Deep Tarbiyyah, and Expand

Saturday, October 29, 2011

Dakwah Fardhiah : Asas-Asas Gerakan I

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk menyambung entri bersiri 'Dakwah Fardhiah'

Pada entri kali ni, ana nak bawa antum melihat beberapa hakikat dan fakta berhubung dakwah fardhiah. Hal ini penting bagi memastikan kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Ketahuilah, realiti tak seindah mimpi.

Hakikat Dan Fakta

Pertama sekali, bilangan pendakwah sangat terbatas dan keupayaannya juga terhad. Lihatlah sekeliling, berapa ramai daie yang sentiasa menghabiskan majoriti waktu dalam sehari bersama sasaran dakwahnya? Pada hakikatnya, pendakwah juga manusia biasa. Bagi seorang pelajar, pelajaran perlu diutamakan. Apatah lagi bagi yang sudah bekerjaya. Lihat pula sebaliknya, mereka-mereka yang berhajat dengan dakwah dan mengharapkan pendakwah yang layak dalam berbicara dan menyampaikan risalah Islam padanya. Bukan hanya taqlid buta semata. Berapa ramai yang inginkan seseorang yang boleh pimpin mereka mengenal Islam? Perahu sudah di air, pendayung sudah di sampan. Fikirlah, renunglah...

Hakikat seterusnya, tak semua pendakwah layak dan sesuai untuk melaksanakan kerja dakwah dan mampu sampai ke tahap komitmen yang paling tinggi terhadap Islam. Kalau ustaz-ustazah mungkin sesuai. Tapi kalau seorang pelajar perbankan Islam ataupun kejuruteraan, mampukah mereka berdakwah pada pelajar sastera atau sains sukan? Apa yang ana cuba kupas di sini adalah tak semua pendakwah boleh berdakwah pada semua orang. Budak street akan pandang budak street lebih tinggi daripada budak syariah. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 

"Sesungguhnya manusia seperti seratus ekor unta. Hampir-hampir ketiadaan seekorpun daripadanya yang layak untuk dijadikan tunggangan." (Sahih Bukhari)

Seterusnya, dakwah Islamiyyah hari ini berhajat kepada kader-kader yang mempunyai sifat-sifat yang terdiri daripada :
  • Kepintaran
  • Keazaman yang tinggi
  • Iman yang mantap
  • Fikrah yang jernih
  • Hebat dari segi jasmani, rohani, akal, akhlak dan sebagainya
Hal ini penting bagi memastikan api dakwah sentiasa marak menyala. Secara tak langsung dapat mewujudkan biah soleh/ah yang mampu mendorong mad'u turut sama melakukan dakwah fardhiah.

Dan semestinya untuk melakukan hal yang demikian, mestilah berhajat kepada pentarbiahan jiwa dan mujahadah yang berterusan serta sabar dalam proses dakwah, gerak kerja dan perlaksanaannya. Tak cukup dengan tu, seorang daie juga haruslah berhajat kepada tarbiah insentif yang berterusan sehingga jiwa-jiwa sasaran dakwah merasa bebas dari segala ikatan, kebiasaannya, dan lain-lain.

Dalam tarbiah pula, mestilah merangkumi segala aspek jiwa dan keperibadian yang mulia dari pelbagai sudut. Perkara ini tersangatlah mustahak hinggakan terbentuk keperibadian seorang individu yang mustakamil dan seimbang tanpa kekurangan.

Dan akhir sekali, lihatlah sekeliling, kita semua hidup dalam situasi yang menghala ke arah yang bertentangan dengan kita. Sepatutnya jalan ke utara tapi selatan pula jadi tujuan. Dihentam pula dengan agenda-agenda barat yang jelas hendak melemahkan peribadi ummah sekarang. Di media massa sahaja dah bermacam-macam suntikan siang malam yang ternyata berkesan dalam menguasai ummah dengan adat budaya jahiliah.

Konklusinya, gerak kerja perlulah kemas dan mantap supaya dapat terus bersaing dengan agenda-agenda barat yang ternyata bak cendawan tumbuh selepas hujan masuk ke pemikiran anak muda hari ini.

Dalam usaha memperkemaskan gerak kerja dalam dakwah fardhiah, kenalah tahu dulu asas-asas dalam gerakan dakwah.

Asas Pertama : Analisa

Sebagai permulaan dalam perjalanan dakwah, mulailah dari diri sendiri. Dakwah dulu diri sendiri. Ternyata ianya lebih susah berbanding dakwah orang lain. Sebabnya kita lebih tahu siapa diri kita, maka segala helah dakwah automatiknya akan tahu. Antara langkah-langkah operasinya : 

  1. Top up iman dalam hati dengan lazimkan berzikir, membaca al-Quran, qiamulail, mengingati maut dan sebagainya.
  2. Tetapkan dalam hati bahawa dakwah yang hendak dilakukan mestilah ikhlas untuk Allah SWT. Selalukanlah perbetulkan niat. Syaitan dan nafsu juga tidak akan berhenti pesongkan niat kita.
  3. Tambahkan amal-amal lazim dengan jadual mutabaah amal dan cuba istiqamah dan lakukannya secara teratur.
Lakukanlah dakwah diri ini paling kurang selama seminggu sebagai persediaan, tapi janganlah pula lepas tamat seminggu, berhenti beramal. Lakukanlah sepanjang dakwah berjalan. 

Pada minggu seterusnya, lakukanlah perkenalan secara umum. Bergaul je dengan semua orang. Paling senang bagi yang berada dalam persatuan atau jemaah, anjurkan program-program umum yang melibatkan orang ramai. Itu merupakan salah satu platform yang baik. Yelah, program umum yang dianjurkan oleh persatuan/jemaah Islam. Siapa yang datang tentu-tentu inginkan tarbiah itu sendiri. Bagi yang tidak terlibat dalam persatuan/jemaah pula, selalu-selalukanlah jejak masjid. Di situ insyaAllah senang jalinkan hubungan yang hatinya berhajat pada tarbiah. Buat si peminat bola sepak pula, setiap kali ada perlawanan bola, rajin-rajinlah 'lepak' kat kedai mamak. Paling ringkas, kenalilah nama penuhnya, tempat tinggal, dapatkan cara berhubung (facebook, surat, emel, telefon, perjumpaan, dll), ambil tahu juga tempat belajar atau tempat kerjanya, dan perkara-perkara asas sasaran dakwah itu. Jangan lupa catat information tu pada sehelai kertas. Sediakan buku lagi cantik! 

Hal ini kerana, seorang pendakwah itu akan mendapati dirinya berada dalam pelbagai jenis manusia. Tua, muda, berpendidikan, berpelajaran, ahli sukan, ahli ibadah, kaki club, kaki masjid, dan sebagainya. Cuma yang membuatkan tak perasan sebab tak kenal. Itulah pentingnya untuk catat supaya tak lupa.

Dalam pada masa yang sama, si pendakwah akan turut terjumpa mereka-mereka yang mempunyai iltizam yang tinggi terhadap Islam. Mungkin semangat nakkan Islam tapi tak tahu macam mana nak dapatkan kesyumulan Islam itu. Mungkin juga ada yang nakkan Islam, tapi terbatas pada solat sahaja. Ada juga yang inginkan Islam tapi hati masih tak sedia disebabkan kesibukan yang terlampau. Dan macam-macam lagi.

Oleh itu, lakukanlah analisa terhadap mereka-mereka yang sudah berkenalan itu. Banyak cara yang boleh digunakan dalam menganalisa mereka. Cara yang ana gunakan, pecahkan kepada tiga golongan iaitu : 
  1. Amal Islami
  2. Amal Asasi
  3. Amal Jahili
Mereka yang berlatar belakang pendidikan agama, rajin ke masjid, semangat jihad yang tinggi, dan yang berkaitan, letakkan dalam Amal Islami

Mereka yang mempunyai kemahiran tertentu, ketua kelab dan persatuan, kapten bola, wakil pelajar, ketua itu, ketua ini, wakil itu, wakil ini. Letakkan dalam Amal Asasi.

Mereka yang kaki rempit, kaki rokok, kaki club, dan pelbagai lagi sifat-sifat yang cenderungnya tinggi kepada jahiliah, letakkan dalam Amal Jahili.

Berikan perhatian lebih kepada Amal Islami dan Amal Asasi. Bagi Amal Jahili pula, letakkan status KIV kerana mereka perlukan penjagaan yang rapi dalam menjernihkan hati mereka. Andai kata group Amal Islami dapat baca 1 juzu' sehari, mungkin Amal Asasi berikan 4 muka surat sehari. Kalau nak cover juga group Amal Jahili, mungkin mengambil masa 1 ayat sehari. Dalam erti kata yang lain, memakan masa. Mungkin duration cover group Amal Jahili bersamaan cover group Amal Islami sebanyak 5 group. Oleh itu, mantapkan gerak kerja.

Bercakap pula tentang follow up. Seperti yang ana jelaskan sebelum ni, seorang daie juga manusia biasa. Bukannya boleh peruntukkan semua masanya untuk dakwah fardhiah. Bila dah lama-lama tu, dah melalui fasa-fasa berikutnya, sudah tentu masa yang diperuntukkan untuk mad'u berganda-ganda. 


Ana namakan bulatan-bulatan dalam gambar ni sebagai Bulatan Daie. Bulatan yang hitam sebagai jahiliah yang melanda kehidupan. Biru sebagai seorang pendakwah, merah, kuning, hijau pula sebagai sasaran dakwah. Warna warni menggambarkan ragam manusia yang pelbagai. Pada gambar pertama (atas kiri), pendakwah dikelilingi oleh manusia yang pelbagai. Lihat pula gambar kedua (atas kanan), apabila seorang pendakwah itu berjaya mulakan langkah pertama dengan menambat sasaran dakwahnya (merah), tarbiah biru dan merah yang berkembang sedikit sebanyak melenyapkan jahiliah yang melanda. Secara tak langsung, tanggungjawab daie semakin besar. Bertambah besar bila disertai sasaran dakwah yang lain (hijau), tarbiah semakin berkembang, selari dengan tanggungjawab yang semakin mencabar. Dan pada akhirnya baih jahiliah berjaya dilenyapkan apabila ke semua mad'u mengaplikasikan tarbiah yang ada dalam diri. Diri daie sebagai tempat bergantung para mad'u. Semakin beratlah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab melahirkan daie-daie yang turut sama melakukan kerja dakwah. Setiap kali bulatan bertambah luas, nescaya tahap pemerhatian dan pemfokusa yang dituntut daripada daie akan berkurangan, tetapi semuanya masih kekal dalam genggaman dakwah yang berputar di dalam aturannya.

Asas Kedua : Pemilihan

Pada peringkat ini, pilihlah di antara group-group yang telah ditetapkan dengan pemilihan yang lebih khusus dan serius. Hal ini perlu dibuat kepada sasaran yang paling layak, demi menjimatkan masa, usaha dan menjamin ranumnya hasil yang dituai. Sebelum itu, tetapkan dulu sesi dakwah fardhiah yang ingin dilakukan. Berapa orang yang nak difollow up. Tetapkanlah mengikut kadar kemampuan. Sekiranya diri mampu melakukannya sekadar seorang. Follow up je la seorang. Perincikan lagi tapisan sehingga jumpa yang sesuai dari beberapa aspek berikut :

1. Ma'dan (peribadi) yang baik dan sesuai
Lihatlah kepada peribadi sasaran tu macam mana, semantap mana akhlaknya? sejauh mana dia menghidupkan cara hidup Islam dalam hidupnya, dan lain-lain lagi. Sabda Rasulullah SAW :

"Kamu akan dapati manusia ini umpama material emas dan perak. Orang-orang yang terbaik di zaman jahiliah, juga merupakan yang terbaik semasa Islam sekiranya mereka memahami."

Di antara akhlak-akhlak asas yang wajib ada pada orang yang jadi pilihan seorang daie ialah : 
  1. Berani
    • Berterus terang
    • Tegas dalam berpendirian
    • Menghindari sikap bermuka-muka dan tipu helah
    • Berani mengakui kesalahan dan kembali kepada kebenaran
    • Serius
    • Prihatin dan bersemangat
    • Menjaga kehormatan dan kemuliaan diri
  2. Pemurah
    • Bersih daripada sifat bakhil, kikir, membuta tuli, tamak.
    • Bersih juga daripada mempunyai piawaian material dalam sudut muamalat, tasawur, individualistik dan sebagainya.
  3. Cerdik
    • Sasaran dakwah hendaklah mempunyai kemantapan minda yang baik seperti cepat faham, mampu menguasai dan membuat persepsi awal dengan baik.
    • Seorang mampu menyelidik, menganalisa dan memahami situasi-situasi yang ada serta menyedari makna dan petunjuk yang tersirat atau tersurat
2. Keinginan dan nisbah penerimaan dakwah
Pada tapisan seterusnya, lihat pula sasaran-sasaran yang akan menerima dakwah dengan penuh minat dan senang hati, seolah-olah itulah perkara yang mereka nanti-nantikan. Dalam masa yang sama, mungkin juga ada sasaran yang 50-50, teragak-agak untuk menerima dakwah. Mungkin disebabkan sibuk dengan tugasan pelajaran/pekerjaan, takut tak terbahagi masa untuk dakwah, dan lain-lain.

Jom tengok sirah kehidupan Rasulullah SAW yang jelas berupaya dijadikan tauladan. Lihat ketika Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar memperkasakan perjuangan Islam dengan salah seorang antara dua orang Umar (Umar al-Khattab dan Abu Jahal) yang paling dikasihiNya.

Hurmmm, mungkin PAS boleh berdoa pada Allah agar memperkasakan perjuangan dakwahnya menerusi 'pengIslaman' UMNO atau PKR

Berbalik kepada doa Rasulullah. Persoalan yang timbul di sini, kenapa dua Umar? Sesungguhnya inilah doa yang lahir dari pemerhatian baginda terhadap peribadi yang baik dan sifat-sifat yang unggul dalam diri dua umar tersebut. Dalam masa yang sama, Baginda tak mengabaikan pentarbiahan para sahabat yang telah pun menyahut seruan Islam.

Ana bawakan satu lagi kisah yang boleh dijadikan renungan dalam pemilihan sasaran dakwah. Imam Hassan al-Banna, bila dilihat selepas kesyahidan beliau, penggantinya ialah Ustaz Hasan al-Hudhaibi. Kalau baca sejarah Ikhwan, Ustaz Hasan al-Hudhaibi ni antara pimpinan baru Ikhwanul Muslimin. Masih lagi junior, tetapi telah menggantikan Imam Hassan al-Banna. Hal ini kerana Imam Hassan al-Banna sendiri mempunyai penetilitan, pandangan tersendiri, melakukan hubungan terperinci dan pemerhatian terhadap Ustaz Hasan al-Hudhaibi.

3. Penyesuaian antara daie dan mad'unya
Akhir sekali, analisalah kesesuaian platform antara pendakwah dan sasarannya, hal ini penting bagi memudahkan penerimaan dan lebih memberi kesan serta menjamin berlakunya respon yang positif yang menarik hatinya. Seorang daie juga senang nak monitor perkembangan tarbiah mad'u-mad'unya. Antara elemen yang boleh dijadikan penanda aras dalam penyesuaian ini termasuklah :

  1. Kesesuaian tempat
    • Pilihlah sasaran yang paling dekat dan mudah untuk berjumpa. Kalau ikut logik akal, paling dekat dengan diri pendakwah mestilah kaum kerabat, jiran tetangga, rakan sekelas/sekerja.
    • Hal ini bertetapan dalam firman Allah dalam surah as-Syu'ara ayat 214
    • "Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat."
    • Katakan sasaran dakwah dari facebook, apakah alat pengukur yang boleh digunakan untuk melihat proses perjalanan tarbiahnya?
  2. Kesesuaian usia
    • Sasaran yang lebih muda
    • Sasaran yang sama usia
    • Sasaran yang mempunyai keserasian emosi, minda, situasi psikologi, dan minat
    • Utamakan juga orang-orang yang mempunyai kesediaan untuk ditarbiah, mengubah sikap, mendidik perangai, memahami dan tertarik dengan dakwah walaupun usianya jauh lebih tua.
    • Kalau nak dakwah orang tua, selalunya ego orang tua ni lagi tinggi, jarang orang tua suka dengar nasihat dari orang muda
    • Sabda Rasulullah SAW "Golongan muda telah menolongku, tetapi golongan tua telah meninggalkan aku."
  3. Kesesuaian kemahiran, pendidikan, dan taraf sosial
    • Kalau satu course dengan kita lebih mudah, ada juga modal untuk dakwah (ulang kaji pelajaran dll)
    • Nak dakwah pemimpin atau boss tak sesuai disebabkan taraf kedudukan yang kebiasaannya mereka mempunyai prinsip dan pegangan tersendiri
4. Permulaan hidup yang bersih
Analisa terakhir, pastikan sasaran dakwah tak terikat dengan mana-mana ikatan, bukan dari mana-mana clan, puak, jemaah, persatuan, dan sebagainya. Hal ini akan mengganggu proses tarbiah yang akan berjalan. Mungkin liqo' clan A clash dengan clan B. Mungkin juga clan A dengan clan B bergaduh berebut mad'u dan lain-lain. Begitu juga dengan pendakwah, lebih mudah jika seorang pendakwah tak terlibat dengan mana-mana clan, puak, jemaah, persatuan, dan sebagainya. Jarang nak jumpa pendakwah yang macam tu sebab pendakwah juga perlukan tarbiahnya yang tersendiri.

InsyaAllah asas-asas gerakan seterusnya ana akan sambung dalam entri akan datang. Jenuh nak hadam kalau entri berjela-jela.

Sunday, October 23, 2011

Sekilas Pandang HIMPUN & KKMM'11

Bismillah. Ni entri pukal, segala tulisan dalam entri ni hanyalah melalui pandangan peribadi, bebas dari mana-mana pengaruh. Harap maklum.


Alhamdulillah, hari minggu terisi dengan program-program tarbiah. Sangat lazat makanan rohani kali ni. Tarbiah langsung dari Allah.

HIMPUN

Mula-mula niat nak pergi jadi peserta sahaja, tapi rupa-rupanya Allah dah takdirkan sesuatu yang jauh lebih hebat dari jadi peserta. Alhamdulillah atas kurnia.
Al kisah lepas solat Jumaat dapat mesej dari seorang akhi suruh datang stadium untuk dengar taklimat, sebab tak ada kerja dan mengada-ngada nak menyibuk, ana pun pergi. Sampai-sampai je kat stadium, sesi taklimat bermula, tinjau meninjau di manakah ikhwah dari Shah Alam? Tiba-tiba je jadi ketua untuk team urus setia cawangan Shah Alam. Jumlah keseluruhan urus setia cawangan Shah Alam di bawah seliaan ana seramai 50 orang termasuk akhwat. Dan jumlah peserta program yang perlu dikawal sebanyak 5000 orang. Subhanallah. Amanah. Tanggungjawab. Semestinya pengalaman baru menjadi ketua sebuah program bertaraf kebangsaan. 

Sepanjang HIMPUN berlangsung, memang tak cukup tanah, kejap ke sana, kejap ke sini, kejap di atas, kejap di bawah. Tak cukup dengan walkie talkie, handphone pun berdering setiap masa. Sedih sebenarnya tak dapat bagi fokus pada pemidato-pemidato di sana. Baru nak dengar ucapan dah ada panggilan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Rasa puas sangat!


Jazzakallah kepada semua yang bantu ana. :)



Pada mulanya agak risau nak pimpin ramai-ramai, ni pun berdasarkan pengalaman jadi pengawas dulu. Tapi rupa-rupanya lebih senang yang dijangka, sebabnya mereka adalah golongan yang ditarbiah. Lebih-lebih lagi dibantu oleh abang Alwi yang juga sangat semangat! [^^,] 

Ana perasan percaturan Allah sewaktu HIMPUN, lepas dah penat bekerja, stress, panas lagi. Zohor pun masuk untuk refresh hati-hati yang berhajat pada tarbiah. Suatu ketika tu, ana jadi teramat stress sebab nak berdepan dengan someone yang edarkan dakyah kristian berbentuk buku. Sampai kena marah dengan orang awam yang tak sokong. Serius rasa macam nak menangis kat situ jugak. Tiba-tiba dengar ada orang panggil nama. Subhanallah! Dr. Adha! Rindu sangat pada beliau. Ukhwah yang terjalin atas dasar iman dan taqwa membuatkan rasa rindu itu subur mekar. Terus jadi semangat semula.

Lepas je habis HIMPUN, terkejut la jugak dengar banyak pihak yang suka suki je kutuk sana sini. Ana terlibat secara langsung, tak keterlaluan kalau ana cakap yang ana tau kedudukan HIMPUN yang sebenar. Kapasiti stadium Shah Alam dalam 80400 orang. Yang datang dalam 45% daripada keseluruhan stadium. 45% daripada 80400 lebih kurang 36 ribu orang yang hadir. So, siapa yang cakap tak sampai 5000 orang tu memang silap besar la. Walaupun tak sampai 100000 orang, who care? 313 orang rilek je against 1000 orang. Overall, HIMPUN berjaya. 

KKMM'11

Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011, berkira-kira juga nak pergi atau tak, penat semalam pun tak habis lagi. Akhirnya pergi la jugak. Bila dah sampai, rasa beruntung dipilih Allah untuk program ni. Pembentangan kertas kerja sangat mantap dan menarik. Dengan persembahan pidato dari adik Zaid yang pergh~ Paling ana suka bila sesi forum.

Bait mutiara dari Ustazah Norsaleha sangat mendalam. Terasa impaknya sampai sekarang.
Ilmu-ilmu syariah dari Dato' Zainul Rijal Abu Bakar (Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia) sangat mantap.
Kecindan dari Tuan Hj Mahadzir Md Isa pula dah cukup buat kecut perut tahan gelak. Superb!

Seronok dengan kupasan-kupasan ilmu dari kesemua panel yang ada. Rasa terisi juga peti ilmu ni. InsyaAllah persediaan dalam membentuk keluarga Muslim. :) Besar rupanya tanggungjawab lelaki ni. 
Tanggungjawab pada Allah, pada ibu bapa, pada isteri, pada anak-anak. Sesungguhnya panjang lagi perjalanan tarbiyyah dan dakwah ni.

Provokasi

Sejak akhir-akhir ni, ramai pula yang provoke-provoke ana tinggalkan jemaah, ikut mereka punya pula. Ya Allah~ cukup lah dengan segala provokasi ni. Mereka menghentam-hentam yang lain dan cuba mengajak ana ikut mereka. Nak ajar jadi penghukum ke? Aiseh~ Terkilan sebenarnya. 

Bila diam tak habis mengasak.
Bila bersuara nak berhujah.

Sakit kepala dengan segala bagai ni. Biarlah ana dengan pilihan ana. Hormati pilihan ana. Antum buat kerja antum, ana buat kerja ana.

Modalnya HIMPUN dengan Melayu. Baru lepas beli buku '30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat' 

Lepas asyik kena provoke, ana cuba berfikir dengan rasional akal tanpa mana-mana pengaruh dari dalam atau luar jemaah. Dalam jemaah, ramai sangat ustaz-ustazah, tak cukup dengan tu, ramai professor, kerja pun hebat-hebat. Naib Canselor, Doktor, Engineer, Pensyarah, Arkitek, dan lain-lain kerja hebat lagi. Persoalannya, diorang yang hebat-hebat ni tak kan tak boleh fikir langsung kot andai kata fikrah jemaah ni salah? Selain tu, macam-macam jugak kajian yang dibuat. Konklusinya, fikrah yang didakwa 'kucar-kacir' berdasarkan tomahan orang tu sangat jelas dan jernih. At least pada ana... Provokasi-provokasi antum hanyalah membuatkan rasa thiqah ana makin bertambah. Jadi hentikan je la. Letih weyhh 

Evolusi

Ingatkan sorang dua je, ramai yang cakap macam ni, hurm, macam mana nak jelaskan ye.
Kadang sampai mereka-mereka begitu awkward nak dekat dengan ana. Tak sekufu? Haila~
Tak ada apa-apa pun yang berubah. Qam tetap macam dulu yang 'gila' 'psiko' 'skema'. Cuma dia cuba convertkan semua-semua tu berlandas syariat. InsyaAllah. Honestly, rasa tercabar dengan evolution with my rival di bumi Jordan nuh. Therefore I need some effort to get close at least. Sorry kalau terlalu berlari tak pimpin anda anda anda sekali. Bukan la niat berubah sebab nak bersaing. Sahabat dulu pun digelar saudagar niat bukan?

Alhamdulillah hari-hari semakin terisi dengan tarbiyah dan dakwah sampaikan kelam kabut nak buat macam-macam. InsyaAllah lepas ni lapang sikit kepala otak nak sambung entri dakwah fardhiah. :) Wallahua'lam

Tuesday, October 18, 2011

Aku Nak Jadi Baik

Seorang sahabat berkata,,,

"Aku nak jadi baik... I mean I was bad evil street guy before... I need help with any cost... Aku nak jadi baik..."

Mata si sahabat ditenung memberi ruang berkata... 

Luahan ni buat ana terfikir, istilah baik. Apa sebenarnya 'baik' ni? Macam mana nak jadi baik kalau tak tahu definisi baik? Nak jadi baik yang macam mana tu?

Baik tu bila kita ikut perintah Allah, tinggalkan laranganNya. Simple definition. Nice one.

Pergi usrah belum tentu baik.
Lantang suara bagi taujih belum tentu baik.
Selalu buat dakwah fardhiah belum tentu baik.

Solat cukup lima waktu tapi dalam masa yang sama suka mengumpat. Belum tentu baik.
Tutup aurat dengan sempurna tapi solat offhanded. Belum tentu baik.
Pergi haji tapi pakai tudung nampak jambul kat depan. Belum tentu baik.

Kesimpulan, tak ada alat yang boleh mengukur samada diri kita ni baik atau tak. Tapi jalan ke arah kebaikan tu sentiasa ada. Dan kita kena lah berusaha ke arah tu.

Kebaikan yang diharapkan datangnya dari Allah, maka berusahalah sehingga Dia memberikan kebaikan itu.

//bila nak update sambungan entri DF? entoh ler~ sibuk lepas gian baca buku

Monday, October 17, 2011

Aku Malu Pada Murabbiku


Ana kongsikan sajak ini. Semoga Allah beri hidayah untuk terkesan di hati.
Selamat bermuhasabah semuanya!

Bertemumu murobbi aku malu sendiri
Menatap wajahmu kedut seribu
Namun cahaya terpancar di celahan garis garis itu
Kudratmu Diusia ini amat membimbangkan
Namun jiwa imanmu mematahkan segala ketuaan melanda

Melihatmu Murobbi, aku malu sendiri,
Masih punyai kudrat bermaya
Namun mencintai kerehatan dari kesusahan
Melihat diriku yang tua sebelum masanya
Himmah hilang entah kemana
Semangat hangat hangat tahi ayam

Malu aku padamu murobbi
Masih teguh berdiri
Sakit yang kau alami peduli kau endah
Dakwah kau genggam Bagaikan bara
Digenggam biar jadi Abu
Dilepaskan tidak selagi hayat ini kaki masih berdiri

Dalam wajahmu murobbi
Aku malu sendiri
Senyumanmu penuh hikmah bersangka baik
Dibalik ceria wajahmu
Tersimpan sejuta harapan
Melihat pemuda di depan ini
Menjadi pewaris dakwah rasul
Mencapai misi revolusi
Kembali membawa fitrah Islam diseluruh pelosok negeri

Aku malu pada diriku
Aku seperti dulu
Ditakuk tahun tahun lalu
Masih lemah tidak terdaya
Hanya tahu tapi belum cukup mahu
Bersama namun hati terpisah
Hidup namun Bagaikan bangkai hidup
Menjadi beban penghalang dakwah

Malu aku malu
Wajahmu terusku tatap
Peringatan dikau berpinar dalam kotak ingatanku
Hidup itu pada yang memberi
Menjadi pendokong sejati
Bukan penyokong setia
Dakwah letaknya apa kefasihan hati
Bukan pada lantangan suara

Akukah pemuda itu murobbi?
Akukah benih yang kau doakan agar terhindar dari kerosakan?
Akukah benih yang kau doakan agar terus tumbuh?
Akukah benih yang kau harapkan menjadi pohon Islam yang gemilang?
Oh murobbi aku lemah, aku lemah

Kukumpul segala kudrat ini
Mengambil secebis hikmah dari bibirmu
Kusemadikan harapanmu dalam diriku
Ku sematkan azam yang tersisa
Kutanamkan katamu bahawa akulah pemuda itu
Walau selama ini kupendam mahuku dalam tahu
biarlah fizikal berkata,
Walau hati masih merasa lemah dengan kelemahan diri

Moga pemuda inilah yang kau harapkan
Moga pemuda inlah pewaris jejak rasul
Doa kuharap kau kirimkan buat insan Hina ini
Doaku mengiringi kesihatanmu murobbi

Khabaran hati ini dari bicara bisu
Komunikasi ini dalam bicara diam
Bertemu denganmu murobbi inspirasi diri ini
Setelah Sekian lama aku kegersangan iman.

Jzkk buat semua murabbiku.

Thursday, October 13, 2011

Dakwah Fardhiah : Pengenalan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah diberi kesempatan juga akhirnya berkongsi secebis pengalaman dalam perjalanan dakwah.

InsyaAllah ni merupakan entri bersiri mengikut keseluruh enam manhaj dalam dakwah fardhiah.

Sebelum melakukan dakwah fardhiah, perkara pertama yang menjadi syarat yang menentukan keberkesanan dakwah fardhiah, tanyalah diri sendiri.

Apa sebenarnya dakwah fardhiah ni?
Untuk apa aku buat dakwah fardhiah?
Nak dakwah pada siapa?
Manhaj apa yang aku nak guna?

Perlulah seseorang yang ingin melakukan dakwah fardhiah itu jelas matlamat dan objektif tentang apa yang akan dilakukan. Sejak kebelakangan ni, ramai sangat kenalan jumpa ana minta dakwah orang itu, orang ini, orang sana, orang sini. Bila ditanya kenapa? Jawabnya:

  • "Kau lelaki, aku perempuan, takkan aku nak dakwah dia (lelaki) pula?"
  • "Aku sayang kawan aku tapi perangai dia teruk, aku harap kau boleh dakwah dia"
  • "Aku dah cuba ajak dia ke arah kebaikan tapi tak berjaya, tu yang pas kat kau tu"
Dan beberapa jawapan yang berkaitan...
Akhirnya mereka-mereka-mereka yang di-pas-kan pada ana sebagai subjek dakwah, ana cuma jalinkan ukhwah. Pada akhirnya, ana 'serah'kan balik mereka-mereka-mereka itu pada mereka-mereka-mereka. Sebabnya kenapa? Ana akan jawab dari masa ke semasa.

Apa Sebenarnya Dakwah Fardhiah Ni?

Dakwah, common sangat frasa ni bagi mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam dunia tarbiyyah.Namun, terdapat juga beberapa golongan yang menganggap frasa dakwah dengan golongan tabligh, (Majoriti mengistilah tabligh sebagai golongan yang hanya duduk di masjid, ketuk pintu rumah orang, tiada kerjaya, tiada pelajaran) No offence, sekurang-kurangnya golongan tabligh menjalankan tanggungjawab mereka mengenalkan Islam pada manusia. Secara tak langsung, hal ini serba sedikit menjadi halangan bagi mereka yang ingin bergiat aktif dalam menjalankan dakwah fardhiah.

"Bonda, anakanda minta izin keluar kejap, ada daurah ghulam dakwah"
"Anakanda jangan mengada-ngada, tak habis-habis dakwah! Lepas ni berhenti belajar, duduk kat masjid lama-lama."

Teringat ana dengan suatu peristiwa yang terjadi di facebook. Suatu hari, seorang hamba Allah ni bising-bising di facebook beliau menyuruh mereka-mereka yang terlibat dengan dakwah menggunakan facebook, twitter, blog, youtube dan lain-lain medium electronic. Katanya dakwah online ni bukan cara Rasulullah. Rasulullah dulu sampaikan dakwah face to face, Mus'ab 'Umair ketuk setiap pintu rumah di Yathrib untuk sampaikan Islam. Allahu akbar~

Jawab ana, ketika Rasulullah ingin menyampaikan Islam pada empayar Rom dan Parsi, baginda tak berjumpa tetapi mengutus surat. Bukankah surat sebagai medium dakwah? Dakwah Ikhwan dulu pun melalui risalah Ikhwan. Rasa-rasa, kalau Rasulullah ada account facebook, Baginda gunakan tak facebook sebagai medium dakwah? Wallahua'lam.

Peristiwa ini telah mencetuskan persoalan kepada mereka yang ingin bergiat aktif dalam dakwah fardhiah, apa sebenarnya dakwah ni?

Menurut pandangan Sheikh Abdul Halim al-Kinani, Dakwah fardhiah merupakan satu uslub dakwah kepada Allah. Ia bererti 'hubungan peribadi pendakwah dengan sasaran dakwah (mad'u) yang berlaku secara langsung' 

Jadi, tak kisah la nak guna medium apa hatta guna isyarat tangan sekalipun, asal terjadinya hubungan yang berlaku secara langsung yang membawa kepada mengenal Allah. Itulah dakwah fardhiah. 

Untuk Apa Aku Buat Dakwah Fardhiah?


"Kau buat kerja-kerja dakwah ni apa kau dapat? Kenapa kau sanggup berhabis duit, tenaga, masa untuk kerja-kerja ni?"


Soalan yang paling biasa diajukan pada mereka yang giat aktif dalam kerja-kerja dakwah. Secara peribadi, ana dah anggap mission dakwah fardhiah sebahagian dari hidup. Dengan cara apa lagi untuk kita balas segala kejahatan yang pernah kita lakukan di masa lampau dengan melakukan kebaikan? Lebih-lebih lagi yang melibatkan manusia. Bila buat dakwah fardhiah, terasa dah fulfil sebahagian tugas dalam hidup. Seronok sebenarnya bila nampak orang lain kenal Islam atas usaha kita sendiri. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


Barangsiapa yang mengajak kepada hidayah, maka baginya pahala sepertimana pahala orang yang mengikutinya dan tidak akan berkurang sedikit pun selama dalam hidayah... (Riwayat Muslim)

Perniagaan MLM mana yang lebih menguntungkan? Bila lagi nak top up amalan sebagai bekalan akhirat? Inilah antara sebab kenapa ana seronok bila buat dakwah fardhiah. 


Sabda Rasulullah SAW kepada Ali b. Abi Talib : "Semoga dengan usaha kamu seseorang memperolehi hidayah lebih baik dari unta merah" (Riwayat Bukhari)


Apa sebenarnya tujuan dakwah fardhiah? Berbalik kepada persoalan yang pertama, uslub dakwah kepada Allah. Ya. Dakwah fardhiah bertujuan untuk mengajak manusia kembali pada jalan Allah. Imam Hassan al-Banna telah pun menggariskan beberapa elemen untuk mempertingkatkan akidah, ibadah, akhlak, kefahaman dan harakah sehinggalah terlaksana sifat-sifat peribadi Muslim yang sebenar pada sasaran dakwah.


Sifat-sifat peribadi Muslim boleh lah dijadikan sebagai goal  kepada misi dakwah fardhiah iaitu

  1. Akidah yang sejahtera
  2. Ibadat yang sahih
  3. Akhlak yang baik
  4. Fikiran berpendidikan
  5. Tubuh badan yang kuat
  6. Mampu berdikari
  7. Memberi manfaat kepada orang lain
  8. Menjaga masa
  9. Berdisiplin dalam urusannya
  10. Bermujahadah dalam mengawal hawa nafsu
Nak Dakwah Kepada Siapa?


Pertama sekalinya, perlulah dulu bezakan hala tuju dakwah. Seorang daie boleh merealisasikan melalui dua keadaan :

Pertama : Dakwah fardhiah yang lahir daripada individu yang komited dengan jemaah yang menegakkan kewajipan dakwah kepada agama Allah.

Maksudnya melahirkan kader dakwah atau pewaris dakwah yang akan sama-sama dalam barisan perjuangan melebar sayap dakwah. Analoginya seperti melahirkan askar-askar yang akan bersiap sedia bertempur di medan perang.

Kedua : Dakwah fardhiah yang lahir daripada individu yang tidak komited dengan mana-mana jemaah Islam.

Maksudnya pula, melahirkan seorang Muslim yang menjadi supporter terhadap kerja-kerja dakwah yang kita lakukan. Analoginya seperti askar-askar bantuan yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan, kelengkapan perang untuk pasukan askar yang akan bertempur.

Nah! Nampakkan perkaitan antara hala tuju yang pertama dan kedua. Ianya saling melengkapi. Apa pula faktor yang akan membezakan mad'u akan tergolong dalam barisan pertama atau kedua? InsyaAllah ana akan kupas dari masa ke semasa.

Selepas faham tujuan dan hala tuju dakwah, barulah jawab soalan ketiga, pada siapa? Sasaran dakwah yang paling berkesan adalah dakwah tullab (remaja/belia). Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu :

  1. Tullab adalah potensi terbesar bagi dakwah dan gerakan Islam
    1. Jatuh naiknya sesebuah tamadun itu bergantung pada remaja
  2. Tullab adalah sasaran dakwah yang berpotensi dan mampu membuat islah dan taghir dalam masyarakat sepanjang masa
    1. Lihat pada revolusi Mesir awal tahun, well organised demonstration in the world. Klinik tepi jalan, dapat makanan, lalu lintas terkawal. Siapa yang menyusun atur semua-semua itu kalau bukan para pemuda?
  3. Tullab memiliki fitrah yang lebih mudah disentuh dengan siraman ruhiah
  4. Tullab memiliki persiapan untuk menerima Islam sebagai Addin, ilmu dan juga amal
  5. Suasana kampus dan sekolah (tempat di mana paling ramai remaja) memberi ruang untuk melakukan kajian-kajian Islam
  6. Kreativiti dan sifat inovasi tullab merupakan potensi penting bagi harakah
  7. Perubahan yang berlaku kepada tullab dapat mempengaruhi pandangan umum masyarakat dan memberi perangsang bagi kelompok-kelompok lain dalam masyarakat
  8. Penerimaan dakwah yang syamillah pun dimulai menerusi saluran tulab
  9. Tullab merupakan asas umum bagi pergerakan pemuda
Oleh itu, jelaslah dakwah terhadap remaja lebih jauh manfaatnya daripada mereka yang telah tua. Namun, bukanlah disebabkan ini, daie tidak meletakkan golongan tua sebagai sasaran dakwah mereka. [Kan mereka-mereka-mereka tu bekerjaya, $$$$$$, manfaat besar gak tuh! hehe...]

Selain itu, terdapat juga dakwah fardhiah yang berlaku secara sepintas lalu dan secara berterusan.
Dakwah fardhiah secara sepintas lalu ni rasanya ramai yang mampu buat, tak perlu sangat pada persediaan.  Paling kurang pun tunjukkan qudwah yang baik. Kutip sampah tepi jalan pun dah cukup menjadi motivasi terhadap orang lain supaya turut mendidik diri mereka dengan akhlak terpuji. Sesungguhnya Allah jugalah yang memegang hati manusia. Bila-bila masa je boleh membolak-balikkan.
Manakala dakwah fardhiah yang berterusan adalah dakwah yang menuntut kesungguhan dan persediaan. Memakan masa, mengorban harta, tenaga. Marhalah-marhalah dakwah fardhiah ini lah yang akan ana cuba kongsi.

Manhaj Apa Nak Guna?

Memetik kata-kata seorang murabbi : Dakwah ni bukan satu jalan, macam-macam jalan dalam dakwah, kena cuba semua sebab manusia ni banyak ragamnya. Selagi tak cuba, selagi tu tak tahu cabang mana yang sesuai. InsyaAllah akan terangkan dengan lebih mendalam pada entri berikutnya.

Pada permulaan, terdapat tiga elemen yang perlu diberi perhatian dalam memastikan percambahan dakwah fardhiah. Jika adanya ketiga-tiga elemen ini, dakwah akan dapat direalisasikan. InsyaAllah
  1. Qoidah Sulbah
    • Menjadi pelopor dakwah harakah zohirah, mampu melakukan dakwah fardhiah dan menjadi tunggak dalam amal islami dan menjadi tunggak islamisasi
  2. Minhaj
    • Sesuai dengan suasana tanpa kehilangan asolahnya dan dapat diterima oleh masyarakat
  3. Wajihah
    • Organisasi penggerak yang menjadi pos dakwah yang memiliki warna khas yang diminati oleh mad'u kerana kebersihan dan kebaikan penampilannya.
Pada elemen pertama, seseorang yang nak mulakan dakwah fardhiah kenalah pastikan diri dia sendiri dah cukup bersedia dengan perjuangan dakwah ini. Jangan buat selagi tak bersedia atau akan menjadi fitnah. Maksud ana, nak cerita tentang Islam tapi kita sendiri tak ada kefahaman tentang Islam dengan mendalam. Harus bagaimana? Elemen kedua pula menceritakan suasana mad'u yang hendak didakwah, Nak dakwah seorang pelakon, kenalah pandai berlakon. Nak dakwah seorang atlet, kenalah jadi atlet. Dan sebagainya... Akhir sekali elemen ketiga menceritakan tentang pusat gerakan atau markas yang akan menjadi tempat perbincangan di antara murabbi dan mutarabbi. Tak perlu pun persatuan besar-besar, satu kumpulan minum teh tarik dengan roti canai kat kedai mamak pun dah memadai.

Di sini ana kongsikan juga bait-bait mutiara yang mampu menjadi sedikit anjakan ataupun motivasi untuk terus memperkukuhkan saf dalam medan dakwah ini. Boleh juga dijadikan perangsang semangat buat adik-adik mad'u untuk turut bersama meneruskan legasi dakwah ini. :)

Ibnu Hisham telah menyebut : 
Apa yang telah sampai kepadaku, Abu Bakar telah berjaya mengIslamkan Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saab bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah dengan dakwahnya. Abu Bakar telah datang bersama mereka kepada Rasulullah SAW ketika mereka bersedia untuk menerima Islam. Seterusnya, mereka menganut Islam dan menunaikan solat.

Mus'ab 'Umair telah melaksanakan dakwah fardhiah ketika Rasulullah SAW mengutuskannya ke Madinah selepas Bai'ah Aqabah Kedua. Hasilnya, ramai penduduk Madinah menganut Islam di atas usahanya. Di antaranya, Saad bin Muaz,  Saad bin Ubadah dan Usaid bin Hudair yang menjadi pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj berada dalam pendirian yang sama.

Imam Ahmad bin Hambal telah melaksanakan dakwah fardhiah kepada Imam Syeikh Musa bin Hazam (guru kepada Imam Bukhari dan at-Tirmizi) yang dikatakan sebagai seorang yang thiqah dan soleh tetapi berfahaman Murjiah pada mulanya.

Seorang murid Imam Hassan al-Banna berkata : 
Banyak masa Ustaz Mursyid (Imam Hassan al-Banna) dihabiskan dalam dakwahnya untuk menarik seorang atau dua orang. Kami juga melakukan demikian. Awak boleh berkata : Inilah peringkat perkembangan dakwah fardhiah.

Wednesday, October 5, 2011

Ukhwah Fillah

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah hati ini
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu

Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin…


Far deep in my heart, I miss You my dear friends. :)