Thursday, January 28, 2016

Aktivisme

Kadang-kadang rasa tak layak duduk sebaris dengan barisan pemuda yang terlalu hebat.

Rasa rendah diri tu tetap ada.

Berada dalam posisi tertinggi sebuah NGO belia bukan satu perkara yang boleh buat main.

Ya Allah susahnya buat polisi aktivisme ni.......

I put my life on this!

Fuh fokus Qam fokus! You can do it!

Besar taruhan ni...

Makin Tua

Officially 24 years old.

Alhamdulillah masih bernyawa.

Makin tua.
Makin banyak tanggungjawab.
Makin sibuk.
Makin dewasa.
Makin matang.
Makin berisi (?)


Pagi tadi dapat berita informal yang buat rasa nak jatuh rahang. Gugur jantung. Tak senang duduk. Sigh...

Ceh penat je cover innocent semalam.

Kembali semula ke alam realiti dengan sembang pasal dakwah dengan ikhwah. SOP Aktivisme yang tergendala sampai lost disebabkan cuti 2 minggu akhirnya dapat balik momentum. Fuh puas!

Tiba-tiba Ustaz Fauzi mesej seru suruh jumpa dia kat pejabat ISMA. Selalunya bila kena seru ni tanda nak turun wahyu.

Kena basuh dekat 2 jam. Hati ke hati. Man to man. Hambekkk

Taujihat mengenai pengurusan hidup, pengurusan keluarga, pengurusan emosi, pengurusan masalah.

Alhamdulillah. Walaupun sampai nangis-nangis kena sentap, nampak dah jalan yang kena lalu.

Esok hari last kerja, cuak juga nak langkah untuk hari-hari esok. Besar keputusan nih.

Kerjaya, pelajaran, keluarga, disiplin amal, baitul muslim (?)

Moga Allah permudahkan segala-galanya. Dah ready insyaAllah.

Sejak dua menjak ni asyik tersengih sorang-sorang sambil tepuk dahi. Adeh~

Dan oh ya,,, syukran!

Saturday, January 23, 2016

Lost

Seminggu masuk hospital
Seminggu rehat kat rumah
2 minggu beku amal beku tarbiah

Phew bertimbun juga kerja tergendala

Datang pula macam-macam unexpected things

Sudahnya jadi blur tak tau nak buat apa.

Adehhhh

Friday, January 22, 2016

Bahagia

Dalam kekalutan mencari pelbagai keputusan sebuah perjalanan hidup,
Tiba-tiba Dia tiupkan rasa ketenangan,
Adakah ini sebuah kebahagiaan?