Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah tinggal beberapa detik je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Buat para syaitan, nikmati cuti anda setelah setahun bekerja tanpa henti.
Subhanallah, pejam celik pejam celik, dah sampai rupanya bulan Ramadhan. Puasa jangan tak puasa! Tapi takkan takat puasa je? Kalau check balik rukun Islam, puasa jatuh pada tangga ke 3 tau! Ana pernah ditanya oleh seorang ustaz, kenapa solat dulu baru puasa? Dalam terkial-kial mencari jawapan, sang ustaz pun meneruskan bicara. Dia tanya, dia jawab. Tapi dalam bentuk cerita dan cerita ini menarik untuk dikongsikan bersama. Kisah ni kisah benar yang berlaku pada jiran ustaz sendiri.
Nak dijadikan cerita, jiran ustaz ni ada anak kecil dalam lingkungan 6 tahun, masa tiba bulan puasa, ibunya suruh si anak berpuasa, tidak diajarkan dulu tentang solat. Dalam tengah puasa, si anak ni pun mengeluh pada ibunya, 'mak mak, adik lapar!', lalu si ibu pun jawab 'sabar la, dah pukul 5 dah ni, adik pergi tidur dulu' dan anaknya pun tidur sementara nak masuk waktu berbuka. Ye lah, budak kan, tenaga budak ni apa lah sangat. Ditakdirkan, anak kecil yang dah tak tahan lapar ni meninggal sewaktu tidur. Waktu berbuka si ibu kejutkan anaknya tapi tak terjaga-jaga, lepas diteliti, tergamamlah si ibu kerana mendapati anaknya telah meninggal dunia.
Fenomena sekarang, Ramadhan sering kali disinonimkan dengan 'puasa', mungkin hal itu sendiri yang sering kali membuatkan masyarakat hari ini terlupa tentang peri pentingnya nikmat tarbiah yang Allah berikan pada bulan Ramadhan.
Para sahabat sendiri ternanti-nanti bulan Ramadhan semenjak bulan Rejab lagi. Persediaan rapi telah dilakukan oleh para sahabat yang sentiasa rindu untuk berjumpa bulan Ramadhan.
Meneliti kisah para sahabat, kecewa dengan diri yang persediaan menyambut Ramadhan mungkin dilengah-lengahkan. Tambahan iman semakin hari semakin tenat, lebih-lebih lagi semingu yang sudah. Subhanallah, kredibiliti diri sangatlah diuji dengan asakan tugasan demi tugasan. Baru nak tarik nafas lega, dah tercekik. Bebanan tugas sebagai seorang pelajar memang menguji, tak hairanlah menuntut ilmu itu dianggap mujahadah!
Pengisian akli sudah, pengisian rohani dan jasmani bagaimana pula? Murung seketika disebabkan rohani yang lama tak disiram dengan air hujan tarbiah. Jasmani yang lelah tak dibasahi renjisan dakwah. Malulah diri mengaku berada di landasan dakwah dan tarbiah! =(
Sesungguhnya dalam melalui proses tarbawi yang berkesan lagi tersusun, peranan ukhwah Islamiah tersangatlah penting bagi memastikan proses tarbiah itu sentiasa berjalan. Dan akhirnya, berjaya juga mencuri waktu untuk bersama-sama dengan ikhwah di bumi UiTM.
Sang murabbi memulakan taujih Ramadhan dengan perbetulkan niat. Berdasarkan sebuah hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
Pertama yang akan di- perhitungkan di Akhirat ialah seorang yang mati syahid. Setelah dihadapkan ke hadrat Tuhan lalu ditanya, "Apakah perbuatan kamu terhadap nikmat itu?" Jawabnya, "Aku telah berjihad untuk-Mu hingga mati syahid."
Berfirman Tuhan: "Engkau telah dusta. Engkau berjuang bukan kerana Aku tetapi kerana ingin terkenal sebagai pejuang dan disebut-sebut tentang keberanian dun ketokohanmu. Dan engkau telah perolehi itu semua."
Maka Allah perintahkan orang itu diseret ke dalam api Neraka. Orang kedua ialah seorang yang telah banyak ilmu dun pandai serta mengajar tentang Al Quran, ketika dihadapkan kepada Tuhan ia ditanya, "Apakah yang telah kamu perbuat terhadap semua itu?" Jawabnya, "Aku telah pelajari ilmu dan mengajar- kannya."
Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau belajar kerana ingin terkenal sebagai seorang alim dun engkau baca Quran kerana ingin dikenal seba- gai seorang qari dun semua itu telah engkau per- olehi." Maka Allah memerintahkan supaya dia diseret ke dalam api Neraka. Orang ketiga ialah hartawan yang memiliki segala jenis kekayaan. Ketika dihadapkan kepada Tuhan, ia ditanya, "Apakah amalanmu terhadap semua hartamu itu?" Jawabnya, 'Aku telah gunakan untuk semua urusan di jalan-Mu dan semata-mata kerana- Mu Tuhan." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau membelanjakan hartamu adalah kerana inginkan supaya dikenali sebagai seorang hartawan ' dan engkau telah perolehi itu." Maka Allah memerintahkan supaya ia diseret ke dalarn api Neraka.
Subhanallah, dasyat betul hadis ni. Melalui hadis ni, sang murabbi membetulkan niat kami supaya sentiasa terapkan sifat ihsan dalam diri. Ihsan bermaksud, melakukan setiap perkara dengan bersungguh-sungguh seolah-olah sedang melihat Allah, jika tidak dapat melihat Allah, ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Melihat.
Detik berganti detik, begitulah juga nyawa kita sebagai manusia, kematian bukannya semakin jauh tetapi semakin dekat. Boleh jadi kejap lagi ana sendiri akan pergi kerana kita tak tahu pun bila date line hidup kita. Oleh itu, sentiasalah bersiap siaga dengan amalan yang baik. Sementara masih ada waktu, dan dijodohkan pula dengan Ramadhan pada kali ini, rebutlah peluang yang ada untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai titik perubahan dalam hidup kita.
Ramadhan untuk kita kembali kepadaNya. Buktinya, Allah PUJUK kita dengan beri pelbagai nikmat pada bulan Ramadhan. Lihatlah betapa Kasihnya Allah pada kita! Jangan kita sombong untuk terus buat kemungkaran dalam bulan Ramadhan. Perkataan sombong tu sendiri sinonim dengan syaitan, semasa Allah cipta Adam daripada tanah, dengan penuh kesombongan syaitan taknak sujud pada Adam. Jadi, kalau ada buat silap, jangan sombong untuk mengaku salah kerana ia akan mewarisi sifat syaitan. Nauzubillah!
Berbalik pada bulan Ramadhan, bulan di mana Mukmin yang celik mata hatinya berpesta dengan ibadah! Ibadah menunjukkan tunduk patuh kita pada Allah. Kalau sebelum ni banyak buat perkara-perkara lagha, suka ber-fb-ing secara berlebih-lebihan, tengok movie yang tak berfaedah, mengumpat sana sini, dan sebagainya, dalam bulan Ramadhan ni, ambillah peluang untuk kikis sebaik mungkin sifat mazmummah yang ada.
Perkara ni sebenarnya mustahak dalam kita nak online dengan Allah. Perkara-perkara lagha membentengi iman kita. Sebab tu bila buat ibadah, tak rasa zuuup! ibadah tu sendiri. Akhirnya, jadilah beribadah secara sambil lewa.
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda; "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Bukhari & Muslim)
Kalau teliti maksud hadis ni, mendalam maknanya bagi seseorang yang hidupnya bergelumang dengan dosa dan ingin kembali ke pangkal jalan. Jangan risau, Allah sayangkan anda!
Pernah seorang sahabat tiba-tiba bagitahu, 'Allah tu baik kan!', ringkas tapi padat dengan mesej. Ya, Allah tu sangan baik! Dia Maha Pengampun, buatlah dosa sebanyak mana sekalipun, Dia tetap beri keampunan dan kasih sayang. Sedih lihat situasi sekarang di mana orang lebih suka 'menghukum' daripada hulurkan bantuan atau kemaafan. Lebih terrible mereka bukanlah golongan yang jahil agama, bawa banyak usrah, ceramah sana sini, dan sebagainya. Serius sedih+terkilan (fullstop)
Konklusinya, ambillah, rebutlah peluang Ramadhan kali ni untuk betul-betul kembali pada fitrah. Ramai sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah pulang bercuti pada tahun ni. (err hampir semua rasanya), salah satu sebabnya mestilah rindu pada kampung halaman bukan? Samalah juga analoginya, siapa tak rindu nak kembali ke kampung halaman yang kekal abadi di sana? Ramadhan kali ni cuba jadikan sebagai platform untuk kita terus memacu jentera tarbiah dan dakwah untuk terus ke sana. Jangan lupa selitkan 'magnet' akhlak supaya sahabat handai kat sekeliling turut pulang kepada fitrah yang suci.
Persiapan menyambut Ramadhan?
Bagi yang nak rasa penghayatan Ramadhan, boleh je sediakan checklist-checklist sebagai persiapan. Contohnya borang mutabaah amal, tabung palestin dan tabung sedekah, borang hafazan, borang hafazan hadis, bagi seorang murabbi pula, sediakan juga borang ziarah mad'u, dan sebagainya. Alhamdulillah walaupun persiapan last minute, sempat juga rancang aktiviti-aktiviti tarbiah. Bila tengok planner, MasyaAllah, hampir setiap minggu. Moga Ramadhan kali ni betul-betul bawa diri ke dimensi tarbiah dan dakwah yang sebenar. Buat seluruh sahabat-sahabat (serius tak tipu Qamarul rindu sangat kat kawan-kawan dia, lebih-lebih yang pernah bentuk diri dia sampai jadi acuan tarbiah dan dakwah untuk ummah), ana nak ambil kesempatan ni nak mohon maaf sangat-sangat sepanjang perkenalan. Beri ana peluang untuk islah diri yang pada hakikatnya masih banyak karat mazmummah yang belum dikikis lagi.
Salam Ramadhan - Mus'ab ibn 'Umair - Umar Al-Mujahid - Qam -
///banner Ramadhan tak sempat nak buat, video promote ni je la sebagai ganti. :)