Deep Tarbiyyah, and Expand

Wednesday, March 16, 2011

Tips Berdakwah Pada Mereka Yang Jauh Pada Islam

Bismillah,
Seperti yang kita dapat saksikan sekarang, semakin hari semakin ramai anak muda belia yang semakin jauh dari Islam. Alhamdulillah, syukur bagi antum yang dipilih Allah untuk duduk dalam sistem tarbiah. Harus diketahui, bila mana seseorang itu meletakkan dirinya dalam tarbiah, dia merupakan pemegang amanah, pemikul tanggungjawab. Tanggungjawab yang sangat berat, iaitu mendukung Islam. Islam tak akan tertegak dengan bantuan pemegang-pemegang amanah seperti antum. Ini jalan yang ana pilih, jalan dakwah dan tarbiah, jalan yang penuh dengan ranjau duri. Bukan perkara mudah nak berhadapan dengan masyarakat jahiliah seperti sekarang. Jadi, aturlah stratergi supaya kerja dakwah lebih teliti. Sesungguhnya kebatilan yang terancang dapat menumpaskan kebenaran yang tidak dirancang!

Tips pertama yang ingin ana kongsikan bersama ialah,, analisa setiap perkara dari pelbagai sudut.
Contohnya, di suatu tempat yang penuh dengan mereka yang terlalu gilakan bola, main bola sampai lewat malam, tidur lambat, ponteng kelas, sambung main bola dari petang sampai malam, dan sebagainya. Analisis juga teknik-teknik atau manhaj-manhaj yang perlu digunakan untuk mengembalikan roh Islam di dalam jiwa pemuda-pemuda hari ini. Dan analisa yang paling berkesan adalah manhaj yang di bawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Seterusnya, gunakan teknik dakwah fardhiah pada siapa yang hendak kita dakwah. Kalau ana nak syarah tentang dakwah fardhiah ni, panjang. Boleh la buat sedikit kajian.
Yang paling elok untuk jadi sasaran adalah mereka yang langsung jauh dari Islam, hal ini kerana apabila kita hendak dakwah mereka yang faham tentang Islam, pelbagai argument akan diberikan untuk mengelak. Contohnya si fulan sudah pun tahu tentang teknik dakwah fardhiah, sudah tentu dia akan mengelak bukan? Walaubagaimanapun jangan la terus tinggalkan mereka yang tahu serba sedikit tentang Islam. Mereka juga permata beharga buat Islam.

Selepas berjaya menawan hati sasaran atau mad'u, ikat mereka dengan ikatan ukhwah. Ajak mereka duduk bersama untuk berdiskusi tentang Islam.


Ini adalah contoh flyers yang ana buat untuk majlis ta'lim mahabbah ana di UiTM. Perlu diingatkan bahawa dakwah fardihah bukanlah mengambil masa 1 2 hari, ana di sini dah semester 2, dan masih dalam proses menawan hati para mad'u. Untuk jadikan majlis ta'lim atau halaqah ilmu, bukanlah suatu kerja yang mudah. Jika antum merupakan seorang yang hebat dalam membina pengaruh, lagi bagus. Objektif majlis ta'lim atau Smart Youth Circle ini hanya untuk memotivasikan para mad'u dan juga bertindak sebagai pengnutral rohani mereka yang mungkin tercemar disebabkan dosa-dosa kering seminggu yang sudah. Pada peringkat awal, letakkan priroriti hanya untuk mad'u yang telah antum ikat hati-hatinya dengan ikatan mahabbah. Selepas beberapa ketika mengikut kesesuaian, barulah dibuka quota untuk orang awam. Tujuannya hanyalah untuk mengikat hati-hati mereka supaya hidup roh Islam dalam diri mereka. Juga untuk tidak merunsingkan mereka bila diserap ke dalam usrah. Antum hanya perlukan dalam 15 minit sahaja untuk berikan kata-kata motivasi kepada mereka. Bayangkan terus serap ke dalam usrah selama 1 jam setengah, mungkinkah mereka akan kekal dalam usrah tersebut?

Selepas beberapa lama, batu-bata asas Islam sudah mula dibentuk, tapak asas sudah kukuh, sudah hidup roh Islam dalam diri mereka, bolehlah diaturkan program-program susulan yang terdiri daripada wasilah-wasilah tarbiah seperti usrah, halaqah, daurah, tamrin, mukhayam, rehlah, riadah, dan program-program umum. Akhirnya terbentuklah pendukung-pendukung yang menyala-nyala semangat jihadnya untuk bangunkan Islam.

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian.
JANGAN SEKALI-KALI HEBAHKAN PADA UMUM PADA PERINGKAT AWAL!
Ingatkan antum tentang kisah Rasulullah pada awal kedatangan Islam? Di rumah Al Arqam Abu Arqam, Islam bergerak dalam keadaan rahsia. Cuba antum dah hebahkan pada peringkat awal tentang apa yang antum rancang, sudah pasti ada pihak-pihak tertentu yang cuba menghasut sasaran antum supaya jangan ikut apa yang sudah antum rancangkan. Terus terang perkara ini telahpun terjadi pada ana sendiri di mana silap ana terberitahu pada orang yang salah tentang gerakan dakwah ini.

Apabila para pemuda sudah ramai yang istiqamah untuk membangunkan Islam dan juga sudah mantap tarbiah dalam dirinya. Sudah tentu tempias dari tarbiah akan merebak di sekeliling mereka. Perkara ini telah pun ana saksikan sendiri. Andaikan 50 orang pemuda yang mantap fikrahnya. Setiap seorang akan mencari mad'u baru sekurang-kurangnya 5 orang. 50X5 = 250 orang mad'u baru akan lahir. 250X5 = 1250 orang mad'u baru akan lahir dan akan berganda-ganda untuk proses seterusnya.

Subhanallah! Seronok sangat dapat lihat situasi yang terlalu ajaib ini. Kalau dulunya bila mereka bermain bola, "B*bi la kau si*l! kenapa terlepas bola tu?!" tapi selepas terkena tempias dari tarbiah "Masya Allah bola terlepas!". Tak tergambar rasa bahagia yang menyelubungi diri.
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!


Alhamdulillah iman sudah betul-betul sembuh dari sakit kronik.
Pada awalnya ana betul-betul cemburu pada sahabat-sahabat ana yang dah pun duduk dalam sistem tarbiah walhal ana duduk dalam sistem sekular.
Ana nak berubah dan lihat perubahan depan mata. Ya, ana jadi manusia yang paling terburu-buru. Alhamdulillah tarbiah mendidik jiwa. Akhirnya rasa syukur sangat-sangat diberi peluang oleh Allah Aza Wajalla untuk berdakwah kepada mereka yang lebih jauh dari sistem Islam. Syukur Allah beri peluang merasai betapa bahagianya berhadapan dengan mereka yang hendak menentang dakwah. Perasaan yang sama yang diperolehi dalam diri para sahabat! Syukur Allah beri peluang untuk merasai jerih perih perjuangan dalam berdakwah. Allah lihat usaha bukan hasil. Kata-kata mujahid Islam, Syed Qutb benar-benar buatkan ana rasa terpana. Benarnya kata-katanya lebih tajam dari pedang. "Jika aku ingin melihat perubahan sekaran, nescaya aku tak kan lahir di dunia." - Syed Qutb.
Benar, ana tak akan dapat lihat perubahan di depan mata, tetapi ana akan merasai proses perubahan itu. Inilah aturan Allah yang indah!
Usaha 3 orang mujahid, Wan Hafiz, Akhi Qam, Amirul Asyraf untuk menegakkan kembali Islam dalam suasana jahiliah. Pelajar di sini berjumlah beribu-ribu orang. Mustahil kami dapat melihat perubahan yang menyeluruh. Namun kami bangga dapat lihat perubahan demi perubahan untuk Islam di sini. Kami puas menjadi golongan awalun yang berpeluang perjuangkan risalah suci ini.

Sungguh hikmah Allah sangat besar. Ujian demi ujian membuatkan iman seseorang hamba itu bertambah kuat. Demi mencari redha Allah. InsyaAllah, inilah saham kami di akhirat kelak. Sekurang-kurangnya kami dapat menjawab andai ditanya sumbangan yang dilakukan ketika berada di dalam suasana seperti ini.

Monday, March 14, 2011

Di Saat Cinta Bertasbih Mengalunkan Mahar Cinta Hingga Bergetar Sanubari Mambuatkan Jiwa Lebih Erat Dengan Sang Pecinta

Di Saat Cinta Bertasbih Mengalunkan Mahar Cinta Hingga Bergetar Sanubari Mambuatkan Jiwa Lebih Erat Dengan Sang Pecinta


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Biar Gambar Berbicara

Mujahid Sejati tak kenal erti putus asa
Ikhwah Sejati tak kenal lelah perjuangan
Umar Al-Mujahid tak kenal erti mengalah
Akhi Qam tak kan mengalah
Offensive is the best Deffensive
Kerana "Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mukmin diri dan harta mereka
dengan memberikan surga untuk mereka.
Mereka berperang pada jalan Allah; lalu
mereka membunuh atau terbunuh. (Itu
telah menjadi) janji yang benar dari
Allah di dalam Taurat, Injil dan Al
Quran. Dan siapakah yang lebih menepati
janjinya (selain) daripada Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang
telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar. Mereka itu
adalah orang-orang yang bertaubat, yang
beribadat, yang memuji, yang melawat,
yang ruku', yang sujud, yang menyuruh
berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat
munkar dan yang memelihara hukum-hukum
Allah. Dan gembirakanlah orang-orang
mukmin itu." [QS.At-Taubah:111-112]

Wednesday, March 2, 2011

Kitalah Pemegang Amanah dan Pembimbing Risalah

Bismillahirahmanirahim, Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah selesai akhirnya khatamkan buku Hari-hari Dalam Hidupku,,
Buku ni sangat best!!!
Cerita benar mengisahkan Zainab al-Ghazali al-Jubaili yang kena seksa dalam penjara sebab nak tegakkan Islam.
Siapa Zainab al-Ghazali al-Jubaili ni?
Boleh klik di sini
Dia ni peneraju Jema'ah Muslimat, bergabung dengan Ikhwanul Muslimin..
Serius ana suka sangat sangat baca buku ni
Tiap kali baca, tiap kali tu la ana menangis
Bayangkan seorang wanita yang perjuangkan Islam disebat 500 kali sehari, kena rendam dalam penjara air, kena masuk dalam penjara yang penuh dengan anjing, tak makan berhari-hari dan sebagainya.
Bentuk penyeksaan yang dia terima lebih hebat dari jahiliah.
Dalang yang seksa dia, lebih jahat dari Hosni Mubarak.
Bila baca je kesah dia kena seksa, dah cukup untuk mengalirkan air mata bagi seorang manusia
Bertambah sedih bila, walaupun dia diseksa sampai macam tu sekali, Islam dalam diri dia tak berganjak sedikitpun malah makin hebat! Ana sendiri rasa tak mampu untuk sampai tahap macam tu. Baru berdakwah sikit dah mengeluh~
Dia gak antara insan-insan terpilih yang bermimpi jumpa Rasulullah. Subhanallah!
Masa dalam penjara, walaupun diseksa, masih lagi sebarkan ajaran Islam.
Betapa kentalnya jiwa dia!
Bacalah buku ni, memang sangat-sangat berguna untuk tambahkan semangat jihad dalam diri
Lepas tu bila dia selitkan yang 100000 orang ikhwan ditangkap dalam masa 20 hari, antaranya termasuklah Syed Qutb, dan beberapa penggerak ikhwan yang lain. Cukup sedih+terharu+bersemangat+jeles+cemburu bila mereka semua dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Merekalah para syuhada yang gigih berjuang di jalan Allah. (Confirm dapat Ainul Mardihah)

Alhamdulillah, lepas habis baca buku ni, semangat jihad semakin berkobar-kobar. untung bila Quran ada dalam hati, bila kena situasi-situasi macam ni, sangat-sangat berguna dan al-Quran tu jadi penyelamat. Ni juzuk 6 pun tak setel lagi,, semangat ni semangat ni.. Lepas tu rasa macam mereka boleh sampai terseksa macam tu sekali sebab nak tegakkan agama Islam kenapa kita yang sihat wal afiat ni terlalu nak manjakan diri? Takat orang nak halang kerja dakwah dalam UiTM ni, rasanya macam kuman je kot.

NotaKaki: nak beli buku ni banyak-banyak pastu jadikan hadiah hari jadi. :D 366 muka surat je pun~
NotaKaki: Currently terlalu sibuk dengan pelbagai perkara berbangkit + sedang berperang dengan dunia jahiliah yang datang nak ambil ana balik

Tuesday, March 1, 2011

Salah ke?

Salah ke kami sebarkan dakwah?

Salah ke kami ajar orang kenal Allah dan Rasulullah?

Salah ke kami ajarkan kitab-kitab Allah kepada mereka?

Buatlah apa yang kamu nak buat

Halanglah kerja-kerja dakwah kami

Kerana Allah menghendaki apa yang Dia inginkan

Kerana kebenaran tetap akan meruntuhkan kebatilan

Usaha kami dalam membentuk batu-bata asas Islam akan tetap berjalan dengan izinNya