Sunday, March 20, 2016

Penat Tapi Tenang

Selalunya bila penat sangat,
Mesti rasa stress, susah nak fikir rasional, rasa nak lari dari dunia, rasa nak tidur je!

Tapi ada satu benda dalam dunia ni,
Makin penat makin tenang!

Iaitu dakwah!

Penat kot buat dakwah,
Mus'ab bin Umair ketuk pintu seluruh kota Yathirb sampai menggelupas kulit tangan ingat tak penat ke?
Rasulullah dan para sahabat kepung kubu Yahudi berbulan-bulan ingat tak penat ke?
Tentera al-Fateh tarik kapal naik atas bukit ingat tak penat ke?

Penat kot...

Apalah sangat penatnya kalau nak banding hari ni.
Takat pergi meeting, buat program, buat KD.
Tu pun dah mengeluh penat.
Come on!

Tapi akhirnya kepenatan itulah yang menenangkan!
Tenang gila kot bila tengok berduyun-duyun orang datang kat kita nak kan tarbiah.

Akhirnya itulah sumbu motivasi untuk terus buat dakwah.
Macam Nabi Nuh, buat dakwah 950 tahun siang malam non stop. Penat bhai! Tapi tu lah ketenangan sebab Baginda tau apa yang Baginda buat tak lain tak buat untuk Allah. Sebab tu mampu untuk istiqamah!

Ada 1 lagi benda penat tapi tenang.

Kahwin! eh?

Tanggungjawab berat tapi kat situ juga ada sakinah. :)

No comments: