Wednesday, February 20, 2013

Ujian Bukti Cinta Allah Pada HambaNya

Seorang buruh kontraktor sedang bekerja di tapak pembinaan.

Sedang dia bekerja, tiba-tiba jatuh duit syiling dari langit. Betapa suka rasa di hati. Dia mengutip syiling tersebut. Tidak lama kemudian, jatuh lagi duit syiling dari langit. Orang itu terus mengutip.

Jatuh lagi. Tanpa melihat ke atas, dia terus mengutip duit syiling yang bertaburan di tanah.

Tiba-tiba, dia dilontar dengan batu. Betapa terkejutnya buruh itu. Dia terus mendongak ke langit, mencari siapa yang melontar batu tersebut.

Rupa-rupanya bos buruh tersebut yang melontar. Disebabkan bunyi bising di tapak pembinaan, suara bos buruh tersebut tidak kedengaran. Oleh itu, dia membaling duit syiling untuk menarik perhatian majikannya. Namun, buruh tersebut tidak pula memandang ke langit. Apabila duit syiling telah kehabisan, dia membaling pula batu-batu yang ada. Barulah buruh tersebut melihat.

***

Kisah ini hanyalah sekadar analogi kehidupan. Kadang kala kita lupa untuk bersyukur apabila mendapat nikmat. Namun, apabila ditimpa ujian, barulah mahu mencari Tuhan.

Memang begitu fitrahnya, kerana itu jugalah Allah datangkan ujian demi ujian agar hamba-hambaNya kembali mencari Dia. Alangkah rindunya Allah untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya. Alangkah ruginya manusia yang selalu lupa merintih pada Tuhannya.

No comments: