*******
SLOT 1 - KERUGIAN DUNIA DI ATAS KEMUNDURAN ISLAM - Ustaz Suhaib Selamat
Dalam tarbiah meliputi 3 aspek :- Ruhi, Akli, Jasadi. Manusia terbentuk daripada ketiga-tiga aspek ini. Sesiapa yang tak mengikuti ketiga-tiga aspek umpama makan sahaja tanpa tidur, atau baca buku sahaja tanpa makan. Manusia yang ideal merupakan manusia yang pembentukan peribadinya meliputi ketiga-tiga aspek ini.
Mukadimah - revolusi Mesir. - Tarikh kejatuhan Husni Mubarak pada 11/2 hampir-hampir sama dengan tarikh kesyahidan Imam Hassan Al-Banna pada 12/2. Mesir mencipta sejarah mereka sendiri. Kita pula perlu mencipta sejarah sendiri dengan mengikuti sejarah-sejarah kegemilangan kita suatu masa dahulu.
Buku rujukan = Kerugian Dunia di Atas Kemunduran Umat Islam. Dunia sekarang rugi kerana ghaibnya umat Islam dari segi pemerintahan. Ghaibnya umat Islam dari 'tali pacu kuda'. Apa yang perlu dibuat sekarang adalah naik kuda yang ditunggang dengan memacu kuda tersebut. Kuda dalam perang di barisan hadapan. Hasil dari tarbiah yang kita semua lalui mestilah nak memacu dunia dengan pacuan Islam sepertimana tentera berkuda memacu kudanya tanpa henti. Kita yang kena pastikan kitalah yang akan memimpin umat. "Membina Generasi Harapan"
Penulis buku - Sheikh Abu Hassan An-Nauli yang meninggal pada tahun 1999, seorang ulama' India. Kisah meninggal sangat menarik! Beliau meninggal pada hari Jumaat di bulan Ramadhan, semasa beliau meninggal, beliau sedang duduk di saf pertama ketika hendak solat Jumaat ketika sedang membaca surah Kahfi. Solat jenazah ghaib disembahyangkan oleh 3 masjid utama! Sheikh Yusuf Qordhawi sendiri imamkan solat jenazahnya di Qatar ketika itu.
Mukadimah bukunya ditulis oleh Syed Qutb. Bukan sebarang-sebarang orang yang tulis mukadimah buku beliau.
"Islam Adalah Aqidah Yang Menguasai" -Syed Qutb
(Islam yang memerintah bukan diperintah)
"Ini sebaik-baik buku yang aku baca" -Syed Qutb
Syed Qutb fokus pada aqidah bukan fikrah kerana aqidah merupakan pegangan kita. Ucapan syahadah membawa maksud tiada lagi agama yang lebih hebat berbanding Islam!
//Selingan, ustaz tegur supaya baca buku sebelum pergi usrah, daurah dan sebagainya. Sama juga macam mana pelajar baca buku sebelum masuk kelas.//
Objektif Slot 1
- Memahami Sejarah Umat Islam
- Era Kebangkitan Umat Islam
- Kepentingan Umat Islam
Bab 1 - Masa Jahiliah -Umat manusia dalam keadaan rosak
-Selayang pandang tentang agama-agama dan bangsa-bangsa
-Agama Yahudi dan Kristian bertelagah sesama mereka, kesannya hilang kemampuan untuk pimpin dunia.
-Keruntuhan kehidupan sosial dan kegoncangan ekonomi
-Sosial - penzinaan
-Hindu cipta tuhan sendiri dari bahagian-bahagian sulit mereka
-Di india, terlalu banyak tuhan. Tak ada benda di atas muka bumi India tu bukan tuhan. Nampak cantik sikit je anggap tuhan.
-Ekonomi - Riba'
-Sosial dan Ekonomi = Meruntuhkan
-Kedudukan wanita
-Pada zaman jahiliah, apabila seorang ayah meninggal dunia, si isteri boleh mengkahwini perempuan tersebut. Caranya, campak baju, siapa sampai dulu boleh kahwin. Siapa nak 'cop' pun macam tu. Kalau perempuan tu pegang terus boleh kahwin.
-Kebencian kepada anak perempuan
-Bunuh anak perempuan hidup-hidup
-Salman Al-Farisi
-pindah ke 5 negeri semasa jahiliah
-agama pertama Kristian.
-Jumpa paderi dan peluk serta nak berkhidmat untuk agama
-Islam, apabila ucap syahadah, maknanya kena berkhidmat untuk Islam.
-Di gereja, manusia datang dan bagi sumbangan kepada gereja. Salman tinggal dengan paderi, paderi ambil wang sumbangan untuk dirinya sendiri. Bila paderi meninggal dunia, Salman halang orang uruskan jenazah. Bila ditanya Salman bagitahu paderi ambil duit rakyat.
Bab 2 - Cara para Nabi membaiki masyarakat
-Pembentukan peribadi dan jiwa.
-Para nabi bersihkan kotoran jahiliah dalam diri manusia
-Gunakan al-Quran untuk bersihkan diri
-Perubahan yang sempurna
-Kena fikir kita juga hidup dalam zaman 'jahiliah'
-Jahiliah sekarang lagi dasyat.
-Dalam surat khabar Malaysia ada kes buang bayi. Bukti jahiliah moden
-Kena guna teori yang Rasulullah guna
-Sesetengah manusia tanya feedback Ikhwanul Muslimin di Mesir.
-Sebab 25 Jan dulu IM umum taknak terlibat dalam demonstrasi
-Sedangkan IM parti pembangkang yang paling utama
-Demonstrasi di Mesir merupakan Well Organised Demonstration
-IM buka klinik tepi-tepi jalan
-Nak masuk demonstrasi IM buat sport check takut ada senjata
-Check kerja dengan apa
-Agih-agihkan makanan
-Tiap pagi bersihkan jalan
-Malaysia boleh buat tak?
-Inilah kesan generasi dari didikan tarbiah
-Ikhwah-ikhwah di Malaysia pun tak mustahil dalam misi wujudkan generasi tarbiah
-Mesti mula dengan tarbiah
-Perjalanan musim di Jahiliah ke Islam
-1 hari Abu Zar cakap Bilal anak orang hitam
-Rasulullah dengar perkara tu lalu Rasulullah panggil Abu Zar
-Rasulullah bagitahu baginda nampak saki baki jahiliah dalam diri Abu Zar
-Sedangkan Abu Zar dah lama ditarbiah dengan Rasulullah
-Mas'ul bukan sebarang mas'ul, Rasulullah tu
-Lalu Abu Zar letak kepala di tanah dan suruh Bilal pijak kepala dia
-Tapi Bilal tak ambil kesempatan
-Sampai macam tu sekali tarbiah para sahabat
-Rasulullah tarbiah masyarakat, masyarakat sampai 1 tahap yang boleh pimpin dunia.
-Revolusi dalam diri sebelum revolusi untuk negara
-Solat jemaah dulu, mampu buat tak?
Bab 3 - Masa Islam
-Masa Islam memegang pemimpinan
-Para pemimpin Islam dan Keistimewaan mereka
-4 perkara yang perlu ada dalam diri pemimpin
-Ikut apa yang diturunkan oleh Allah
-Melaksanakan hukum dan pimpinan dengan pendidikan akhlak dan kebersihan jiwa
-Berkuasa bukan atas dasar bangsa atau negara
-Membangunkan rohani dan jasmani
-Kekuasaan khulafa' Ar Rasyidin adalah contoh peradaban yang baik.
-Pengaruh pimpinan Islam kepada kehidupan umum
-Peradaban Islam dan pengaruhnya
-Umar Abdul Aziz diberi peluang memerintah negara 2 tahun sahaja tetapi namanya menggegarkan dunia.
-Saad Bin Abi Waqas pergi perang dalam keadaan sakit.
-Masuk Syam atas, baca ayat quran.
-Islam masuk negara dengan 3 syarat.
-Islamlah kamu
-Bayar jizyah
-Perang
-1 hari tentera semangat sangat masuk tanpa bagi syarat
-penduduk berjalan sebulan untuk jumpa Umar Al-Khatab mengadu perkara tersebut
-Umar Al-Khatab bagi tanda suruh bagi panglima
-Panglima isytihar pada tentera undur balik, ghanimah semua pulang balik
-Lepas tu masuk balik negara dan bagi syarat
-Pengaruh kepimpinan Islam kepada kehidupan umum, rakyat semua masuk Islam
-Di Malaysia, ada tak pengaruh pimpinan Islam?
-Syarat jadi pemimpin Islam
-Jihad
-Ijtihad
-Faktor keruntuhan dalam kehidupan umat Islam
-Perpindahan kepimpinan daripada ahli kepada bukan ahli
-Usaha musuh Islam
-Sikap pemimpin Islam
-Kurang perhatian kepada ilmu praktikal yang bermanfaat
-Pengingkaran dan pembelaan agama di kalangan umat Islam
-Nasib umat Islam pada abad ke 6-hijrah.
-Perang salib bermula.
-Salahuddin - Hilang Salahuddin hilanglah kehebatan Islam!
Tarbiah mesti ada praktikal. Setiap usrah kena ada praktikal. Tarbiah tak akan jadi kalau setakat dengar tanpa praktikal.
Bab 5 - Malapetaka yang menimpa pemikiran manusia di masa penjajahan Eropah.
-Rosaknya perasaan keagamaan
-Kejahatan kebendaan dan perut
-Kehancuran akhlak dan masyarakat
Bab 6 - Pemimpinan Islam di Dunia
-Kebangkitan dunia Islam
-Kaum muslimin adalah umat masa depan
-Risalah dunia Islam
-Persiapan rohani
-Kaedah baru yang ilmiah
"Andalah Yusuf kepada Mimpi Ini" - Hassan Al-Banna
-Khalifah Islam akan perintah dunia. Pastikan mimpi itu jadi kenyataan!
-Kepimpinan Dunia Arab
-Pentingnya dunia Arab
-Nabi Muhammad SAW roh dunia Arab
-Iman adalah inti kekuatan dunia Arab
-Kebangkitan kesedaran umat
-Masa Ikhwanul Muslimin bertapak di Mesir, semasa Ikhwan ditangkap dan dipenjarakan selama 20 tahun, apabila anak datang melawat ayah mereka, soalan pertama yang ditanya pada anak, "Dakwah fardiah buat tak?" Dalam penjara pun masih lagi bergerak aktif tarbiah anak.
Tamat Slot 1
NotaKaki: Ada 2 lagi Slot yang akan ana kongsikan pada entri akan datang. Daurah berlangsung selama 1 hari, maka pengisian yang nak dikongsikan juga memakan masa 1 hari. :)