Wednesday, April 13, 2016

Sendiri

Ada masa,
Kita rasa kita nak bersendirian,
Serabut dengan hiruk pikuk dunia,
Kalau boleh nak duduk dalam gua.

Ada masa,
Dengan bersendirian,
Kita lebih tenang menyantuni diri,
Agar jernih kembali emosi empati.

Ada masa,
Kita perlukan teman,
Agar hidup lebih bermakna,
Kerana di situ terbit erti hidup.

Akhirnya,
Ada sesetengah perkara,
Tak perlu kata meniti di bibir,
Tak perlu bicara senyuman terukir.

No comments: