Tak perlu terungkap kata-kata untuk menyampaikan apa yang tersirat di hati.
Kerana akhirnya diri sendiri sudah cukup dewasa untuk memahami apa yang terbuku di kalbu.
Walau tanpa sepatah bicara.
Tinggal tunggu masa untuk diluahkan segalanya.
Bersama seribu persoalan bersulamkan sebuah penantian.
Amanah dan tanggungjawab sedia menanti di depan untuk dipikul.
Sudah bersediakah aku?
Dalam detik waktu yang masih tersisa ini.
Moga Allah gerakkan kudrat di tubuh.
Untuk membina bahtera yang akhirnya mampu berlayar menuju negeri akhirat.
Dengan segala kelemahan yang ada.
Kaki terus melangkah.
Allah, permudahkanlah segala-galanya.....
**Ambik mood tulis next buku, tajuk dia Rindunya Kawad Kaki! T___T
No comments:
Post a Comment