Tribulasi “Syumul”
Islam
adalah agama yang syumul yakni menyeluruh. Kebanyakan orang yang berpendidikan
kini setuju dengan kenyataan tersebut tetapi tidak ramai yang dapat menghayati
kepentingannya dari segi tarbiah, dakwah dan harakah.
Faham
syumuliah Islam ini merujuk kepada pemikiran mujaddid kurun 20 Imam As-Syahid
Hasan Al-Banna yang banyak disebut dalam risalah-risalahnya. Sejak awal lagi
kefahaman Islam syumul menjadi ciri penting fikrah Ikhwan Muslimin.
Hasan
Al-Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928 H, empat tahun setelah
kejatuhan Khalifah Uthmaniah. Sewaktu kejatuhan Khalifah 1924 H, suasana umat
Islam terpecah kepada Negara-negara kecil dan terbahagi mengikut puak-puak dan
madrasah pemikiran dan masing-masing menumpu pada bidang-bidang mengikut minat
dan kepedulian masing-masing.
Ikhwan
yang mengambil tanggungjawab berjuang untuk menegakkan kembali Khalifah
Islamiah faham bahawa ia tidak mungkin dilakukan jika kecelaruan, kepelbagaian
dan kelemahan jiwa umat Islam tidak dapat bangun dan digabung semula di atas
asas yang kukuh. Maka Islam adalah asas dan fahaman bahawa Ia satu agama yang
syumul mampu melahirkan satu gagasan besar kea rah mengembalikan kuasa dan
kesatuan umat Islam.
Kita
dapat melihat dengan jelas bagaimana faham kesyumulan Islam yang mantap telah
mewarnai dan mempengaruhi gerak kerja Ikhwan Muslimin.
1 Visi yang jelas
Faham kesyumulan memberi gambaran yang
jelas terhadap visi perjuangan harakah di sisi anggota, bahawa ia berjuang
untuk satu gagasan yang menyeluruh dan besar ke arah menegakkan system Khalifah
Islamiah.
2 Kerja bermahalah
Menyedari terburuknya keadaan umat Islam
kini kerja-kerja menuju wawasan tersebut mesti dilakukan secara
marhalah-marhalah dan berdasarkan langkah-langkah amal yang telah ditetapkan.
Tidak mungkin digambarkan bahawa objektif agung seperti itu dapat dicapai tanpa
terlebih dahulu melalui fasa-fasa awalan.
3 Tadarruj dan takamul bina’ tarbawi
Mesti berpegang dengan pendekatan
tarbiah mutadarrij (ansur maju) melalui takamul bina’ tarbawi (konfrehensif) di
peringkat individu dan juga jamaah. Di atas asas keutuhan tarbawi berlaku
pengembangan dari segi amudi dan juga ufuqi.
4 Nafas Panjang
Menyedari perjalanan yang agak jauh,
usaha ini semua memerlukan nafas panjang dan minda yang tidak mudah lupa. Kita perlu
terus berpegang dengan manhaj dan berkerja membina walaupun terpaksa menunggu
100 tahun lagi. Sebarang kegopohan, kelemahan himmah, cetek pandangan akan
menyebabkan kita terbantut atau terseleweng dari landasan perjuangan kita yang
sebenarnya.
Begitu
juga dari segi alamiah. Mengekalkan Negara Islam terpisah menjadi Negara-negara
kecil berasas nasionalis masing-masing akan menghalang usaha kea rah
mengembalikan semula khalifah Islamiah.
Menyedari
bahawa perjalanan sangat jauh dan laluan amat sukar, Imam al-Banna dari awal
lagi mengingatkan pengikutnya tentang keazaman yang tinggi, kesabaran,
kesetiaan, kesediaan untuk berkorban dan menasihatkan sesiapa yang tidak
sanggup untuk beredar lebih awal.
Sepanjang
tempoh hamper 80 tahun berlalu dapat disaksikan bahawa mereka yang lemah
kehendak, gopoh dan ingin natijah yang cepat akan gugur dan menyeleweng seorang
demi seorang, sekumpulan demi kumpulan. Mereka mudah mengalah dan merasakan
bahawa mempertahankan faham kesyymulan dan alamiah adalah satu yang amat sukar
dan sudah tidak relevan lagi. Ini tidak lain kecuali kerana kelemahan himmah
mereka, tidak mantap tarbiah mereka apa lagi apabila melihat pengaruh
globalisasi dan cengkaman kuasabesar yang amat kuat dari menyeluruh.
Sesiapa
yang tidak percaya dengan janji Tuhan akan menganggap projek Islam tidak
mungkin akan Berjaya, jika tidak terus berpegang dengan cara asal seprti yang
dibawa oleh Al-Banna. Al-Banna bukan nabi, kita lebih tahu tentang zaman kita.
Mereka rijal, kita pun rijal dan sebagainya kedengaran dari semasa ke semasa,
kalau ada jalan cepat kenapa mesti tunggu lama.
Abdul Rahman, A.
Z. (2013). Peringatan Buat Hati Yang Lalai. Selangor/Malaysia: Global
Thinkers.
No comments:
Post a Comment