Deep Tarbiyyah, and Expand

Monday, September 26, 2011

Kasih Ayah (Cerpen)

Bismillahirahmanirahim. As requested. Untuk "FA" yang request ana untuk buat cerpen tentang Ayah vs Muslimah. 

Solehah mengeluh kecil sesudah majlis pengebumian bondanya, bukan kerana memikirkan nasibnya yang kini bergelar anak yatim namun kerana sedih kerana kelibat ayah masih tidak kelihatan sepanjang majlis berlangsung. 

‘Kenapa ayah langsung tak ambil berat tentang ibu hinggakan ibu pergi buat selama-lamanya pun ayah tak kisah’ keluh hati Solehah. 

“Sabar la ukhti, kalau ana jadi anti pun ana pun sedih. Semua ada hikmah, berdoalah. Mungkin Allah nak uji keikhlasan anti sebagai anak yang wajib patuh pada ayahnya” Solehah senyum tawar. Sekadar meraikan Nurul yang tak pernah jemu memberi nasihat buatnya untuk dia terus tabah hidup di dunia. 

Senja menutup tirai, malam mengambil tempat. Solehah baru sahaja ingin melelapkan mata namun dikejutkan dengan bunyi hempasan pintu di bilik ayahnya. Tubuhnya lemah, keringatnya berkurang dek melayan tetamu yang datang bersilih ganti mengucap takziah atas kepermegian bondanya, Puan Aisyah disebabkan kemalangan ketika hendak ke pejabat. 

“Aisyah! Mana kau? Aku haus ni, kau tak tahu berapa banyak aku kalah hari ni!” Jerit ayah dalam keadaan mabuk. Serentak air mata Solehah mengalir hangat di pipi. Digagahkan juga tubuh mendapatkan ayah. Solehah membawa segelas air kosong untuk ayah. 

“Ayah, ibu dah meninggal. Kenapa ayah tak angkat call akak? Ayah ke mana satu hari sampai malam baru balik?” Tersedu-sedan Solehah mengungkap kata sambil menghulur air untuk ayah. Ayah menyambut kasar air yang diberi Solehah dan terus meneguk tanpa menghiraukan soalan dari anaknya. 

 “Kau diam! Kau pun sama macam mak kau. Apa kau dapat pergi majlis agama semua tu? Ustaz ustazah tu boleh bagi kau duit ke? Bagus mak kau dah mampus. Yang kau ni pula merengek macam budak kecil buat apa? Sia-sia aku besarkan kau!” Tempelek ayah sambil melempar cawan tepat ke muka Solehah. Solehah hanya diam membisu sambil menahan sakit. Sakit di hati tentunya lebih pedih, namun dipadamkan dengan istghfar. Solehah tidur dalam tangisan. Sudahlah ibu tempat bermanja pergi selama-lamanya, dihina ayah pula kerana cuba mencari cinta Sang Pencinta. 

 Pagi-pagi lagi ayah sudah tiada. Entah bila ayah keluar dari rumah Solehah pun tak tahu. Mungkin ayah terlalu berang malam tadi hingga keluar meninggalkan rumah. Sesudah bersarapan, Solehah termenung jauh mencari ruang dan peluang untuk memimpin kembali ayahnya. Dia juga tidak lupa mendoakan kesejahteraan ayahnya. Sebagai anak, tanggungjawab mendahulukan ibu bapa lebih diutamakan. 

 “Assalammualaikum!” Terkejut Solehah sekaligus memadam menungannya. Solehah menyambut salam. Pintu utama dibuka. Iras yang tawar penuh berduka hilang apabila melihat Nurul, Azura, Liyana, Illyani, Yani, Asyhikin, dan Halimatun tercegat di muka pintu. Pelukan mesra seorang demi seorang dihulur. Ucapan takziah juga diberikan kepada Solehah. Baharu Solehah teringat yang mereka ada liqa’ pada setiap hari Rabu. Kebetulan, giliran ziarah ke rumah Solehah jatuh pada hari itu. Nurul sebagai mas’ulah membuka majlis dengan doa dan zikrullah. 

“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wa nastaghfiruhu wa na’uudzubillahi min syuruuri anfusinaa wa min sayyiati a’maalinaa may yahdillaahu falaa maudhillalahu wa may yudh-lil falaa haa diyalah, Asyhadu alla ilaaha ilaloohu wahdahu laa syariikalah, wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rosuuluhu laa nabiyya ba’dah. Allahumma sholli wasalim wa baarik ‘ala muhammadin wa ‘ala aaalihi wa ash-haabihi ajma’iin, amma ba’du. Segala puji milik Allah. Kami memohon pertolonganNya, dan mohon ampun kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku dan keburukan amalku. Barang siapa yang diberi petunjuk Allah maka tidak ada siapapun yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada siapapun yang dapat menunjukinya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mengesakanNya dan tidak mempersekutukanNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya, tidak ada nabi setelah dia. Ya Allah, berikan selawat, salam dan kebaikan atas nabi Muhammad, keluarganya, dan sahabatnya. Amin ya rabbal alamin.” 

Lancar Nurul membaca doa sebagai penyeri liqo’ mahabbah mereka sementara yang lain tunduk mengaminkan doa yang dibaca Nurul. “Assalammualaikum wbt wahai kekasih-kekasihku yang dicintai. Apa khabar iman? Apa khabar diri? Apa khabar akal? Moga semuanya sihat sejahtera, InsyaAllah. Seperti yang kita sedia maklum, ibu kepada Solehah baru sahaja pergi menghadap Illahi. Oleh itu, mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepadanya. Moga-moga amal beliau diterima Allah.” 
Deruan al-Fatihah bergema dan semestinya Solehahlah orang yang paling merasa betapa sedihnya berpisah dengan bonda tercinta. 

“InsyaAllah hari ini ana akan mengupas serba sedikit mengenai kematian. Bagi yang baru dengar, ambillah ia sebagai ilmu. Bagi yang pernah dengar, anggaplah ia sebagai peringatan. Sesungguhnya kita sebagai insan amat mudah lupa. Mati atau kematian membawa maksud berpisah antara jasad dan roh dari alam dunia ke alam barzakh. Setiap makhluk di dunia ini pasti menghadapi mati termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan dan semua ciptaan Allah. Memang dah ditetapkan sejak azali lagi date line kita, cuma kita sahaja yang tak tahu bila. Oleh itu, persiapkanlah diri menuju kematian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, orang yang paling cerdik di antara kamu ialah orang yang paling banyak mengingat mati. Maha Suci Allah. Dalam sungguh makna hadis ini. Ia secara tak langsung memotivasikan diri kita untuk sentiasa mengingati saat kematian, maka kita akan sentiasa mengawasi setiap tingkah laku diri kita supaya sentiasa tidak berbuat maksiat dan dosa.” 

Nurul menghuraikan dengan penuh penghayatan. Bagi dia, untuk menyampaikan Islam hatta melalui penulisan dan penyampaian, perlulah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh berhikmah. Ucapan tahmid dan istighfar bergema di bibir. “Siapa yang boleh simpulkan dari apa yang telah ana sampaikan hari ni?” Serentak, semua tangan naik ke atas kecuali Solehah yang kelihatan masih berfikir dengan mendalam apa yang telah disampaikan Nurul sebentar tadi. 

“Illyani, anti cuba simpulkan boleh?” “InsyaAllah. Sebagai kesimpulannya, kita kena sentiasa persiapkan diri kita dengan amal soleh supaya kita bersedia apabila berhadapan dengan sakaratul maut kelak. Janganlah kita terjebak dengan penyakit cintakan dunia dan takut mati kerana ia tidak akan memberi manfaat langsung untuk kita. Kita juga perlu teruskan hidup bila orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya kerana dia baru sahaja dihidupkan ke alam yang lain.” Penuh bersemangat Illyani menyimpulkan ilmu yang dibincangkan pada hari ini. Solehah yang sedari tadi diam mengangkat tangan mahu berkongsi masalah. 

“Alhamdulillah, terima kasih semua sebab bantu pulihkan semangat ana. InsyaAllah ana akan teruskan hidup. Hmm cuma ana risaukan ayah ana. Ana buntu nak bantu ayah ana sebab semakin hari perlakuannya semakin liar.” Mata Solehah kembali hangat mengalir. Lopak air yang bertakung di mata ditahannya sedaya mungkin. Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya di depan sahabat-sahabatnya. Namun akhirnya deraian air mata mengalir juga di pipi. Sahabat-sahabat yang lain juga turut mengalirkan air mata kerana sedih berkongsi rasa dengan Solehah. 

 “Sabarlah ukhti, ujian yang berat untuk orang yang hebat. Anti sangat hebat!” Halimatun cuba menenangkan Solehah. 

***

“Hoi Malik! Hutang lama kau belum lunaskan, ada hati nak main lagi?” Serentak ayah Solehah disepak terajang. Dan akhirnya Solehah yang menjadi mangsa amukan ayahnya di rumah. Hari-hari Solehah dilalui dengan penuh derita. Solehah dituntut untuk taat pada orang yang selalu menderanya atas nama ayah. 

“Aku dengar bini kau dah mati. Mana kau nak cari duit lepas ni? Setahu aku, emas-emas bini kau semua kau dah pajak untuk bayat bunga. Banyak lagi hutang kau ni Malik.” 

Herdikan Razak membuatkan Malik bertambah berang. “Kau kan ada anak perempuan, apa kata kau serahkan sahaja anak kau pada aku, biar aku lacurkan dia, lepas tu hutang langsai. Apa kata?” Cadangan Razak terngiang-ngiang di kepala Malik sewaktu hendak pulang ke rumah. 

“Hoi, bukan ke ustazah kau selalu pesan untuk taat perintah orang tua? Aku nak esok kau ikut aku jumpa Razak, aku nak kau ikut dia lacurkan diri kau untuk bayar balik hutang aku kat dia. Kalau kau tak ikut, nahas kau!” 
Solehah yang sedang belajar di rumah tiba-tiba disergah ayah dari belakang. Sambil menampar Solehah, ayah menghunus pisau di leher Solehah sambil mengugut membunuhnya sekiranya Solehah tidak ikut apa yang diperintahkannya. Solehah yang dalam keadaan ketakutan tak tahu apa yang harus dilakukannya. Segera dia menghubungi Nurul. Dalam esak tangisan Nurul cuba sedaya upaya menenangkan Solehah yang masih dalam ketakutan. 

“Macam ni, malam ni juga ana datang ambil anti, biar ana lindungi anti selagi termampu. Pastikan dulu ayah anti tidur. Mudah untuk anti loloskan diri.” Ayah yang menonton television di ruang tamu tak lepas dari botol-botol arak yang bersepah di ruang tamu. Oleh kerana terlalu mabuk, ayah tertidur di ruang tamu. Solehah mengambil kesempatan itu untuk keluar perlahan-lahan dari rumah bagi menyelamatkan dirinya. Nurul telahpun siap sedia menunggu Solehah di pagar rumah. Malam itu, Solehah tidur di rumah Nurul. Solehah tak henti-henti bermunajat kepada Allah supaya tunjukkan jalan keluar baginya. 

Keesokan paginya, Malik mengamuk tak tentu hala kerana menyedari anaknya telah lari dari rumah. “Bangsat! Matilah aku macam ni” 
Malik terus berjumpa Razak menceritakan apa yang telah berlaku. Razak tak berpuas hati dan Malik dibesalah semahunya. 

 “Kau nampak penukul ni? Ni sebab kau tipu aku cakap anak kau lari” Kepala lutut kanan Malik diketuk sekuat hati. 

“Ni pula sebab kau tak reti nak bayar hutang aku” Kepala lutut sebelah kiri pula dihentak sekuat-kuatnya. Menjerit Malik menahan kesakitan. 

Kini Malik terdampar lemah. Dia sudah tidak lagi mampu berdiri. Kepala lututnya pecah dipukul Razak dengan penukul. Dalam kesakitan, Malik dikejarkan ke hospital dengan bantuan orang ramai yang turut menyaksikan kejadian tersebut. 

Doktor Farhan yang ditugaskan merawat Malik bertungkus lumus memberikan rawatan terbaik untuk Malik. Malik hanya diam menahan sakit. “Encik Malik, saya minta maaf, encik terpaksa menjalani pembedahan untuk mengganti balik kepala lutut encik yang sudah pecah ini. Dan kos pembedahannya sangat mahal.” Malik tersentak dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Linangan air mata terus berderai di pipi. Itulah tangisan pertama Malik sejak sekian lama tidak menangis. Malik menangis semahu-mahunya. Doktor Farhan menenangkan Malik dengan memberi kata-kata rangsangan. 

“Semua ni mungkin teguran daripada Allah. Encik tak boleh berputus asa. Dia sentiasa ada untuk encik. Dia yang izinkan encik jadi macam ni, Dia juga yang akan beri izin pada encik untuk pulih seperti sedia kala. Cuma encik kena letakkan betul-betul pengharapan terhadapNya. Banyakkanlah berdoa.” 

Sesungguhnya Allah lah yang memegang hati manusia, dan Dia jugalah yang membolak balikkannya. Kini hati Malik disirami hidayah Allah. Malik menyesal atas perbuatannya dulu. Dia ingin kembali ke pangkal jalan. Serentak Malik teringatkan anak gadisnya yang hilang entah ke mana. Malik turut teringatkan arwah isterinya yang baru sahaja meninggal. “Dulu Asyikin dan Solehah selalu ingatkan saya, tapi saya tak nak dengar malah saya memarahi mereka. Sekarang isteri saya dah meninggal, anak saya lari entah ke mana. Semua silap saya. Doktor, terima kasih sedarkan saya tentang semua ni.” Doktor Farhan senyum meraikan Malik. “Sebenarnya Allah lah yang telah membuka pintu hati encik. Saya Cuma jalankan tugas saya sebagai seorang doktor yang merawat encik sahaja. Encik berehatlah dulu, tenangkan fikiran.” 

Malik memejamkan mata. Malik bermimpi berada di suatu jalan yang lurus. Dia tak tahu apa yang hendak dilakukan. Malik berlari ke penghujung jalan namun penghujungnya tidak kelihatan juga. Malik kepenatan, dia berehat sebentar dan teruskan lariannya ke penghujung jalan. Tiba-tiba Malik tersedar. Malik ingin sekali melakukan solat sunat tahajud. Dia menekan butang kecemasan untuk memanggil nurse yang bertugas untuk membantunya mengambil wuduk. Baru sahaja Malik ingin ke tandas untuk mengambil wuduk, azan Subuh berkumandang. Malik menangis teresak-esak. “Kenapa aku berhenti rehat tadi?! Cuba kalau aku terus berlari, tentu aku dah selesaikan solat sunat tahajud tadi!” Malik menghukum diri. Di sebabkan kejadian itu, Malik tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajud. 

Malik sentiasa mencari kekuatan di sepertiga malam untuk kembali meraih cinta dari yang Esa. Malik juga tidak putus-putus berdoa untuk menemukannya semula dengan Solehah. Malik ingin meminta maaf kepada Solehah atas keterlanjurannya selama ini. Dia sedar dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ayah terhadap Solehah. Doktor Farhan juga selalu membantu Malik memulihkan semangatnya.
“Angah, di hospital tadi kan, ada seorang pesakit abang ni, pilu sangat suasananya. Dia dulu jahil sangat tentang agama, hinggakan suatu hari dia dipukul kerana kalah berjudi. Siapa sangka, kerana kejadian itu lah Allah memberi hidayah kepadaNya. Sekarang dia benar-benar dah bertaubat. Dia perlukan rawatan untuk pembedahan dia tapi dia tak ada waris. Anaknya lari dari rumah sebab dia pernah nak melacurkan anaknya demi membayar hutang judi yang tertunggak tapi anaknya lari entah ke mana.” 

Nurul terkejut dengan apa yang diluahkan abangnya. Terus Nurul menghubungi Solehah yang berada di Baitul an-Nisa’, rumah yang disewanya sebagai markas untuk segala gerakan dakwah bersama sahabat-sahabatnya. Tatkala Solehah mendengar apa yang diceritakan Nurul, dia terus sujud syukur. Akhirnya penantian Solehah selama ini tidak sia-sia. Allah telah mengabulkan doanya berkat kesabaran dan ketaatan Solehah sebagai anak terhadap ibu bapanya. Nurul telah membuat suatu perjumpaan tergempar bersama mad’u-mad’unya untuk membincangkan perihal kos rawatan yang diperlukan untuk rawatan ayah Solehah.

Akhirnya mereka bersepakat untuk mengutip sumbangan kepada mad’u masing-masing. Azura bertanyakan mad’u-mad’unya dalam halaqah tentang sumbangan. Ardini, Syazwin, Syafina nampaknya bersemangat untuk turut menghulurkan sumbangan. “Nanti ana cuba tanya abang ana, dengarnya kambing-kambing abang ana semuanya dijual untuk satu kenduri aqiqah.” Ucap Ardini. Ardini segera pergi ke rumah abangnya, Nazrin untuk berceritakan masalah yang menimpa keluarga Solehah. “Encik Malik tu ye, doktor Farhan ada cerita kat abang semalam. InsyaAllah duit hasil jualan kambing-kambing abang ni abang hulurkan sedikit untuk meringankan beban encik Malik.” 

Tepat selama 2 minggu, kutipan terkumpul mencecah puluhan ribu ringgit. Lebih dari cukup untuk menampung kos pembenadahan encik Malik. Solehah bercadang, baki dana terkumpul ingin diberi pada ayahnya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Malik masih lagi berharap bantuan akan muncul. Tahajudnya kepada Allah semakin menjadi-jadi. 

 “Assalammualaikum ayah. Maafkan akak sebab tinggalkan ayah.” Solehah memeluk ayahnya yang terlantar di katil hospital. Sahabat-sahabat Solehah turut berada ketika itu. Suasana sayu menghimpit jiwa. 

“Ayah minta maaf nak, ayah janji ayah berubah selepas ni” Raungan ayah jelas kedengaran. “Tak pa ayah, akak dah lama maafkan ayah. Ayah tetap ayah akak. Doktor Farhan dah cerita segala-galanya pada kami. Doktor Farhan abang kepada naqibah akak. Kami dah pun kumpulkan dana untuk bantu pembedahan ayah.” Lembut Solehah menutur bicara. 

Dan pada akhirnya, pembedahan selamat dilakukan. Ayah Solehah kini telah betul-betul berubah. Tahun berganti tahun, ayah Solehah telah membuka perniagaan kecil-kecilan menternak ikan keli. Solehah kini telah berkahwin dengan doktor Farhan dan telah mendapat anak kembar. Mereka kini hidup bahagia. Ayah Solehah telah pergi menghadap Illahi sewaktu dalam perjalanan untuk solat Subuh di masjid.

P/S: Nama watak tiada kena mengena antara yang hidup atau sudah meninggal dunia.
P/S2: Minta komen dan teguran untuk penambah baikan

Saturday, September 24, 2011

Cerpen Ringkas Untuk Adik

Bismillah,
Tadi adik yang bongsu request untuk buat cerpen untuk dia, tema cerpen dia nak keusahawanan. Jadi, mula la karang cerpen, Alhamdulillah siap juga akhirnya. Mohon feedback. Lama dah tak mengarang. NotaKaki, yang part last-last tu sangat mengarut. =,=''

Ardini's Cookies


Ayam berkokok menandakan fajar mula mengintai bumi. Ardini menahan kuap ketika hendak menunaikan solat Subuh berjemaah bersama keluarganya di rumah. Ibu selalu pesan supaya tidak tidur sesudah Subuh kerana rezeki tidak akan datang singgah. Oleh itu, Ardini sentiasa menghabiskan masa dengan membaca al-mathurat sesudah Subuh. Setelah membersihkan diri, Ardini bersiap untuk ke sekolah. Ardini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hicom dan dia berada di tahun empat.

“Kringggggg” Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Ardini bergerak menuju ke kantin bersama Amalina, sahabat baiknya.

“Awak tak makan ke hari ni Ardini?”

“Tak, saya nak habiskan dulu jual biskut coklat ni. Awak pergi lah makan dulu ye.”

“Takpe la, biar saya teman awak jual biskut coklat ni ye”

Begitulah rutin Ardini di sekolah, gigih menjual biskut coklat kepada sahabat-sahabatnya. Kadang kala, Amalina turut membantu Ardini melariskan biskut coklatnya. Biskut coklat Ardini cukup popular di sekolah hinggakan terdapat beberapa orang cikgu sering kali menempah biskut coklat pada Ardini. Ardini cukup gembira dengan jualannya yang semakin hari semakin berkembang umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Ardini juga tidak lupa pesan ibu supaya melazimkan diri untuk buat solat sunat Dhuha. Kata ibu, bila seseorang itu selalu buat solat sunat Dhuha, rezeki senang melimpah.

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, kecantiknya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, perlindunaganMu. Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang Soleh. Amin Ya Rabbal alamin”

Begitulah doa yang selalu Ardini baca sesudah menunaikan solat sunat Dhuha. Di sekolah Ardini sibuk menjual biskut coklat, manakala di rumah, Ardini selalu membantu kakaknya Shahireen menjual serbuk mashed potato di kedai yang disewa kakaknya. Biskut coklat Ardini turut dijual di situ.

Walaupun sibuk menjual biskut coklat, Ardini tidak melupakan pelajaran kerana dia tahu agenda dirinya untuk menjadi seorang pelajar yang hebat dalam pelajaran. Ardini telah pun membuktikan pada semua bahawa kesibukan menjual biskut coklat tak mengganggu pelajarannya kerana dia merupakan pelajar cemerlang di sekolah. Keputusan peperiksaannya sangat membanggakan guru-guru di sekolah. Ardini bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan biskut coklat yang berjaya. Minat dalam bidang perniagaan telahpun sebati dalam diri Ardini. Ardini selalu menjadikan Rasulullah sebagai idolanya kerana Rasulullah juga seorang peniaga. Nama-nama seperti Saidatina Khadijah, Abdul Rahman bin auf dan lain-lain sering kali meniti di bibir Ardini sebagai penguat semangat untuk terus bergiat dalam dunia keusahawanan.

Namun, di sebalik kejayaan Ardini, rupa-rupanya terdapat juga orang yang tidak senang dengan apa yang dikecapi Ardini. Dialah Diana yang juga turut menjual kek batik di sekolah. Walau sekeras mana usaha Diana, Diana tidak mampu menandingi hasil jualan Ardini yang sangat maju ke hadapan.

“Aku geram betul lah dengan Ardini, dia pakai bomoh agaknya nak lariskan hasil jualan dia!”
Ngomel Diana pada Rozana, sahabat baiknya.

Suatu hari, Ardini menjual biskut coklatnya seperti biasa, tiba-tiba Ardini mendengar suara Hashimah yang menjerit selepas membeli biskut coklat Ardini. Ardini bergegas kepada Hashimah kerana ingin mengetahui apa yang sedang berlaku.

“Awak tak apa-apa ke Hashimah? Kenapa?” Tanya Ardini kepada Hashimah yang kelihatan pucat dan takut. “Kau ni pengotor lah Ardini! Masa aku nak makan biskut kau tadi, aku ingat bintik-bintik atas biskut kau tu cokelat, rupa-rupanya taik cicak! Lepas tu ada cicak melompat keluar dari paket biskut kau. Aku tak nak beli lagi biskut kau!”

Serba salah dibuatnya. Ardini betul-betul bingung dengan apa yang telah berlaku. Setahu dia, sewaktu membuat biskut coklat bersama ibu, aspek kebersihan merupakan perkara pertama yang dititik beratkan kerana dia sendiri tak suka sesuatu yang kotor. Pesanan ibu supaya sentiasa menjaga kebersihan sebagaimana Rasulullah yang sentiasa dalam keadaan bersih sering menjadi iktibar buat Ardini untuk terus menjadikan kebersihan sebagai syarat utama dalam berbuat sesuatu. Lagipun, bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Berita tentang biskut coklat Ardini yang dicemari taik cicak menjadi perbualan hangat di sekolah. Kadar jualan biskut coklat Ardini semakin merosot. Ramai pelanggan yang lari kerana beranggapan Ardini seorang yang pengotor. Hal ini telah membuatkan jualan kek batik Diana terus meningkat dengan mendadak. Tersenyum puas Diana apabila mengetahui Ardini telah gagal dalam perniagaannya.

 Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Walaupun cuba banyak kali untuk menyelamatkan perniagaannya, Ardini tetap gagal mempertahankan reputasinya dulu. Hal ini sekali gus member impak dalam pelajaran Ardini. Ardini benar-benar berasa kecewa dengan apa yang telah berlaku.

Biskut tak laris berteman tangisan,
Dihina orang parah lukanya.
Sabarlah hati hanya ujian,
Kelak pasti dibalas redhaNya.

Bila jatuh bagai ditindih,
Mencari teman pinta simpati,
Aduhai hati mengapa bersedih,
Tabahkan diri tempuh realiti.

Sempat Ardini mengarang pantun melayan gundah perasaannya itu.

Suatu hari, Ardini terlupa yang dia perlu hadir ke mesyuarat kelab usahawan muda yang diadakan setahun sekali di sekolah. Ardini berlari-lari anak ke dewan besar sekolah untuk turut hadir ke mesyuarat yang penting itu. Tiba-tiba Ardini ternampak Rozana yang juga berlari-lari anak terlanggar dengan Hashimah, mereka terjatuh, Hashimah terseret hingga hampir-hampir jatuh ke longkang.

Ardini cekap memaut tangan Hashimah daripada jatuh ke longkang. Hashimah berjaya diselamatkan. Dia menangis teresak-esak di hadapan Ardini dan Rozana. Rozana hanya tunduk membisu.

“Err, Ardini, terima kasih kerana menyelamatkan saya.”

“Tidak mengapa, dah jadi tanggungjawab saya, Rasulullah pesan, Muslim sesama Muslim yang lain itu kan bersaudara. Mana mungkin saya sanggup lihat saudara yang jatuh longkang.”

Tangisan Hashimah bertambah kuat. Rozana yang sejak tadi berdiam diri terus memeluk Ardini.

“Ardini, maafkan kami, sebenarnya kami lah yang memasukkan cicak dalam bungkusan biskut coklat Ardini hari tu.”

Ardini tergamam dengan apa yang didengarnya. Hatinya menahan sebak bercampur marah. Pesan ibu terus menerjah di minda. Ibu selalu pesan kepada Ardini supaya sentiasa memaafkan kesalahan orang kerana itu perbuatan mulia. Setiap kali sebelum tidur, Ardini akan memaafkan semua orang. Akhirnya Ardini tersenyum.

“Tak mengapa, mungkin Allah hendak menguji keikhlasan saya dalam berniaga.”

Mereka terus bergegas bersama-sama ke mesyuarat di dewan besar. Diana begitu terkejut apabila ternampak Ardini masuk ke dalam dewan ditemani Rozana dan Hashimah. Darah terus memecut ke muka Diana. Bulu rongganya meremang. Berani kerana benar, takut kerana salah. Rozana sebagai setiuasaha agung telah mempengerusikan mesyuarat pada kali ini.

“Bismillahirahmanirahim, saya ada satu pengakuan nak dibuat. Sebenarnya kes tentang biskut coklat Ardini yang dicemari cicak itu hanyalah satu propaganda untuk menjatuhkan Ardini. Sebenarnya Ardini tak bersalah.”

Dewan menjadi gamat. Suara-suara mula bergema. Semua tertanya-tanya siapakah yang telah mengkhianati Ardini. Ardini tercari-cari seseorang di dewan. Akhirnya dia terjumpa orang yang dicari. Diana sedang duduk murung.

“Assalammualaikum, boleh saya duduk sebelah awak?”

“Hmm”

“Diana, sebenarnya saya dah tahu apa yang berlaku. Takpe, awak jangan risau, saya tak marah awak, malah saya akan jaga aib awak sebaik mungkin.”

Menitis air mata Diana kerana begitu bersalah terhadap Ardini, egonya telah runtuh berkecai. Ardini telah menunjukkan akhlak yang begitu mulia kepadanya.

“Saya.... minta...... maaf....... Ardini....”

Sepatah-sepatah Diana menutur kata. Ardini hanya tersenyum. Ketika itu, sesi cadangan sedang berlangsung. Ardini mengangkat tangan menandakan dia ada cadangan untuk dikemukakan pada mesyuarat kali ini.

“Saya nak cadangkan supaya saya dan Diana beserta sesiapa sahaja yang nak turut serta untuk mewujudkan gerai kecil di kantin sekolah untuk kami berniaga.”

Cadangan Ardini diterima. Pada minggu hadapannya, suatu gerai kecil telah tersedia di kantin sekolah. Ardini, Diana, Amalina, Rozana dan Hashimah menjadi peneraju utama gerai kecil di kantin sekolah itu. Perniagaan mereka bertambah maju, gerai yang kecil bertambah besar dan akhirnya mereka telah berjaya menawan kantin sekolah. Tander kantin telah diberikan kepada kakak Ardini. Hubungan mereka bertambah rapat.

Tahun berganti tahun. Kini Ardini telah berjaya membuka kedai biskut coklat bernama Ardini’s Cookies. Ardini kini sedang merasmikan pembukaan cawangannya yang ke 90 di Sabah. Kini cawangan Ardini’s Cookies telah berada di seluruh tanah air. Manakala Diana pula telah menjadi seorang chef yang terkemuka di Malaysia dengan resepi istimewanya, Kek Batik Special telah menjadi popular di seluruh dunia hinggakan pelancong-pelancong asing begitu gemarkannya. Begitu juga dengan Rozana, Hashimah dan Amalina yang telah menjadi rakan kongsi dan membuka sebuah restoran di ibu kota. Mereka sama-sama bahagia dengan perniagaan masing-masing yang semakin popular di dunia. Ardini juga tidak lupa melawat abang dan kakak iparnya yang sama-sama berjaya menjadi penternak kambing sebagai kerja sampingan. Kini ladang kambing abangnya yang bernama ‘The Beng’s Farm’ telah menempatkan beribu-ribu ekor kambing. Kata abang, kalau nak berjaya, tak kira la nak tulis cerpen atau jadi usahawan. Kena mula dengan niat yang ikhlas, jangan lupa juga untuk berusaha kerana usaha tangga kejayaan.

TAMAT =D

Friday, September 23, 2011

Aku Dah Tahu Apa Aku Nak Tulis

Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum.
Lama rasanya tak menulis, sibuk dengan membaca disebabkan tengah musim imtihan. Semestinya menuntut perhatian yang lebih khusus terhadap pelajaran.

Ketika berlakunya huru hara di bumi Makkah apabila panglima Abrahah hendak memusnahkan kaabah, dia telah merampas sejumlah besar unta milik Abdul Mutalib, datuk Rasulullah. Suatu peristiwa yang cukup membuatkan panglima Abrahah tersentak apabila Abdul Mutalib datang berjumpa dengannya lalu meminta kembali unta yang dirampas tentera bergajah. Masakan tak tersentak, tentera bergajah datang ingin memusnahkan kaabah tapi Abdul Mutalib, seorang pemuka ketika itu beranikan diri berjumpa panglima Abrahah semata-mata nak tuntut unta.

Panglima : Aku datang nak serang kaabah! Kau datang kepadaku semata-mata ingin bercerita mengenai unta?

Abdul Mutalib : Kaabah tu Allah yang jaga, unta yang kau rampas tu, aku yang jaga. Jadi aku datang nak pertahankan untaku bukan kaabah kerana Allah yang akan pertahankannya.

Mungkin dialog ni tak berapa penting. Tapi intipatinya sangatlah mendalam.

Lihat pula kisah bapa saudara Rasulullah, Abu Talib yang bermati-matian melindungi baginda. Namun, tetap mati dalam keadaan kafir.

Ramai orang percaya bahawa Allah itu ada. Tapi tak ramai yang mengakui kewujudanNya.
Ramai orang mengakui kewujudanNya. Tapi tak ramai yang menjalankan syariatNya.
Akhirnya, mati dalam keadaan tidak beriman.

Nauzubillah min zalik.

Janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan beriman. Hadis Rasulullah yang sangat mahsyur.
Amat gementarlah hati-hati yang sudah boleh berbicara.

Lihat pula kisah sahabat Rasulullah, Tha'labah bin Abdul Rahman yang menggigil ketakutan atas ketidak sengajaan beliau berbuat dosa hingga akhirnya meninggal dunia dan majlis pengebumiannya dihadiri ribuan malaikat hingga Rasulullah sendiri susah untuk bergerak.

Kita pula bagaimana?

Seronok bila berada dalam suasana tarbiyyah, namun bila diuji sedikit, mula melenting tak tentu pasal. Habis semua orang dibambunya. Persoalannya, sempurnakah tarbiyyah diri kita?

Para sahabat juga berada dalam situasi yang sama. Bila bersama Rasulullah, ibarat syurga depan mata. Namun bila jauh dari Rasulullah, kembali kepada perangai lama.

Di situ sebenarnya ujian bermula. Sedang berusaha meningkatkan motivasi diri. 

Janganlah jadikan segala bentuk ujian sebagai alasan untuk kita tinggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah. 
Sekali dakwah tarbiyyah terhenti, binasalah dunia.
Tapi aku tak berani jamin aku akan kekal selama-lamanya dalam landasan ni. Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia. Sedangkan seorang huffaz pun boleh murtad. 

Jangan ingat dah commit dengan usrah, dah fullfill segala wasilah tarbiyyah, dah hidup dalam jemaah, dah sibuk dengan dakwah; hidup anda dah dijamin syurga. Panjang lagi perjuangan. Teringat kisah si fulan yang hidupnya hanya beribadah, dan bila ditimbang amalannya hanyalah sebesar bola mata.

Akhir sekali, tarbiyyah itu proton, dakwah itu electron, nadi itu neutron. Sentiasa berdenyut selagi masih hidup. Wallahua'lam

ok, penulisan kali ni tak berstruktur. Hanya sekadar ingin menulis.

Tuesday, September 13, 2011

Buat Para Daie

Apabila anda memilih untuk berada di atas jalan Dakwah dan Tarbiyah, bermakna anda telah memilih untuk memikul tanggungjawab berat iaitu memikul Islam itu sendiri. 

Apabila anda memilih untuk memikul tanggungjawab itu, bermakna anda telah memilih untuk menginfakkan diri anda untuk Islam.

Jadi, janganlah jadi fitnah pada Islam itu sendiri.

Saturday, September 10, 2011

Berjalan Andai Tak Mampu Berlari

Bismillah
Suatu hari ana didatangi oleh seorang sahabat, sambil marah-marah dia cakap:

"Yang paling labuh tu la yang paling buruk perangai!"

Tergamam dibuatnya. The rest is history...


Sedikit terkilan dengan apa yang berlaku sehingga sang sahabat mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Lebih-lebih lagi kenyataan itu didengari ramai dan secara tak langsung menjadi bahan perlian. 

Persoalan yang berlaku di sini, apakah puncanya hingga jadi macam ni?

Mari analisa bersama. Teori yang dikemukakan oleh Albert Mehrabian mengatakan bahawa, pakaian memainkan peranan dalam mengubah persepsi manusia. Dalam konteks ini, kebiasaannya mereka yang membawa imej Islam (berkopiah, berserban, bertudung labuh, berniqab dan sebagainya) merupakan orang yang baik, soleh, solehah, boleh dipercayai dan sebagainya. Buktinya, lihatlah keadaan sekeliling, jika ada yang berkopiah akan dianggap 'ustaz' dan tak kurang juga label yang diberikan pada kaum hawa dengan panggilan 'ustazah'. Walaubagaimanapun, ini hanyalah teori yang dihasilkan melalui pemerhatian dan pemikiran manusia yang sangat terhad. Ia disebut sebagai 'maklumat' sedangkan Islam mengajar umatnya untuk berfikir dan memerhati dengan menghubungkaitkan dengan syariat melalui al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber primier. Itulah yang dinamakan dengan 'ilmu'. Bersepadu. Ilmu dan maklumat sesuatu yang berbeza.

Cukup dengan selingan, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:

Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI. 
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sabda Baginda inilah yang telah mematahkan hujah dan teori yang pelbagai. Seseorang yang berkopiah dan bertudung labuh tidak semestinya baik. Semuanya bergantung pada hati. Baik hatinya, baiklah akhlaknya. Baik akhlaknya, baiklah penampilannya. Sesungguhnya hati merupakan cerminan iman.

Bila bersembang dengan beberapa sahabat, dapatlah ana simpulkan apa yang berlaku mungkin berpunca  disebabkan ingin berubah dengan cara yang  extreme .

Falsafah yang ingin ana kongsikan, 

Jika tak mampu berlari, cukuplah dengan berjalan. Asalkan tarbiyyah terus berjalan.

Tarbiyyah itu halus seninya. Memerlukan sentuhan yang sangat lembut. Ibarat tarik rambut dalam tepung, tepung tak selerak, rambut tak putus. Barulah sempurna.

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Percayalah, nak berubah perlukan sentuhan yang halus berseni supaya ianya selari dengan perubahan yang dilakukan. Pengalaman mendewasakan kehidupan.

Tak perlu pun nak terburu-buru dalam mengejar perubahan. Bukankah terburu-buru itu cebisan jahiliah?

Ya, ana faham hasrat hati ingin melihat kejayaan dalam perubahan. Takut tak sempat dan sebagainya. Teringat ana dengan bait mutiara dari as-Sayyid Syed Qutb:

Jika aku ingin melihat perjuangan ini berjaya, nescaya aku tidak akan hidup pada hari ini.

Mengapa tidak mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah? Kaum kafir Quraisyh begitu gentar dengan semangat jihad dalam diri para sahabat ketika di medan perang. Antara MENANG atau SYAHID. Ini yang menjadikan semangat jihad mereka marak menyala. 

Fenomena sekarang? Menyaksikan mereka begitu semangat untuk menang tetapi terlupa akan syahid. Implikasinya, perjuangan semakin marak menyala hingga membakar diri! Tiada kualiti dalam proses pengislahan diri. Akhirnya menjadi fitnah pada diri, pada sahabat, dan paling penting pada agama. Nauzubillah min zalik!

Syukur Allah telah lembutkan hati kita untuk berubah menjadi lebih baik. Mulakan langkah pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Tak perlu terburu-buru. Cukuplah sekadar yang termampu. Susunlah mutabaah amal dengan sebaiknya. Upgrade dari masa ke semasa. InsyaAllah perubahan itu mampu berlaku. 

Lembutkan hati dengan renjisan zikrullah dan kalamullah. Hati bersih, akhlak pun cantik. 

Apabila iman sudah boleh berbicara, mudahlah untuk melakukan perubahan demi perubahan. Jangan risau andai tak sempat temui kejayaan. Syahid telahpun tersedia untuk anda. 

Terdapat seorang sahabat (asif lupa namanya), ketika permulaan Islam, dia ternampak Rasulullah sedang sujud bersama Saidatina Khadijah dan Saidina Ali. Dia bertanyakan pada (sahabat), siapakah yang sedang sujud. Sahabat tersebut menjawab itulah Rasulullah dan keluarganya. Sujud Rasulullah itu diperlekehkan. Akhirnya semasa Fathul Makkah, dia menerima Islam. Di hadapan Rasulullah dia menangis. Rasulullah menjelaskan bahawa segala dosa diampunkan selepas mengucap syahadah. Lalu sahabat ini berkata "aku menangis bukan kerana dosa-dosaku, seandainya aku menerima Islam saat aku melihat engkau sujud dulu, nescaya aku menjadi orang keempat atau kelima.

Islam bermula dengan seorang. Lama kelamaan semakin berkembang dan akhirnya menjadi antara agama terbesar dunia. Ingin mewujudkan Islam di tempat jahiliah? Mulakan dengan diri kita iaitu lakukan perubahan. Generasi awal umat Islam mendapat didikan tarbiyyah selama 13 tahun di Makkah. Bukannya 13 hari, bukannya 13 bulan. 

Sebagai konklusi yang dapat ana simpulkan di sini. Apabila seseorang individu itu telah bersetuju untuk ditarbiyyah, dia telah memikul satu tanggungjawab yang sangat berat. Pikullah ia dengan tenang, berjalan andai tak mampu berlari. Wallahua'lam

Sunday, September 4, 2011

Dakwah, Tarbiyyah.

Bismillah
Penyakit ikhwah wa akhwat sekarang ni tak habis-habis fikir pasal kahwin. Yelah, nak dibandingkan dengan couple, lebih baik kahwin. Tapi secara tak langsung dah jadi obstacle pada gerakan dakwah dan tarbiyyah.

Saidina Ali ada mengatakan:
"Orang yang panjang angan-angan, pendek akalnya"

Termasuklah orang yang sedang menulis ni ha. Kualiti dakwah dan tarbiyyah sedikit terganggu. Licik syaitan bermain madah. 

Sesetengah mungkin akan berkata, 
"Takpe kalau fikir nak kahwin daripada fikir nak couple"

Frasa tu sama macam,
"Takpe kalau nak minum air teh daripada nak minum air arak"

Sudah nampak kedudukan perkahwinan di marhalah tarbiyyah?
Borang mutabaah amal pun tak penuh, dah sibuk fikir nak kahwin. sigh~

Bukanlah saya nak menyebarkan propaganda dilarang berkahwin. Jika anda sudah cukup syaratnya, silakan. Cuma ingin saya katakan bahawa ada lagi perkara yang lebih mustahak untuk difikirkan selain perkahwinan.

Cuba fikir cara untuk capai agenda kita sebagai umat Islam. Fikirkan dahulu apa sebenarnya agenda kita sebagai hamba dan khalifah Allah?

Apakah mujahadah kita selama ini membuahkan hasil hingga mampu mempengaruhi orang di sekeliling kita untuk turut bersama berada di landasan dakwah dan tarbiyyah?

Sudah tercapaikah misi membina peribadi Muslim sebelum melangkah ke misi membina baitul Muslim?

Umat terdahulu sibuk memikirkan masalah umat sebelum tidur, apakah kita mencontohi perilaku sedemikian rupa?

Buat kali ke berapa entah, suka saya kongsikan frasa,
'Jangan ingat anda mampu mengendalikan 'baitul muslim' (keluarga) jika anda tidak mampu mengendalikan 'baitul muslim' (usrah)'

Tak tahu kenapa, tapi cukup terkesan dengan frasa di atas. Mungkin setelah merasai sendiri apa yang diungkapkan.

Nak tarbiyyah diri pun dah cukup mencabar, ni kan pula berani nak ke tahap seterusnya. phew~ *gerun*

Oleh yang demikian, 
Tarbiyyah mantap, dakwah hebat, agenda padat. Dan di landasan dakwah dan tarbiyyah bersatu dua jiwa melalui pernikahan bersulam kemersaan.