertas kerja pertama oleh YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr Yusuf b. Hashim. Semenjak cikgu Zahani mengajar subjek sejarah dulu, ana jadi suka sangat subjek. Alhamdulillah senang faham apa yang disampaikan. Seronok! Cuma ada 1 gangguan tumpuan bila dekat seat depan-depan ni. Camera yang rakam tu asyik fokus kat kitorang je kot. Tak pasal-pasal masuk screen besar~ Sampai ada orang cakap capub lagi tu. +_+ haha mana taknya, ana dah bukan main fokus kat screen besar tengok pembentangan tu, tiba-tiba keluar muka sendiri. ceh~

Dalam pukul 10, rehat kejap. Jumpa ikhwah Shah Alam. Tapi tak lama, kejap je. Masuk balik ada pidato. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Sangat sangat sangat teruja dengan pidato beliau!!!!!!! Serius tak tipu pasti muktamad sangat best+gempak+cool! Rugi tak rakam! huh~ Abang nak skrip boleh???~~ Nostalgia time jadi pemidato sekolah datang balik. Betapa rindunya nak bebel banyak-banyak atas pentas.

Pembentangan kertas kerja 2 dan 3 oleh YBhg. Dato' Dr Hassan Ahmad dan Ustaz Mohd Fauzi Asmuni. Gamat wooooh. Lepas tu rehat untuk makan+solat. Masa untuk jumpa ikhwah-ikhwah yang tak sempat nak jumpa lagi. Alhamdulillah berjaya jumpa mereka. Yang bestnya, jumpa juga barisan naqib-naqib ana yang terdiri dari abang Hakim, Dr. Adha, abang Hamdan, abang Awe dan Hafiz sendiri. hoho

Masuk dewan balik, dengar forum. Not bad, banyak soalan-soalan yang pedas-pedas. Habis forum ada perasmian penutup. Tiba-tiba dapat mesej dari Asyraf nak jumpa sebab dia dah nak balik. Waa~ dapat hadiah hari jadi! Syukran-syukran. ^^

Akhirnya KEMM pun habis. Mula-mula plan nak balik dengan ikhwah. Tapi ibu cakap nak ambil sebab dah alang-alang kat Melaka. Risau gak bila ibu cakap nak ambil. Bukan risau apa. Selama ni ibu ana tau ana ikut program, tapi tak tahu macam mana keadaan program. Dibuatnya ternampak ana peluk laga pipi dengan membahaskan diri dengan term-term arab, plus dengan keadaan para akhwat yang semua tudung labuh 'kaw2'. Mau pengsan kakak ana bila tengok 'keunikan' akhwat kat sini. [Ish apa cerita pasal akhwat lak neh? 'Ya Allah lindungilah aku dari fitnah wanita dan azab kubr' =)] Tak ke "buang tabiat ke anak aku ni?" haha. Untuk precaution, ana pun ambil la templet ISMA kat booth abang Awie.

Tunggu ibu punya la lama, sebab sesat jalan nak cari Utem ni. Sangat sejuk di dalam dewan ok! jalan-jalan kat booth-booth yang ada dengan ikhwah. Borong buku-buku. Beli keychain untuk quran kecik ana ni. Sampai dah tak tahu nak buat apa. Orang pun dah makin kurang. Akhirnya ayah call tanya kat mana. Dah sampai akhirnya. Wow kereta baru! company ibu bagi kereta yang sangat besar+gayat, anip cakap macam naik rapid. haha memang ye pun! [Tu la dulu berangan nak kereta tu, hambek kau depan mata]

Wuu sedih sebab tak sempat peluk abang Adha. Entah bila la boleh jumpa lagi. Dalam banyak-banyak naqib yang pernah uruskan tarbiah ana. Tak tahu kenapa dia yang ana paling sayang. Manis sangat ukhwah dengan dia. Sedih lagi sebab ikhwah-ikhwah yang rapat tak dapat join sekali. Kan lagi best kalau Danial, Mustafa, dan lain-lain dapat hadir sekali. (Danial, ana dah market lagi nama anta. Boleh la jadi sponsor nasi arab masa walimah ana nanti. ;P )

Ya Allah seronok sangat hari ni! Nikmat manisnya ukhwah tu tak dapat nak beli dari mana-mana! Pereratkanlah ikatan di hati-hati kami. Amin! Ni la hadiah hari jadi yang paling-paling bermakna yang Allah hadiahkan pada ana untuk tahun ni. Moga dapat jadi penguat semangat untuk lebih maju dalam medan tarbiah. :)

Monday, January 17, 2011

Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran (dalam) berbahasa Arab,agar kamu mengerti” [Yusuf 12:2]

Alhamdulillah, akhirnya selepas 5 tahun berdoa nak belajar bahasa Arab, Allah kabulkan juga doa ana. Benarlah janji Allah akan mengkabulkan doa seseorang hambanya bilamana dia berdoa, bertawakal, berhadap, dan sabar. Allah takkan sia-siakan doa hambaNya malah Dia rindu mendengar rintihan dari hambaNya.
Pada 8 haribulan tempoh hari, Alhamdulillah telah berlangsungnya kelas pertama bahasa Arab dari Ustaz Rusdi Alias. (Ustaz ni sangat hebat!)
Memang la ana tak belajar bertahun-tahun, cuma 60 jam je, tapi insyaAllah Ustaz akan cover semua pembelajaran. Kalau rajin, sama la macam belajar bertahun-tahun.
Kenapa ana minat sangat nak belajar bahasa Arab? hurmm tah la, tapi bila tengok buku-buku arab, tulisan arab, rasa macam ghairah lak. +_+
Lagipun salah satu wasiat Imam Hassan al-Banna adalah "berusaha bersungguh-sungguh untuk bertutur bahasa Arab kerana ia antara syiar-syiar Islam ."
Setakat ni alhamdulillah dah kuasai Horof, Fiel Madhi dan Isim serta Dhomir. Best kooooott (teruja ni teruja ni). Alhamdulillah dah boleh tafsir sendiri surah al-Fatihah dan beberapa surah lain, bukan la tafsir terus bulat-bulat, cuma tafsir untuk dapatkan maksud.
Subhanallah indahnya bahasa Arab!
Dalam kelas ana, semuanya lebih tua dari ana, memang ana nak sangat-sangat belajar, dalam kelas, naqib sendiri pun ada, senang la kan nak belajar sekali.
InsyaAllah, andai dibuka jalan, ana akan ambil STAM part time. Tujuan awal terdetik niat nak buat STAM sebab saja nak tambah ilmu. Maknanya belajar bukan sebab nak jawab periksa. Tapi lepas dah sembang dengan ikhwah-ikhwah, mereka cadangkan why not terus letak matlamat ke bumi Anbiya'? Hurmm not bad, masih dalam istikarah. :)
Tadi jalan-jalan di blog sini, boleh la siapa yang nak tahu kepentingan bahasa Arab ni. :) syukran tuan punya blog.
Berbalik kepada kelas ustaz Rusdi, ustaz guna kaedah mudah untuk faham bahasa Arab, ada sifir-sifir lagi tu. Ingat tak masa kecik-kecik cikgu suruh hafal sifir? Sampai akhirnya boleh buat darab bahagi dengan sifir tersebut. Kaedah yang sama digunakan, bezanya tukar sifir dengan term-term arab.
Ana pun tak tau kenapa ramai yang tak suka bahasa Arab, ana tak pernah belajar secara langsung dengan cikgu, so ana tak tau suasana tu. Pernah dulu ustazah Jadzilah belikan buku teks arab form 2, sempat la gak belajar sikit dengan ustaz Saleh dulu, masa kat Uni ni pun, pernah apply dengan ustaz Sazali. Ana ingat lagi cabaran ustazah suruh ana belajar kalahkan ustazah, ustazah ada master.....~~~

“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran (dalam) berbahasa Arab,agar kamu mengerti” [Yusuf 12:2]

Secara literalnya, perkataan dakwah berasal dari bahasa Arab “دعوة”. Dari kata دعا- يدعو yang bermaksud panggilan, ajakan atau seruan. Manakala dakwah Islamiyah pula bermaksud mengajak manusia kepada ajaran Islam berpandukan ‘buku rujukan’ yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Sedangkan kitab suci Al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa Arab dan dakwah Islamiyah disampaikan oleh junjungan besar Rasulullah SAW yang dipilih oleh Allah SWT dari kalangan bangsa Arab itu sendiri. Hadis-hadis Nabawi juga diriwayatkan secara berantai hingga sampai kepada kita pada hari ini, dan ia juga tertulis dalam bahasa Arab.

Bahasa Arab membentuk tamadun masyarakat.

Faktor bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah pembangunan sosial dan pembentukan tamadun masyarakat. Ketika dakwah Islam memasuki pusat-pusat peradaban dunia dan membangun dengan gemilang, bahasa yang digunakan juga bahasa Arab. Pada era itu, bahasa Arab sebagai bahasa pengantaraan menjadi bahasa pemerintahan, menjadi bahasa dunia pendidikan, bahasa ilmu pengetahuan serta bahasa rakyat sehari-hari. Walhal negeri-negeri yang dimasuki Islam itu bukanlah semuanya terdiri daripada negeri Arab.

Bahkan dapat dilihat peranan bahasa Arab dalam perkembangan dakwah Islamiyah ketika Islam tiba di Mesir, dan kemudian para pemerintah serta rakyatnya memeluk Islam. Mereka tidak hanya sekadar memeluk Islam sebagai agama sahaja, tetapi mereka mempelajari bahasa Arab, bertutur dalam bahasa Arab dan melupakan bahasa Mesir Purba peninggalan nenek moyang mereka iaitu bahasa Afro-Asiatik. Semua bertutur dalam bahasa Arab, hinggalah ke hari ini. Meskipun Mesir terletak di benua Afrika, namun rakyat Mesir keseluruhannya berbicara dalam satu bahasa, iaitu bahasa Arab.

Bahasa Arab salah satu agen penyatuan umat Islam.

Suatu penyatuan memerlukan komponen-komponen yang bersifat kebersamaan dan kesetaraan. Beruntunglah umat Islam kerana kita mempunyai ‘bahasa persatuan’ Islam kita sendiri. Bahasa Arab bahasa Al-Quran. Bahasa Arab bahasa ahli-ahli syurga. Bahasa Arab sebagai bahasa persatuan umat Islam digunakan dalam pelaksanaan ibadah seperti solat dan pembacaan Al-Quran. Seorang penganut Kristian boleh bersembahyang atau membaca Injil dalam bahasa Latin, Yunani, Indonesia, China, dan bahasa lainnya. Akan tetapi mana mungkin Al-Quran dibacakan selain bahasa Arab. Bahasa ini diucapkan setiap hari di dalam amalan ritual dan muamalah umat Islam secara global.

Ketika Turki pada akhir abad ke-19 menghilangkan penggunaan bahasa Arab di lingkungan pemerintahan dan menggantikannya dengan bahasa Turki, ianya menyebabkan percambahan semangat nasionalisme Arab. Hal ini kerana, menurut mereka penggantian bahasa Turki kepada bahasa Arab merupakan penyimpangan terhadap semangat kesatuan Islam. Justeru Barat menggunakan semangat nasionalisme Arab itu, sebagai umpan atau pemangkin untuk memecah-belahkan negara-negara Islam. Implikasinya, lahirlah kerajaan dan negara-negara Arab yang baru hasil perpecahan dan penarikan diri dari empayar Turki.

Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan bahasa alat dalam penyebaran dakwah Islamiyah.

Tidak dapat tidak seorang dai’e perlu menguasai bahasa Arab bagi mengukuhkan kefahaman tentang Islam dan dakwah. Tanpa penguasaan bahasa Arab,seseorang dai’e tidak mampu merujuk, membaca dan memahami sumber-sumber utama ilmu Islam seperti Al-Quran, hadis-hadis Nabawi, dan kitab-kitab muktabar para ulama’ Islam terdahulu ditulis dalam bahasa Arab. Tambahan pula,melalui penguasaan bahasa Arab, seseorang dai’e boleh memantapkan lagi tarbiyyah Islamiyah dan menjana dakwah Islamiyah yang efektif.

Bahasa Arab sebagai ramuan pengukuhan tarbiyyah individu muslim.

Kemahiran bahasa Arab membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam solat, doa-doa, wirid serta zikir mahupun Al-Quran itu sendiri. Kefahaman yang padu dan mendalam akan membantu dalam mengukuhkan tarbiyyah individu muslim itu sendiri lebih-lebih lagi sebagai persediaan sebagai seorang dai’e. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat yang tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahaminya ibarat burung kakak tua yang bijak berbicara.

Maka di sini kesimpulan yang dapat saya peroleh, mempelajari bahasa Arab sehingga mampu menguasai mungkin menjadi satu pilihan bagi orang lain, tapi tidak bagi seorang daie. Seolah-olah sudah satu kewajipan bagi daie itu sendiri. Cari alternatif dari setiap sudut, kerana Allah pasti akan membantu setiap hambaNya yang bersungguh!

Oleh: Farah Wahidah binti Musa
Takhassus Bahasa Arab dan Kesusasteraan
Universiti Mu’tah, Jordan
Sumber: Laman Web ISMA Jordan


Akhir kata, doakan ana selamat tempuh nak belajar bahasa Syurga ni sebab jalannya tersangat-sangatlah sukar. Boleh PM ana kenapa ana rasa susah sangat. Perlukan pengorbanan yang tinggi.

Wallahua'lam :)

Thursday, January 13, 2011

Kenapa Perlu Ada Jemaah?

"Aku dah adjustkan untuk kau dah, nanti ada orang follow up. Kau ikut je, dekat je pun dengan rumah kau"

"Assalammualaikum, Qamarul kan? Ana Danial. :)"

Aku ingat lagi waktu tu. Orang pertama aku kenal, Danial, lepas tu pass kat Abang Ijan. Abang Ijan bawa pergi riadah kat Seksyen 7, main bola je pun, tapi rasa suasana yang pelik. Sebelum ni bila main bola dengan budak-budak kat rumah. "Woi S**l! Kejar la bola tu!" "B***h la kau, bola senang pun tak dapat ambil" Yeah, aku budak basketball, main bola guna tangan tak guna kaki. Tapi sebelum aku menjejakkan kaki ke dunia bola keranjang, aku main gak bola petang-petang kat taman belakang rumah. Dan orang yang main sekali tu pun terdiri dari kawan-kawan aku gak.
Tapi bila pergi kat Seksyen 7 tu, sorang pun tak kenal kecuali Abg Ijan, suasana lain yang dimaksudkan tu, tak ada carut-carutan, selepas penat main kumpul ramai-ramai, ada tazkirah ringkas. Rasa macam WOW! Kat situ gak la aku kenal Hazim, Ali, Hakim, Ustaz Sulaiman, dan lain-lain. Betul memang aku rasa pelik, janggal, takjub, dan sebagainya dengan sikap diorang ni. Salam, peluk, laga pipi, ana anta. Akhlak Islami diguna semaksima mungkin. Ya betul, aku jatuh cinta dengan keadaan tu.
Program umum pertama aku pergi, Konvensyen Hassan Al Banna, 30 Januari. Tergamam dengan suasana umat manusia yang tersangatlah ramai yang pamerkan akhlak Islam yang serba indah! Akhirnya jumpa Danial, kenal Mustafa pun kat sini.
Abang Hakim Bahaman bawa usrah aku, Hazim, Ali.
Lepas tu dikenalkan pula dengan Ijtima' Am kat pejabat.
Abang Ijan cakap Ustazah Zakiah pun ada gak. Ustazah Zakiah ni ajar aku time menengah rendah dulu. Kat pejabat, mata pun meliar la nak cari kelibat Ustazah Zakiah. Tup tup, AUCH! kena cubit. Dalam hati, WOW! Masa tu memang masih 'tidur' tapi dah mula nak buka mata. Sebab terlalu manjakan diri, terus biarkan diri terlena. Sampai lah masuk UiTM Segamat ni. Jumpa Doktor Hairuladha. Terus terjaga, tapi masih lemah. Doktor tak lama kat Segamat. Cuti Sem Abang Awe pula tolong kejutkan, Alhamdulillah sekarang dah celik mata.
Terus terang aku seronok hidup dalam jemaah ni. Macam-macam ilmu aku dapat. Makanan rohani enak-enak belaka.

Pernah kawan ajak pergi program jemaah lain. Ye aku memang ikut sebab nakkan pengisian. Tapi aku tak tahu lak kejadian tarik tali antara jemaah.
Persoalan demi persoalan terjah kat kepala otak ni
Pernah la gak cuba selesaikan
Tapi tak berjaya.
Malas nak fikir
Tapi ada pula orang yang 'kau jemaah tu, tak nak la kawan'
Wei perlu ke macam tu?
Kenapa kena ada banyak-banyak jemaah ni?
Tak kisah la nak banyak ke sikit
Tapi kenapa perlu wujud adegan tarik tali?
Tak ke tu membawa kepada perpecahan?

Kalau ikut nafsu, aku tinggalkan je jemaah yang ada. Buat apa kalau dah sesama Islam sendiri pun rebut-rebut. Kuantiti ke kualiti yg penting?
Tapi kalau aku tinggalkan,
Panggilan-panggilan rindu dari ikhwah-ikhwah
Kesuburan ukhwah yang ada
Macam mana pula en?
Dah la ramai tak nak kawan dengan aku
Sebab aku berani berterus terang silap diri
Sebab aku ni tak berapa bijak

Ah lantak kome la

Pendapat peribadi
Wei tak kesah la kau ni ikut jemaah mana. Kalau dah tu yang jadi medan tarbiah untuk kau. Ikut je. Kat mana lagi kau nak berpaut?
Kena buat banyak ISK kot. Bagi faham sikit.
Tuntasnya aku dah penat jelaskan pasal semua ni kat orang yang selalu persoalkan.

"Ketika berdakwah, saudara perlu menjadi seperti pohon buah-buahan, mereka melempar batu namun saudara melempar buah." - Imam Hassan Al-Banna

Sunday, January 9, 2011

PROMOTE



Lets a picture says a thousand words. :)