Deep Tarbiyyah, and Expand

Saturday, November 26, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 11

"Masa anta belum kahwin dengan zawjah anta dulu, anta rasa berdebar-debar tak setiap kali nampak dia?" Soal Fateh. Fateh tertunduk. Malu menguasai diri. Wajahnya merona merah. Lama Qamarul memandang riak Fateh. Wajahnya berkerut.

"Entah. Masa nak khitbah dulu tu yela. Tak tidur malam dibuatnya." Ujar Qamarul. Fateh menekan pelipis. 

"Ada mana-mana akhwat yang buat anta berdebar-debar ke ni sheikh?" Qamarul mengusik Fateh. Fateh jadi serba tak kena. Kejap toleh ke kanan, kejap toleh ke kiki. Kejap menguis-nguis ibu jari. Qamarul membiarkan soalannya tidak berjawab. Dia meneruskan kata.

"Maknanya, anta normal la tu. Memang secara fitrahnya lelaki akan tertarik pada perempuan. Dalam usia-usia kita ni. Sebab tu lah penyakit ikhwah akhwat sekarang, nak kahwin cepat." Fateh membeliakkan mata dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.

"Hmm, jadi, perlukah ana berterus terang sahaja depan dia?" Fateh meluahkan apa yang berpintal di hati.

"Nak berterus terang tu tak ada masalah, cuma berterus terang depan-depan tu tak syarie la. Hormati walinya. Muliakan walinya dengan memberitahu dulu wali perempuan tersebut. Jangan aci main redah je. Kalau nak minta kepastian sebelum berjumpa wali dia, gunakan orang tengah. Cara tersebut lebih terhormat." Fateh tersipu malu. Hatinya mula berbunga. Senyuman mula terukir di bibir. Namun lamunannya terhenti.

"Haip! Mengelamun! Senyum sorang-sorang makhruh tau. Tak kan dah angau kot? Jaga iman anta tu. Jangan sampai kena zina hati. Cinta yang nak dijalin mestilah kena suci. Lelaki soleh untuk wanita solehah."

Senyuman mati.

Timbul satu persoalan di benak.

"Kalau nak berterus terang, tak kisah la pada wali dia atau melalui orang tengah, mestilah ada preparation. Tak kan nak terus terang lepas tu fullstop. Mestilah ada tindakan susulan kan? Merisik, bertunang, walimah lagi. Dah cukup ke persiapan kita? Persiapan dari segi pelan ekonomi yang kukuh, jadual hidup yang teratur, fikiran yang matang, dan macam-macam lagi yang perlu difikirkan. Bila dah mantap, barulah terjamin sikit. Kita sebagai lelaki akan jadi ketua keluarga. Bukan senang tau. Isteri dan anak-anak semua dalam tanggungjawab kita. Kalau sejak awal lagi tak mampu nak sara. Apa yang kita nak jawab pada Allah nanti? Bila isteri masuk neraka, tak mustahil dia boleh dakwa kita di akhirat kelak untuk tarik kita sekali masuk ke jurang neraka. Nauzubillah." Qamarul menyedarkan Fateh hakikat sebuah perkahwinan.

"Berat juga tanggungjawab. Ingatkan kahwin sekadar nak bercinta sakan." Luah Fateh.

"Kalau perkahwinan dibina atas jalan cinta, cinta la yang kita dapat. Yang lain terabai. Tapi kalau didasari atas dasar dakwah dan tarbiah. Kahwin sebab nak perkuatkan lagi dakwah kita. Kahwin sebab nak taati perintah Allah. Bercinta kerana perintah Allah. InsyaAllah tanggungjawab dalam perkahwinan pun kerana Allah. Sebab tu lah wanita solehah yang patut didambakan. Secara tak langsung, dia tahu komitmen kita terhadap dakwah. Dia tahu tanggungjawabnya terhadap suami, diri, anak-anak, dan paling penting terhadap Allah. Begitu juga dengan suami yang soleh. Dia tahu apa yang perlu dinafkahkan pada isteri. Pakaian, tempat tinggal, belaian, kasih sayang. Semua tu akan dipersoalkan di akhirat kelak." Panjang lebar Qamarul menerangkan konsep perkahwinan dalam Islam.

Aisyah

'Dia taat pada perintah Allah. Akhlak dia mantap. Wanita solehah. Taat pada mak ayah. Sedangkan aku? Bekas perompak...' Jauh Fateh memuhasabah diri. Digeleng-gelengkan kepala. Air mata mulai terbit di matanya.

Lelaki solehah untuk wanita solehah....

"Akhi, anta ni kenapa? Rasa tak mampu? Sabarlah, istikarahlah. Minta petunjuk Allah. Kalau jelas matlamat anta nak mendirikan rumah tangga kerana Allah. Nak memenuhi tuntutan baitul Muslim. Persiapan pun dah mantap. Teruskan je lah. Jangan tangguh perkara baik. Tapi ingat, kalau tak mampu, jangan buat. Kalau tak tahan, Rasulullah anjurkan supaya berpuasa. Jangan ingat kita mampu mendirikan baitul muslim (keluarga) andai kita tak mampu mendirikan baitul muslim (usrah). Penuhkan dulu agenda anta nak menjadi seorang yang berperibadi muslim."

Istikarah.

"Anta dengar lagu ni. Menjemput Bidadari. Inspired tau!." Qamarul menghulurkan MP3nya kepada Fateh.






Malam itu, bulan mengambang penuh. Menyimbah cahaya mengindai malam. Fateh termenung seorangan di beranda rumah. Menikmati suasana malam. Sejuk menyapa tubuh. Nyaman terasa. Iskandar telah pun tidur selepas balik dari masjid. Earphone diletak di telinga. Mencari Bidadari bergema terus menuju masuk ke dalam telinga.

Bila yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Kenapa aku pilih jalan dakwah dan tarbiah? Sebab Aisyah juga berada di jalan yang sama atau apa? Apa yang aku cari di jalan ni sebenarnya? Layakkah aku seperti Yusuf yang dakwahnya hingga ke dalam penjara.

Segera ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan ku jemput bidadari
Tuk bersama menujuMu mengisi hari

"Dah cukup ke persiapan kita? Persiapan dari segi pelan ekonomi yang kukuh, jadual hidup yang teratur, fikiran yang matang, dan macam-macam lagi yang perlu difikirkan. Bila dah mantap, barulah terjamin sikit. " Terngiang-ngiang kata-kata Qamarul siang tadi. Sekarang aku dah ada kerja tetap. Kediaman tempat berteduh pun ada. Lepas ikut tarbiah, jadual hidup pun insyaAllah tersusun. Tiada lagi buat kerja-kerja bodoh. Tiada lagi buat benda-benda lagha. Kenapa aku pilih jalan dakwah dan tarbiah? Ya Allah. Aku nak kembali kepada fitrah. Sebab tu aku berterus terang pada Pak Ahmad dulu. Aku nak jadi seorang insan di sisiMu. Kalau aku tak berterus terang dulu, aku tak tahu apa yang akan jadi pada aku sekarang. Kalau aku tak kantoikan rompakan aku dulu, aku tak tahu apa dah jadi pada Aisyah sekarang. Allah! Semua keranaMu. Ikhlaskanlah diriku lakukan semata-mata keranaMu. Teguhkan aku diperjalanan ini.

Kini yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berati sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemuakan

Lama dah rasa ini berputik. Lama juga ia terpendam dalam sangkar hati. Mampukah aku bersabar lagi? Adam dan Hawa bercinta di syurga, turun ke bumi, masih teguh ikatan kasih. Mampukah aku pertahankan rasa ni? Lelaki soleh untuk wanita solehah. Solehkah aku untuk wanita solehah seperti dia? Allah. Aku mohon petunjuk dariMu.

Bidadari tlah menyentu hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Segera ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan ku jemput bidadari
Tuk bersama menujuMu, mengisi hari
Mengisi hari...

"Sabarlah, istikarahlah. Minta petunjuk Allah. Kalau jelas matlamat anta nak mendirikan rumah tangga kerana Allah." 

Layakkah aku, bekas perompak untuk wanita sesolehah dia?

Ya Allah, aku mohon petunjukMu...

Malam itu, Fateh menghidupkan malamnya dengan solat-solat sunat. Fateh berasa sangat kerdil. Dia malu kepada Tuhan kerana dia pernah membuat kerosakan tapi dalam masa yang sama dia berharap kasih dari Allah. Dia melakukan istikarah dengan lebih kerap. Mengharap redha dan rahmat dari Illahi.

Tujuh hari tujuh malam Fateh mencari petunjuk Allah. InsyaAllah aku dah bersedia. Fateh mencapai telefon bimbit. Satu nama dicarinya.

"Assalammualaikum Pak Ahmad. Ada suatu perkara yang ingin Fateh bincangkan dengan Pak Ahmad..."

Bersambung...

Monday, November 21, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 10

Masjid Ubudiah kelihatan tersergam indah. Seni bina masjid yang diinspirasikan oleh seni bina Islam memberi suatu keunikan pada masjid yang sangat aktif dalam pengimarahan masjid. Dengan corak-corak berkonsep Islam yang menghiasa seluruh kawasan masjid telah menjadi salah satu daya penarik terhadap penduduk sekitar untuk terus mengunjungi Masjid Ubudiah. Sistem binaan yang dicedok daripada konsep arkitek Islam, Sinan telah memberikan suatu keistimewaan pada masjid ini. Imam tidak perlu menggunakan pembesar suara untuk mengimami solat jemaah kerana rekaan bentuk yang menjadikan suara imam bergema dan boleh didengari oleh seluruh kawasan masjid. Itulah teras yang menjadikan Masjid Ubudiah sangat unik.

Selain itu, Masjid Ubudiah juga turut menyediakan bilik-bilik seminar untuk sesiapa sahaja yang ingin mengadakan program-program berbentuk tarbiah dan kemasyarakatan. Dengan sistem pencahayaan yang menggunakan cahaya matahari telah menjadikan masjid ini tidak perlu menggunakan kuasa elektrik. Secara tak langsung menjimatkan kos pembiayaan. Begitu juga dengan lorong-lorong angin yang sering bertiup masuk ke dalam masjid menjadikan suasana masjid begitu sejuk dan tenteram. Segala-galanya berkonsepkan ciri masjid-masjid Islam yang terdapat di Turki.

Pertama kali Fateh mengenakan baju melayu ungunya yang hanya dipakai sekali setahun. Sewaktu solat hari raya. Hati Fateh penuh berdebar sewaktu melangkahkan kaki ke Masjid Ubudiah. Fateh telah mengajak Iskandar untuk menemaninya pada kali ini. Iskandar tidak keberatan untuk turut hadir bersama Fateh.

"Malik, aku dah berterus terang pada Tan Sri Ahmad Razali dan mangsa-mangsa kita yang lain tentang perbuatan keji kita." Fateh memberi tahu Malik selepas pulang dari TGI Friday's.

Malik dan Iskandar masing-masing terbeliak biji mata. Iskandar mengetuk-ngetuk kepalanya tak percaya apa yang baru sahaja didengarinya. Malik pula merah padam mukanya. Menahan amarah.

"Bodoh! Kau nak meringkuk dalam penjara ke apa?!" Tempik Malik. Marahnya sudah memuncak. Dia mencekik leher Fateh dengan tangan kiri dan tangan kanan pula menunjukkan penumbuk yang sudah bersedia untuk dilepaskan. Kemas dalam genggaman. Iskandar yang terkebil-kebil berusaha meleraikan kekocahan yang berlaku. Malik melepaskan Fateh.

"Asal kau buat macam ni Fateh? Ni namanya nak bunuh kita semua!" Iskandar cuba bertindak rasional. Dia masih tak percaya bahawa Fateh akan bertindak begitu berani menyerah diri kepada mangsa-mangsa mereka. 

"Kau orang tak sedar-sedar lagi ke? Apa yang kita buat semua ni salah! Salah di sisi undang-undang, salah di sisi agama! Aku buat sebab aku sayangkan kau orang. Aku dah pulangkan balik hak-hak mereka. Mereka dah pun maafkan kita semua. Berhentilah jadi perompak. Jom kita bina hidup baru. Hidup berlandas syariat." Fateh cuba memujuk rakan-rakannya supaya kembali ke pangkal jalan. Fateh tidak putus berdoa di dalam hati supaya hati rakan-rakannya lembut dan bersedia menerima kebenaran.

Malik dan Iskandar terdiam seketika. Malik terus masuk ke biliknya dan keluar dengan membawa beg. "Aku tetap dengan diri aku. Baik aku keluar dari rumah ni. Mulai hari ni, kita berpecah. Aku ikut jalan aku, kau ikut jalan kau," Tegas Malik. Seketika dia memandang Fateh dan Iskandar. Iskandar hanya diam terkebil-kebil.

"Fateh, aku nak belajar mentera yang kau selalu baca. Aku ikut kau." Perlahan Iskandar menutur kata namun sudah cukup didengari Fateh dan Malik. Malik mendengus dan terus keluar dari rumah itu.

"Kita nak pergi mana ni Fateh? Belajar mentera ke?" Iskandar bertanya kepada Fateh sebaik sahaja tiba di perkarangan Masjid Ubudiah. Azan solat Isyak baru sahaja berkumandang.

"Aku pun tak tahu, Tan Sri Ahmad Razali hanya suruh datang sahaja. Jom kita solat Isyak dulu." Fateh terus melangkah ke tempat mengambil wuduk. Air jernih dari paip dialirkan ke seluruh anggotanya.

"Err, aku tak reti solat." Tutur Iskandar berbisik. Hampir tersadung kaki Fateh. Fateh berfikir sejenak.

"Kau ikut je semua orang, sebut 'Subhanallah' banyak kali dalam hati pada setiap pergerakan." Fateh mengajar Iskandar. Hendak suruh baca al-Fatihah, Iskandar sendiri tak tahu. Zikir 'Subhanallah' menjadi pilihan.

Sebaik sahaja menunaikan solat Isyak, Fateh mencari-cari kelibat Pak Ahmad. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Fateh mengambil masa itu untuk mengajar Iskandar membaca al-Quran. Iskandar mati kutu untuk mengalunkan ayat-ayat al-Quran. Lantas Fateh memberi tafsir al-Quran kepada Iskandar. Dengan penuh beminat Iskandar membaca tafsir pemberian Fateh. "Tebalnya mentera yang kau selalu baca! Ini maksud mentera tu lah kan?" Soal Iskandar. Fateh hanya tersenyum melihat gelagat Iskandar.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
Ia menciptakan manusia dari darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan.
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahui.
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas.

Meremang bulu roma Iskandar saat membaca tafsir al-Quran. "Fateh, siapa yang tulis mentera ni? Rasa macam ada depan mata aku tengah cakap dengan aku lah. Hebat!"

"Kalau rasa hebat cakap macam yang kau ucap dalam solat tadi." Senyum Fateh semakin melebar. Iskandar mengingat balik apa yang dibacanya dalam solat tadi. Jari dipetik. "Subhanallah!" Fateh mengangguk kepala.

"Nak tau siapa yang tulis semua ni? Cuba cari surah al-Baqarah ayat 186. Dia dah jawab awal-awal dah." Fateh menjawab dengan arahan supaya Iskandar mencari sendiri. Fateh sendiri baru sahaja terbaca ayat itu selepas Subuh pagi tadi. Iskandar terus mencari surah al-Baqarah untuk mengetahui siapakah yang telah menulis semua kalam-kalam indah itu.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." Iskandar membaca dengan penuh penghayatan. Kelihatan manik jernih bertakung di benak matanya. Inilah pertama kali dia menumpahkan air mata sejak sekian lama tidak menangis.

"Fateh, aku rasa hati aku lapang sangat! Aku nak jumpa Dia!" Ucap Iskandar. Air matanya telah beranak sungai di pipi.

"Assalammualaikum." Satu suara menyapa.

Fateh menjawab salam, Pak Ahmad telahpun berdiri di belakangnya dengan muka berseri. "Ini mesti Iskandar. Fateh selalu bercerita tentang Iskandar." Sapa Pak Ahmad. Iskandar mengelap air matanya. Sedikit wajah risau kelihatan di wajahnya. Takut. Fateh yang sedari cepat-cepat menghapuskan rasa takut temannya itu. "Inilah Iskandar yang Fateh selalu cerita tu." Sambil menepuk-nepuk bahu Iskandar.

"Ayuh kita naik ke dewan kuliah. Daurah dah nak mula."

Daurah... Fateh dan Iskandar saling berpandangan. Apa itu?

Mereka hanya menuruti Pak Ahmad naik ke tingkat atas masjid.
Seketika beberapa orang anak muda menuju ke arah mereka. Pak Ahmad bersalam sambil berpelukan. Pipi turut dilaga. Pak Ahmad yang berstatus Tan Sri dengan kedut-kedut tua di pipi sanggup menurunkan statusnya demi berkasih sayang. Mereka kelihatan mesra. Fateh dan Iskandar masing-masing terjatuh rahang melihat suasana yang cukup berbeza itu. Bagai suatu dimensi baru. Mereka turut terdengar perbualan Pak Ahmad dengan anak-anak muda itu. Tiada yang difahami oleh mereka.

Ana
Anta
Kaifa haluka
Bikhair

Apa itu? Fateh dan Iskandar runsing memikirkan. Anak-anak muda itu mula mendapatkan Fateh dan Iskandar. 

"Assalammualaikum wahai ikhwahku, nama ana Qamarul Nazrin ibnu Harun. Salam Ukhwah." Dengan senyuman manis, Qamarul memeluk erat Fateh dan Iskandar. Pipi dilaga. Muka Fateh merona merah. Malu. Segan. Rendah diri. Semua bercampur dalam satu perasaan. Iskandar juga begitu.

"Muhammad Al-Fateh Abu Ubaidah." Sepatah Fateh menjawab. 

Amirul, Azim, Amar, Abu, dan Amir masing-masing memperkenalkan diri mereka kepada Fateh dan Iskandar. Fateh dan Iskandar masing-masing terasa kekok dan pelik dengan perbuatan spontan yang dilakukan terhadapnya. Hati mereka terasa benar-benar lapang. Tiada kata-kata kasar apabila bersembang dengan anak-anak muda di hadapannya itu. Mereka benar-benar teruja untuk lebih mengenali sahabat-sahabat baru mereka itu.

"Baiklah, kita mulakan daurah Ghulam Dakwah kita dengan ummul kitab al-Fatihah." Amir memulakan bicara pembuka majlis. Bacaan al-Fatihah bergema di bibir syabab-syabab yang hadir. "Alhamdulillah, Allah hadirkan saudara baru kita, Fateh dan Iskandar pada hari ini. Moga mereka bakal menjadi kader-kader dakwah yang akan terus menegakkan panji-panji Islam walau di mana mereka berada." Lafaz 'InsyaAllah' bergema. Fateh dan Iskandar terasa bagai dirinya dihargai.

"Ikhwah sekalian, sebelum ana memulakan pengisian, izinkan ana kongsikan satu cerita yang dapat diambil iktibar bersama. Terdapat seorang petani yang sangat malas untuk solat, namun dia sering sahaja duduk di masjid. Semua orang sudah penat menasihatinya namun dia tetap dengan tabiatnya suka melepak di masjid. Sehinggalah seorang sheikh dari Arab datang. Para jemaah meminta Sheikh menasihati petani itu. Sheikh pun pergi ke arah petani tersebut. 'Kalau kau nak suruh aku solat, baik jangan buang masa. Aku tak nak solat.' Ucap petani tersebut tanpa sempat Sheikh berkata-kata. Akhirnya Sheikh tu pun beritahu yang dia bukan nak suruh solat tapi nak berkenal-kenalan. Mereka berkenal-kenalan selama setahun. Petani itu cukup sayang pada Sheikh. Suatu hari, Sheikh memberitahu yang dia hendak pulang ke Arab kerana merindui keluarganya di sana. Petani itu cukup sedih dan merayu supaya jangan pergi namun ditolak perlahan oleh Sheikh. Sebelum Sheikh pergi, dia meminta satu permintaan kepada petani itu. Sheikh meminta petani tersebut supaya jangan tinggalkan solat Zohor secara berjemaah. Solat Zohor sahaja. Petani yang sayangkan Sheikh pun berazam untuk tidak lagi meninggalkan solat Zohor. Akhirnya dia istiqamah untuk solat Zohor. Tahun berikutnya, Sheikh kembali ke tempat petani itu. Mereka menghabiskan masa setahun. Selepas itu Sheikh hendak balik ke Arab. Petani itu cukup sedih dan Sheikh meminta satu lagi permintaan. Tidak tinggalkan solat Asar. Maka Petani itu pun berazam untuk tidak tinggalkan solat Asar. Tahun berganti tahun, permintaan demi permintaan Sheikh kemukakan hinggalah cukup lima waktu. Akhirnya petani tersebut tak lagi meninggalkan solat lima waktu sehari semalam. Kesimpulannya wahai ikhwah yang ana kasihi, untuk melakukan suatu perubahan, memerlukan masa, bukan boleh terus berubah sekelip mata. Oleh itu, marilah kita terus istiqamah dalam melakukan amal soleh." 

Fateh dan Iskandar cukup takjub mendengar kisah yang diceritakan Amir. Sepanjang daurah pada malam itu, Fateh dan Iskandar memberi tumpuan sepenuhnya. Mereka tidak menyangka sama sekali wujudnya golongan yang masih berkasih sayang antara satu sama lain. Daurah Ghulam Dakwah mengisahkan seorang ahli sihir yang tua yang hendak menurunkan ilmunya. Dia hendak mencari anak muda untuk menjadi anak muridnya. Hinggalah terjumpa seorang budak yang ingin belajar. Setiap kali budak tersebut ingin mempelajari ilmu sihir, dia akan melalui pondok seorang ahli ibadat. Setelah lama dia belajar, dia mendapati seekor binatang besar mengganggu perjalanannya. Budak itu mengambil seketul batu dan berkata, sekiranya ajaran ahli ibadah adalah ajaran yang betul, matilah binatang ini. Akhirnya budak itu membaling batu ke arah binatang tersebut dan binatang tersebut mati. Maka jelaslah bahawa ajaran ahli ibadah adalah benar. Hingga suatu hari, apabila raja mengetahui yang budak itu belajar ilmu agama, dia cukup marah dan mengarahkan budak itu dibawa ke gunung dan laut untuk dibunuh tetapi tidak berjaya. Akhirnya budak itu menyuruh raja menghimpunkan seluruh rakyat dan mengikatnya di tiang. Budak itu menyuruh raja memanah matanya sambil menyebut 'la ilahailallah'. Raja berbuat demikian dan akhirnya budak itu mati. Dengan kematian budak itu, maka seluruh rakyat akhirnya masuk Islam. Raja mengamuk dan membuat parit besar yang di dalamnya terdapat api. Raja mengarahkan sesiapa yang tidak mahu kembali ke agama asal, terjun ke dalam parit. Oleh kerana iman yang dalam, satu per satu rakyat terjun ke dalam parit tersebut. Demi aqidah.

"InsyaAllah hujung minggu ni kami ada buat liqo', datang lah sekali. Macam-macam antum boleh dapat kat sana." Qamarul mengajak Fateh dan Iskandar menyertai halaqah mahabbah mereka.

Bermula dari situlah Fateh dan Iskandar memilih jalan tarbiah yang didasari oleh iman. Sedikit-sedikit tentang Islam mereka belajar. Iskandar juga kini telah mahir membaca al-Quran, malah dia antara yang termerdu sekali suaranya. Iskandar tidak lagi membeli baju yang mahal-mahal. Kini dia tahu yang dia lebih memerlukan duitnya untuk agama. Untuk disumbangkan ke rakyat Palestin yang lebih memerlukan. Iskandar menjadi salah seorang ikhwah yang paling tawaduk.

Mutabaah amal yang diberi kepada Fateh dan Iskandar lengkap semuanya. Mereka benar-benar ingin menjadi salah seorang pejuang Islam dalam negara. Kini misi mereka hendak melengkapkan peribadi muslim yang menjadi kayu ukur agendanya itu.

Suatu hari, Fateh berjumpa Qamarul. "Akhi, ana ada sesuatu nak bertanya pada anta. Hmm soal hati dan perasaan." Luah Fateh kepada Qamarul memandangkan hanya Qamarul seorang yang sudah berkahwin dalam ramai-ramai geng halaqahnya selain Pak Ahmad yang menjadi murabbi. Fateh lebih selesa berbicara dengan ikhwah seusianya. Selalunya pemikiran hampir sama. Qamarul tersenyum melihat gelagat Fateh. "Teruskan ya akhi..."

Bersambung...

Sunday, November 20, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 9

Dato' Ismail, Dato' Ishak, dan Dato' Imran masing-masing mempunyai perniagaan sendiri. Mereka merupakan pesaing hebat yang sering bertelangah antara satu sama lain. Bermula perniagaan secara kecil-kecilan hinggalah empayar mereka bertambah besar. Mereka tidak pernah mengalah. Pantang berjumpa, ada je yang tak kena. Apabila khabar Dato' Imran dirompak tersiar di dada-dada akhbar, Dato' Ismail dan Dato' Ishak bukan meringankan beban Dato' Imran, malah memperlekeh dugaan yang menimpa Dato' Imran kerana Dato' Imran kerugian sejumlah besar hartanya. Hal yang sama juga terjadi apabila satu persatu trio Dato' tersebut menjadi mangsa rompakan. Mereka kini dalam keadaan kerugian. Hutang kelilig pinggang dan hampir diisytihar muflis. Itupun masih bertelagah sesama sendiri. 

Suatu hari, mereka didatangi Tan Sri Ahmad Razali seorang demi seorang yang ingin membincangkan hal perniagaan. Mereka bersetuju untuk dipertemukan sekali dengan syarat dipengerusikan oleh Tan Sri Ahmad Razali. TGI Friday's menjadi lokasi pertemuan. Trio dato' yang hadir saling bermasam-masam muka. Fateh juga turut hadir dipertemuan yang dirancang itu.

"Assalammualaikum wahai sahabat-sahabatku. Seperti yang kita semua tahu, seorang demi seorang menerima ujian berbentuk rompakan. Mungkin sebagai kafarah dosa. Harap kita semua boleh optimist dan cuba muhasabah kembali hari-hari yang kita lalui." Tan Sri Ahmad Razali memulakan bicara dengan sedikit kata-kata aluan berbentuk nasihat. Dia berharap agar pintu hati ketiga-tiga dato' yang berada di hadapannya lembut hati untuk menerima berita yang bakal mereka dengar sebentar lagi.

"Cepatlah, perniagaan apa yang Tan Sri nak bincangkan? Saya rasa panas la kat sini. Makin lama makin panas." Dato' Imran tidak begitu berminat mendengar kata-kata nasihat dari Tan Sri Ahmad Razali. Sambil berkata, dia menjeling Dato' Ishak dan Dato' Ismail.

Tan Sri Ahmad Razali memperkenalkan Fateh lalu menyuruh Fateh memulakan bicaranya. Dengan lafaz bismillah Fateh memulakan bicara. "Hmm saya Muhammad Al-Fateh Qothin Bin Abu Ubaidah. Sebenarnya saya yang nak jumpa dato'-dato' semua atas amanat dari Tan Sri. Sebelum saya meneruskan kata, hmm saya nak minta maaf sangat-sangat pada dato'-dato' semua jika apa yang bakal dato' dengar lepas ni bakal mendidihkan darah dato' semua." Terkial-kial Fateh menyusun kata. Dia mendapat isyarat daripada Tan Sri Ahmad Razali supaya meneruskan bicara.

"Sebenarnya rompakan demi rompakan yang terjadi sudah dirancang oleh saya bersama sahabat-sahabat saya..." Belum sempat Fateh menghabiskan bicara Dato' Iskandar bangun menghempas tangan ke meja.

"Celaka kau budak! Kau tahu berapa juta aku rugi? Jom kita bawa budak ni ke balai polis!" Darah Dato' Ismail naik mendidih menyerbu ke muka. Namun dihalang oleh Tan Sri Ahmad Razali.

"Tan Sri, kenapa nak bela sangat budak ni? Tan Sri sendiri hampir kena rompak dengan dia." Bentak Dato' Ishak memprotes tindakan Tan Sri Ahmad Razali.

Tan Sri Ahmad Razali dengan tenang meminta semua orang menarik nafas. Beberapa orang pelanggan TGI Friday's melihat kekecohan yang berlaku. "Dengar dulu apa yang ingin dikatakan wahai sahabat-sahabatku. Jangan terlalu cepat mengikut emosi." Tan Sri Ahmad Razali memberi isyarat kepada Fateh untuk meneruskan pengakuannya.

"Hmm, saya datang kat sini untuk bertemu dengan dato'-dato' semua sebab saya nak pulangkan balik hak-hak dato' semua." Hati Fateh kian berdebar. Dia takut kalau-kalau ada mana-mana dato' yang mengamuk.

"Jangan nak perbodohkan kami! Mesti kau dah makan semua harta aku!" Marah Dato' Imran kepada Fateh. Fateh menarik nafas panjang. Terdengar keluhan dalam hembusan nafas Fateh.

"Sebenarnya hasil daripada harta rompakan tu saya laburkan, sekarang nilainya berjuta-juta ringgit. Empayarnya pula hingga keluar negara. Di sini saya sertakan sekali fail-fail rekod aset yang saya miliki sebagai bukti untuk dato'-dato' semua." Fateh memberikan fail-fail yang dimilikinya kepada kesemua trio dato' tersebut.

Terkebil-kebil mata Dato' Imran, Dato' Ishak dan Dato' Iskandar apabila membaca segala aset yang dilaburkan Fateh atas hasil rompakannya terhadap dato'-dato' itu. Aset yang meliputi ladang-ladang ternakan, kebun-kebun, kilang-kilang, import eksport yang jumlah keseluruhannya bernilai berjuta-juta ringgit.

"Kesemua harta ini saya nak serah balik kepada dato'-dato' semua. Ini semua milik dato'. Saya serahkan balik. Saya minta maaf." Fateh bertutur perlahan. Mengembalikan kesemua hak-hak trio dato' di hadapannya.

"Ambillah semua aset ini, kesemuanya milik anda semua wahai sahabat-sahabatku. Berkongsilah, berdamailah supaya sama-sama dapat mengusahakan harta ini." Tan Sri Ahmad Razali menyimpulkan penyerahan aset-aset itu kepada tuannya yang sebenar. Dia amat berharap yang trio dato' yang kelihatan masih terperanjat di hadapannya dapat berbaik-baik untuk kebaikan bersama. 

Seketika masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain. Dan akhirnya TGI Friday's menjadi saksi berdamainya ketiga-tiga dato' yang telah sekian lama bermusuhan. "Baiklah, kami maafkan kau. Setakat ini, kau uruskan dulu semua aset ni sampai proses pemindahan selesai." Dato' Ismail membuat kesimpulan. Sahabat-sahabatnya yang lain turut bersetuju.

Tan Sri Ahmad Razali mengucap syukur atas apa yang berlaku. Kini misinya hanyalah untuk memberi sebuah keluarga kepada Fateh seperti apa yang diimpikannya.

Bersambung...

Saturday, November 19, 2011

Biar Berbeza Jemaah Asal 1 Aqidah

Esok hari jadi Ahmad, cepat siapkan hadiah, kek, jamuan, bla bla bla

Esok Fahmi imtihan, cepat bagi sms, nota ringkas, bla bla bla

Esok Syafiq nak pergi KL, jom temankan, hantarkan, bla bla bla

Ahmad, Fahmi, Syafiq, jom kita pergi usrah nak tak? Kat tempat ni penuh dengan jahiliah. Kita buat rahsia-rahsia. Underground punya.

Ahmad, Fahmi, Syafiq pun akur... Abang tu concern macam-macam pasal aku, takkan dia ajak pergi usrah nak tolak kot?

Beberapa bulan kemudian... 

Abang, Ahmad ikut HALUAN, Fahmi ikut ISMA, Syafiq ikut IKRAM.

Hari ni hari jadi Ahmad. Hmm mana hadiah, kek, jamuan?

Hari ni Fahmi ada imtihan, mana kata-kata hikmah, sms, nota ringkas?

Hari ni Syafiq nak pergi KL, siapa nak temankan?

Kau kan HALUAN, Kau kan ISMA, Kau kan IKRAM. Kita kan lain-lain jemaah.

HABIS KAU SEMAI UKHWAH TU BERLANDAS APAKAH?

Jujur kata, ana cukup muak dengan situasi macam ni.

Ana ada kawan dari HALUAN. Ana ada kawan dari IKRAM. Ana ada kawan dari ABIM. Ana ada kawan dari PAS. Ana ada kawan dari UMNO. Jadi apa masalahnya untuk tak boleh berukhwah lain-lain jemaah? Puak kau puak kau, puak aku puak aku.

Habis kalau dapat jodoh dengan lain jemaah? Katakan keluarga mentua tak sama jemaah dengan jemaah pilihan. Kena buang keluarga la macam ni ye?

Pendapat ana, tak salah bila wujudnya banyak jemaah-jemaah ni. Masing-masing berperanan dalam waqi' masing-masing. Dalam hal-hal bersama, tak salah kalau nak duduk semeja. 

Bila ukhwah tu didasarkan atas dasar iman. Tak kisahlah kau jemaah kau, aku jemaah aku. Yang penting kita geng!

Thursday, November 17, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 8

Restoran Anjung Bidara yang menyajikan masakan tradisional Melayu selalu penuh didatangi pengunjung walaupun di luar waktu puncak. Terdapat pelbagai hidangan yang memukau selera penjawat-penjawat awam yang berjam-jam duduk di pejabat menghadap fail serta surat-surat. Bangunan kerajaan yang berada di sebelah bangunan lot dua tingkat di mana terdapatnya Restoran Anjung Bidara yang sudah beroperasi lebih lima tahun tersergam indah dengan gubahan bunga-bunga yang ditanam oleh pekerja-pekerja perbandaran. Menambah seri perkarangan Restoran tersebut.

Fateh telah pun berada di situ lebih awal menunggu kedatangan Pak Ahmad dan Aisyah. Milo suam yang dipesan Fateh sejak tadi tidak terusik. Bermacam-macam perasaan sedang bermain dalam benaknya. Namun digagahinya juga. Terasa bagai memerlukan suatu kuasa yang dapat memberi kekuatan dalam saat-saat itu. Sesekali Fateh terfikir, apakah betul tindakannya dengan berterus terang kepada Pak Ahmad? Lantas dilenyapkan terus suara yang datang menghasut mindanya itu.

Selepas Fateh balik dari Surau An-Nur, dia melihat Malik dan Iskandar sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing. Fateh malas mengambil pusing. Dia masuk ke biliknya. Dengan adanya rumah banglo itu. Urusan seharian mereka bertiga kini lebih teratur. Masing-masing mempunyai bilik sebagai tempat privasi sendiri. Fateh cuba melelapkan mata di pembaringan. Badannya terasa sakit dek berjaga sepanjang malam. Tubuhnya lesu. Namun Fateh tidak dapat tidur pada kali ini. Mungkin kerana gelodak perasaannya yang telah mengakui kesilapannya terhadap Pak Ahmad selepas Subuh tadi. Fateh hanya termenung melayan perasaan. Fikirannya kosong. Kipas yang berpusing di siling menjadi tatapan pandangannya. Fateh menghabiskan waktunya tanpa berbuat apa-apa.

Azan Zohor yang berkumandang dari Masjid Ubudiah jelas kedengaran. Menarik Fateh ke alam realiti. Dia mula bersiap untuk ke surau. Walaupun kedudukan Masjid Ubudiah lebih dekat dengan rumah banglo dua tingkat itu, tetapi Fateh lebih gemar untuk bersolat di Surau An-Nur. Mungkin telah biasa atau dengan kehadiran Pak Ahmad dalam hidupnya di surau itu. Fateh tidak lupa untuk membawa sekali buku nota catatan rompakannya sekali. Dia berhajat untuk menunjuk buku nota itu kepada Pak Ahmad. Di surau, Pak Ahmad tidak kelihatan. Mungkin sibuk di rumah fikir Fateh.

Lamunan Fateh terhenti dengan ucapan salam yang didengarnya. Fateh memalingkan wajahnya ke belakang. Mencari tuan punya suara. Kelihatan Pak Ahmad berdiri betul-betul di belakang Fateh. Fateh memalingkan wajahnya pula ke arah wanita di sebelah Pak Ahmad. Berderau darah Fateh melihat wanita tersebut. Aisyah berjubah coklat dengan tudung labuh serta berniqab. Hanya mata yang kelihatan. Tiada pertembungan mata yang berlaku. Aisyah sejak awal-awal lagi sudahpun menundukkan pandangannya.

Mereka memesan makanan. Kini Pak Ahmad melihat Fateh dengan wajah serius. Fateh hanya berdiam diri. Kelu lidah terasa. Hendak bercakap namun bagai dihalang. Ah apakah ini? Bentak hati Fateh. Gelora jiwanya makin hebat melanda.

"Kenalkan anak pakcik, Aisyah Humaira'." Pak Ahmad memulakan bicara. Aisyah masih dengan tunduknya. Naluri wanitanya tersentuh apabila ada lelaki asing berada di hadapannya. Dia memujuk diri. Aku datang untuk tegakkan kebenaran. InsyaAllah. Lagipun abi ada. Biar dia yang jalankan hak dia.

Fateh masih lagi kelu. Hanya angguk menjadi isyarat.

"Aisyah, sekarang abi nak Aisyah bagitahu abi, betulkah pemuda di hadapan Aisyah ni yang Aisyah lihat semalam?" Serta merta darah Fateh menyerbu ke muka. Tidak tahu punca. Degup hatinya bertambah kencang.

"Ye abi. Dia juga yang gagalkan rancangan sahabat-sahabatnya." Sepatah baris keluar dari mulut Aisyah. Fateh akur dengan pengesahan Aisyah. Apa nak jadi, jadilah!

Pak Ahmad menarik nafas panjang. Tanpa sedar butiran air mata mengalir di pipinya. Fateh yang terperasan akan reaksi spontan Pak Ahmad mula diburu rasa bersalah yang teramat sangat.

"Pakcik, Aisyah, saya minta maaf sangat-sangat. Saya janji akan berubah. Tidak akan lakukan rompakan lagi." Fateh tidak dapat berfikir lagi. Perasaan bersalahnya meluap-luap.

Fateh memandang Aisyah, "Aisyah, maafkan aku, err saya, err Fateh!"

"Bismillahirahmanirahim. Sesungguhnya perkara halal itu jelas. Perkara haram itu juga jelas." Akhirnya Aisyah bersuara. Dia berharap mesej ringkas itu masuk ke dalam benak Fateh supaya tiada lagi perbualan susulan.

"Susah pakcik nak maafkan sebenarnya. Tapi pakcik tahu Fateh betul-betul nak minta maaf. Kalau tak, masakan Fateh berani mengaku pada pakcik? Kalau pakcik tak maafkan Fateh, pakcik yakin yang Fateh tak akan dapat kekuatan untuk berubah dan mengakui kesilapan Fateh pada mangsa-mangsa Fateh. Oleh itu, pakcik maafkan Fateh dengan syarat Fateh temui mangsa-mangsa Fateh, akui kesilapan Fateh dan pulangkan hak mereka." Pak Ahmad menyimpulkan apa yang dirasanya. Suatu ketenangan meresap ke dalam jiwa Pak Ahmad dan Fateh.

"Sekarang, pakcik nak Fateh jelaskan. Kenapa Fateh buat kerja-kerja rompakan dan dalam masa yang sama, Fateh tak pernah tinggal solat jemaah?" Pak Ahmad ingin meleraikan segala persoalan yang bermain dalam fikirannya.

Lama Fateh berdiam diri sebelum menjelaskan segala-galanya. Sebenarnya saya anak luar nikah. Mak ayah pun saya tak tahu siapa sebenarnya. Sejak kecil saya dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Saya cuma diberitahu nama ayah saya Abu Ubaidah dan nama saya Muhammad al-Fateh Qothin. Saya teringin sangat nak dapat kasih sayang dari ibu dan ayah. Lama saya menunggu saat itu sampailah ada seorang makcik berbesar hati untuk ambil saya sebagai anak angkat. Namanya Ummu Qothin. Sejak habis sekolah rendah, dialah tempat saya menumpang kasih. Ummu Qothin selalu beri nasihat pada saya. Sampailah pada suatu hari, Ummu Qothin jatuh pengsan. Bila saya bawa dia pergi klinik, doktor cakap dia menghidap barah otak. Hari-hari saya doa pada Tuhan supaya jangan ambil dia dari saya. Saya tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni. Tapi Tuhan tetap ambil Ummu Qothin. Sebelum dia meninggal, dia pesan pada saya supaya jangan tinggalkan solat jemaah. Sebab tu saya tak pernah tinggal solat jemaah. Kenapa saya buat kerja rompakan pula. Sebenarnya saya rasa marah kat Tuhan sebab Dia ambil Ummu Qothin daripada saya. Dia tak pernah faham perasaan saya yang nakkan kasih sayang ibu dan ayah. Bila Ummu Qothin sudi jadi tempat saya bermanja. Dia ambil Ummu Qothin!" Teresak-esak Fateh meluahkan apa yang terbuku sejak sekian lama.

"Sebab saya nak berdendam dengan Tuhan, saya buatlah larangan-larangan Dia. Mula-mula saya bergaduh. Tapi kena tangkap dan masuk dalam lokap. Dari situ lah saya kenal geng perompak yang lain. Mereka ajak saya join geng diorang buat untuk merompak. Sebab tu la saya jadi perompak. Tapi dalam masa yang sama, saya tak tinggal solat jemaah atas sebab arwah Ummu Qothin. Ni rekod-rekod rompakan saya." Dengan tangis yang masih bersisa, Fateh menghulurkan buku catatannya kepada Pak Ahmad. Pak Ahmad baca dengan muka yang berkerut.

'Fateh ni tak sempurna tarbiahnya. Kesian dia. Potensi dia besar tapi dihalakan ke arah yang salah.' Monolog Pak Ahmad dalam hati.

Seperti dapat membaca fikiran ayahnya, Aisyah berkata kepada Pak Ahmad. "Seseorang yang hebat di zaman jahiliah, akan menjadi hebat di zaman Islamnya." Fateh terpinga-pinga mendengar perbualan dua beranak itu. Sungguh dia tidak faham istilah-istilah yang dibualkan Pak Ahmad dan Aisyah.

"Fateh, betul Fateh nakkan kasih sayang sebuah keluarga?" Pak Ahmad bertanya kepada Fateh. Matanya memandang tepat pada anak mata Fateh. Mencari jawapan.

Fateh hanya mengangguk sambil mengelap matanya.

"Baik. Rabu malam selepas Isyak, pergi Masjid Ubudiah. Pakcik tunggu Fateh kat sana. Tapi sebelum tu, pakcik nak Fateh berterus terang kepada Dato' Ismail, Dato' Ishak, dan Dato' Imran. Pulangkan kembali hak mereka." Arah Pak Ahmad.

"Pakcik, lepas saya rompak, hasil rompakan tu saya tak tahu nak buat apa. Jadi, apa yang pakcik nampak aset saya yang berjuta-juta tu semua hasil dari rompakan tu. Saya beli tanah, buat semua-semua tu. Jadi, nilai rompakan tu semua dah berganda-ganda. Saya minta maaf sebab bahan-bahan mentah yang saya bagi pakcik datang dari hasil rompakan ni. Lagi satu saya tak tahu macam mana nak bagi balik ganti rugi sebab dah bercampur baur jadi semua aset tu. Hmm, boleh tak pakcik temankan saya jumpa mereka. Saya masih perlukan kekuatan." Jujur Fateh mengaku.

Pak Ahmad tersenyum simpul. "Pakcik tak makan lagi bahan-bahan mentah yang Fateh bagi. Pakcik simpan dalam peti ais dan terlupa beritahu isteri pakcik. Baiklah, pakcik akan temankan Fateh untuk berdepan dengan trio dato'-dato' tersebut."

Dalam diam Aisyah mengucap syukur. Satu lagi hamba Allah telah terbuka hatinya untuk berubah.

Bersambung...

Tuesday, November 15, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 7

Anjung surau an-Nur sering sahaja menjadi saksi tempat para jemaah saling bertukar cerita. Ada yang bercerita mengenai kejayaan anak-anak. Ada juga yang bercerita impian menambah isteri. Kadangkala, terdapat juga luahan hati mengenai beban seharian. Di situlah tempat bersama menyulam ukhwah. Pada hari minggu pula, Muslimat akan menggunakan anjung surau an-Nur sebagai tempat pengajian fardu ain. Di sebelah malamnya pula, terdapat anak-anak qariah yang belajar mengaji. Walaupun kecil, namun pengimarahan surau an-Nur menjangkaui keluasan kawasan surau. Surau an-Nur juga tidak pernah dikunci bagi memudahkan mana-mana musafir yang ingin tumpang bermalam serta penduduk yang ingin melakukan qiamulail.

Pak Ahmad mengajak Fateh duduk di anjung bersebelahan birai yang memisahkan kawasan solat dengan taman hiasan di sebelah surau. Di situ juga terdapat sebuah kolam ikan yang menempatkan beberapa ekor ikan emas yang menjadi penyeri kecantikan taman surau itu.

Wajah tua Pak Ahmad kelihatan tenang dalam suasana pagi yang nyaman itu. Kerut-kerut tangan Pak Ahmad jelas menunjukkan dia seorang yang kuat bekerja sepanjang masa mudanya. Fateh membuang pandangan ke arah bukit yang tesergam indah di balik Taman Sentosa. Cahaya mentari mula menampakkan seri. Perlahan-lahan mengintai buana. Pak Ahmad melepas nafas perlahan.

"Apa dia yang pakcik ingin katakan?" Fateh membuka soalan. Memecah sunyi.

Pak Ahmad diam membisu. Pandangannya kosong merenung Fateh. Fateh sedikit pelik dengan tingkah laku Pak Ahmad yang berlainan dari biasa. Selalunya Pak Ahmad akan menjadi orang yang sangat ceria bila mereka berbual. Tetapi kali ini Pak Ahmad lebih banyak berdiam diri.

Pak Ahmad menarik nafas panjang. "Rumah pakcik kena pecah malam tadi. Alhamdulillah tak ada apa-apa terjadi. Barang pun tak hilang. Dan paling pakcik syukuri, satu-satunya anak pakcik selamat dari menjadi mangsa. Yang pasti, ada tiga orang semuanya tapi bila pakcik tanya anak pakcik, dia diam membisu."

Serta merta berderau darah Fateh mendengar apa yang diceritakan Pak Ahmad kepadanya.

Rompak...

Tiga orang...

Anak...

Tan Sri Ahmad Razali...

Kini, giliran Fateh pula terdiam. Mukanya pucat. Kepalanya ligat mencerna maklumat.

'Panggil sahaja Pak Ahmad. Duduk di Taman Bakau.'

Pak Ahmad = Tan Sri Ahmad Razali ?

Fateh cuba menyelaraskan maklumat yang baru sahaja didengarnya sebentar tadi. Cuba mencari titik persamaan. Tahulah dia bahawa orang yang berada di hadapannya itu merupakan tuan rumah yang ingin dirompaknya malam tadi bersama Malik dan Iskandar. Fateh meneguk liur. Bertambah debar apabila wajah Aisyah secara tak langsung menyapa mindanya. Bagai tidak percaya, Pak Ahmad merupakan wali kepada gadis yang baru sahaja dilihatnya malam tadi. Gadis yang gagah untuk bangun malam semata-mata beribadah kepada Allah. Gadis yang bacaan al-Qurannya sungguh memikat kalbu. Tanpa dapat mengawal, air mata Fateh mengalir laju di pipi.

Pak Ahmad yang melihat keadaan Fateh menjadi pelik. Dia yang dirompak tetapi Fateh yang menangis. "La, kenapa menangis? Bukannya Fateh yang kena rompak, pakcik yang kena."

Hajat Fateh ingin meminta pendapat tentang Aisyah dikuburkan. Dia sedar, yang dia tidak akan sesekali dapat mendekati wanita seperti itu. Tambah-tambah lagi bila Pak Ahmad bakal mengetahui dirinyalah antara salah seorang perompak yang cuba merompak rumahnya.

Iman Fateh yang terjentik dek keindahan bacaan al-Quran dari Aisyah sedang berhempas pulas melawan pujukan nafsunya untuk tidak mengakui kesalahannya. Fateh nekad. Dia nak berterus terang kesilapannya pada Pak Ahmad. 'Mungkin inilah rompakan terakhir aku. Aku tekad nak mengaku kesilapan aku. Apa nak jadi, jadilah!' Bentak Fateh dalam diri.

Dengan linangan air mata yang masih bersisa, Fateh merenung wajah Pak Ahmad. "Pakcik, sebenarnya saya yang cuba rompak rumah pakcik malam tadi. Bersama saya ada dua orang lagi kawan-kawan saya tapi dia tak pernah datang surau. Sebelum ni bengkel usang kat hujung simpang tu yang jadi markas kami, tapi sekarang kami dah tinggalkan bengkel tu. Yang saya tak datang surau lama tu sebab kami keluar negara untuk rancang rompakan rumah pakcik. Lagipun, nak tunggu kes rompakan kami sebelum ni reda. Saya minta maaf pakcik..." Air mata Fateh mengalir deras. Dia sendiri tidak tahu mengapa begitu murahnya air mata mengalir. Adakah sebagai tanda dia takut atau lega dapat berterus terang atau apa?

Terkebil-kebil mata Pak Ahmad mendengar pengakuan Fateh. Antara sedar atau tak, Pak Ahmad mula ketawa. "Fateh ingat pakcik nak percaya? Perompak tak pergi solat jemaah, Fateh ni siap pergi tiap masa. Macam mana Fateh nak mengaku yang Fateh cuba merompak rumah pakcik malam tadi? Lagipun aset Fateh berjuta-juta." Ketawa Pak Ahmad masih bersisa. Dalam pada yang sama, dia tidak boleh terima apa yang baru sahaja didengarnya. Tak masuk dek akal. Pak Ahmad telahpun meletakkan thiqah yang tinggi terhadap Fateh kerana peribadinya yang mulia.

Fateh yang masih dalam esak tangisan hanya menundukkan kepala. Seribu penyesalan bertandang di jiwa. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat. Kepalanya buntu. Semakin bertambah persoalan yang bermain di minda. "Anak pakcik jadi saksi, kawan saya ternampak anak pakcik sedang solat, dia ingatkan hantu. Sebab tu tak jadi nak rompak. Lepas dia beritahu saya yang dia nampak hantu, saya terus ke bilik anak pakcik. Saya ternampak anak pakcik lalu saya beritahu kawan-kawan saya yang dilihatnya bukan hantu tapi orang perempuan tengah solat. Kawan-kawan saya terus pasang niat yang tak elok pada anak pakcik. Saya dapat hidu niat mereka. Sebab tu saya hidupkan alarm penggera kat rumah pakcik. Kalau pakcik tak percaya, pakcik boleh tanya sendiri anak pakcik. Sayalah satu-satunya perompak yang tak pakai topeng sebab saya jaga kereta kat luar. Jadi, anak pakcik nampak jelas muka saya." Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah mengaku, biar habiskan pengakuan. Suatu kekuatan meresap masuk ke dalam diri Fateh. Kini dia tidak kisah hatta sedikitpun akibat dari pengakuannya itu.

Wajah Pak Ahmad bertukar serius. Anak mata Fateh ditenung sedalam-dalamnya. "Anak pakcik tak ada bagitahu apa-apa pun pada pakcik. Macam ni lah, tengah hari nanti kita makan tengah hari sama-sama di Restoran Anjung Bidara. Pakcik akan bawa anak pakcik untuk mengesahkan apa yang Fateh bagitahu tadi. Apa-apapun, pakcik masih tak percaya Fateh yang cuba pecah masuk rumah pakcik malam tadi." Pak Ahmad mengakhiri perbualannya dan terus meminta izin untuk pergi. Pak Ahmad mengangkat kaki dan pergi. Pergi bersama seribu persoalan.

Bersambung...

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6

Monday, November 14, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 6

Rumah banglo tiga tingkat di hujung kawasan perumahan Taman Bakau tersergam indah. Waktu itu, semua penghuni telah nyenyak tidur di kediaman masing-masing. Hanya Malik, Iskandar dan Fateh yang masih berjaga demi menjayakan misi rompakan mereka ke atas seorang usahawan, Tan Sri Ahmad Razali.

Malik teruja melihat rumah banglo tiga tingkat itu. "Pandai kau cari mangsa Iskandar, siap ada swimming pool dengan tennis court. Ni gudang ke apa."

Iskandar hanya tersenyum bangga. "Mesti hasilnya lebih lumayan. Kali ni aku nak beli terus pasar raya. Tak payah pergi shooping lagi. hahaha!" 

Pada rompakan kali ini, mereka telah bertukar stratergi. Fateh akan mengawasi Iskandar dan Malik dari dalam kereta sementara Iskandar dan Malik memecah masuk ke rumah. Mereka juga turut menambah cabaran dengan membiarkan Tan Sri Razali bersama keluarganya di dalam rumah. Iskandar telah pun memberitahu awal-awal bahawa Tan Sri Razali seorang yang sudah berumur. Pasti tidak lagi larat hendak mengejar mereka. Tambahan pula, Iskandar memberitahu bahawa orang berumur selalunya memerlukan tidur yang cukup. Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah mengatur rancangan supaya Tan Sri Ahmad Razali meninggalkan rumah untuk suatu tempoh yang lama.

Kini Iskandar dan Malik berada betul-betul di hadapan pintu rumah Tan Sri Ahmad Razali. Pagar rumah telah pun berjaya dilalui mereka dengan baik. Dengan menggunakan kepandaian mengakses pintu elektik, Malik dan Iskandar telah berjaya membuka pintu utama rumah banglo tiga tingkat itu. Mereka telah melakukan dengan cekap sehinggakan alarm penggera tidak dapat mengesan kehadiran mereka berdua.

"Kau pergi tingkat atas, aku pergi tingkat bawah. Cari apa-apa barang yang beharga, duit, emas, laptop, kamera, dan apa-apa sahaja." Arah Malik kepada Iskandar yang baru pertama kali mengikut Malik memecah masuk rumah.

Iskandar berjalan perlahan-lahan ke tingkat atas. Terdapat tiga buah bilik di tingkat tiga manakala lima buah bilik di tingkat dua dan tingkat bawah. Iskandar melalui bilik pertama namun langkahnya terhenti. Iskandar membatu. Darah bagai diserbu ke muka. Adrenaline mengalir laju dalam tubuh Iskandar. Jantungnya bagi hendak meletup. Mata Iskandar tidak berkelip melihat apa yang ada di hadapannya. Perlahan-lahan Iskandar meneguk liuar. Bersedia mengambil langkah seribu. 

Sesuatu yang berada di hadapannya bukanlah sebahagian daripada rancangan. Tergesa-gesa Iskandar mencari Malik yang sedang seronok mengambil barang kemas kepunyaan isteri Tan Sri Ahmad Razali. Malik yang terkejut bahunya ditepuk Iskandar hampir mengamuk dengan perbuatan Iskandar.

"Kau apa hal!" Marah Malik.

"Jom kita blah sekarang! Rumah ni berhantu! Aku sendiri nampak dengan mata kepala aku! Ada lembaga putih kat tingkat atas. Kita rompak rumah orang lain je la. Jom blah!" Serius Iskandar menegaskan apa yang difikirnya. Malik yang hendak marah menangguhkan dulu niatnya dek melihat wajah Iskandar yang pucat seribu.

Iskandar lantas menarik tangan Malik kembali ke pintu utama dan terus menuju ke kereta. Fateh yang menyedari tingkah laku Malik dan Iskandar yang tergesa-gesa keluar dari rumah berasa hairan. "Kantoi ke diorang ni? Tak nampak ada orang kejar pun. Alarm menyala pun tidak." Monolog Fateh.

Setibanya di kereta, Iskandar memberi arahan supaya Fateh terus pergi meninggalkan rumah 'puaka' itu. "Kenapa kau orang ni? Mana barang rompakan? Kantoi ke? Apa dah jadi ni?" Tanya Fateh bertubi-tubi tanpa menghiraukan arahan dari Iskandar.

"Budak ni nampak hantu katanya, ada lembaga putih kat tingkat tiga rumah ni. Tu yang kelam kabut nak lari tu." Malik mendengus. Dia sudah cukup muak dengan perangai Iskandar yang terlalu penakut.

Fateh yang teruja mendengar perkataan 'hantu' tanpa berfikir panjang terus keluar dari perut kereta lalu  bergegas masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Fateh yang teringin melihat makhluk halus dengan mata kepala sendiri begitu teruja dengan apa yang baru didengarnya dari mulut Iskandar sebentar tadi. 

Langkah menapat perlahan menaiki tangga ke tingkat tiga. Ketika melewati satu pintu yang sedikit terbuka. Cahaya samar-samar yang keluar dari celah-celah pintu menarik perhatian Fateh. Dilihatnya seorang wanita sedang khusyuk melakukan tahajud. Kain telekung putih yang dipakai wanita tersebut secara tak langsung mengetuk minda Fateh untuk mencerna kembali maklumat yang baru sahaja dia peroleh. Lantas, Fateh tersenyum sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang dilihat Iskandar bukanlah hantu tetapi seorang wanita yang sedang solat. Fateh yang mengintai di celah pintu berusaha untuk melihat wajah wanita tersebut namun gagal kerana Fateh membelakangi wanita tersebut.

Seketika Fateh terpesona dengan tingkah laku seorang wanita di hadapannya itu. Sanggup berjaga malam untuk beribadah kepada Allah. "La, orang tengah solat disangka hantu. Betul lah Iskandar ni. Tak apa lah, rompak rumah lain pun boleh."

Fateh bergegas menuruni tangga lantas terus menapak ke kereta. Iskandar yang masih lagi menggigil ketakutan menanti Fateh dengan penuh debaran. Malik hanya diam menanti Fateh keluar dari rumah banglo itu. Dia sudah pun bersiap sedia untuk memecut kenderaan yang mereka naiki kalau-kalau Tan Sri Ahmad Razali yang muncul di pintu rumah itu.

Apabila kelibat Fateh muncul di depan pintu rumah Tan Sri Ahmad Razali dengan muka tersengih. Iskandar melambai-lambai tangan supaya cepat ke kereta untuk terus membatalkan rompakan dan pergi dari situ. Fateh menggeleng kepala sambil pergi ke arah mereka.

"Yang kau nampak hantu tu, perempuan tengah solat lah. Anak Tan Sri rasanya." Fateh menjelaskan keadaan sebenar.

Terbeliak mata Malik mendengar penjelasan Fateh. Bukanlah kerana informasi yang salah diberi Iskandar, tetapi mendengar istilah perempuan yang keluar dari mulut Fateh.

"Durian runtuh kita malam ni. Hahaha!" Malik tiba-tiba bersuara. Iskandar dan Fateh saling berpandangan. Pelik.

"Dah ada anak ikan depan mata, kenapa nak lepaskan peluang? Jom serbu!" Malik memberi arahan kepada Iskandar dan Fateh lantas terus keluar untuk masuk semula ke dalam rumah. Tanpa sempat Fateh menghalang, kelibat Malik telah pun hilang. Iskandar mengekori Malik. 

Fateh mengejar Malik dan Iskandar yang sedang menaiki tangga rumah. Kini, mereka bertiga betul-betul berada di hadapan pintu bilik wanita tersebut. Namun ketiga-tiga langkah terhenti.

"Fateh! Tu bunyi mentera yang kau selalu baca tu! Apa dia cakap?" Iskandar menepuk bahu Fateh yang telah membatu itu. Malik juga turut berdiam diri mencerna apa yang sedang didengarnya.

Pesona.

"Dia tengah baca al-Quran lah" Ringkas Fateh memberi respon. Ketiga-tiga mereka kini terpesona dengan alunan al-Quran yang dibaca wanita di dalam bilik tersebut.

Malik yang bagai dipukau terkebil-kebil matanya. Kini dia tersedar dan menyedarkan Iskandar dan Fateh. "Bahaya mentera dia baca, boleh pukau orang. Jom kita kerjakan dia sekarang!" Malik memberi arahan.

Fateh yang tak setuju lantas melarang Malik dan Iskandar untuk masuk ke bilik tersebut. Berlaku pertengkaran di antara mereka bertiga hingga membuat bunyi bising.

Aisyah yang sedang khusyuk membaca al-Quran terdengar riuh rendah di hadapan biliknya itu. Aisyah menoleh dan mendapati pintu biliknya sedikit terbuka. Aisyah memberanikan diri unutk maju ke arah pintu dan melihat apa yang sedang berlaku. Setelah pintu dikuak, tubuh Aisyah beku. Darah menyerbu ke muka. Apabila dilihatnya terdapat tiga orang lelaki berada betul-betul dihadapannya. Dua orang daripada mereka bertopeng. Fateh yang tugasnya mengawasi di dalam kereta tidak memakai topeng muka sementara Iskandar dan Malik menyarung topeng apabila hendak melakukan rompakan.

Tiba-tiba air mata Aisyah tumpah berguguran. Dirinya kini berasa terancam dengan kehadiran tiga orang perompak. Macam-macam boleh terjadi pada malam itu. Hendak menjerit, bimbang berlaku yang lebih buruk terjadi ke atas dirinya. Aisyah berharap tangisannya menjadi tanda bahawa dia sedang meminta belas daripada ketiga-tiga orang perompak itu.

Fateh terkedu melihat wajah Aisyah yang sangat mempesonakan. Mata mereka bertentang. Hanya Fateh yang tidak memakai topeng memudahkn Aisyah mengecamnya. Kebarangkalian Fateh ditangkap tinggi ketika itu.

"Cantik sekali bidadari kita pada malam ini." Tiba-tiba Malik bersuara dengan sengih yang masih menebal.

Fateh yang sudah pun menghidu niat jahat Malik terus menutup pintu bilik Aisyah. Aisyah yang masih terdiam di hadapan pintu biliknya tertolak ke belakang lalu terjatuh di dalam bilik. Seketika dirasakan dirinya kini selamat dari tenungan mata perompak-peronpak tersebut. Aisyah hanya mampu berdoa semoga Allah memelihara dirinya. Juraian air mata terus membasahi pipi.

Fateh tanpa membuang masa menghalakan tangannya ke laser penggera di sebelah pintu bilik Aisyah. Kini penggera berbunyi. Tan Sri Ahmad Razali yang sedang lena tidur terjaga disebabkan pekikan alarm kecemasan. Tan Sri Ahmad Razali terus menalefon polis apabila menyedari rumahnya kini dimasuki perompak.

Malik, Iskandar dan Fateh tanpa berlengah-lengah lagi terus melarikan diri. Kereta Wira aeroback Iskandar dipecut laju. Apabila tiba di depan surau an-Nur, Fateh dihalau keluar oleh Malik yang masih berang dengan Fateh yang menggagalkan rancangannya itu.

"Kita masih ada perhitungan yang perlu dibuat!" Malik memberi arahan tegas kepada Malik. Iskandar hanya diam membisu. Dia tidak berani menyampuk apabila Malik sedang marah.

Fateh tahu Malik dalam keadaan marah. Dibiarkan Malik hingga keadaannya kembali reda. Fateh terus melangkah ke surau An-Nur. Dia merehatkan diri di anjung surau kerana waktu Subuh akan tiba dalam masa sejam lagi. Fateh tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya terganggu. Bukan kerana Malik yang marah dengannya. Bukan juga kerana wajahnya yang dicam Aisyah. Tetapi dok tentangan Aisyah yang meminta simpati kepada mereka. Juga kerana pesona suara Aisyah yang mengalun bacaan al-Quran. Secara tak langsung telah melembutkan hati Fateh. 

Aisyah yang kini selamat di rumahnya telah melakukan sujud syukur. Dia tahu yang dirinya diselamatkan oleh salah seorang perompak yang tidak memakai topeng itu. Aisyah berazam untuk membalas jasa Fateh dengan mendiamkan diri daripada memberitahu identiti Fateh kepada umum.

Di surau, azan kini berkumandang menandakan Subuh telah masuk waktunya. Kini, para jemaah sedang bersiap sedia untuk melakukan solat Subuh, Fateh tidak dapat khusyuk dalam solatnya. Wajah Aisyah sering sahaja menerjah masuk ke minda. Seusai solat Subuh, Fateh berhajat meminta pandangan Pak Ahmad tentang apa yang dirasanya itu.

"Fateh, pakcik ada sesuatu nak cerita dengan Fateh." Pak Ahmad memulakan bicara.

"Saya juga ada sesuatu nak minta pandangan pakcik." Dengan senyuman Fateh memberi respon.

Bersambung...

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 5

Honda Civic biru kepunyaan Pak Ahmad melunjur laju di dada jalan menuju ke Tanjung Karang, Fateh duduk di sebelah Pak Ahmad membuang pandangan ke arah pokok kelapa yang tumbuh di tepi-tepi jalan. Mereka berhenti sebentar di pekan Jeram kerana hendak menunaikan solat fardu Zohor di Masjid Jamek berdekatan. Selepas itu, Pak Ahmad dan Fateh meneruskan perjalanannya sebaik sahaja selesai mendirikan solat secara berjemaah bersama. Pak Ahmad teringin benar melihat ladang Fateh.

Setibanya Pak Ahmad di pekan Kuala Selangor, Fateh mengikut Pak Ahmad berjumpa kliennya di sebuah restoran. Sejam berlalu, akhirnya urusan Pak Ahmad selesai. Kini dia mempunyai lebih masa untuk diluangkan bersama dengan Fateh. Hubungannya dengan Fateh yang terbina di surau An-Nur semakin subur. Pak Ahmad cukup gembira bila bersama dengan Fateh. Kematangan Fateh dalam melihat sesebuah perkara membuatkan Pak Ahmad selesa untuk berbicara perkara lebih matang dengan Fateh.

"Pak Ahmad nak tanya sikit boleh tak?" Pak Ahmad membuka bicara di dalam kereta. Kini mereka hampir tiba di Tanjung Karang. Fateh yang sedari tadi memberi tumpuan kepada monyet-monyet yang bertenggek di tiang-tiang lampu jalan mengalihkan pandangannya ke arah Pak Ahmad. Senyuman manis turut diberikan.

"Fateh dah ada teman wanita ke?"

Tersedak Fateh apabila soalan yang tak pernah diduga tiba-tiba menyapa telinganya. Riak wajah Fateh menunjukkan dia terkejut dengan soalan sedemikian.

"Tak terfikir pula soal tu pakcik." Fateh tertunduk malu. Perlahan dijawabnya tetapi sudah cukup jelas didengari Pak Abu. Pak Abu sengih sendiri melihat telatah Fateh.

Kereta Honda Civic kini tiba betul-betul di pintu gerbang ladang ternakan Fateh. Kelihatan papan tanda 'The Beng's Farm' kelihatan tersergam indah di atas pintu gerbang ladang Fateh. Ladang ternakan Fateh berukuran 10 ekar itu menempatkan pelbagai jenis haiwan ternakan. Di sudut ladang kelihatan reban ayam yang terdapat di dalamnya beribu-ribu ekor ayam. Pelbagai jenis ayam terdapat di reban milik Fateh. Dari ayam katik sehinggalah ke ayam gajah. Terdapat juga itik dan angsa serta burung puyuh bersebelahan reban ayam. Di satu penjuru pula terdapat kolam ikan keli yang di dalamnya terdapat berpuluh-puluh ribu ekor ikan keli. Di tengah ladang pula terdapat puluhan kambing, lembu dan kerbau sedang meragut lumpur.

Sekali imbas, ladang ternakan Fateh kelihatan seperti zoo. Zikir Subhanallah bergema di bibir Pak Ahmad. Dia begitu teruja melihat kemajuan ladang ternakan Fateh. Daripada sekecil-kecil binatang ternakan, kepadalah sebesar-besar haiwan. Nasib tiada unta yang mampu dibela dalam iklim khatulistiwa sepersi Malaysia.

"Pakcik tak sangka sebesar ni ladang Fateh. Fateh buat bisnes jual semua haiwan-haiwan ternakan ni ke?" Pak Ahmad bertanyakan Fateh. Wajah terperanjatnya masih tidak berubah.

"Ha a, saya buka ladang sebab suka-suka je sebenarnya. Tapi tiba-tiba rasa nak jadi usahawan. Selain ladang, saya ada ladang getah, ladang kelapa sawit, ladang lengkuas, ladang buah-buahan di Segamat. Ladang teh pun ada kat Fraser Hill. Tapi dah lama tak jenguk sebab jauh." Ceria Fateh memberitahu Pak Ahmad mengenai perniagaannya itu.

Mata Pak Ahmad yang sedia terbeliak bagaikan mahu tercabut setelah mendengar kemajuan perniagaan Fateh. Sungguh dia tak sangka. Apabila melihat Fateh, cara pemakiannya pun ala kadar. Selipar getah, seluar sukan dan t-shirt tanpa kolar. Betullah kebenaran pepatah English 'Dont judge book by its cover'. Jangan harapkan kereta, basikal pun Fateh tidak memilik. Namun rupa-rupanya Fateh mempunyai aset yang jauh lebih besar daripada itu.

"Pakcik rasa, dengan penampilan Fateh macam ni, mesti tak ada orang rompak Fateh. Lagi Fateh ada buat bisnes apa?" Pak Ahmad cuba mengorek rahsia Fateh.

Fateh tergelak mendengar komen Pak Ahmad. Kalaulah Pak Ahmad tahu dia seorang perompak. "Saya ada kilang kat Banting, kilang buat susu kambing, shampoo kambing, kilang proses ayam, itik, burung puyuh, lembu. Kilang sawit, kilang getah. Ala, kilang-kilang proses semua-semua tu la. Saya sendiri tak ingat berapa banyak kilang. Lepas dah proses, saya ada buat import eksport kat Klang. Orang luar suka makan makanan Malaysia." Fateh cuba mencongak berapa banyak kilang-kilang kepunyaannya. Sambil buat muka toya, Fateh tersengih sendiri.

"Subhanallah, banyaknya Fateh, mesti maju kan!" Pak Ahmad kini sudah mampu tersenyum. Malah senyumannya meleret hingga ke telinga.

"Entahlah, saya ambil orang kerja. Suruh diorang usahakan semua-semua ni. Saya tinggal nak tanda tangan mana yang patut je. Itu pun saya tak peduli sangat sebab saya buat ni sebenarnya suka-suka je. Jumlah aset saya melalui perniagaan ni pun saya tak tahu." Fateh membalas senyuman Pak Ahmad dengan sengih kelatnya.

Menjelang senja, Fateh dan Pak Ahmad mula berangkat pulang. Fateh telah menghadiahkan Pak Ahmad pelbagai hadiah berupa daging-daging hasil dari ladang ternakannya itu.

"Nah, saya bagi pakcik stok untuk sebulan. Kalau tak cukup pergi je ladang ni, cakap dengan pengurus ladang, Fateh bagi green light."

Iskandar sejak awal-awal pagi telah pergi beli belah di ibu kota. Pelbagai barangan telah dibeli Iskandar. Tabiat suka membazirnya tetap tak berubah.

Manakala Malik telah pun berurusan dengan orang tengah yang akan menyiapkan segala keperluan mereka untuk bersembunyi sementara waktu di luar negara.

Siang berganti malam, Iskandar dan Malik menghabiskan masa di kelab malam. Minuman beralkohol menjadi juadah. Mereka bersama-sama menghabiskan masa dan ringgit di kelab malam tanpa faedah. Keesokan harinya mereka bertiga akan ke Los Angeles untuk menghabiskan sebahagian 'cuti' mereka di sana. Malik telah memarahi Iskandar kerana menghabiskan sebahagian besar duit hasil rompakannya kerana masih banyak yang boleh digunakan untuk membeli belah di luar negara kelak.

Subuh telahpun berlalu pergi, Malik, Iskandar dan Fateh telahpun berada di KLIA semenjak pukul 4 pagi. Mereka akan memulakan penerbangan pada pukul 8 pagi. Pak Ahmad muram pada pagi itu kerana tidak melihat kelibat Fateh. Fikirnya Fateh tidak sihat. Hendak ziarah, tak tahu di mana Fateh berada. Hendak telefon, terlupa minta nombor telefon. Akhirnya doa sahaja yang dikirim.

Sebulan lamanya kelibat Fateh tidak kelihatan di surau An-Nur. Tanpa khabar berita Fateh menghilang. Sebulan itu juga dimanfaatkan Fateh, Malik, dan Iskandar bagi merancang siri rompakan mereka yang seterusnya.

"Mangsa kita seterusnya, Tan Sri Ahmad Razali Bin Hisham. Tinggal di Taman Bakau. Kali ni aku nak masuk rumah. Fateh, kau jaga kereta." Iskandar memberi taklimat dan arahan. Kini persiapan telah pun siap sedia. Hanya menunggu masa. Kes rompakan Dato' Ismail juga telahpun reda.

"Aku dapat maklumat bahawa Dato' Ismail rupa-rupanya merupakan pesaing yang sengit dengan Dato' Ishak dan Dato' Imran. Mangsa kita sebelum ni. Paling aku tak tahan, hubungan diorang memang dingin sejak azali. Cantik sangatlah semua jadi mangsa." Malik menambah celah memberi maklumat terbaru berkenaan kes-kes rompakan yang mereka lalui.

Fateh hanya diam mendengar dan bersedia menerima arahan. Dia sendiri malas untuk mencelah.

"Apa kata bengkel usang tu kita ubah suai jadi rumah. Sayang tak terjaga tempat tu." Akhirnya Fateh mengeluarkan pendapatnya yang sekian lama terpendam.

Malik dan Iskandar saling berpandangan kemudian ketawa berdekah-dekah. "Kau ni dah fikir sampai planet Pluto ke? Kita tengah cakap pasal rompakan, kau cakap pasal bengkel usang. Apa daa. Oh ya, cakap pasal rumah, aku dah beli rumah dah pun kat Taman Mawar." Malik memberi respon. Fateh hanya mengangguk.

Sebulan selepas itu, mereka pun pulang ke tanah air. Persiapan akhir telah pun dibuat. Kini, mereka telahpun bertukar markas daripada bengkel usang ke rumah banglo dua tingkat di Taman Mawar.

Malam Jumaat pada hari itu bulan penuh menampakkan serinya bagi orang yang berfikir. Ketiga-tiga mereka telah pun siap siaga untuk misi rompakan mereka pada kali ini.

"Mari kita lakukan!" Teriak Malik.

Bersambung...

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Saturday, November 12, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 4

Fateh berjalan perlahan menuju ke bilik air. Paip air dibuka, keluarlah air jatuh ke bumi. Dingin malam menyucuk hingga ke tulang. Fateh menyucikan dirinya dengan aliran wuduk. Air yang sejuk membeku dibiarkan menyengat segenap urat-urat saraf pada kulit di tubuhnya. Segar terasa. Selesai berwuduk, Fateh terus melangkah keluar dari bengkel usang, tempat dia dan sahabat-sahabatnya berteduh. Penat mengejutkan Iskandar dan Malik supaya turut bersamanya untuk solat Subuh berjemaah, namun hampa. Pokok ara dan lalang-lalang yang memagari bengkel usang menambahkan lagi suasana alam buana. Tidak tercemar dek kerakusan manusia dalam mengejar kemajuan dunia. Fateh lebih selesa berjalan kaki ke surau an-Nur. Baginya, dengan berjalan kaki, dia mempunyai lebih masa untuk berfikir.

Usai solat Subuh berjemaah, Imam Razak menyambung kuliah sirah tujuh minitnya. "Assalammualaikum buat semua jemaah yang hadir. Alhamdulillah hari ni ramai sikit yang hadir. Teruja saya melihat beberapa orang anak muda yang ada pada Subuh hari ini. Tak sia-sia Pak Abu ambil inisiatif buka warung sebelah masjid. Siap pasang TV Sony Bravia 52" tu. Kebetulan, malam tadi Manchester United lawan Chelsea. Maka tak hairanlah surau kita hari ini luar biasa kehadirannya. Harapnya, lepas ni cuba lah istiqamah untuk datang Subuh berjemaah setiap hari, bukan ikut musim bola. Bagus juga sebenarnya game bola ni, secara tak langsung mendidik anak muda untuk bangun di tengah malam. Mereka boleh buat qiamulail dan baca quran. Nah, ini juga salah satu bukti yang mereka terdidik untuk terus solat Subuh berjemaah di surau." Begitu bersemangat sekali Imam Razak menyuntik pasakan aqidah dalam diri belia remaja di hadapannya itu. Bukan senang nak dapat peluang berhadapan secara langsung dengan pemuda-pemuda itu. Jiwa remaja seperti mereka tidak patut dihukum kerana minat mereka menonton bola, tetapi perlu diselaraskan minat mereka seiring didikan yang diajar Islam.

"Baiklah, saya akan sambung kuliah saya tentang Mus'ab Ibn Umair, selepas beliau berkata sedemikian kepada ibunya, ibunya telah menghalau Mus'ab keluar rumah. Maka, hiduplah Mus'ab bersama Rasulullah dan para sahabat dalam keadaan dhaif. Lihatlah para jemaah sekalian, seorang yang hidup mewah bertukar kedana semata-mata ingin memperjuangkan Islam. Sanggupkah jika kehidupan kita berubah sedemikian rupa? Sanggupkah anda infakkan harta anda ke surau ini untuk dinaik tarafkan menjadi surau besar ataupun masjid? Lihatlah, begitu besar pengorbanan Mus'ab" Penuh berkias Imam Razak menyampaikan maklumat. Sememangnya Imam sepertinya yang juga seorang penceramah bebas sangat arif dalam menyampaikan sesuatu perkara itu dengan penuh berkias. Kelihatan pakcik-pakcik yang turut hadir mula menundukkan kepala. Memuhasabah diri. Di suatu sudut pula, terdengar juga dengkuran-dengkuran anak-anak muda yang sudahpun terjun ke alam fantasi ciptaan minda mereka sendiri.

"Setelah bertahun lamanya Mus'ab berada dalam madrasah Rasulullah, akhirnya beliau syahid di medan Uhud. Mus'ab juga merupakan duta pertama umat Islam yang pergi ke Yathrib untuk mengajar penduduk Yathrib mengenai Islam. Tiada satu pintu pun diketuknya melainkan Islam telah sampai kepada mereka. Saya minta maaf kerana terpaksa habiskan kuliah pada hari ini lebih awal, kalau ikut protokol hanya tujuh minit, tetapi kali ni lima minit. Hal ini kerana saya terpaksa bekejar ke hospital kerana isteri saya bila-bila masa sahaja akan melahirkan anak kami yang ke 21. Oleh itu, saya sudahi kuliah sirah pada hari ini dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Assalammualaikum." Beberapa pasang mata bagai nak keluar dari soketnya melihatkan Imam Razak. Mereka mula bercita-cita menjadikan Imam Razak sebagai guru mereka dalam perancangan keluarga kelak. 

Dari kelangsungan, Fateh juga turut teruja dengan kehebatan Imam Razak yang bersungguh memperoleh ramai zuriat. Setahunya, zuriat Imam Razak semuanya menjadi. Ada yang menjadi doktor, peguam, pensyarah, jurutera, juruterbang, askar, ustaz, dan pelbagai lagi bidang ilmu yang ada. Tambah teruja, anak-anak Imam Razak kesemuanya merupakan hafiz dan hafizah. Ada yang sudah berkahwin, ada juga yang sudah bertunang, ada juga yang sudah mempunyai anak. Fateh mencongak-congak umur Imam Razak berdasarkan keluarga besar yang dimilikinya, Imam Razak kini sudahpun berpangkat atuk dan sedang menunggu detik naik pangkat menjadi moyang pula. Itupun masih mampu menimang cahaya mata. Fateh senyum sendiri melihatkan kebahagiaan yang dikecapi keluarga Imam Razak. Kesemua anak menantunya dikumpulkan serumah. Rumah teres sebanyak 10 buah yang kedudukannya bersebelah-sebelahan dimiliki Imam Razak bagi menempatkan keluarganya itu. 

"Assalammualaikum, jauh termenung, siap sengih menyengih lagi, makruh tau senyum sorang-sorang. Fateh kan?" Sapa Pak Ahmad yang sentiasa menunggu peluang untuk beramah mesra dengan Fateh.

"Waalaikumsalam, Pak Ahmad rupanya, tak adalah, saya teringatkan kata-kata Imam Razak tadi, isterinya nak sambut anak ke 21. Efficient dan effektif serta produktif." Fateh mengukir senyuman kepada Pak Ahmad. Dia berasa selesa dengan keramahan orang yang jauh lebih tua darinya yang sudi berborak dengan remaja seusianya.

Pak Ahmad berkerut mendengar respon dari Fateh lalu ketawa pecah. "Kena berguru dengan dia tu. Pakcik pun kalah dengan Imam Razak. Anak pakcik seorang sahaja. Hari ni tak ke mana-mana? Fateh tinggal di mana ya?" Pak Ahmad membuka topik perbualan. Tangannya berlari mengurut pelipis. Sesekali ditekan-tekannya dengan ibu jari.

"Ingat nak ke Tanjung Karang tengah hari nanti, saya ada ladang kat sana. Saja nak tengok hasil. Tinggal kat area-area ni je." Fateh memberi tahu perancangannya pada hari itu. Dia sendiri tidak pasti apakah benar dia ingin melihat ladangnya yang terletak di Tanjung Karang itu. Fateh menyelak rambutnya ke belakang. Rimas rasanya rambut terbuai-buai ditiup angin pagi hingga menutup mata. Pandangan kemudiannya dilempar ke arah sekumpulan pemuda yang duduk dalam sebuah lingkaran. Mungkin tengah membaca al-Mathurat fikirnya. 

"Alhamdulillah. Suka pakcik dengar muda-muda lagi dah ada ladang sendiri. Kebetulan, pakcik pun nak ke Tanjung Karang tengah hari nanti. Ada klien nak jumpa. Mak ayah kerja apa?" Sesekali Pak Ahmad meregangkan badannya. Penat duduk.

Lama Fateh diam termenung. Dari riak wajahnya, jelas menggambarkan episod silam yang mencengkam jiwa.

"Hmm, saya tak tahu siapa mak ayah saya sendiri. Dari kecil saya tak pernah jumpa mereka. Saya dibesarkan di sebuah pusat jagaan anak-anak yatim. Sehinggalah seorang wanita yang saya anggap macam mak saya sendiri ambil saya sebagai anak angkatnya. Dia curahkan sepenuh kasih sayangnya pada saya. Tetapi jiwa saya memberontak, walau hebat mana kasih sayang yang diberikannya, dia tetap tak boleh mengganti ibu saya yang sebenar. Sekarang, mak angkat saya dah meninggal dunia. Hiduplah saya sebatang kara dalam dunia ni." Bagai lama terpendam di lubuk hati, akhirnya dicurah juga. Seiring, air mata Fateh mula menitis.

Pak Ahmad yang turut terasa penderitaan yang dialami Fateh, memeluk bahu Fateh mententeramkannya. Pak Ahmad sedar, pertanyaannya sebentar tadi sedikit sebanyak telah menyebabkan emosi Fateh terganggu. "Pakcik minta maaf sebab tanya tadi."

Fateh menggagahkan juga dirinya mengukir senyuman buat Pak Ahmad. Sekadar meraikannya supaya tidak lagi berasa serba salah. "Pakcik, boleh tak kalau saya nak tumpang pakcik balik Tanjung Karang nanti? Saya tak ada transport."

Pucuk dicita, ulam mendatang. Dengan lapang hati Pak Ahmad memberi izin.

Bersambung...

Friday, November 11, 2011

Sanah Helwah Kawan

Dalam dunia, kita boleh cari macam-macam jenis kawan

Tapi kita jarang jumpa kawan yang sentiasa ada waktu kita susah, waktu kita senang

Itulah persahabatan dunia akhirat yang terjalin berlandas ukhwah Islamiah

Moga-moga kita berjiran di akhirat kelak

Selamat hari lahir

Doaku iringi perjuanganmu

=)

Thursday, November 10, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 3


Rahang Iskandar jatuh. Mulutnya terlopong. Bulat matanya melihat keadaan Malik. Kelihatan Malik yang sedang berdiri tegak di atas kerusi tempat pembaringannya dengan tangan yang sedang bercekak di pinggang. Mukanya nampak tegang dengan mata terpejam. Iskandar yang masih tergamam melihat keadaan Malik berjalan perlahan mendapatkannya.

"Kau apasal Malik?" Sepatah baris soalan keluar dari mulut Iskandar bertanyakan keadaan Malik. Risau Iskandar melihat keadaan Malik kali ini.

"Akulah Lipasman! Penyelamat bumi! Kekuatan, ketangkasan, kecekapan, gagah menumpaskan penjenayah! Hahaha!" Malik bersuara lantang. Keadaannya seperti seorang adiwira yang sedang berhadapan dengan musuh di lorong gelap. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Iskandar yang sedari tadi masih tergamam bertambah-tambah gamamnya. Melihatkan keadaan Malik yang mengigau bukanlah sesuatu yang memeranjatkan Iskandar kerana dia sudahpun lali dengan tabiat Malik yang sering mengigau sewaktu tidur. Cuma igauannya kali ini kelihatan berbeza. 

"Kau ni Malik, ada hati mengigau jadi superhero. Tak sedar ke diri tu penjenayah?" Iskandar terus dengan bebelannya yang tidak pernah berhenti.

Lantang suara Malik secara tak langsung mengejutkan Fateh dari tidurnya. Perlahan Fateh turun ke bawah dengan mata separuh terpejam. Mengantuknya masih bersisa.

"Is, asal Malik tu? Riuh je aku dengar sampai ke atas" Sapaan Fateh memeranjatkan Iskandar.

"Opocot! Hoi aku ingat jembalang pokok ara tadi! Leklok la sikit tegur tu." Menjadi-jadi bebelan Iskandar.

Fateh menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Apa tak elok ke aku tegur tadi? Haa Malik tu kenapa?" Fateh memuncungkan bibirnya ke arah Malik yang kelihatan sedang melakukan aksi sedang bertumbuk dengan makhluk asing.

"Entah mamat tu, mengigau lagi. Ada hati nak jadi superhero." Malas Iskandar menjawab.

Fateh pergi menuju ke arah Malik yang telah pun mengangkat ke dua tangannya ke atas sambil menjerit "Hahaha! Kau dah kalah Kapten Shark! Jangan kacau bumi lagi!"

Fateh yang tersenyum melihat gelagat Malik yang hebat mengigau seperti dalam cerita komik mula tersengih nakal.

"Tolong! Tolong! Saya kena rompak!" Fateh mengecilkan suaranya mengajuk suara seorang perempuan.

"Jangan risau Lipasman sedia membantu!" Malik menyahut seruan dan terus membuat gerakan seperti sedang bertumbuk dengan sang perompak.

Iskandar yang kelat mukanya memerhati mula tertawa melihat gelagat Fateh yang menyakat Malik. Iskandar ke belakang bengkel mengambil cawan berisi air dan dibawanya ke arah Malik yang semakin hebat igauannya.

"Rasakan semburan hydro ni!" Jerit Iskandar sambil mencurah air di cawan tepat ke muka Malik yang sedang mengigau itu. Serta merta Malik terjaga dari tidur dan terus meradang disebabkan mukanya basah disembuh air.

Ketawa pecah. Melihat gelagat Malik yang kelam kabut bagai kucing hilang anak. 

Merah padam muka Malik yang disakat sebaik sahaja bangun dari tidur. Bertambah kelat wajahnya yang dah sememangnya kelat itu. Malik merengus. Tanda protes dirinya tidak gemar disakat begitu.

"Dah dah! Kau orang pun sama! Sorang kuat dengkur sampai kalah bom atom, sorang kuat membebel sampai dalam tidur pun nak bebel. Cantik sangat lah tu. Membebel dalam tidur sambil ada background music"

Ketawa pecah.

"Yang sorang lagi jadi pelakon tambahan." Iskandar menyambung sambil menekan perut tahan tawa yang makin menjadi-jadi.

Malik malas melayan Iskandar dan Fateh terus menuju ke meja di tengah bengkel. Mengambil kunci kereta Wira aeroback Iskandar. Punat alarm ditekan. Malik mengambil beg rompakan dan membawa ke tempat mereka berkumpul. 

"Inilah masanya!" Iskandar mengajuk Malik sewaktu hendak melakukan rompakan malam tadi.

Beg rompakan dipunggah isinya. Laptop, barang kemas, jam tangan mewah, not-not duit semua berterabur.

"Kalau ikut jadual, Dato' Ismail akan pulang ke Malaysia empat hari lagi. Sekarang kita bahagi hasil rompakan ni lepas tu kita blah dari Malaysia." Tegas Malik memberi taklimat ringkas sebelum memulakan operasi membahagi-bahagi hasil rompakan. 

"Sorang dapat 6.25 juta. Baki dia kita buat pusing modal. Bulan depan ada projek baru. Aku dah target seorang ni." Iskandar selaku tukang pengatur rancangan menambah kata.

"Ok cantik! Lepas ni kita keluar negara, buat preparation untuk projek seterusnya." Cadang Fateh. Lalu barang-barang hasil rompakan dibahagi-bahagi Malik kepada Iskandar dan Fateh.

"Lepas ni aku nak pergi Pavilion. Nak cari baju lawa-lawa. Dah bau kepam dah baju aku semua tu." Tanpa dipinta Iskandar meluahkan apa yang dihajatnya sekian lama.

"Biar aku jumpa orang tengah yang akan uruskan hal-hal kita untuk keluar negara nanti." Tutur Malik kepada Iskandar dan Fateh.

Malik dan Iskandar melihat Fateh yang hanya memberi ruang kepada Iskandandar dan Malik berbicara. Dia lebih senang dengann berdiam diri. "Haa kau nak buat apa pula dengan duit banyak-banyak tu Fateh?"

"Entah." Jawab Fateh. Fateh mula termenung jauh menembusi buana. Menung berfikir. Sesuatu yang sedang difikirkannya.

Bersambung...

Monday, November 7, 2011

Cerpen : Muhammad al-Fateh Qothin Part 2

Awan tebal yang berarak sejak malam tadi seakan tidak mahu memberi peluang buat sang mentari menampakkan wajahnya menyinar buana. Pagi itu mendung. Awan hitam kelihatan memenuhi ruang langit. Alam seperti tidak merelakan rompakan yang berlaku di rumah Dato' Ismail. Sesekali terdengar dentuman guruh menyambar alam menunjukkan protesnya terhadap rompakan yang berlaku. 

Fateh berlari-lari anak ke bengkel usang tempat pertemuannya dengan Malik dan Iskandar. Hujan renyai sudah mulai turun menyimbah bumi. Sampai sahaja di bengkel usang, Malik dan Iskandar telahpun lena dibuai mimpi. Fateh merenung dua sahabatnya yang jelas kepenatan. Meskipun dirinya sendiri terasa lelah akibat tidak tidur seharian, namun tidak dapat dilelapkan matanya. Mungkin kerana telah terbiasa tidak tidur selepas Subuh membuatkan matanya segar. Lantas Fateh memanfaatkan waktu untuk mengemas bengkel usang itu. Barang rompakan masih di dalam Wira aeroback Iskandar. Menanti dibahagi-bahagi selepas dua sahabat lagi bangkit dari tidur. Fateh bergegas ke sinki belakang bengkel dan segera membasuh bekas-bekas mee segera yang kelihatan sudah seminggu terbiar di situ. Teh O yang terhidang di atas meja di penjuru bengkel juga telah berkeladak. Fateh membasuh pinggan, cawan, bekas, mangkuk dan sebagainya. Selepas itu Fateh ke tingkat atas bengkel dan membersihkan pejabat bengkel yang telah diubah suai menjadi bilik tidurnya.

Di balik almari fail-fail lama kepunyaan tuan bengkel tersimpan satu buku catatan milik Fateh. Fateh mengambil buku catatannya dan menulis laporan rompakannya pada malam tadi.

| Rompakan ke 3, rumah no 10, tuan rumah Dato' Ismail, jumlah rompakan 25 juta ringgit |

Sejak mengikuti Malik dan Iskandar dalam kegiatan rompakannya, Fateh sering sahaja merekodkan setiap apa yang berlaku. Mungkin disebabkan dia pernah mengikuti program pengurusan maklumat sewaktu di Universiti dahulu yang menjadikannya peka terhadap apa-apa maklumat dan secara tak langsung menjadikannya cekap dalam mengurus maklumat. Hal ini membuatkan Fateh selalu merekodkan setiap aktiviti rompakannya. Fateh merekodkan aktiviti rompakannya tanpa pengetahuan Malik dan Iskandar kerana dia tahu bahawa sahabat-sahabatnya sama sekali tidak akan bersetuju dengan tindakannya. Sekiranya mereka ditangkap pihak berkuasa, sudah pasti pihak berkuasa tidak perlu bekerja keras menyiasat gerakan mereka kerana semuanya telah sedia direkod Fateh di dalam buku catatannya itu. Untuk mengambil langkah berjaga-jaga, Fateh telah menyorokkan buku catatannya di belakang almari fail.

Beberapa ketika selepas itu, bengkel usang yang pada awalnya kotor, kini telah bersih dikerjakan Fateh. Hujan mulai turun dengan lebat di luar. Kelihatan lopak-lopak air mulai memenuhi pintu masuk bengkel usang itu. Fateh termenung menghadap pohon ara berdekatan bengkel usang. "Alhamdulillah, rompakan semalam berjaya." Monolog Fateh seorang diri sambil mengingat kembali rompakan semalam. 

"25 juta tu banyak, macam-macam aku boleh buat dengan duit tu. Betullah pesan ibu. Dhuha membuka pintu rezeki." Fateh bergegas mendapatkan surat khabar lama. Dibentangkan surat khabar itu menghadap kiblat. Lalu Fateh mengerjakan solat sunat Dhuha. Sudah menjadi rutin dia mengerjakan solat sunat Dhuha kerana Fateh yakin dengan keajaiban solat sunat Dhuha yang menjadi kunci pintu rezeki. Fateh juga tidak lupa mengucapkan syukur atas kejayaannya bersama Malik dan Iskandar. Usai solat sunat Dhuha, Fateh berbaring di sofa usang. Kembali melayan fikiran. Tidak lama selepas itu, Fateh pun tertidur.

Hujan di luar semakin turun dengan lebat. Alam sedang menanigs. Tangisan lebat mencurah bumi. Guruh kuat menghentam bumi. Angin bertiup kencang. Deru angin terasa hingga ke tulang. Titik-titik air hujang yang mengalir jatuh dari lubang atap bengkel tepat mengenai Iskandar seperti mahu mengejutkannya dari lena. Iskandar yang tidak selesa tidurnya terganggu mendengus. Dia bangun dan mengambil ruang yang jauh dari kebocoran atap. Mata cuba dilelapkan namun tidak berjaya. Kali ni angin pula yang hebat menyapa Iskandar. Jersi Denver Nuggets yang dipakainya terlalu nipis hingga sejuk terasa. Akhirnya Iskandar mengalah dengan alam. Sambil mengomel sendirian menyumpah buana, Iskandar berjalan menuju ke bilik air. Sekali imbas dia melihat keadaan bengkel usang yang sedikit berubah dari sebelumnya. Kelihatan kemas dan teratur. Mungkin Fateh yang telah membersihkannya fikir Iskandar. Iskandar menoleh ke kiri dan kanan bengkel selepas selesai menunaikan hajat di bilik air. Mencari kelibat Fateh. Jam di tangan dilihatnya. Bukan masa Fateh ke surau. Akhirnya Iskandar naik ke atas bengkel mencari Fateh.

Fateh masih lena di pembaringannya. Iskandar merenung wajah Fateh yang kelihatan berseri itu. Dia membatalkan niatnya mengejut Fateh untuk dibuat bersembang. Tak sampai hati rasanya. Iskandar melipat sila betul-betul di hadapan Fateh yang sedang lena. Leka memandang seraut wajah di hadapannya. Indah berseri.

"Kau ni pelik lah Fateh." Iskandar mengomel sendirian sambil menggeleng-geleng kepala.

Kedai runcit Sri Dinar yang terletak di hujung simpang bersebelahan sekolah rendah Sri Sentosa kelihatan riuh dengan pelajar sekolah rendah yang baru pulang dari sekolah. Kebiasaannya pelajar sekolah rendah itu mencari ais krim potong untuk menyejukkan tegak dek terik mentari. Iskandar yang sedang memerhati gelagat pelajar-pelajar sekolah rendah yang riuh di kedai Sri Dinar mencongak ruang dan peluang di benak fikirannya. Akhirnya kaki diatur ke kedai Sri Dinar. Sambil melihat keliling, roti bun coklat dicapai dan dimasukkan ke dalam jaket Nike yang dipakainya. Tanpa membuang masa, Iskandar bergegas keluar dari kedai Sri Dinar. Tanpa sedar kelakuannya diperhati Hani, anak tuan kedai.

"Pencuri! Pencuri!" Keadaan bertambah riuh selepas Hani menjerit. Terdapat beberapa orang pelajar sekolah turut berlari. Mungkin terperasan dirinya juga sedang diperhati Hani.

"Patutlah aku selalu rugi! Hoi pencuri! Tunggu kau, jangan lari!" Pak Jabit mengamuk, sempat dicapai payung di kaunter sebelum berlari keluar mengejar Iskandar. Iskandar yang terkejut membuka langkah seribu menyelamatkan diri. Dia tiada arah berlari, asalkan tidak ditangkap. Malang tidak berbau, tiba-tiba Iskandar dilanggar uncle Thayalan yang menjual ais krim. Honda EX5 yang dinaiki uncle Thayalan terjatuh. Habis peti ais krim pecah. Ais krim bertaburan di jalan raya. Iskandar yang terseliuh kakinya tidak dapat meneruskan lariannya. Akhirnya Iskandar ditangkap Pak Jabit dan dibawa ke balai. Iskandar dimasukkan ke lokap dan di situlah perkenalannya dengan Fateh berputik. Fateh dimasukkan ke lokap atas tuduhan bergaduh.

"Kau siapa? Apa tengok-tengok?" Iskandar tidak senang diperhati Fateh di sudut lokap.

"Apasal kau masuk sini?" Soalan Iskandar tidak bersahut. Malah dibalas dengan pertanyaan dari Fateh.

"Curi roti" Malas Iskandar menjawab.

"Hahahaha! Curi roti sampai masuk sini?" Fateh mendapatkan Iskandar. Bahunya terhenjut-henjut menahan gelak.

"Aku Fateh, masuk sini sebab bergaduh" Tanpa dipinta Fateh memberitahu Iskandar sebab musabab dirinya turut bersama di dalam lokap tersebut.

Iskandar terlihat beg di sebelah sofa usang itu. Dicapai dan Iskandar membuka beg tersebut. Kelihatan gambar Fateh bersama ibunya. Cantik. Puji Iskandar. Iskandar juga melihat buku kecil bertulis 'Mathurat'

"Agaknya inilah buku yang selalu Fateh baca petang-petang tu." Tangan menyelak satu per satu muka surat dalam buku kecil tersebut.

"Budak ni reti cakap arab ke? Tak pernah pula aku dengar dia cakap arab sebelum ni. Takat Assalammualaikum, waalaikumsalam tu ada lah. Sah budak ni pelik" Iskandar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, cuba untuk membaca Mathurat namun gagal kerana dia langsung tidak tahu tentang bahasa arab.

"Patutlah aku tak pernah faham Fateh baca petang-petang tu. Dia baca jampi serapah rupanya. Azimat jadi kaya kot. Kena belajar ni!" Rungut Iskandar sendirian.

Hujan di luar mulai reda. Mentari sudah mula mengintai bagi menampakkan keindahan dirinya. Bahang Mentari mula terasa. Dari bengkel usang tersebut, kelihatan cahaya mentari mula menembusi lubang-lubang pada atap bengkel.

Iskandar mulai turun ke bawah untuk mendapatkan Malik yang masih nyenyak tidur. Dia tidak sabar untuk mendapatkan habuannya daripada hasil rompakan semalam. Iskandar yang tidak sabar berlari ke arah Malik , namun langkahnya terhenti.

"Kau apasal Malik?"

Bersambung...

Part 1