Thiqoh, atau maksud dalam bahasa melayunya 'percaya'.
Nowadays, ramai sangat orang akan menilai something berdasarkan sifat benda tu sendiri. Lebih-lebih lagi bila perkara tu dikaitkan dengan hal agama. Tak kira la orang tu kuat agama atau jahil agama. (Aku bukan pak ustaz yang pakar dalam bidang agama, tapi aku tetap nak ulas pasal ni)
Contohnya,, ISLAM! = Masjid, Surau, Ceramah dan lain-lain yang berkaitan.
Kalau orang tu dah sedia ada jahil atau ayat manisnya, golongan yang tidak mengetahui, its ok lah. Persoalannya, macam mana pula kalau ditafsirkan oleh golongan yang beragama?
Contohnya,, ISLAM! = BIG NO to Music, BIG NO to Bola, BIG NO to Potassium Carbonate, BIG NO to Big Apple Pie n so on,, but ISLAM! = Wajibul ghunah datang Usrah, Wajibul ghunah dengar ceramah, Wajibul ghunah dengar Ta'lim, Wajibul ghunah bergaul dengan orang yang sebulu, dan macam-macam lagi. Dulu masa aku nak buka suis kipas kat masjid, aku terdengar ayat ni dalam ta'lim kat sebelah. "Kita dalam hidup ni, sebenarnya buat apa nak belajar tinggi-tinggi? Sampai ambil Master, PhD jadah tu semua. Bukannya bawa masuk kubur pun!" Ades~
Rata-rata semua orang tahu yang Islam tu syumul, tapi mana dia kesyumulan Islam tu? Pakcik Makcik Bang Long Kak Long,, adik yang banyak khilaf dan kekurangan ni nak habaq mai yang Islam tu boleh meliputi segala-galanya (asalkan kena dengan syariat).
Pakcik suka berkebun? Itu Islam!
Makcik suka masak cekodok? Itu Islam!
Bang Long suka main bola? Itu Islam!
Kak Long suka mengumpat? Ha tu bukan Islam! =,='
Ok, aku bagi peristiwa-peristiwa ni,,
1) Sorang mamat ni nak pi main basketball lepas Asar, dia pakai seluar panjang tapi pakai jersi basket. (Jersi basketball selalunya labuh macam baju muslimah nuh, tapi armless, siapa yang tak suka tebas menebas tu, memang nampak la jawabnya). Dalam perjalanan ke court, dia singgah pi solat jemaah kat masjid. Agak-agak apa jadi? Apakah besar kemungkinan dia akan kena perli? Nak tambah perisa, dia ni bawa usrah. Boleh jangka tak yang akan ada suara-suara sumbang di belakang tabir yang mengatakan "Dia ni dah tak thiqoh!"
2) Sorang akhwah bertudung labuh suka main skateboard sambil headphone kat kepala sambil dengar lagu Price Tag. Dia pun bawa usrah. Apa pandangan masyarakat? "Dah tak boleh pakai, Liar, Tak thiqoh!"
3) 1 group parkor yang melompat-lompat bangunan kat sekitar bandar metropilitan untuk sampai ke masjid untuk solat jemaah dan baca al-mathurat. (bagi yang tak tahu, group parkor ni mereka-mereka yang suka lompat-lompat bangunan macam spiderman tu.)
Bagi aku la, apa yang diorang buat ni tak salah pun, langsung tak langgar syariat. Cuma apa yang diorang buat ni agak pelik. Tak tau la sebab aku memang orang yang pelik yang boleh terima cara diorang.
Macam mana pulak kalau guy tu main basketball pakai jubah dengan kopiah? Macam mana pulak akhwat tu nak dekati golongan-golongan maksiat? Dan macam mana pulak group parkor nak tunjukkan nilai Islam pada dunia yang mengatakan dengan ber-parkor pun Islam tetap boleh subur? Fikir-fikirkanlah...
Pernah tak korang terfikir dalam negara kita ni semua orang amalkan sistem Islam? Skuad bola sepak semua pergi usrah, polis tentera semua solat jemaah, shopping complex asing laki ppuan dan sebagainya. Semua orang idamkan benda yang sama. Tapi macam mana nak realisasikan? Imam Hassan Al-Banna pernah cakap,, ' Haqaa-iqul yaumi ahlaamul amsi, wa ahlaamul yaumi haqaa-iqul ghadi. Kenyataan hari ini adalam mimpi hari kemarin, dan mimpi hari ini adalah kenyataan esok hari'
Tapi,, kalau dah asyik nak tunding jari cara apa-apa yang tak kena walaupun tak bertentangan dengan syariat macam mana nak termakbul mimpi tu?
Ni ada 1 berita yang agak mengejutkan,, selama ni memang aku simpan berita ni, sebabnya kalau aku war-warkan kat semua orang, mereka-mereka yang kenal aku confirm akan tunding jari telunjuk kat depan muka aku sambil berkata "hahaha! Kau memang gila lah Qam!" bagi yang tak face-2-face pulak akan cakap "Uish dia ni biar betul" dan kawan-kawan yang dah kenal lama mesti akan jatuh rahang. =,='
Kat UiTM ni ada wujud 1 kelab baru. Kelab Anak Seni Warisan Abad (KASWARA) namanya. Kelab ni bakal melahirkan PENYANYI, PENARI, PELAKON, dan apa-apa yang berkaitan. Dan aku memegang jawatan sebagai PRESIDEN. Cool huh?! yelah, gempak gila beb gua sebagai presiden kelab baru. Terperanjat? Seorang mujahid yang ada fikrah, yang ikut jemaah, yang memilih jalan tarbiah dan dakwah sebagai landasan hidup jadi presiden kelab yang err no komen~
Agak-agak la kan, kalau aku market-market kelab ni dengan bagitau yang aku sebagai presiden, mesti akan ada suara-suara belakang cakap yang aku dah tak thiqoh lah, tak boleh pakai lah, hiporkit, munafik, n so on.
Sebelum aku nak ulas lebih lanjut, aku nak bagitau dulu pasal jalan dakwah dan tarbiah ni. Sekali kita dah ikut jalan dakwah dan tarbiah, maknanya kita dah bersedia untuk infakkan diri kita untuk agama betul tak? Dah nama pun dakwah, mesti sanggup korban masa lepak dengan kawan-kawan sebulu untuk lepak dengan ahli maksiat. Tapi tu bukanlah point yang aku kemukakan untuk meng-back up diri sendiri sebagai presiden. Aku cuma nak bagitau, kalau kau dah sedia untuk ditarbiah, kau kena sanggup lepaskan apa-apa yang kau suka. Tengok je la Abdur Rahman Auf, jutawan yang infak semua harta untuk Islam! Untuk neutralkan balik persepsi yang hampir cakap aku dah tak thiqoh, lepas je penasihat umumkan aku jadi presiden, aku terus text mas'ul dan dia reply ringkas je. "Anta kena tolak!" Jadi, secara rasminya aku tolak jawatan tu. Kalau ikutkan hati, nak la jugak, dah la kelab baru, presiden pulak tu, peluang lak nak dakwah orang-orang kat dalam kelab tu. Tapi bila mas'ul dah suruh tolak, demi Islam, kena lah sanggup berkorban. Done!
Masalahnya, ada tak yang sanggup korban? Fenomena sekarang, datang usrah semata-mata mas'ul/mas'ulah suruh. Hasilnya? Mula dengan bismillah, habis dengan tasbih kifarah. Roh tak hidup. Macam mana tarbiah nak berjalan? Cuba kalau korang nak pergi usrah, korang terpaksa bertolak 2 jam dari rumah korang ke tempat perjumpaan. Sanggup? Kalau korang betul nakkan Islam, mesti berkobar-kobar punya. Tapi fenomena sekarang? Sendiri nilai~
1 lagi bab thiqoh yang aku nak ulas. Tarbiah aku sekarang pun dikelilingi dengan maksiat. Lainlah kalau aku kat Madinah sekarang ni. Apa yang aku nak sampaikan sekarang, kalau nak berubah di kawasan yang mana penuh dengan jahiliah, tak boleh lah ubah ekstrem kaw-kaw! Contoh, dulu kau pakai baju Masha Allah ketat! Sampaikan masalah pelajar lelaki datang lewat ke kelas pun boleh setel sebab ada kau. Tiba-tiba kau rasa nak berubah esoknya terus pakai tudung labuh siap purdah sampai nampak bijik mata je. Soalan aku, mampu ke? Lainlah kalau sekeliling kau dah memang ada biah solehah, kau nak tutup segala apa pun lantak kau la dan insyaAllah aku boleh jamin kau boleh istiqamah sebab semua orang buat. Tapi kalau sekeliling kau lautan jahiliah? mampu ke berubah secara ekstrem? Akhirnya orang cakap kau dah tak thiqoh. Tak tahu lah, aku cakap berdasarkan pengalaman.
Of topic jep,
Persoalan mengenai jemaah, lately ramai la pulak orang persoalkan pasal jemaah yang aku follow, kenapa ikut jemaah tu? tak rasa nak tukar ke? apa yang special kat jemaah tu? dan macam-macam lagi.
Setelah berkenalan dengan jemaah ni, aku rasa jemaah ni jemaah yang 'gila' sama 'gila' macam aku. So ada chemistry kat situ. 'Gila' yang aku maksudkan, berani buat kerja pelik-pelik dan bertindak di luar kotak pemikiran. Orang lain tak ada pun kecoh-kecoh pasal isu melayu tapi jemaah ni ambil itu sebagai perjuangan. Tu yang buat aku jatuh hati tu. Lagipun, jemaah ni ada sentimental value yang sangat tinggi. Matlamat perjuangan pun jelas n senang aku nak hadam. So terjawablah kan segala persoalan?
Jadi, secara ringkasnya, janganlah menilai orang pada sesuatu yang zahir sahaja. Pernah dengar kisah Nabi Khidir dengan Nabi Musa? Koreklah hikmah yang ada. Actually aku sendiri pun tak tahan, kalau aku pergi kelas pakai kopiah, bukan main orang sanjung bagai pak ustaz, tapi sekali aku ubah penampilan, tak pakai kopiah, orang dah label tak thiqoh dan sebagainya. Haih~ sabar je lah.